BAB 4

Romance Completed 27652

Puan Raudah yang tadinya sedang cari peluang untuk menukarkan guru muda itu ke sekolah lain terus terdiam.Mukanya terus bertukar merah.

“Semua boleh bersurai.Assalamualaikum’,kata Puan Raudah itu lalu berlalu begitu sahaja.

Yasmin menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Dia memandang guru yang duduk di sebelahnya itu.

“Kak Mas,betul ke salah saya teka tu?’,tanya Yasmin.

“Hahahaha betul Min…Min terpilih pergi..Pandai kamu teka ya…’,kata Mastura lalu ketawa.

Semua guru di situ turut ketawa.Mereka memuji-muji kehandalan Yasmin yang bijak mengawal situasi itu.Yang paling mereka suka sekali,akhirnya mesyuarat itu sudah tamat!Ini semua sebab Yasmin!

Yasmin hanya diam sahaja.Tiba-tiba ada satu figura mula terbayang dalam kotak fikirannya.

Datin Mariana meletakkan garfu dan sudunya.Dia sudah tidak sabar-sabar mahu buat pengumuman di ruang makan itu.

“Attention please!!!’,kata Datin Mariana dengan teruja.

“Apa awak ini..Kan kita tengah makan ni’,kata Datuk Iskandar.

‘Hehehe abang ni..Saya dah tak sabar nak buat pengumuman ni’,kata Datin Mariana sambil tersenyum.

Datuk Megat Iskandar hanya menggeleng.Dia faham benar dengan perangai isterinya itu.

“Mama nak buat pengumuman apa?’,tanya Arfan yang baru darjah tiga itu.

“Good question,Arfan..Mama dengan papa nak pergi honeymoon!!!’,kata Datin Mariana dengan gembira.

Terus terbantut selera Yasmin yang turut ada di meja makan itu.Dia terus memandang suaminya yang duduk di sebelahnya itu.Azlan seperti biasa.Bagai tidak ada perasaan….

‘Honeymoon?Kenapa mama dengan papa pulak yang nak pergi?Mama dengan papa pengantin baru macam abang ke?’,kata Arfan lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Riak wajah Datuk Iskandar dan Datin Mariana terus merah kerana menahan malu.Azlan pula tergelak kecil.Dia betul-betul terhibur dengan adiknya yang cerdik itu.

“Fan kecik lagi..Nanti bila Fan dah besar,Abang Lan abang ajar Fan ’,kata Azlan sambil memandang adiknya yang tidak mengerti apa-apa itu lalu tergelak.

‘Kamu ni Lan…Ada-ada sahaja nak sakat adik kamu tu…Nanti Fan duduk rumah dengan Abang Lan ya masa papa dengan mama tak ada..’,kata Datuk Iskandar lalu sambung makan.

“Dengan Cikgu Min sekali?’,kata Arfan lalu memandang gadis bertudung yang duduk bertentangan dengannya itu.

“Ya la sayang…Tu kan isteri Abang Lan..Fan ni…Jangan la panggil Cikgu Min…Dia dekat sekolah je cikgu Fan..Dekat rumah kan dia isteri Abang Lan…Berapa kali mama nak ajar’,kata Datin Mariana yang sentiasa bertutur lembut itu.

Arfan memandang guru kelasnya itu.Mukanya seakan kegeraman.Dia terus bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan semua yang ada di meja makan itu.

Yasmin rasa malu dilakukan seperti itu.Seolah-olah dia membuat sesuatu yang jahat sehingga begitu sekali adik iparnya itu melayannya…

‘Dah kenapa pulak dengan budak tu…Ada-ada je lah..Jangan ambil hati ya,Min’,kata Datin Mariana sambil tersenyum.Dia pun sambung menikmati hidangan makan malam itu.

Yasmin hanya mengangguk sambil tersenyum.Dalam hatinya,hanya Allah sahaja yang tahu…

Datin Mariana menikmati makan malam itu dengan teruja.Dia sudah tidak sabar mahu bersiap untuk pergi melancong bersama suaminya itu.Dia tahu dengan cara ini sahaja dia mampu mengeratkan kembali hubungan dia dan suaminya itu.Nasib baik,ada menantunya.Kalau tidak,lansung tidak terfikir oleh Datin Mariana idea bernas ini.Apa yang berlaku pada malam itu mula bermain di fikirannya.

Datin Mariana duduk di dapur ketika Yasmin datang malam itu.Entah mengapa,kehadiran Yasmin pada malam itu benar-benar mengubat hatinya.Pada mulanya,dia tidak mahu luahkan kesedihannya kepada gadis itu.Tetapi,dia perlukan seseorang.Setelah meluahkannya dengan Allah,Yasmin lah tempat dia mengekspresi perasaannya.

“Min…Mama nak buat macam mana ni…’,kata Datin Mariana dengan nada sedih.

Yasmin mengacau milo panas yang dibancuhnya itu.Tiba-tiba ideanya mula muncul takkala melihat cawan yang bergambar Menara Eiffel itu.

“Apa kata mama dengan papa pergi honeymoon dekat Paris?’,kata Yasmin dengan teruja.Terus hilang rasa mengantuknya malam itu walaupun ketika itu sudah pukul 2 pagi.

“Ok jugak tu..Tapi..Arfan macam mana?Rumah ni?’

‘Mama jangan risau…Min kan ada…Insya Allah Min boleh jagakan..Mak Ton pun ada untuk bantu Min..Yang penting,mama dengan papa kembali ok macam dulu’

Tanpa membuang masa,Datin Mariana terus memeluk menantunya itu.Lega hatinya takkala mendengar kata-kata itu.Datin Mariana terlalu sayangkan perkahwinan yang sudah 30 tahun ini.Dia tidak mahu kehilangan suaminya…

Irfan dan Aiman berpandangan.Mereka memandang kawan baik mereka yang sedang leka membaca buku di bawah pokok itu.

“Fan..Aku nak tanya sikit boleh?’,tanya Aiman kepada kawan baiknya yang digilai ramai pelajar perempuan di sekolah itu dengan nada takut-takut.

‘Apa dia?Tanya jelah’,kata Arfan sambil matanya fokus membaca buku Ilmiah yang dipinjam dari perpustakaan sekolah itu.

“Kitaorang peliklah..Dulu kau rapat dengan Cikgu Min…Selalu main-main dengan dia..Tapi sekarang..Waktu dia mengajar je kau tidur..Kesian aku tengok Cikgu Min tu..Kau marah dia sebab dia kahwin dengan abang kau ke?’,kata Irfan pula.

Arfan terus menutup buku yang tebal itu dengan geram.Dia memandang rakan-rakannya itu dengan jelingan tajam.

“Yang korang sibuk kenapa?Bosanlah kawan dengan korang ni’,kata Arfan lalu berlalu pergi meninggalkan mereka berdua itu.

Aiman dan Irfan tercengang.Kawan baik mereka itu betul-betul sudah berubah..Cepat sangat sentap….

Mastura meletakkan sehelai kertas di atas meja Yasmin yang sedang leka menanda buku pelajar-pelajarnya itu.Dia tersenyum melihat guru baru itu.

“Min..Khusyuk sangat tau kamu ni menanda..Tu akak ada letak surat pasal rombongan tu..Kamu bacalah program tu macam mana ya’,kata Mastura lalu duduk di tempatnya yang bersebelahan dengan guru muda itu.

“Terima kasih kak’,kata Yasmin lalu membaca kandungan kertas itu.

Sedang dia leka membaca,tiba-tiba dia ditegur seseorang.

“Kamu dah minta kebenaran suami kamu belum?’

Yasmin terdiam.Dia mengalihkan pandangannya ke arah guru itu.

“Belum Kak Mas…’,kata Yasmin dengan nada perlahan.

“Kenapa tak cakap?Minggu depan kan program tu?Sempat ke nak beritahu dia nanti?’,kata Mastura yang mula risau melihat Yasmin yang sudah dianggap seperti adiknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience