BAB 30

Romance Completed 27652

Datin Mariana hanya diam sahaja.Dia malas mahu bertekak dengan adiknya itu.Daripada dia bertekak,lebih baik dia minum jus oren yang dibancuh orang gajinya itu.Baru reda sedikit kegeraman dalam hatinya…

Yasmin mengelap air matanya yang membasahi pipinya.Dia mendengar dengan jelas apa yang dibualkan mereka di ruang tamu itu dari atas tangga itu.Hati keibuannya rasa terguris sekali.

Tiba-tiba ada tangan memegang bahunya dari belakang.

‘You buat apa kat atas tangga ni?’

Yasmin terkejut.Dia cepat-cepat mengelap air matanya kerana takut lelaki itu nampak yang dia sedang menangis.Dia memandang ke arah lelaki yang berdiri di belakangnya itu.

“Mana ada I nangis..Masuk habuk lah’

Azlan tergelak.Dia menarik tangan gadis itu lalu dibawanya pergi kerana takut tetamu-tetamu mamanya itu nampak apa yang sedang berlaku sekarang ini.

“So sayang I ni nangis lah tadi?’,kata Azlan sambil senyum nakal.

“Mana ada!I kan dah kata tadi mata I masuk habuk.Siapa lah pandai-pandai cakap dengan you ni yang I nangis’,kata Yasmin dengan geram.

Azlan hanya tergelak kecil.Gadis itu memang tidak pandai menipunya…

“Muhammad Bazli Matin bin Megat Khairul Azlan tu anak kita.Jangan ambil hati sangatlah apa yang mak ngah cakap tu’

“Tapi mak ngah you kata..’,belum sempat Yasmin menghabiskan ayatnya,jari telunjuk lelaki itu memegang bibirnya yang kering itu.

“You yang lahirkan Baz.I yang sambut dia.So,Mak ngah I tahu apa?’

Yasmin terus memeluk lelaki itu.Rasa lega sekali hatinya sekarang takkala mendengar apa yang dikatakan suaminya itu.Baru dia rasa ceria kembali.

“Apa yang basah ni?’

Yasmin melepaskan pelukannya.Dia memandang baju yang dipakainya itu lalu memandang semula ke arah Azlan.Mukanya terus merah kerana menahan malu.

“You masuk bilik. I ambil baz jap’,kata Azlan.

Baru sahaja Azlan mahu turun ke ruang tamu,tangannya ditarik perempuan yang memakai baju lengan panjang dan kain batik itu.

‘Sayang…I malu la…You tak kisah kan fasal tadi tu?I tak tahu pulak susu tu boleh keluar tadi’,kata Yasmin dengan malu-malu.

Azlan memandang Yasmin yang sedang malu itu lalu meneruskan perjalanannya ke ruang tamu rumahnya yang sebesar istana itu.

“Lebih daripada tu pun I dah tengok’,kata Azlan lalu tergelak sebelum pergi.

Yasmin terus memeluk tubuhnya.Dia rasa malu sekali dengan lelaki itu.Sudahlah malu,geram pun ada dengan lelaki itu!!!!!

Arfan mula pelik.Dia cepat-cepat mengayuh basikalnya ke arah rakan-rakan sekolahnya yang sedang menuju ke rumahnya itu.

Setibanya di hadapan pagar rumahnya,dia terus menghalang rombongan kawan-kawannya itu.

“Tepi lah Fan..Kitaorang nak jumpa Cikgu Min ni’,kata Fatihah dengan geram.

‘Korang ni semua nak buat apa jumpa dia?Tak minta izin aku pun’,kata Arfan dengan bersungguh-sungguh.

“Ok lah…Megat Khairul Arfan bin Megat Iskandar…Bolehkah kami semua datang ke rumah kamu?’,kata Ilham yang mengalah dengan pelajar pintar di sekolahnya itu.

“Tak’,kata Arfan dengan selamba.

“Tapi kenapa?Kitaorang nak jumpa Cikgu Min dengan anak dia je’,kata Irfan pula yang sudah tidak tahan menanggung rindu kepada guru kesayangannya itu.

“Irfan dengan Aiman je boleh.Yang lain,boleh balik’,kata Arfan sambil senyum.

“Alaaaaaaaa’,kata mereka semua serentak.Masing-masing menunjukkan muka tidak puas hati.

Tiba-tiba ada kereta mewah hendak memasuki rumah besar itu.Cepat-cepat mereka semua ke tepi.Masing-masing tidak sabar mahu melihat gerangan siapakah yang membawa kereta Ferrari merah itu.

“Kak Mira!’,jerit Arfan kegirangan takkala tingkap kereta bahagian pemandu yang gelap itu terbuka.

Semua di situ menggaru kepala.Siapa pula itu?

“Mira kerja dekat hospital mana sekarang?’,tanya Datin Mariana.

‘Dekat hospital sama dengan Azlan’,kata Amirah lalu senyum ke arah Azlan yang duduk di sebelahnya di ruang tamu rumah keluarga Azlan itu.

“Ohh…Mira cantik lagi ya..Sama macam dulu..Uncle rasa tak ada yang berubah pun dengan Mira ni’,kata Datuk Iskandar lalu senyum ke arah gadis itu.

Datin Mariana terus mencubit peha suaminya yang duduk sebelahnya itu.Dia rasa geram sekali dengan lelaki itu.Mana tidaknya,umur sudah separuh abad pun masih gatal lagi.

“Hehehe terima kasih uncle’,kata Amirah sambil tersenyum malu.

‘Jemput makan,Cik Mira’,kata Mak Ton lalu meletakkan sepinggan kuih di atas meja itu.Dia terus berlalu masuk ke dapur semula memandangkan dia rasa tidak layak mahu mencampuri urusan keluarga majikannya itu.

“Have yourself,Doctor Mira..Maid I masak sedap’,kata Azlan.

“Tak apalah..I’m on diet…Daripada I makan,lebih baik I tengok baby you.Mana dia?I dah tak sabar ni nak tengok’,kata Amirah dengan teruja.

“Ada dekat atas.Jom’

‘Jom!’,kata Amirah yang memakai baju sehingga menampakkan pehanya yang putih gebu itu lalu mengekori lelaki itu daripada belakang.

“Kemain eh abang..Tak kelip mata abang tengok badan Amirah yang seksi tu’,kata Datin Mariana dengan geram.

“Dah rezeki..Nak buat macam mana’,kata Datuk Iskandar lalu minum teh panas yang dibancuh pembantu rumahnya pada petang itu.

Yasmin mula pelik takkala mendengar suara mesra seorang perempuan dari dalam bilik anaknya.Dia cepat-cepat membasuh mukanya lalu keluar dari tandas itu.

“Lan…Comel sangat ni..I geramnyaaaaa…Dah lah comel,tembam pula tu..’,kata Amirah lalu mencium pipi gebu Bazil yang sedang nyenyak tidur itu.

“Dia asyik tidur je..Sebab tu tembam’,kata Azlan lalu mengusap kepala anaknya yang berada di dalam katil bayi itu.

“Baz really like you,Lan..Chubby,always sleep and cute..Hehehe’,usik Amirah.

“Ada-ada je’

‘I’m serious..You comel macam dia tau kalau you nak tahu..Bila you tidur,mesti you nampak comel macam Baz ni’,kata Amirah dengan teruja.

Azlan hanya ketawa sahaja.

“Ehem’

Mereka berdua memandang ke arah pintu bilik itu.Amirah terus memandang wanita yang sedang berpantang itu dari atas sampai bawah.

“This your wife?Wow so big.HAHA.Ok lah.I balik dulu.Hug and kiss for my Baz okay?’,kata Amirah yang berpinggang seperti kerengga itu lalu keluar dari bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience