BAB 8

Romance Completed 27652

“Ya Fan..Ada apa?’,tanya Yasmin sambil senyum ke arah adik iparnya itu.

“Cikgu ni memang jahatkan?’,kata Arfan dengan jelingan tajam.

“Jahat?Apa maksud Fan?’,tanya Yasmin dengan pelik.Guru-guru pengiring yang duduk berhampirannya mula memandang mereka berdua.

‘Cikgu ambil balik benda ni.Saya tak suruh cikgu belikan pun kan?Saya benci cikgu!!!!!’,kata Arfan dengan nada tinggi lalu pergi daripada tempat makan guru-guru pengiring itu.

Yasmin terdiam.Dia pandang sahaja helikopter mainan yang diletakkan di atas meja makannya itu.Dia terus bangun dari tempat duduknya lalu pergi dari situ.Dia tidak mahu orang lain tahu yang dia sekarang ini sedang bersedih…

“Fan kau marah Cikgu Min ke tadi?’,tanya Irfan dengan pelik sambil memandang rakan baiknya yang sedang makan itu.

“Kalau ya,kenapa?’

‘Ish tak baiklah macam tu..Dia kan cikgu kita’,kata Aiman pula.

‘Cikgu apa macam tu.Jahat je aku tengok’,kata Arfan dengan selamba.

Aiman dan Irfan hanya diam.Mereka malas mahu masuk campur urusan Arfan itu.Tadi mood kawan baik mereka itu ok.Tetapi apabila dapat hadiah daripada guru mereka itu,terus berubah mood Arfan itu.Mereka pun pelik.Bukannya guru itu buat apa pun.Cuma beri hadiah sahaja.Itu pun nak marah.Nasib baik,mereka pun dapat dibelanja guru itu tadi…

Pekerja hotel itu berlari mendapatkan Yasmin yang sedang mengambil udara malam di tepi kolam itu.Mukanya kelihatan cuak sekali.

“Puan ni Puan Yasmin ke?’,tanya pekerja hotel itu dengan tercungap-cungap takkala tiba di hadapan Yasmin.

‘Ya saya.Kenapa?’

‘Adik puan…’

‘Kenapa dengan adik saya?Kenapa dengan Arfan?!’,tanya Yasmin dengan panik.

‘Mari ikut saya’,kata pekerja perempuan hotel itu lalu menarik tangan Yasmin.

Yasmin tidak berfikir apa-apa ketika itu.Jantungnya berdegup kencang sekali.Dia bimbang sekali kalau adik iparnya itu terjadi apa-apa.Memakai kasut tinggi bukan halangan untuknya berlari bersama pekerja hotel itu.

“Ya Allah..Selamatkanlah Arfan…’,bisik hati Yasmin.

“Terima kasih encik…Sorry miss..Hehehe’,kata pekerja perempuan itu lalu pergi setelah mendapat upah.

Pintu bilik hotel itu dikunci rapi oleh Azlan.Yasmin pandang sahaja lelaki yang sedang berdiri di dalam kamar hotel yang paling mahal dalam hotel itu.Matanya lansung tidak berkelip.Hatinya membuak-buak kegeraman.

“Dah la..Saya nak balik bilik saya’

Dia terus berjalan meninggalkan Azlan di situ.Dia rasa geram yang amat dengan lelaki itu.Panggilan dan semua mesejnya kepada lelaki itu lansung tidak berbalas.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya Yasmin sepanjang ada di sini.Tetapi,kini.Lelaki itu tanpa ada perasaan tiba-tiba muncul di hadapan matanya.Sakitnya hati Yasmin…

Baru sahaja dia mahu membuka pintu kamar itu,

“I miss you’

Langkah Yasmin terhenti.Hatinya yang membuak-buak kegeraman terus cair takkala mendengar kata puitis lelaki itu walaupun lelaki itu melafazkannya dengan nada perlahan.Tetapi,telinganya pantas menangkap apa yang dikatakan lelaki itu.Dia terus menoleh ke belakang.

“I miss you too!’,kata Yasmin lalu memeluk lelaki itu dengan sepenuh hatinya.Ego wanitanya cair takkala dalam dakapan lelaki itu.Hilang semua rindunya terhadap lelaki itu.

“Sakitlah’,kata Azlan yang mula tidak selesa dipeluk kuat gadis itu.

“Biarlah sakit..Baru you tahu hati I sakit dengan you macam mana’,usik Yasmin.

‘Tidur dengan I malam ni?’

‘Nope.I kena tidur dengan Kak Mas..Sorry sayang.I dah janji nak teman dia setiap malam’,kata Yasmin sambil melepaskan pelukannya terhadap lelaki itu.Mukanya yang tadinya ceria terus berubah takkala teringat akan kakak angkatnya yang takut tidur keseorangan.Dia terus memegang tombol pintu itu untuk keluar.

Baru sahaja dia mahu membuka pintu bilik itu,tiba-tiba pintu itu ditolak rapat semula.Terkejut Yasmin dibuatnya.Dia cepat-cepat memandang lelaki itu.

“Kalau I tak izin,apa you nak buat?’,bisik Azlan di telinga Yasmin sambil tersenyum nakal.

Mastura menikmati sarapan pagi itu dengan tidak berselera.Dia rasa geram sekali dengan Yasmin.Tergamak Yasmin membiarkan dia tidur keseorangan malam tadi.

“Kak Mas!’

Mastura malas mahu melayan.Dia yang bertubuh gempal itu sambung makan tanpa menghiraukan gadis yang baru duduk di sebelahnya itu.

“Atototo janganlah merajuk…’,kata Yasmin sambil mencubit pipi Mastura yang tembam itu.

“Min pergi mana semalam?Akak cari Min tau…’,kata Mastura dengan geram.

“Min ada dalam bilik semalam..Tapi pagi-pagi Min dah keluar pergi kolam renang..Nak tenangkan hati…’tipu Yasmin.Dia tidak mahu rahsia tentang kehadiran suaminya terbocor.

“Ermm iyalah tu..Janji jangan tinggalkan akak lagi ok?’

‘Ok Kak Mas!’,kata Yasmin dengan ceria.

‘Ok bagus..Jom makan cepat-cepat..Lepas ni kita ada banyak aktiviti tau..Nak pergi Taman Buaya..Taman Mini Malaysia..Taman Rama-Rama…Seronokkan?’,kata Mastura dengan teruja.

Yasmin menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Takkala mendengar nama-nama tempat itu,terus lemah semangatnya.Bukannya apa.Itulah tempat yang sering dia pergi semasa kecil.Takkan dah besar pun,kena pergi lagi?

“Peh besar gila buaya tu’,kata Irfan dengan teruja.

“Ha’ah kan..Wei Arfan..Kau kan pandai.Apa nama saintifik buaya tu ha?’,kata Aiman pula.

Arfan hanya diam sahaja.Dia bagai sedang mencari seseorang.

“Kau cari siapa,Fan?’,tanya Irfan yang mula pelik dengan kawannya itu.

“Entah Fan..Dari tadi kau macam cari seseorang’,kata Aiman yang memakai cermin mata tebal itu pula.

“Korang nampak Cikgu Min?’

Aiman dan Irfan saling berpandangan.Mereka terus ketawa terbahak-bahak melihat muka Arfan yang kelihatan sedang risau itu.

‘What’s so funny?’

‘Tak delah…Kau kenapa cari cikgu tu pulak?Bukan kau tak suka dia ke?’,kata Irfan lalu sambung ketawa.

“Aku tanya je kan..Bukannya aku risau kat dia pun’

‘Eleh aku kenal kau lah,Fan…FYI,Cikgu Min tak sihat..Dia duduk kat hotel..Puas hati?’,kata Aiman pula lalu ketawa.

Arfan hanya diam.Dia terus berlalu meninggalkan kawan-kawannya yang sedang mentertawakannya itu.

“Kenapa aku cari dia pulak ni..Pelik betullah aku ni..’,bisik hati kecil Arfan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience