BAB 14

Romance Completed 27652

Azlan hanya diam sahaja.Dia terus naik ke atas tanpa menghiraukan gadis itu.Daripada dia melayan gadis itu,lebih baik dia mandi memandangkan badannya sedang berpeluh-peluh sekarang ini.

Yasmin teregelak.Dia terus berjalan ke arah murid-muridnya.

“Ok semua…Korang mesti tak faham apa yang suami cikgu ajar tadi kan?’

‘Faham…Senang…’,jawab mereka serentak.

Yasmin menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Dia seakan tidak percaya yang suaminya itu sepintar itu untuk mengajar anak-anak muridnya yang masih lemah itu.

‘Ada soalan susah-susah lagi tak?Nanti cikgu boleh terangkan’,kata Yasmin sambil membelek-belek soalan di dalam buku itu yang dia rasa susah untuk murid-muridnya.

‘Abang Azlan dah terangkan semua…Kitaorang dah siap dah pun’,kata Hana dengan gembira.

‘Betul!!Yeayyy dah boleh balik’,kata yang lain serentak dengan teruja.

Yasmin terus terdiam.Dia rasa malu sekali dengan suaminya.

“Ish jahat betullah mulut aku ni’,kata Yasmin sambil memukul mulutnya perlahan.

Azlan mengeluh lemah.Dia malas mahu memandang Yasmin yang sedang memandangnya sambil tersenyum-senyum itu.Dia kenal sekali dengan gadis yang sudah memakai baju tidur itu.Pasti ada sesuatu yang gadis itu mahukan…

“Sayang…Oh sayang…’,kata Yasmin dengan ceria di atas katil itu.

Azlan hanya diam sahaja.Dia menyikat rambutnya yang kelihatan segar selepas dia mandi itu.Bagi Azlan,kebersihan itu satu keutamaan untuknya.Dia tidak suka dirinya kelihatan pengotor atau tidak kemas.Sebab itulah Azlan digilai ramai gadis…

Yasmin mengeluh lemah.Dia kenal sangat dengan perangai Azlan yang memang pendiam sejak zaman persekolahan itu.Jarang dia melihat lelaki itu bersikap romantik seperti lelaki-lelaki lain…

“Awak…Jom tengok wayang nak?Bosanlah…’,kata Yasmin lalu melentokkan kepalanya di badan Azlan.

“Malas’

‘Jomlah…Saya dah booked ticket dekat Internet dah pun…Jom la sayang…Pleaseeeeee’,kata Yasmin dengan nada manja.Dia tahu,cara ini sahaja yang boleh mencairkan hati lelaki yang keras seperti batu itu.

“Enjoy your movie!’

‘Thanks’,kata Yasmin selepas mendapatkan tiket daripada penjual tiket di panggung wayang itu.

Yasmin terus menoleh ke belakang semula.Mukanya yang tadi teruja terus monyok takkala melihat apa yang sedang berlaku ke atas suaminya yang sedang berdiri di luar panggung wayang itu.

“Cakaplah…Nama awak siapa?Kenapa awak handsome sangat eh….Saiaaa taaa kuadd tauuu’,kata salah seorang gadis seksi itu sambil ketawa.

‘Ada wechat Id tak?’,kata lagi seorang pula.

Azlan hanya diam sahaja.Dia malas mahu melayan gadis-gadis miang itu.Lebih baik dia menghabiskan bertih jagung yang baru dibelinya itu sambil memikirkan tentang kerjanya.

“Excuse me.Ini suami saya’

Gadis-gadis yang sedang memegang Azlan tanpa berasa malu di khayalak ramai itu terus berlari meninggalkan Azlan takkala melihat muka Yasmin yang seakan mahu makan mereka itu.Azlan pula hanya tergelak.

“Tahu takut!Siapa suruh kacau suami orang!’,kata Yasmin dengan geram.

“Mestilah takut.Godzilla kot yang marah diorang tadi’,usik Azlan lalu meninggalkan Yasmin yang sedang kegeraman itu.Dia suka sekali mengenakan gadis itu.

Yasmin merengut geram.Ikutkan hati,mahu sahaja dia koyakkan tiket wayang itu.Tetapi,rasa sayang pula….

Azlan meletakkan telefon bimbitnya di mood silent.Selepas itu,dia menyandarkan badannya di kerusi di dalam pawagam itu.Sudah lama rasanya dia tidak menonton wayang.Matanya memandang ke hadapan skrin gambar yang besar itu.

“Tak payah tenung-tenung.Kat public kan ni’

Yasmin menelan air liur.Dia bagai tidak percaya yang lelaki itu nampak apa yang sedang dilakukannya sekarang ini.Dia mula yakin akan teorinya bahawa lelaki itu mempunyai belaan hantu.Sebab itu tindak-tanduknya mampu dilihat Azlan.

Takkaala filem cinta itu sudah mahu bermula,Yasmin cepat-cepat melentokkan kepalanya di atas bahu lelaki itu.Tangannya sengaja dipautkan kepada tangan Azlan.Inilah saat yang dinanti-nantikannya selama ini.Sebelum kahwin?Jangan haraplah…

Azlan merasa ada getaran di poket seluarnya.Dia pun mencapai telefon bimbitnya.

“Siapa tu,sayang?’,bisik Yasmin kepada Azlan.Matanya masih fokus menonton filem yang sedang ditayangkan itu.

“I have to go’

Yasmin mula geram.Dia memandang lelaki yang duduk di sebelahnya.

“Kenapa?Siapa telefon you?’

‘Sarah’

‘Sarah mana?I tak kenal pun’

‘Tak payah kenal’

‘Sayang..Janganlah pergi…I dah beli tiket mahal kot…Abaikan je lah dia tu…Sibuk je tau dia tu nak kacau suami I’

“Shhh’,kata salah seorang penonton di dalam pawagam itu membuat isyarat senyap.Kebanyakan penonton yang menonton filem itu kebanyakan pasangan yang sedang bercinta ataupun yang baru kahwin seperti Yasmin dan Azlan.

“Lepas’,kata Azlan dengan geram sambil memandang Yasmin yang sedang memegang tangannya kuat itu.

“Tak nak..You kena teman I jugak malam ni..Kalau you sayang I,you jangan pergi ok?’

“Fine’,kata Azlan lalu menolak tangan gadis itu dengan kuat sebelum keluar dari pawagam itu dengan tergesa-gesa.Muka Azlan seakan tidak puas hati dengan Yasmin.

Yasmin terdiam takkala melihat Azlan yang berlalu pergi itu.Hati wanitanya terguris dengan apa yang dilakukan lelaki itu.Hatinya terasa lebih sakit berbanding tangannya yang ditolak lelaki itu sampai merah itu.

“Dia tak sayang aku ke?’,bisik hati kecil Yasmin.

Datuk Iskandar turun ke ruang makan pagi itu sebelum ke tempat kerja.Dia terkejut takkala melihat gadis berbaju kurung dan tudung bawal berwarna merah jambu itu turut ada di situ.

“Yasmin..Mana Azlan?Kenapa kamu sarapan seorang-seorang?’,tanya Datuk Iskandar .

“Betul tu,bang…Mana Azlan?Dia tak bangun lagi ke,Min?,tanya Datin Mariana pula yang sudah siap untuk ke pejabat itu lalu duduk di ruang makan itu bersama menantunya.

“Ermm dia ada dekat atas,ma..Sekejap lagi dia turun’,tipu Yasmin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience