BAB 6

Romance Completed 27652

Yasmin terus terdiam.Dia cepat-cepat mengambil kertas itu lalu dibacanya.Dia terus hilang selera makan takkala habis membaca kandungan surat itu

“Mana awak dapat?’

Azlan hanya diam.Dia menikmati makanan yang berada di hadapannya tanpa menghiraukan gadis yang sedang memandangnya itu.

“Awak…Saya tanya ni..Mana awak dapat?’

Azlan meletakkan garfu dan pisau itu dengan kuat di atas pinggan sehingga beberapa pelanggan di restoran itu memandangnya.Matanya dipandang tepat ke arah gadis itu.

“Pergi je la.Lagipun kau minta izin aku kan nak pergi rombongan tu..’

Yasmin terus tertunduk.Air matanya mula mengairi kelopak matanya yang bulat itu.Jawapan lelaki itu betul-betul tajam sehingga menyakiti hatinya yang lembut itu.Dia mengaku silapnya.Silapnya juga kerana takut untuk meminta izin dengan lelaki itu.Dia betul-betul tidak sangka dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

‘Awak..I’m sorry….’

Azlan hanya diam sahaja.Dia terus sambung makan tanpa menghiraukan gadis itu.

“Matanya birus-birus selalu…’,nyanyi Mak Ton sambil melipat pakaian di dalam biliknya.Waktu-waktu sebelum tidur ini baru dia sempat mahu melipat pakaian-pakaian yang berlambak ini.Kalau tidak,masanya terhabis dengan menonton drama-drama sinetron yang disiarkan di televisyen…

Sedang dia melipat pakaian,tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

“Siapa pula tu?’,bisik hati kecil Mak Ton.

Mak Ton pun meletakkan pakaian yang sedang dilipatnya itu lalu berjalan ke arah pintu bilik.Dia tersenyum takkala melihat gadis yang berada di luar pintu.

“Ya puan..Boleh Mak Ton tolong?’

‘Mak Ton ni kan…Panggil saya Min je lah…Saya bukan bos Mak Ton pun’,kata Yasmin sambil tersenyum.

“Baik betul Min ni lah…Bertuah Azlan dapat Min tau…Dah lah cantik,baik hati pulak tu…’,puji Mak Ton.

Yasmin mengeluh lemah.Nama lelaki itu makin membuatkan fikirannya bertambah kusut.

“Min…Kenapa ni?’,tanya Mak Ton yang mula risau.

Tanpa membuang masa,Yasmin terus memeluk wanita tua itu.Entah macam mana,dia tidak boleh mengawal perasaannya malam itu.Dia betul-betul perlukan seseorang sekarang ini…

Arfan berjalan ke arah guru yang sedang menanda buku itu dengan girang.Dia rasa hatinya diwarnai warna-warna kegembiraan takkala hadirnya guru baru itu di sekolahnya.Lebih-lebih lagi,guru itu sangat baik dengannya.Makin lah Arfan sayang kepadanya…

“Assalamualaikum cikgu cantik’,kata Arfan sambil tersenyum.

Arfan pandang sahaja guru itu.Dia seakan tidak dengar dengan apa yang dikatakan Arfan itu.Arfan pun mengambil keputusan untuk memegang guru itu takut-takut guru itu sedang berangan atau sebaliknya.

“Apa pegang-pegang ni!Kau ingat kau siapa!Aku baik dengan kau sebab aku nak abang kau je tau!PERASAN!’

Arfan terus tersedar daripada tidur.Dia mengelap peluh yang menitik di dahinya.Terasa sesak nafasnya takkala membayangkan betapa garangnya kakak iparnya yang merupakan gurunya juga itu di dalam mimpi itu.

“Aku benci kau,Cikgu Min’,bisik hati Arfan kegeraman.

Yasmin memasuki kamar yang dahulunya merupakan bilik Azlan kini menjadi bilik mereka itu.Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi tetapi dia masih belum mengantuk.Entah mengapa,terasa segar sekali mata ini walaupun esok dia harus bangun awal pagi.

Dia terus mendekati Azlan yang sudah terlena di atas katil mereka itu.Dia pandang sahaja lelaki itu.Air matanya mula gugur takkala menyentuhi tangan lelaki yang sedang tidur itu.

“Maafkan saya,sayang…Saya tak ada niat pun nak tinggalkan awak…Saya tahu,kita baru kahwin..Dan awak masih perlukan saya waktu-waktu macam ni…Tapi,saya terpaksa…Saya tak ada pilihan lain..Awak ingat,saya nak ke tinggalkan awak?Saya pergi sekolah pun saya akan ingat dan rindu awak..Apatah lagi tiga hari dua malam…’,rintih Yasmin.

Dia terus melentokkan kepalanya di atas dada lelaki itu.Dia menangis sepenuh hatinya di atas dada lelaki itu.Dia betul-betul tidak sampai hati untuk meninggalkan lelaki itu.Tetapi,dia cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana takut lelaki itu akan tersedar.Biarlah dia tangisi semua kelukaan itu dalam kesepian…

“Arfan..Makan sikit..Nanti perut kamu lapar masa dalam bas’,kata Mak Ton kepada budak lelaki yang sudah bersiap untuk pergi awal-awal pagi seperti ini.

“Tak nak lah Mak Ton…I’m not hungry…’,kata Arfan dengan monyok.Dia paling tidak suka bersarapan.Sudahlah kena bangun awal hari ini,ditambah pula dengan makan Nasi Goreng yang dimasak pembantu rumahnya ini.Makin sedih Arfan dibuatnya…

“Hairi tak hairi..Baik makan sekarang..Nanti kamu tertinggal bas..Siapa yang susah?Mak Ton jugak yang susah…’,kata Mak Ton yang sudah berkhidmat dengan keluarga itu hampir 30 tahun.

“Bukan Hairi lah Mak Ton..Hungry!Cuba sebut betul-betul…’,kata Arfan dengan geram.

“Apa-apalah..Cepatlah makan..Kalau tak,Mak Ton tak nak pegangkan beg kamu yang berat macam ada beras 10 kg tu’,usik Mak Ton sebelum pergi.

Arfan mengeluh lemah.Ada-ada sahaja ugutan pembanntu rumahnya itu.Nak tak nak,dia terpaksalah makan….

“Okay bro.Everything is ready.Enjoy your trip okay’,kata Azlan usai memasukkan beg adiknya dalam perut bas.Dia mengusap kepala adiknya yang masih tidak boleh menerima hakikat yang dia terpilih untuk menyertai rombongan sekolah ke Melaka itu.

‘Hmm’,kata Arfan lalu menyalam tangan abangnya sebelum memasuki bas.Dia cepat-cepat mahu masuk ke dalam bas bukannya sebab dia sudah tidak sabar mahu pergi.Tetapi,dia mahu menangis dan tidak mahu sesiapa pun nampak…

Yasmin mengeluh lemah takkala mendengar bahawa mereka semua akan bertolak sekarang oleh salah seorang guru lelaki di situ.Akhirnya,waktu yang dia takut-takut sekali akhirnya tiba jua..

“Saya pergi dulu,Mak Ton’,kata Yasmin lalu menyalam wanita berumur itu.

“Baik-baik ya,Min’,kata Mak Ton lalu mencium kedua-dua belah pipi gadis itu.Yasmin sudah dianggap seperti anaknya sendiri.Kalau arwah anaknya masih hidup,pasti akan sebaya dengan Yasmin.Sebab itulah Mak Ton sayang akan Yasmin sejak pertama kali Yasmin menjejakkan kaki ke dalam rumah besar itu.

Yasmin hanya mengangguk lemah.Dia memandang ke arah lelaki yang sudah bersiap untuk ke tempat kerja dengan pakaian kemeja yang digosoknya itu.

“Saya pergi dulu ya’,kata Yasmin lalu menyalam tangan lelaki itu.Dia cuba mencekalkan hatinya.Dia sudah penat menangis sebelum ini.Dan hari ini,dia cuba untuk tidak menangis…

Azlan hanya diam sahaja.Dia lansung tidak kata apa-apa semasa pemergian Yasmin itu.

“Dia suka agaknya aku pergi..Sampai hati dia…’,bisik hati Yasmin.

Dia terus mengorak langkah masuk ke dalam bas yang hanya tinggal dia seorang sahaja yang belum masuk.Dia cuba untuk mengawal perasaannya.Dia lansung tidak pandang belakang.Cukuplah dengan apa yang telah dilakukan lelaki itu tadi…

“Bye!’,kata Mak Ton sambil melambai-lambaikan tangan sebaik sahaja bas-bas itu keluar dari perkarangan seolah rendah itu.Dia rasa sunyi pula sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience