BAB 24

Romance Completed 27652

“Teman aku jalan-jalan jom!Aku nak beli hadiah untuk diri aku sendiri..Hehehe..Ajak Nadia sekali tau’

‘Tapi Min…’,kata Ayuni lalu memandang anaknya yang sedang nyenyak tidur.

‘Tapi apa?’

‘Anak aku meragam lah hari ini..Ok lah Min..Sorry tau..Bye’,kata Ayuni lalu cepat-cepat mematikan telefon bimbitnya.Baru lega hatinya sekarang ini.

Yasmin berjalan-jalan di pusat beli-belah itu.Walaupun sedang sarat sekarang ini,dia sudah tidak kisah.Yang penting,dia dapat berbelanja memandangkan itulah hobinya!Dia suka sekali berbelanja waktu lepas sekolah seperti ini.Tidak ramai orang pun di pusat beli-belah itu.

Satu per satu kedai di pusat beli-belah itu dimasukinya.Ikutkan hati,dia mahu berbelanja untuk dirinya sahaja.Tetapi,dia ada satu kelemahan sekarang ini.Dia tidak boleh melihat pakaian bayi yang comel.Pasti dia akan beli!

Setelah puas berbelanja,Yasmin pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.Lagi pun dia sudah sakit pinggang sekarang ini kerana banyak berjalan.

Selepas membayar tiket kereta,dia terlanggar seseorang.Lelaki itu cepat-cepat mengambil barang-barang Yasmin yang sudah jatuh itu.

‘Sorry.My fault’,kata lelaki itu lalu memberikan beg plastik itu kepada Yasmin.

Mata mereka berpandangan.Masing-masing tersenyum.

“Hakim?’,tanya Ayuni sambil tersenyum.

“Yasmin!’,kata Hakim lalu ketawa.Sungguh dia tidak percaya yang dia akan bertemu dengan gadis itu pada waktu-waktu seperti ini.

Azlan mengetuk pintu bilik ketuanya.Hatinya berasa berdebar pula ketika itu.Tetapi,seperti biasa,dia akan cuba berlagak tenang seolah-olah dia tidak merasakan apa-apa.

“Come in,Doktor Azlan’

Azlan pun masuk ke dalam bilik itu.

“Azlan!I’m glad you came!’,kata Prof.Madya Dr Haji Marzuki kepada lelaki itu.

‘Me too,sir.It’s an honour to meet you here,sir’,kata Azlan dengan berani.

‘Bagus bagus…Saya suka orang macam kamu..Berani dan berdedikasi!Itulah yang saya mahu…Kamu tahu tujuan saya panggil kamu ke sini?’

‘Tak,tuan’

Pintu bilik itu pun diketuk seseorang.Azlan mula pelik.

“Come in,Doktor Amirah’

Azlan terdiam.Dia menoleh ke belakang.

Amirah tersenyum.Dia pandang sahaja lelaki yang sedang memandangnya itu.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hatinya sekarang ini sewaktu bertentang mata dengan lelaki yang digilai ramai itu.

“Hahaahahaha..Lawak lah kau ni tau..Tak habis-habis dengan lawak-lawak Spongebob kau tu tau’,kata Yasmin lalu ketawa.

‘Betullah..Kau macam tak kenal aku kan?’,kata Hakim lalu menghirup air kopi yang dipesannya di kafe itu.

Yasmin tergelak takkala melihat Hakim yang memakai baju merah jambu itu.

“Asal kau ketawa?’

‘Kau stil lembut-lembut macam dulu kan?Ala-ala mak nyah gituuuu’,kata Yasmin lalu sambung ketawa.

“Aku kot…Ni lah aku dulu dan selamanya..’,kata Hakim lalu membuat tangannya yang seperti patah tulang itu dengan suara gedik.

“Kau tak nak berubah ke,noks?’

‘Berubah lah ni..Slow-slow’,kata Hakim lalu membuat suara garau semula.

Yasmin tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Matanya fokus memandang pencuci mulut yang dipesannya itu.Usai membaca doa,cepat-cepat dia menikmati makanan kegemarannya itu.

“Dah berapa bulan tu,Min?’

Yasmin tersenyum sambil mengusap-usap perutnya.

“Dah trimester..Hehehe’,kata Yasmin dengan teruja.Dia sendiri tidak sangka yang masa berlalu bergitu pantas.Dia rasa macam baru semalam dia pergi mengerjakan Umrah dan memohon untuk dikurniakan anak.

“Dengan Azlan?’

“Dengan siapa lagi..Tu je lah lelaki yang aku ada…Takkan dengan kau pulaks’,gurau Yasmin.

“Hahaha keji uolls..Oh ya..Crush aku masa sekolah tu layan kau dengan baik tak?’,kata Hakim yang menjadi lembut semula.Sudah lama dia menjadi lelaki.Apabila berjumpa dengan kawan sekolahnya itu,baru dia berhenti menjadi seseorang yang bukan dirinya.

‘Eeeii pengotorlah kau ni suka kat lelaki..Hahaha..Ok lah kot..Sebab tu aku mengandung..Hehehe’

‘Tak sangka mak..Macam manalah uolls boleh sangkut dengan dia..Ya la..Dia tu dah lah budak pandai..Macam mana la dia boleh sangkut dengan kau yang jet-jet pandai ni’

“Kuang ajo’

‘Hahahaa aku guraulah noks..Ceritalah…Aku nak tahu ni…’,kata Hakim lalu menyedut air Jus Oren yang dipesannya itu dengan berselera.

“Malu la nak cerita…’

‘Ish minah ni…Aku sepak jugak kang…Cepatlah…Aku nak tahu ni..’

‘Ermm malaslah..Biarlah tu rahsia aku dan dia’,kata Yasmin dengan malu-malu kucing.

Hakim menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Dia malas mahu melayan Yasmin.Sebab itulah dia tidak suka perempuan sangat.Baginya,semua perempuan species yang sama.Pemalu tak bertempat!

‘Nyah..Kau ni memang tak berubah kan’

‘Maksud kau?’

‘Ya la..Makan mengalahkan apa..Comot!’,kata Hakim lalu ketawa terbahak-bahak.

Yasmin terus mengeluarkan cermin dari tas tangannya.Puas dia perhatikan mukanya di cermin itu tetapi tiada benda pun yang comot.

‘Mana ada?Tak ada pun’

‘Aku tipu je la,nyah!Yang kau percaya tu kenapa!’,kata Hakim lalu ketawa terbahak-bahak.Rasa seronok sekali dia rasa takkala bersama dengan sahabatnya itu.

Hakim berhenti ketawa takkala mendapati kasut yang baru dibelinya itu dipijak gadis yang duduk di hadapannya itu.Dia terus memadang gadis itu dengan pandangan tidak puas hati.

‘Opss sorry…Aku sengaja’,kata Yasmin dengan selamba.

“Setan!’,kata Hakim lalu ketawa.

Mereka berdua pun ketawa bersama.Rasa hilang semua tekanan yang mereka ada di dalam diri mereka.Pertemuan selepas 10 tahun itu bukan memisahkan mereka malah mengukuhkan lagi persahabatan dua kawan itu.

“Kau kerja apa sekarang,nyah?’,tanya Yasmin sambil menikmati hidangan itu.

“Tu’,kata Hakim sambil tersenyum.

“Tu tu apa?’,tanya Yasmin pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience