Bab 11

Romance Series 36174

"Lena betul kau tidur atas lengan aku" gumam Izz yang baru sahaja sedar dari tidurnya.

Apabila aku merasakan pergerakan Izz aku mula tersedar.

"Best tidur atas bantal baru?" perli Izz.

"Hahhh? Bantal baru?" aku keliru dengan pernyataan Izz lalu terus memandang 'Bantal' tersebut.

"Awak sorry sorry. Saya tak perasan yang saya tidur atas lengan awak. Awak lenguh ke? Sorry la" aku merayu meminta ampun dari Izz apabila menyedari bahawa aku sudahpun menjadikan lengannya sebagai bantalku.

"Pergi ambil wudhuk, solat. Dah lewat ni. Nenek tunggu nak berjemaah." tanpa menjawab soalan aku Izz terus memberi arahan dan segera mengambil wudhuk.

Indahnya kalau hari-hari kau cakap lembut je dengan aku macam ni. Tak marah-marah aku. Tapi aku takut. Aku takut tak mampu nak lupakan kau. Kita kahwin bukan macam orang lain yang merancang masa depan bersama tapi kita merancang untuk perpisahan.

****

"Nek, Izz nak pergi rumah mama kejap. Tadi mama call dia suruh datang rumah. Katanya ada benda penting." ujar Izz sewaktu kami sedang bersarapan.

"Nenek ikut." ujar Nenek.

"Nenek rehat je dekat rumah. Takpa biar Izz pergi sorang-sorang" balas Izz pula.

"No nenek akan ikut. Naura pergi siap kita pergi sekarang" arah nenek.

"Nenek kenapa serius sangat ni? Izz boleh je pergi sorang-sorang" ujar Izz.

"Nanti korang akan tahu kenapa nenek nak sangat perkahwinan kamu berdua dicepatkan. Dah sekarang Naura pergi siap" arah nenek lagi. Tanpa membantah aku terus mendaki anak tangga menuju ke bilik.

"Apa maksud nenek?" soal Izz.

"Izz walau apa pun yang jadi Izz kena kuat" ujar nenek.

"Nek Izz tak faham la. Apa yang dah jadi sebenarnya?"

"Izz akan tahu nanti. Dah jom kita pergi." ujar nenek pula.

Di rumah datin Maria,

"Datang pun Izz ingat tak nak datang dah sini." ujar Datin Maria setelah mendapatkan Izz dimuka pintu.

"Sorry lambat, jalam jem tadi" balas Izz.

"Err... Kenapa Nenek dan perempuan tu ada sekali ? Mama nak Izz je yang datang." soal Datin Maria yang menyerlahkan ketidakpuasan hatinya.

"Nenek yang nak....." belum sempat Izz menghabiskan kata-katanya seseorang mula mencelah.

"Izz Rayqal! I miss you so much baby." Laung Raisha yang berada diruang tamu lalu menuju kearah Izz yang baru sahaja menapak masuk kedalam rumah lalu memeluk lengan Izz.

Pang!

Satu tamparan melekat pada wajah Raisha. Raisha mula mengadu kesakitan.

"Kenapa kau berani tunjuk muka kau depan aku! Aku benci kau betina. Kau tak layak nak datang sini. Berambus!" jerkah Izz dengan suara yang sangat kuat. Semua yang ada disitu amat terkejut dengan tingkah laku Izz yang bagai dirasuk syaitan.

"Baby, im so sorry . I tahu I bodoh waktu tu sebab tinggalkan you." Raisha menayang wajah gediknya.

"Sorry? Kau ingat dengan sorry kau tu boleh kembalikan papa aku ke? Kau memang perempuan sial la!" tengkin Izz lagi sambil menarik rambut Raisha.

"Awak, sabar istighfar." aku terus memeluk Izz bagi menenangkan dirinya yang sudah tidak terkawal. Izz kelihatan sedikit tenang apabila diperlakukan sebegitu.

"Ehh perempuan! Dia hak aku kau siapa nak peluk dia!" tengking Raisha kepadaku lalu terus menampar pipi aku.

"Dia isteri aku! Jangan berani kau sakitkan dia. Kau keluar sekarang!" jerkah Izz lalu terus menolak kasar badan Raisha kemuka pintu. Apabila melihat keadaan Izz yang sudah tidak terkawal Raisha terus menghilangkan diri.

"Kenapa mama bawa dia datang sini? Mama tahu kan Izz benci dia." ujar Izz sambil menyesat air matanya yang mula turun membasahi pipi.

"Izz , Raisha dah insaf Izz. Dia dah mengaku salah. Apa salahnya kalau Izz maafkan dia. Dia terima dia balik. Izz marah dia tadi sebab perempuan ni kan" ujar datin Maria sambil menunding jari kearahku.

"Izz nak balik" ujar Izz lalu terus keluar dari rumah tersebut.

"Naura ikut Izz. Nenek balik kemudian." arah nenek.Tanpa membantah aku hanya menurut arahan nenek dan mengikuti Izz.

Sepanjang perjalanan kerumah Izz hanya mendiamkan diri. Wajahnya tampak garang sekali. Setibanya di rumah Izz terus memasuki bilik tidurnya lalu mengunci pintu. Aku hanya mampu melihat tingkah lakunya sahaja. Nak bercakap lebih memang tak boleh. ini bukan lagi masa yang sesuai.

*******

"Ya Allah Raisha kenapa dengan muka kamu ni. Lebam sangat ni" ujar Datin Amanda dengan penuh perasaan risau apabila melihat anaknya menangis seorang diri di gazebo rumahnya.

"Mommy, Izz tak terima Raisha. Raisha sayang Izz. Raisha nak Izz balik" ujar Raisha dalam nada esakan lalu menyandar pada bahu Datin Amanda.

"Raisha sabar ye sayang. Mommy akan tolong Raisha." ujar Datin Amanda.

"Tapi mommy dia dah kahwin. Papa mesti tak bagi Raisha dapatkan semula Izz. " ujar Raisha pula.

"Then jadikan Izz milik Raisha sorang. So papa tak kesah la"

"How mommy?" soal Raisha.

"Dah pergi rehat dulu nanti mommy cakap"

******

"Maria kau dah gila ke? Kau tahu kan Izz benci sangat dekat Raisha. Kau dah lupa ke apa betin tu buat dekat Izz dekat suami kau?" marah nenek kepada Datin Maria.

"I dony care! Raisha jauh lebih layak jadi menantu Maria bukan perempuan kampung tak sedar diri tu!" bentak Datin Maria.

"Entah setan apa la yang merasuk kau! Nasib aku sempat kahwinkan Izz dengan Raisha. Kalau tak memang rosaklah masa depan cucu aku." ujar nenek.

"Tapi dia anak Maria. Maria berhak tentukan hidup dia. Maria akan pastikan Izz milik Raisha. " bentak Datin Maria lalu terus menghilangkan diri ke bilik tidurnya.

"Kau jangan ingat kau hebat Maria. Kau dah lupa siapa aku. Aku ibu kau ." gumam Nenek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience