BAB 7

Romance Completed 27652

Dia memandang Azlan.Azlan yang memakai kemeja hitam itu hanya diam sahaja.Sukar sekali dia duga perasaan lelaki yang dia jaga sejak dari dalam hari lagi.Lelaki itu terlalu banyak rahsia dan pendiam pula itu.Complicated betul…

“Lan..Kamu ok?’,tanya Mak Ton.

“Ok’,kata Azlan lalu berjalan menuju ke keretanya yang diletakkan berhampiran.

Mak Ton pandang sahaja anak majikannya itu.Dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta itu kerana takut anak majikannya itu lewat ke tempat kerja.

Yasmin membaringkan badannya di atas katil yang empuk itu selepas solat Isyak.Dia rasa lega sekali akhirnya mereka selamat tiba di negeri bandar bersejarah pada malam itu.Mujur,tiada apa-apa yang berlaku sepanjang perjalanan tadi.

Baru sahaja dia mahu menutup matanya memandangkan hari sudah larut malam,dia teringat seseorang.Dia cepat-cepat mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di sebelah lampu tidur itu.Hatinya berbunga riang kerana tidak sabar mahu mendengar suara lelaki itu.

Baru sahaja dia mahu mendail nombor telefon lelaki yang dirinduinya itu,pintu bilik itu diketuk seseorang.Terkejut Yasmin dibuatnya.

“Siapa tu,Min?’,tanya Mastura yang sedang mamai kerana tersedar daripada tidur itu.

‘Entahlah kak..Tak pe akak tidur ya.Biar Min pergi tengok’,kata Yasmin lalu mecapai tudungnya sebelum membuka pintu bilik hotel itu.

Yasmin memandang jam.Sudah pukul 12 malam.Hatinya mula berkata-kata.Dia cuba memberanikan dirinya.Kalam Allah mula meniti di bibirnya.

“Kenapa ini?’,tanya Yasmin dengan muka kerisauan.

Arfan berjalan ke arah dewan makan hotel itu.Dia rasa nyenyak sekali tidur malam tadi.Sedang hatinya bernyanyi riang,dia ternampak seseorang.Mukanya terus tidak riang kembali.

“Fan nak apa-apa tak?Akak boleh ambilkan..Fan mesti nak Cereal kan?Akak tahu…’,kata Yasmin sambil tersenyum.

Arfan tidak menghiraukan gadis itu.Dia terus pergi ke arah rakan-rakannya tanpa menghiraukan gadis yang sedang bertanya dia tadi.Hatinya membuak-buak kegeraman.

Yasmin mengeluh lemah.Dia duduk semula di tempat guru-guru pengiring rombongan itu.Kesabarannya bagai dicabar budak lelaki itu.Dia mengucap panjang di dalam hati…

“Kenapa dengan Fan tu,Min?Kurang ajar pulak akak tengok’,tanya salah seorang guru di situ.

“Hmm taklah..Dia tak macam tu sebenarnya..Dia penat kot’,tipu Yasmin untuk menyedapkan hatinya.Dia tidak mahu nama baik keluarga mertuanya yang dikenali ramai itu tercemar…

“Read my schedule for this week’

‘Sebentar ya doktor..Ok.Buat minggu ini,jadual doktor penuh.Tiada kosong lansung.Banyak pesakit nak doktor’,kata Mazmin.

‘Okay.Thanks’,kata Azlan yang memakai jubah putih kedoktoran itu kepada jururawatnya yang agak cantik jika dibandingkan dengan jururawat lain itu.

“Welcome doctor’,kata Mazmin sambil tersenyum manis.

Mazmin pun keluar dari bilik rawatan itu.Dia tidak sedar sebenarnya dirinya sedang diperhatikan seseorang.Mata itu pandang sahajanya.Bilik Azlan itu pun dimasuki seseorang.

Mastura turun dari bas persiaran itu dengan penuh teruja.Sudah lama rasanya dia tidak mengikuti rombongan seperti ini.Mujur,tahun ini dia tidak bersalin lagi.Kalau tidak,tidak dapatlah dia mengikuti rombongan sekolah ini…

Cuti sekolah seperti ini banyak pengunjung yang datang membanjiri Kota A Famosa ini.Bukan sahaja pelancong tempatan,malah pelancong dari luar negara turut mengambil kesempatan untuk datang bercuti di bandar bersejarah ini.

Sampai naik rambang mata Mastura dibuatnya takkala melihat barang-barang yang diperagakan di situ.Semuanya murah.Jadi,Mastura pun apa lagi.Cepat-cepat dia menawar harga dengan penjual di situ untuk membeli barang yang disukainya itu.Itu yang sampai tidak cukup tangan Mastura dibuatnya kerana mengangkat barang-barang yang baru dibeli itu.

“Terima kasih dik’,kata Mastura lalu pergi setelah selesai membuat pembayaran.Rasa gembira sekali Mastura rasa dapat beli-belah.Maklumlah,dia ini suka membeli-belah.Itu kan hobinya…

Sedang dia sambung bersiar-siar di kawasan tinggalan Sejarah itu,matanya terus menangkap seseorang yang sedang duduk termenung di atas bangku yang disediakan di situ.Tanpa berfikir panjang,Mastura terus berjalan ke arah gadis itu sambil membawa barang-barang yang baru dibelinya itu.

“ Takkan dah rindu kot…’,usik Mastura.

Terkejut Yasmin dibuatnya.Dia tersenyum takkala memandang Mastura yang duduk di sebelahnya itu.

“Mestilah kak..Tadi saya telefon,dia tak angkat pun..Tu yang saya risau ni…’,kata Yasmin dengan lemah.Naik kematu tangannya mendail nombor telefon lelaki itu tetapi masih tidak berangkat.Itu belum masuk mesej,whatsapp,wechat dan line..

“Alahai..Tahulah pengantin baru..Akak yang pengantin lama ni pun rindu jugak..Tapi apakan daya..Hidup perlu diteruskan Min..’,usik Mastura lalu ketawa.

Yasmin terus ketawa dengan jenaka rakan sekerjanya itu.

Tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi telefon.Yasmin pun memandang Mastura.

“Jap ya Min.Laki akak telefon’,kata Mastura sambil tersipu-sipu malu.

Yasmin hanya mengangguk sambil tersenyum.Mula-mula,tiada apa-apa dia rasa.Tetapi,takkala mendengar perbualan mesra kakak angkatnya itu dengan suami kakak angkatnya seketika,timbul perasaan cemburu dalam sarang hatinya.

“Min pergi tengok budak-budak jap ya,kak’

Mastura hanya mengangguk.Dia masih leka berbual dengan suaminya dalam talian.

Yasmin mengeluh lemah.Dia mencapai tas tangannya lalu berjalan ke arah murid-muridnya yang sedang sibuk membeli-belah itu.

“Sweetnya Kak Mas dengan suami dia…’,bisik hati kecil Yasmin.

“Berapa ni,uncle?’,tanya Arfan sambil memegang helikopter mainan itu.

“RM100’,kata penjual itu.

“Tak boleh kurang ke?’

‘Tak boleh meh..Sudah kurang banyak…’,kata penjual itu lagi lalu ketawa.

Arfan mendiamkan diri.Dia meletakkan semula barang yang berjaya menawan hatinya itu sejak pertama kali Arfan memandangnya di tempat asalnya semula.Rasa kekesalan kerana bawa duit sedikit mula bersarang dalam sarang hatinya.Dia terus berlalu pergi meninggalkan kedai itu dengan rasa kecewa.

“Hahahaha ada-ada je lah Kak Mas ni tau’,kata Yasmin lalu ketawa dengan usikan Mastura itu.Dia pun sambung makan makanan yang disediakan khas untuk mereka itu pada malam hari.

‘Betul apa Kak Mas cakap…Seronokkan jadi pengantin baru ni?’,usik Mastura lagi.

Yasmin hanya menggeleng sambil senyum.Habis mukanya itu berona kemerahan kerana menahan malu.

Sedang mereka menikmati hidangan laut yang disediakan oleh pihak hotel,tiba-tiba mereka didatangi seseorang.Terdiam seketika Mastura dan Yasmin dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience