BAB 37

Romance Completed 27652

“Tak boleh ke datin?’,tanya Mak Ton dengan nada takut-takut.

“Bukan tak boleh..Tapi,saya dengan datuk kena pergi Hong Kong malam ni.Kena jumpa supplier kat sana.Habis tu,kalau awak tak ada nanti,siapa nak jaga Fan?Dia dah lah dekat hospital sekarang ni’,kata Datin Mariana lemah.

“Saya bukannya sengaja,datin.Anak saya tu dah suruh saya balik kampung.Maklumlah,hari ni kan dah mula cuti sekolah.Cucu-cucu saya nak balik kampung jumpa saya lah tu’,kata Mak Ton lalu menggarru kepalanya yang tidak gatal itu.Serba salah Mak Ton dibuatnya.

“Nak suruh Lan,Lan busy pula dengan kerja dia..Kita nak harapkan siapa lagi la sekarang ni’,kata Datuk Iskandar lemah.

Kini,bukan sahaja Datin Mariana dan Datuk Iskandar yang pening,pembantu rumah mereka turut sama pening.Ruang tamu itu menjadi sunyi sepi kerana masing-masing ligat mencari jalan penyelesaian.

Datuk Iskandar mengambil gelas yang berisi air sejuk itu.Tiba-tiba dia rasa kakinya bagai tersepak sesuatu.Dia pun mengambil objek yang terjatuh di bawah sofa tempat dia duduk itu.

“Do you get what I mean?’,kata Datuk Iskandar sambil tersenyum.Tangan kanannya memegang puting cucunya.

Datin Mariana dan Mak Ton menjerit keriangan.Walaupun Mak Ton tidak berapa faham Bahasa Inggeris,tetapi dia faham apa yang majikannya itu cuba sampaikan.Datin Mariana pula bagai tidak percaya yang dia sudah lupa bahawa dia sudah ada menantu yang boleh diharapkan.Nampak sangat dia dah tua….

Jururawat yang memakai tanda nama Suraya itu terus berlari mendapatkan doktornya yang sedang menuju lift itu.Sampai mahu semput Suraya dibuatnya.

“Kenapa ni,Su?’,tanya Azlan.

“Doktor nak pergi mana?’

“Tengok adik saya’

‘Boleh tak doktor ganti Doktor Praba beberapa hari ni?Tadi dia kata dia ada kecemasan.Jadi,tak ada siapa boleh rawat pesakit-pesakit dia’,kata Suraya dengan bersungguh-sungguh.

Azlan mengeluh lemah.Dia pandang sahaja jururawatnya yang memakai uniform lengkap itu.

“Adik dah boleh balik tau hari ni..Lagipun luka adik masa tu pun tak serius sangat..Dah nak sembuh dah pun’,kata Fatimah, jururawat yang menjaga bahagia Pediatrik(bahagian kanak-kanak).

Arfan tersenyum kegirangan.Hatinya rasa berbunga-bunga sekali sekarang ini.Bolehlah dia pergi bercuti ke luar negara!

“Mama dengan papa saya mana ya,nurse?Diorang dah tahu tak saya discharge hari ni?’,kata Arfan dengan teruja.

Fatimah mengusap kepala pesakitnya yang ada tampalan luka itu.Rasa tidak sampai hati pula dia rasa mahu menghancurkan harapan pesakit kanak-kanak itu.Tetapi,apakan daya.Dia harus juga.

“Tadi,mama adik telefon hospital..Diorang dah fly pergi Hong Kong malam tadi masa adik tidur..’,kata Fatimah dengan lembut.

“Doktor Azlan???”

‘Dia ada dekat atas,sayang…Dia sibuk sangat hari ni sebab dia kena ganti tempat doktor senior dekat bahagian dia’

‘Habis tu,siapa nak jemput saya balik?’

“Cikgu lah’

Jantung Arfan terhenti seketika takkala mendengar suara gadis itu.Dia pun memandang ke luar pintu bilik wadnya itu dengan terkejut.Dia bagai tidak percaya apa yang sedang berlaku sekarang ini.DIA?!

Yasmin memberhentikan keretanya memandangkan lampu isyarat sedang bertukar merah.Selepas itu,dia mengalihkan matanya ke arah anaknya yang duduk di tempat bayi di sebelah tempat duduknya itu.

“Sayang ibu buat apa tu?Atoto’,kata Yasmin dengan teruja.Dia rasa,gembira sekali melayan karenah anaknya yang suka ketawa takkala diagahnya itu.

Selepas itu,dia mengalihkan pandangnya ke cermin belakang pula.Dia pandang sahaja budak lelaki yang sedang menyandar di tempat duduk belakang itu sambil merenung ke luar tingkap.

‘Fan lapar tak?Kak Min belikan apa-apa untuk Fan ya?’,kata Yasmin yang memandu kereta Axia yang dipenuhi dengan banyak patung Hello Kitty itu.Hampir kesuluruhan dalam kereta itu berwarna merah jambu.

“Tak nak.Dah kenyang’,kata Arfan yang jawab bagai acuh tak acuh.

‘Ok…So,Fan nak pergi mana?Nak balik ke nak pergi jalan-jalan?’

Arfan yang tadinya rasa tidak bermaya dan malas mahu menghiraukan gadis itu terus bersemangat takkala mendengar perkataan ‘jalan-jalan’ itu.Hatinya mula berkembang mekar.Tetapi,dia tidak mahu zahirkan kerana takut gadis itu tahu yang dia sudah mula teruja.

“Jalan-jalan tu pergi area JB ke luar negara?’

Yasmin tergelak takkala mendengar kata-kata adik iparnya itu.Rasa sesuai pula ayat adik iparnya itu dengan lagu yang sedang berkumandang di radio,’Kalau Aku Kaya’.

“Tak de la sampai luar negara,Fan..Kak Min tak kaya macam Fan…’,kata Yasmin lalu menyambung pemanduannya memandangkan lampu isyarat telah bertukar hijau.

“Tahu pun.Janganlah cakap pasal jalan-jalan kalau tahu miskin’,kata Arfan dengan selamba.Dia tidak sedar kata-katanya itu telah mengguris hati kakak iparnya itu.

Yasmin memegang dadanya lalu beristighfar panjang dalam hati.Hanya kesabaran sahaja yang dia mahukan sekarang ini.

“Adik dengan abang sama…Mulut nauzubillah…’,bisik Yasmin dalam hati.

Azlan mula pelik takkala mendapati adiknya tiada di katil hospital itu.Dia cepat-cepat berlari ke luar iaitu ke arah kaunter jururawat.

“Pesakit yang bilik nombor 999 tu mana?’,tanya Azlan.

‘Ohh adik doktor kan?Dia dah discharge dah tadi’,kata Fatimah sambil tersenyum.

“Siapa ambil dia?’,tanya Amirah yang turut ada di sisi Azlan ketika itu.

“Isteri Doktor Azlan la…Hehehe..Ada apa-apa lagi,Doktor Azlan?’,tanya Fatimah yang memakai tudung berwarna putih dan baju uniform itu.

Azlan hanya menggeleng.Selepas itu,dia terus pergi.Amirah yang memakai kasut tinggi dan baju kembang ketat itu terus mendapatkan lelaki itu.

“Lan,tunggu!’

Azlan memberhentikan langkahnya.

“You tak takut ke wife you jaga adik you?’

‘Takut?’

“Ya la..You tak ingat ke masa tu?She sent your brother by herself instead using ambulance.You stil not worry about it?’

‘How long is the journey from this hospital to the school?’

‘Almost half an hour…Why you ask?’

‘That’s why’,kata Azlan lalu berlalu pergi sambil tersenyum.

Amirah tidak puas hati.Dia terus berlari mendapatkan lelaki yang sudah jauh itu.Hatinya memberontak mahukan kepastian.Itulah dirinya,Nur Amirah.Selagi tidak menjumpai jawapan,jangan harap dia tenang.

“Lan,can you tell me what’s your point actually?’,kata Amirah yang sudah tidak tentu arah itu.

Azlan tergelak.Dia bagai tidak percaya yang gadis itu sampai begitu sekali mahukan jawapan.

“Azlan,tell me please..I really want to know the answer’

“Serious you don’t know?’

‘Serious,Azlan..I tak boleh macam ni..I nak tahu jugak jawapan dia’

‘Yasmin tu hantar adik I ke hospital dalam masa 15 minit.Kenapa I nak takut dia jaga adik I sedangkan dia pernah bergadai nyawa dia masa memecut tu semata-mata nak hantar adik I pergi hospital?’,kata Azlan lalu tersenyum sebelum pergi menaiki lift untuk ke tingkat atas memandangkan dia sedang banyak pesakit sekarang ini.

Amirah terdiam.Dia menjeling ke arah jururawat-jururawat yang sedang mengetawakannya itu.

“Kenapalah otak aku ni bodoh sangat..Benda senang je kot’,bisik hati Amirah kegeraman.

Arfan tersedar daripada tidur takkala mendengar bunyi bayi ketawa.Dia terus membuka matanya.Rasa terkejut sekali dia rasa takkala melihat anak abangnya itu ada di sebelahnya.

Dia terus bangun lalu memandang sekelilingnya.Dia lansung tidak nampak kakak iparnya.Terus pucat muka Arfan ketika itu.Mana tidaknya,sudah sekarang ini.Boleh pula dia ditinggalkan dengan bayi itu sahaja di dalam kereta.

“Bah’

Terkejut Arfan takkala disergah dari luar itu.Rasa geramnya ke atas gadis itu makin menebal takkala melihat gadis itu ketawa kerana berjaya memeranjatkannya.

“Hahahaahaha kelakarlah Fan ni..Jom keluar sayang.Kita dah sampai ni’,kata Yasmin lalu ke belakang untuk membuka bonet keretanya.

Arfan melihat ke luar tingkap.Dia pandang sahaja rumah papan yang menyeramkan itu.Dia bagai tidak percaya yang dia akan dibawa ke tempat macam ini.Sudahlah gelap,menyeramkan pula rumah itu.Macam filem hantu pula dia rasa..

Tiba-tiba pintu belakang itu terbuka.Arfan mula rasakan bagai ada kencang memasuki kereta kecil itu.Bulu romanya mula tegak berdiri.Takkala dia terpandang ada perempuan memakai warna putih sedang senyum kepadanya,terus menjerit Arfan sekuat hatinya.

“Sayang…Sampai rumah ibu bapa saya ni awak cari saya eh?Rindu latew’,kata Yasmin sambil memandang lelaki yang sedang menikmati pemandangan laut itu.

“Mana ada.Aku cari Baz dengan Arfan je’,kata Azlan lalu mencium pipi anaknya itu.

“Iyalatewww’,usik Yasmin lalu mencubit pipi Azlan.

“Seriusla’

‘Ok Doktor Harimau….’

‘Yasmin’

‘Yaaa suamiku’

‘Kesian Baz kan?’

‘Kenapa kesian pulak?Awak dengan saya kan ada’

‘Tapi,dia lonely’

Yasmin ketawa terbahak-bahak.Dia memukul lengan suaminya yang tegap itu.Rasa geli hati dia dibuatnya takkala melihat muka Azlan yang sentiasa serius itu.

“Abang Lan!This is the best holiday I ever had!!!!!!!!!!!!’

Kedua-dua mereka menoleh ke belakang.Mereka ketawa takkala melihat Arfan yang kelihatan teruja makan buah Durian dan Rambutan di kampung Yasmin itu. Itulah nasib City boy, sekali sekala tinggal di kampung memang teruja jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience