BAB 19

Romance Completed 27652

“Azlan!Yasmin!”

Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu terus menoleh ke arah Naib CEO syarikat kecantikan itu.Mereka mula pelik melihat wanita yang tetap nampak cantik walaupun sudah berusia itu.

Datuk Iskandar yang sedang mendengar penjelasan daripada pekerjanya itu terus menoleh ke arah isterinya yang duduk bersebelahannya itu.Dia juga pelik dengan wanita yang memakai siput di rambut itu.

“Awak ni dah kenapa?’,bisik Datuk Iskandar.

Hajah Yasmin yang tadinya terlelap terus tercungap-cungap.Dia terus memegang kuat tangan suaminya.Mukanya berpeluh-peluh.

“Yasmin dengan Azlan,bang…’

‘Kenapa dengan diorang?’

‘Saya nampak diorang pakai baju putih…Saya takut bang!’,kata Datin Mariana yang bagai tidak cukup nafas itu.

Datuk Iskandar mengeluh lemah.Hatinya mula tidak keruan takkala mendengar apa yang dikatakan isterinya itu.Dia cuba untuk bersikap tenang agar isterinya itu juga tenang.Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan memandangkan di hadapan mereka sekarang ialah rakan-rakan kongsi mereka dari luar negara.

“Syifa,bawa datin keluar..Nanti saya datang’,kata Datuk Iskandar yang terkenal dengan sikapnya yang tenang itu.

“Baik datuk’,kata pembantu peribadi Datuk Iskandar lalu memimpin Datin Mariana keluar dari bilik mesyuarat itu sambil dibantu beberapa pekerja perempuan Datuk Iskandar yang lain.

Datuk Iskandar beristighfar panjang di dalam hati.Hanya nama Allah sahaja meniti di bibirnya sekarang.

“Can I continue,datuk?’,kata pekerjanya itu.

“Yes,sure..Just make it short,okay?’

Hajah Rafeah bangun dari sejadah di tempat solat perempuan di dalam Masjidil Haram itu.Dia rasa tenang sekali berada waktu-waktu dingin hari seperti ini.Dia terus berjalan ke arah tembok untuk melihat dengan lebih dekat lagi suasana di sekeliling Kaabah waktu-waktu awal pagi seperti ini.

Rasa seronok sekali Hajah Rafeah rasa takkala melihat pemandangan di situ.Mana tidaknya,walaupun baru pukul tiga pagi,umat manusia dari seluruh dunia telah tawaf di sekeliling Kaabah itu.Mereka kelihatan bersungguh-sungguh sekali takkala menjalani umrah.Situasi seperti ini sukar bagi Hajah Rafeah nampak di Malaysia yang mana umat Islam berebut-rebut untuk mengejar cinta Ilahi.Dan bukannya cinta di dunia yang fana’ ini….

Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu.Terus dia menangis dalam kegembiraan.Setinggi-tinggi kepujian dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Esa.

“Kenapa ni,hajah?’,tanya Hajah Maimunah yang terus mendapatkan teman sebiliknya itu takkala melihat wanita seusia dengannya itu menangis.

“Hajah rindu anak-anak hajah dekat Malaysia ya?’,tanya Hajah Esah pula.

“Bukan…Cuba tengok tu…SubhanaAllah…’,kata Hajah Rafeah lalu tunjuk ke arah sesuatu tempat.

Hajah Maimunah dan Hajah Esah pun pandang ke tempat yang ditunjuk Hajah Rafeah.Mereka terus tersenyum kegembiraan.

“Romantik juga ya si Azlan tu…’,kata Hajah Maimunah.

“Tu lah..Saya ingatkan dia tak sayang bini dia..Ya lah,dia kan suruh bini dia tidur sebilik dengan kita..Lepas tu,sepanjang dekat sini pun dia selalu tinggalkan bini dia dengan kita..Tak sangka pula dia sanggup tolakkan kerusi roda untuk si Yasmin tu untuk tolong Yasmin buat Umrah…’,kata Hajah Esah pula.

‘Tu la…Saya pun terkejut bila nampak…Alhamdullillah…Akhirnya,cucu saya tu dapat juga merasa kasih sayang daripada suami dia tu…’,kata Hajah Rafeah yang sudah menganggap Yasmin sebagai cucunya memandangkan gadis itu tidak pernah berhenti membantunya dengan jemaah-jemaah lain yang sudah uzur dan tua sepanjang rombongan Umrah ini.

Usai berdoa,Azlan memandang Yasmin yang sedang duduk di atas kerusi roda dengan pakaian telekung itu.Dia terus memegang tangan Yasmin yang berada dalam telekung itu kerana takut wudhu’ terbatal memandangkan tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk azan Subuh berkumandang.

“Sabar..Ini ujian untuk kita ’,kata Azlan sambil memandang Yasmin yang sedang memandang Kaabah itu.

Tanpa disedari,air mata Yasmin terus gugur takkala mendengar kata-kata suaminya itu.Dia terus pandang ke arah lelaki berkulit putih itu.

“I banyak susahkan you kan?’,kata Yasmin dengan sedu-sedan.

“Susahkan?Mana ada’

‘Ya la…You sanggup tolak I naik kerusi roda ni walaupun you tengah penat kan?’

‘You tanggungjawab I’

Rasa terharu sekali Yasmin rasa mendengar kata-kata suaminya itu.Dia pandang sahaja suaminya itu dengan senyuman dalam tangisan.Dia rasa bersalah sekali kerana telah berfikir buruk tentang lelaki itu.

Ayuni dan Nadia keluar daripada kereta.Dia rasa tidak sabar sekali mahu menyambut ketibaan kawan baik mereka,Yasmin dan suaminya dari tanah suci.Mereka terus bergegas ke balai ketibaan.

Orang ramai mula memenuhi balai ketibaan itu.Masing-masing juga seperti mereka berdua yang mahu menyambut ketibaan orang yang disayangi pulang.Terpancar kegembiraan di semua muka yang ada di situ.

“Eh babe..Cuba kau tengok tu!Tu Datin Mariana dengan Datuk Zulkifli kan?’,kata Ayuni sambil memandang ke arah sepasang pasangan yang turut berada di situ.

“Ha’ahlah!Jom kita pergi dekat diorang!’,kata Nadia lalu menarik tangan Ayuni menuju ke arah pasangan itu.

Mereka terpaksa bersesak-sesak di situ memandangkan orang terlalu ramai di Lapangan Terbang Senai itu.Mujur,mereka tidak dilanggar atau apa.

“Ini Datin Mariana kan?’,tanya Ayuni sambil tersenyum lalu menyalam tangan usahawan wanita yang berjaya di persada antarabangsa itu.

‘Ya saya…Kamu berdua siapa ya?’,tanya Datin Mariana yang terkejut takkala didatangi dua wanita yang mengenali dirinya itu.

“Saya Nadia..Ni Ayuni..Kami kawan Yasmin’,kata Nadia pula.

“Oh ya ke…Bagusnya…Tengah-tengah sarat ni pun sanggup datang ambil Yasmin…Comelnyaaaa’,kata Datin Mariana dengan teruja.

Ayuni dan Nadia berpandangan.Mereka rasa seronok sekali dapat berbual dengan wanita itu.Pada mulanya,mereka fikir wanita itu sombong atau sebagainya.Tetapi,takkala bersemuka seperti ini,baru mereka yakin apa yang dikatakan Yasmin sebelum ini benar belaka.

Sedang mereka berborak-borak bersama Datin Mariana yang senang didampingi itu,tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu suara.

‘Assalamualaikum..Rindu Min tak?’

Mereka bertiga terus menoleh ke belakang.Muka mereka terus bertukar seronok dan gembira takkala melihat gadis yang memakai jubah hitam dan selendang putih itu.

“Yasmin!!!!!!!’,kata Ayuni,Nadia dan Datin Mariana serentak.

Mereka bertiga terus memeluk Yasmin yang baru turun dari kapal terbang dari Jeddah itu.Mereka rasa seronok sekali dapat bertemu dengan gadis itu setelah dua minggu gadis itu pergi.

Datuk Iskandar pula terus memeluk Azlan.Walaupun dia jarang menunjukkan kasih sayangnya kepada anak lelakinya itu,jauh di sudut hatinya dia sangat sayang akan lelaki itu.Ayah mana yang tidak bangga ada anak seperti Megat Khairul Azlan.Sudahlah pandai dan pintar,berbakti dengan ibu bapa pula itu.Bangga sungguh Datuk Iskandar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience