BAB 29

Romance Completed 27652

Yasmin tergelak melihat gelagat ibu bapa mertuanya itu.Ada-ada sahaja perbuatan mereka yang mencuit hati Yasmin.Rasa terhibur Yasmin dibuatnya walaupun sedang keletihan sekarang ini.

Yasmin pun menyalam Datin Mariana dan Datuk Iskandar.

Takkala mahu pergi,giliran Datuk Iskandar pula mencium bayi yang baru dilahirkan itu selama yang dia mungkin.Rasa berat Datuk Iskandar mahu melepaskan ciumannya terhadap cucu lelakinya tu.

“Udah udah ler tu,bang…Tadi cakap saya..Rupa-rupanya awak pun sama’

‘Mestilah…Cucu sulung kita tu..Saya kan Tok Pa dia…’

Sekali lagi Yasmin terhibur.Ada-ada sahaja ibu bapa mertuanya itu…

“Ketawa lah lagi.Biar luka tu terkoyak’

Yasmin terdiam.Kata-kata lelaki itu telah menyentapkannya.Dia terus memandang lelaki yang duduk di sebelahnya itu.Terus kecut perutnya takkala melihat muka Azlan yang kelihatan serius ketika itu.

Azlan hanya diam.Dia bangun dari tempatnya lalu duduk di atas katil hospital itu bersebelahan Yasmin.Dia terus mengambil bayi yang sedang nyenyak tidur dalam dakapan Yasmin itu lalu didukungnya.Gilirannya pula untuk mencium anaknya itu.Puas dia tunggu saat ini.Mana tidaknya,dari tadi ibu bapanya memonopoli anaknya itu.

“Thanks sayang’

‘Thanks?

‘Thanks la…You yang sambut anak kita malam tadi kan..Mesti anak kita bangga dapat ayah macam you’

‘That’s all?Hadiah I mana?’

“Ermm nanti lepas habis pantang I belikan ok?You sabar sikit ya..’

‘You mampu ke?’

‘Sampainya hati you…I tahu lah I tak sekaya you..Hmm..Berapa harga hadiah you tu sebenarnya?’

‘Mahal sangat’

‘Ohh..Ermm I bayar ansur-ansur boleh?’

‘Tak ..Sebab I nak orang.Bukan benda’

‘Orang?Siapa???’

‘Anak kita.Ni hadiah I’,kata Azlan lalu mencium pipi gebu anak lelakinya itu.Walaupun baru beberapa jam bayi itu dilahirkan di dunia,Azlan sudah sayang akan bayi itu.

Yasmin tersenyum.Rasa gembira sekali dia rasa ketika ini.

Arfan menarik selimutnya dengan geram.Dia sudahlah sedang mengantuk kerana penat bermain permainan video.Tetapi,tidak boleh pula dia melelapkan matanya malam itu walaupun sudah pukul 3 pagi.

Dia terus berjalan ke bilik yang dihias khas untuk anak saudaranya itu.Dia rasa geram sekali dengan bayi lelaki itu sekarang ini.Mana tidaknya,waktu-waktu beginilah dia menangis tidak henti-henti…

“Janganlah nangis sayang..Tok Pa dengan Tok Ma kan ada’,kata Datuk Iskandar menenangkan cucunya yang sedang menangis itu.

“Min dah bagi susu dah?’,tanya Datin Mariana kepada gadis yang masih dalam hari itu.Dia rasa kasihan sekali melihat ibu muda yang sedang keletihan itu.

“Dah..Tapi Baz masih tak stop nangis..’,kata Yasmin sambil memandang anaknya yang diberi nama Bazli itu dengan kerisauan.

“Ish menyusahkan lah baby tu.Orang nak tidur pun susah!Kenapa tak mati je?Kan senang’

Datin Mariana dan Datuk Iskandar terkejut yang amat.Mereka terus memandang anak bongsu mereka yang berada di luar bilik cucu sulung mereka itu.Mereka bagai tidak percaya yang anak lelaki mereka yang baru berusia 9 tahun itu berkata begitu.

Yasmin terus mencium anaknya yang sedang menangis itu dengan sedih.Sudahlah ini pengalaman pertama dia menjadi ibu.Anaknya pula masih tidak berhenti-henti menangis sejak tadi.

“Arfan!Watch your mouth’,kata Datuk Iskandar dengan marah.

Arfan terdiam.Dia bagai tidak percaya disebabkan bayi itu,dia dimarahi oleh ayahnya.Sepanjang 9 tahun dia hidup,inilah kali pertama dia dimarahi ayahnya itu.Arfan pun cepat-cepat pergi dari bilik itu.

Langkahnya terhenti takkala melihat seseorang di tangga bilik itu.Dia tidak berani mengangkat mukanya lalu terus berlari ke biliknya kerana takut dimarahi lelaki itu pula.

Amirah tersedar dari tidur .Dia memandang sekelilingnya.

“Aku tertidur rupanya..’,kata Amirah lalu mengeliatkan badannya.Dia bagai tidak percaya yang dia akan tertidur di biliknya di hospital tempat dia kerja.

Sedang dia mengemas barangnya yang bersepah di atas meja itu,tiba-tiba dia ternampak sekeping nota.Dia cepat-cepat mengambil nota yang dilekatkan di atas mejanya itu.

‘Get enough rest.You should have it-Dr.Azlan’

Amirah terus bersandar semula di kerusinya itu.Entah mengapa,hati perempuannya terusik takkala membaca nota ringkas Azlan itu.Walaupun seperti tidak penting,hati Amirah seakan cair takkala mendapatnya.

“Aku dah jatuh cinta ke ni…’,bisik hati Amirah lalu menekup mukanya.Muka Azlan mula bermain dalm kotak fikirannya.Kenangan semasa mereka melanjutkan pelajaran bersama di Dublin mula bermain dalam fikirannya…

Yasmin tersedar daripada tidur.Baru segar badannya dapat tidur tadi.Kalau tidak,pasti dia tidak cukup tidur sekarang ini dengan kehadiran anaknya ke muka bumi ini.

Dia mengeliatkan badannya di atas katil itu.Rasa nyaman sekali dia rasa pagi itu.Lebih nyaman dia rasa takkala mendengar suara anaknya itu ketawa kerana diagah seseorang.Yasmin pun berjalan ke arah balkoni biliknya itu.

“Amboi…Happy nya anak ibu ni…Dengan ayah je,terus Bazil happy’,kata Yasmin sambil tersenyum memandang anaknya yang sedang didukung Azlan itu.

‘Mestilah..Ayah dia..Kan Baz?’,kata Azlan lalu mencium Bazil dengan penuh kasih sayang.

Yasmin tersenyum.Baru sahaja dia mahu mencium anaknya yang sudah dimandikan itu,tiba-tiba rambutnya ditarik seseorang.Dia merengut geram.

‘Sakitlah you…I baru nak cium Baz kan…’

‘Pergilah mandi.Busuklah..Nanti habis Baz kena air liur basi you tu’,kata Azlan dengan nada serius.

Yasmin mencebik kegeraman.Nak cium anak sendiri pun tak boleh…

“Comelnyaaaa cucu Tok Ngah ni…Geramnya tok ngah tengok’,kata Hajah Marziah lalu mencium pipi gebu cucu saudaranya itu dengan sepenuh hati.

“Mestilah…Itu kan cucu along..Mestilah comel…’,kata Datin Mariana yang sedang melayan tetamu untuk melihat cucunya yang baru dilahirkan itu di ruang tamu.

‘Comel sangat ni mak long..Geram Sarah tengok..Dia ikut muka siapa lah agaknya kan’,kata Sarah yang turut datang untuk melihat anak sepupunya itu.

“Ikut muka ayah dia la…Kalau ikut ibu dia,tak comel budak ni jadinya’,kata Hajah Marziah yang terkenal dengan mulutnya yang lazer itu.

‘Tak baiklah Ngah..Yang kamu kutuk tu menantu Long tau..Kecik hati dia kalau dia dengar..’,kata Datin Mariana.

“Biarlah dia dengar..Lagipun betul kan apa ngah cakap…Budak ni ikut Azlan.Bukan Yasmin..Budak ni pun ada iras-iras Sarah..Putih-putih gebu..’,kata Hajah Marziah yang tetap tidak mahu kalah.

Share this novel

anis nadhirah
2020-05-21 08:48:01 

qtuowu ÷/)÷^8;5"7 qqwo y "


NovelPlus Premium

The best ads free experience