BAB 12

Romance Completed 27652

Azlan malas mahu menoleh ke arah meja kerja biliknya itu kerana dia tahu siapa pemilik suara itu.

“Hospital’

‘Sampai lambat macam ni?’,kata Yasmin dengan nada pelik.

Azlan tidak menghiraukan Yasmin.Dia terus mencapai tualanya sebelum masuk ke tandas dalam kamar mereka yang terdapat tab mandi di dalamnya itu.

Takkala masuk sahaja Azlan ke dalam tandas,Yasmin cepat-cepat mendapatkan baju dan seluar suaminya itu.Dia mula tukar dirinya.Dia kini ialah Detective Conan!

“Ohh betullah overtime..Ingatkan dia tipu tadi..Hehehehe’,kata Yasmin takkala membaca kiriman-kiriman mesej di dalam telefon Azlan itu.

Takkala dia mahu sambung baca mesej-mesej lain,dia terdengar sesuatu.Terus terkaku Yasmin dibuatnya.

“Puas baca Whatsapp orang?’

Yasmin terus menekup mukanya dengan baju dan seluar Azlan.Dia betul-betul buntu sekarang ini.Dia takut untuk bertentang mata dengan lelaki itu.Pasti habis-habisan Azlan marahnya nanti…

Dia bangun perlahan-lahan.Dia terus berjalan ke arah pintu tanpa menghiraukan Azlan yang sedang memandangnya itu dengan membawa pakaian Azlan.

“Nak ke mana?’

‘Nak pergi basuh baju dengan seluar awak’,kata Yasmin dengan nada takut-takut.

Yasmin berdiri di hadapan pintu itu dengan takut-takut takkala mendapati Azlan sedang berjalan ke arahnya.Azlan merapatkan mukanya dengan gadis itu.

Mata mereka berpandangan.Hati Yasmin mula cair takkala melihat muka lelaki kegilaan ramai gadis itu dengan lebih dekat.Jantungnya berdegup lebih kencang sekarang ini.Seperti dalam filem luar negara,Yasmin cepat-cepat menutup matanya.

Harapan Yasmin meleset takkala mendengar suara lelaki itu ketawa.Dia terus membuka matanya.

“Ingat ni cerita Korea ke apa’,kata Azlan lalu tergelak.

Yasmin mencebik.Dia pandang sahaja Azlan yang sedang berjalan ke bilik air rumah mereka itu.

“Ish geramnya’,bisik hati kecil Yasmin.Dia terus membawa pakaian Azlan itu keluar dari bilik itu dengan geram.Terus hilang semua berangannya bersama lelaki itu.

Puan Raudhah pandang sahaja laporan prestasi murid-muridnya.Hatinya tidak tenteram.Dia lansung tidak berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan pelajar-pelajarnya terutama kelas 3 Laksamana.

Sedang dia membaca satu per satu nama di situ,pintu biliknya itu diketuk.

“Masuk’,kata Puan Raudhah dengan nada tegas.

“Puan panggil saya?’

‘Taklah.Saya panggil nenek awak’

Yasmin mengeluh lemah.Itulah ketuanya.Tidak habis-habis dengan jawapan sarkastiknya.Sebab itulah ramai guru tidak menyukai ketua mereka itu.

Puan Raudah sambung membaca buku laporan itu.Setelah lama membaca,dia pandang gadis yang memakai baju kurung itu semula.

“Awak tak reti duduk ke?’,kata Puan Raudhah yang memakai cermin mata tebal itu.

Yasmin hanya tersenyum.Dia pun duduk di tempat duduk bertentangan dengan guru besar tempat dia mengajar itu.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya dia sekarang ini.

“Kamu tahu kenapa saya panggil kamu?’

Yasmin hanya menggeleng.

‘Bagus.Ni senarai nama pelajar kelas 3 Laksamana’,kata Puan Raudhah itu lalu meletakkan sehelai kertas di hadapan Yasmin.

Yasmin pun mengambilnya dengan pelik.

“Kenapa dengan kelas saya ni,puan?Ada apa-apa yang tak kena ke?’

‘Keputusan dia teruk.Saya tak suka’

‘Apa yang teruknya puan?Bukan ke semua pelajar dapat A?’

‘Ya,saya tahu.Tetapi saya nak A+!Kenapa Arfan sahaja yang dapat A+?Markah penuh pula tu!Mana yang lain???’

Yasmin mengeluh lemah.

“Dia dah memang pandai puan.Saya rasa,puan pun tahu kan adik ipar saya tu pelajar paling pintar dekat sekolah ini?’

‘Saya tahu.Dan saya syak dia pintar pun bukan sebab kepandaian dia..Tapi sebab kamu kan?Saya rasa,kamu yang bocor-bocorkan soalan peperiksaan dekat dia kan?’

‘Apa puan cakap ini?’

‘Baiklah..Untuk tidak membuktikan awak tidak bersalah,saya nak awak jadikan 39 pelajar lain ni dapat keputusan yang sama macam Arfan.Boleh janji dengan saya?’

‘Insyaallah…’

‘Bagus..Saya nak tengok hasilnya dalam ujian yang akan datang ni..Kamu boleh pergi’

Yasmin terdiam.Kata-kata ketuanya itu makin menambah kekusutan dalam kepalanya.MACAM MANA AKU NAK BUAT!

Arfan meletakkan basikalnya di luar kedai buku itu.Dia terus berjalan ke arah bahagian komik.Tiba-tiba dia pelik takkala ternampak kawan-kawan baiknya ada di situ.Dia terus menghampiri mereka berdua.

“Kenapa korang sibuk beli buku latihan banyak-banyak ini?’,tanya Arfan dengan pelik.

“Kitaorang nak belajarlah..’,kata Aiman sambil tangannya membelek-belek buku yang dijual di kedai buku berdekatan rumah mereka itu.

“Ya lah..Tahulah belajar..Tapi macam pelik..Setahu aku,korang ni tak suka belajarkan?’

“Kitaorang nak pergi tuisyen’,kata Irfan pula sambil tersenyum.

“Tuisyen?Wow..Kayanya..’,kata Arfan selamba.

‘Tahulah kitaorang ni anak orang miskin…Kau tak payahlah nak perli kitaorang’,kata Aiman yang mula geram dengan kawan baiknya itu.

“Hehehe aku guraulah..Janganlah sentap sangat..Korang belajar dengan cikgu siapa?’

Aiman dan Irfan berpandangan.

“Oklah Fan.Aku dengan Aiman dah nak balik ni..Bye’,kata Irfan lalu pergi ke kaunter pembayaran bersama Aiman untuk membuat bayaran.

Makin pelik Arfan rasa dengan rakan-rakannya itu.Dia malas mahu fikir lebih-lebih.Lebih baik dia ke tempat komik dan mendapatkan komik keluaran terbaru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience