BAB 3

Romance Completed 27652

Yasmin cepat-cepat menarik tangan Ayuni dan Nadia ke tepi.Dia tidak berani memandang ke belakang.Mukanya pucat sekali ketika itu.Tanggannya mula kesejukan.

“Min,kau ni dah kenapa?Nampak hantu ke?’,tanya Ayuni kehairanan.

“Betul tu,Min..Tadi kau nyanyi ok je’,kata Nadia pula.

“Aku kena balik’

‘Balik?Kenapa pulak ni?’,tanya Ayuni yang mula pelik.

‘Cuba kau tengok lelaki yang duduk kat meja belakang sekali tu…Bye korang’,kata Yasmin dengan takut-takut lalu meninggalkan mereka berdua itu.

Ayuni dan Nadia terkejut yang amat.Mereka bagai tidak percaya yang lelaki itu datang.

Di dalam kereta BMW itu menjadi sunyi sepi.Tiada sebarang bunyi.Bagai tiada penumpang dalam kereta mewah itu.

Yasmin beristighfar panjang dalam hati.Dia takut sekali sekarang ini.Tetapi,dia harus bersuara juga memandangkan jalan ini bukanlah jalan yang biasa dilaluinya untuk pulang ke rumah keluarga mertuanya itu.

‘Bismillahirrahmanirrahim’,bisik hati Yasmin.

Dia cuba memberanikan diri.Dia pandang pemandu kereta yang sedang khusyuk memandu itu.

“Awak nak bawak saya pergi mana ni?’,tanya Yasmin dengan nada perlahan.

Azlan hanya diam sahaja.

“Saya minta maaf,awak..Saya karaoke gila-gila dengan kawan-kawan saya tadi..Tak sangka pulak awak ada tadi dengan majlis Ayuni’,kata Yasmin lalu tunduk.

Azlan terus menekad pedal minyak sekuat hati sehingga membuatkan kereta itu bergerak laju.Terkejut Yasmin dibuatnya.Makin bersalah sekali dia rasa dengan lelaki itu.Dia faham.Suami mana yang suka isterinya menggedik depan lelaki lain kan?

“Kopi ais satu’,kata pekerja kedai mamak itu lalu meletakkan cawan berisi air kopi itu di atas meja.

Azlan hanya mengangguk.Matanya masih fokus memandang perlawanan bola sepak luar negara yang ditayangkan di skrin besar kedai mamak 24 jam itu.

Yasmin mengeluh lemah.Dia betul-betul tidak faham dengan suaminya itu.Pertama sekali,lelaki itu ada dalam majlis itu walaupun dia yakin lelaki itu TIDAK AKAN datang tadi.Keduanya,tiba-tiba sahaja dia dibawa ke kedai mamak yang ramai lelaki ini.Tidak selesa Yasmin dibuatnya duduk di kedai mamak itu.Mana tidaknya,hampir semua pelanggan kedai mamak itu lelaki.Dia seorang sahaja perempuan…

“Awak…Saya nak balik boleh?Saya mengantuklah’,kata Yasmin yang sudah pun memakai cermin mata rabun kerana sudah seharian dia memakai kanta lengkap.

“Match belum habis’

‘Tapi,saya nak balik…Esok kan saya kerja…Awak lainlah..’,kata Yasmin lalu tersangap.

‘Karaoke tak ngantuk pulak’

Yasmin terdiam.Kata-kata lelaki itu sudah cukup untuk menyentapkan hatinya.Dia terus tertunduk kerana dihimpit kekesalan dengan apa yang berlaku tadi.

Azlan tersenyum.Dia terus sambung menyaksikan perlawanan bola yang disertai pasukan kegemarannya,Jerman.

“Kau rasa,Azlan marah Yasmin tak?’,kata Ayuni kepada Nadia yang sedang menghirup air oren itu.

‘Marah la..Serba salahnya aku rasa..’,kata Nadia dengan muka sedih.

“Kolotnya laki si Yasmin tu..I ok je you buat persembahan tadi’,kata Wan Arshad,suami Ayuni.

‘Tu la.Siapa suruh kahwin dengan doktor…Kan dah nerd’,kata Ikhwan,suami Nadia pula lalu ketawa.

‘Sayang..Tak baiklah’,kata Ayuni menyelamatkan keadaan.

‘Betul tu…Azlan bukannya nerd sangat pun’,kata Nadia pula.

“Gila tak nerd…Nerd lah tu kalau marah bini sebab ni je..Mesti tak romantik suami kawan korang tu’,usik Wan Arshad lalu ketawa.

“Kan..Pilot always the best..Naughty as always’,kata Ikhwan lalu turut sama ketawa.

Ayuni dan Nadia hanya diam.

Azlan rasa seronok sekali takkala pasukan kegemarannya itu berjaya menjaringkan gol pada awal permainan.Puas dia bersorak kegembiraan malam itu bersama-sama peminat pasukan Jerman yang lain.

Sedang dia minum air yang dipesannya,matanya terpandang gadis yang duduk di sebelahnya itu.Yasmin sudah terlena di kerusinya.Sampai terlentok kepala Yasmin dibuatnya.Keadaan bising bukan penghalang untuk Yasmin untuk menunaikan hasrat hatinya itu.

Azlan terus membaringkan Yasmin di atas ribanya.Dia membuka jaket hoodies JOHO yang dipakainya itu lalu diselimutkan ke atas badan gadis yang sedang tidur dengan nyenyak itu.Yasmin lansung tidak perasan dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.Dia terlalu penat dan mengantuk sekarang ini.

Azlan mengusap-usap kepala gadis itu sambil tersenyum.Dia terus memandang ke arah skrin itu kembali memandangkan perlawanan bola untuk sesi kedua sudah bermula.

Semua guru memasuki bilik mesyuarat itu.Masing-masing berasa gementar takkala dimaklumkan ada mesyuarat tergempar yang akan dipengerusikan guru besar sekolah rendah itu sendiri.

“Semua dah ada?’,tanya Puan Raudhah yang garang itu.

“Dah’,kata salah seorang di situ.

‘Baiklah.Assalamualaikum semua.Hari ini saya panggil kamu semua sebab saya nak maklumkan sekolah kita ini akan buat rombongan ke Melaka semasa cuti sekolah ini’

‘Yeayyyyyy’,kata guru-guru di situ bersorak gembira.

“Siapa suruh kamu semua bersorak?’

Keadaan mula menjadi sepi kembali.Semua guru yang bersorak gembira itu tadi terus tertunduk takkala mendengar suara ketua mereka yang garang seperti singa itu.

Yasmin menguap.Dia mula rasa bosan.Setiap kali mesyuarat,pasti dia akan rasa mengantuk.Lebih-lebih lagi waktu petang seperti ini.Sudahlah dia penat mengajar.Ditambah pula dengan mesyuarat seperti ini.Makin letih Yasmin rasa…

“Cepatlah habis..Anak dara tua ni nak cakap apa lagi ni..’,bisik hati Yasmin yang duduk di barisan belakang sekali.Dia tahu,inilah tempat yang paling sesuai untuknya.Sudahlah gelap lampu di sini.Terasa berat matanya sekarang ini…

Baru sahaja matanya mahu terlelap,dia tersedar takkala namanya dipanggil.Terus kelam kabut Yasmin dibuatnya.Semua guru senior di situ memandangnya.

Yasmin terus berdiri.

“Ya puan’

‘Awak dengar tak apa saya cakap tadi?’

Yasmin menelan air liur.Dia betul-betul sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Saya terpilih untuk ke rombongan tu ke,puan?’,teka Yasmin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience