BAB 32

Romance Completed 27652

Memandangkan hari ini hari minggu,ramai pengunjung yang mengambil kesempatan ini untuk datang ke gym untuk kembali aktif.Mereka rasa daripada masa mereka terhabis dengan perkara-perkara tidak berfaedah,lebih baik mereka bersenam.

“Good job man..Keep it up!’,kata Hakim sambil memuji-muji pelanggan setia gymnya itu.

Dia memantau gym yang diusahakannya itu.Dia rasa kagum sekali takkala melihat rakyat Malaysia sekarang ini sudah mempunyai kesedaran untuk menjalani hidup sihat sepertinya.

Hakim pun mengambil angkat berat yang seberat 5 kg itu.Walaupun sudah mempunyai bentuk badan yang ideal dan otot yang dipanggil ‘sado’,dia tetap mahu bersenam.Dia rasa dunianya bagai tidak bererti kalau tidak bersenam.

Sedang dia fokus bersenam,tiba-tiba loceng gymnya ditekan seseorang.Hakim pun meletakkan semula angkat berat itu ke lantai.Dia pun berjalan ke arah pintu gym nya yang ditekan lonceng itu.Dia pun membukanya.Takkala melihat pengunjungnya itu,dia rasa terkejut yang amat.

“Wow..Baymax mana pulak ni?’

Tidak fasal-fasal penumbuk sulung Yasmin terkena tepat di hidungnya.Puas hati Yasmin dapat menumbuk muka lelaki yang bermulut lazer itu.

“Aduiii…Kau ni dah kenapa Min..Tiba-tiba datang nak tumbuk aku’,kata Hakim lalu memegang hidungnya yang sudah berdarah itu.

“Siapa suruh panggil aku Baymax..Kan dah kena’,kata Yasmin dengan selamba.

“Kalau ya pun marah,jangan lah patahkan hidung aku ni..Mahal aku buat ni..Dekat Thailand tau..Kau hado?’

‘Lantaklah..Malas aku nak kisah’

‘Hahaha chill la babe..Kau ni dah kenapa?Mana baby kau?Kau dah habis pantang ke ni?’

‘Dah habis pantang lah sebab tu aku datang..Baz ada dekat rumah..Tengah tidur’

‘Okay…So what can I help you?

Yasmin tersenyum.Dia memandang lelaki bertubuh sasa dan memakai baju sukan berwarna merah jambu itu.

Datin Mariana menikmati makan malam itu dengan berselera.Dia rasa lapar sekali malam itu.Ditambah lagi dengan masakan yang dimasak pembantu rumahnya itu.Makin berselera Datin Mariana dibuatnya.

“Dah lamanya Kak Ton tak masak masakan lemak ni..Rindu saya tau’,kata Datin Mariana dengan teruja.

“Betul tu Kak Ton..Dah dua kali saya tambah ni’,kata Datuk Iskandar pula.

“Ya ke datin..Datuk…Nanti saya masak lagi ya macam ni’,kata Mak Ton lalu tersipu-sipu malu kerana dipuji begitu oleh majikannya.

Takkala pembantu rumahnya itu pergi,baru Azlan berani membuka mulut.

“Mama dengan papa dah bersedia nak ada penyakit ke?’

Terus terbantut selera Datin Mariana dan Datuk Iskandar.Kata-kata anak sulungnya itu begitu menusuk hati mereka.Arfan yang sedang makan itu pun terdiam.

“Makanlah..Lagipun mama dengan papa kan suka bersenam’,kata Azlan lalu tersenyum sebelum pergi meninggalkan ahli keluarganya di meja makan itu.

‘Abang..Saya tak nak sakit..’,kata Datin Mariana dengan muka monyok.

“Saya pun…Tapi apa yang Azlan cakap tu betul’,kata Datuk Iskandar yang memakai cermin mata itu lalu mengeluh lemah.Dia pandang sahaja lauk-lauk yang mempunyai kolestrol tinggi yang terhidang di atas meja itu.

“Mama..Papa..Makan je lah.Lagipun Abang Lan kan tak ada sekarang ni’

Datin Mariana dan Datuk Iskandar tersenyum.Mereka terus bersemangat takkala mendengar kata anak bongsu mereka itu.Terus lupa mereka akan kata-kata Azlan itu tadi.

“Pandainya anak mama ni..Arfan nak apa?Nanti mama belikan”,kata Datin Mariana yang merupakan seorang ibu yang penyayang.

“Fan nak PSP 4 boleh?’,kata Arfan dengan nada perlahan.

“Boleh…Nanti papa belikan..Jom makan?’kata Datuk Iskandar dengan gembira lalu sambung makan.Dia rindu sekali makan masakan-masakan berlemak seperti ini.Maklumlah,dia tinggal sebumbung dengan seorang doktor….

“Yes!’,bisik Arfan dalam hati kegirangan.

Selepas memastikan putera sulungnya yang makin hari makin comel itu tidur,Azlan pun masuk semula ke bilik tidur mereka.Sudah lama rasanya dia tidak tidur di bilik itu kerana dia pasti akan tertidur dengan Bazil setiap malam.

Mata Azlan terpandang Yasmin yang sedang terlena di meja kerjanya itu.Dia menggeleng.Dia terus mendapatkan gadis yang memakai baju tidur bercorak Hello Kitty itu.

“Kesian dia penat..’,kata Azlan sambil membelai rambut Yasmin yang sedang tidur itu.Dia sendiri pelik mengapa gadis itu tidak turun makan tadi.Setahu Azlan,bila bab makanan,pasti gadis itu orang pertama yang akan turun ke meja makan.

Dia memandang skrin komputer ribanya jenama Macbook itu.Dia berasa sedikit terkejut takkala mendapati gadis itu sedang melayari Internet mengenai gaya hidup sihat.Setahu Azlan,Yasmin tidak suka bersenam.Sepanjang dia kahwin dengan gadis itu,dia tidak pernah nampak gadis itu bersenam ataupun berdiet.Pelik sungguh Azlan dibuatnya.

“Come on..Baru 100..Ada lagi 200 saat..Fighting Min!’,kata Hakim selaku jurulatih peribadi Yasmin dalam usaha untuk memastikan Yasmin mencapai berat badan idealnya.

Yasmin menutup matanya.Dia cuba membayangkan betapa cantiknya badan Amirah,musuh ketatnya.Itu yang dijadikan peransang untuk dia lansing.Dia tidak mahu gadis itu mengambil suaminya dan merampas semua yang ada pada Yasmin sekarang.

“Yes good!Laju lagi Min..Ingat Amirah..Ingat Azlan..Ingat Baz’,kata Hakim dengan penuh bertenaga kepada gadis yang sedang berlari di atas wheatmill itu.Dia mahu membakar semangat gadis itu untuk terus berjuang habis-habisan.

Hakim mula kehausan takkala menjerit tanpa henti tadi untuk kawan sekolahnya itu.Dia pun ke kaunter untuk mengambil airnya.Tiba-tiba dia terdengar bagai ada bunyi nangka jatuh.Terkejut Hakim dibuatnya.

“Ok kalau tiada apa-apa lagi,anda boleh beredar’,kata doktor yang merawat Yasmin itu sambil tersenyum.

‘Terima kasih doktor’,kata Yasmin lalu berjalan keluar perlahan-lahan dari bilik rawatan itu.

Mahu tergelak besar dia rasa takkala melihat muka Hakim yang seakan pucat itu sebaik sahaja dia keluar dari bilik rawatan itu.

“Doktor cakap apa?’,tanya Hakim kerisauan.

“Dia kata,kalau awak terus berlatih dengan jurulatih lembut awak tu,saya akan patahkan kaki awak’,kata Yasmin lalu ketawa terbahak-bahak.

“Ish sengal tau kau ni.Siapa suruh kau tak makan tu semua?Aku suruh kau diet je.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.Kurangkan nasi.Bukan tak makan lansung!Tak fasal-fasal kau sakit macam ni’,kata Hakim dengan bersungguh-sungguh.

“Dah habis membebel?’

‘Dah apanya!EEEIII geramnya dengan kau niiiiii’

‘Hahahaha kau ni kan,Kim…Macam mak cik kepoh tau..Tapi aku suka lah dengan badan aku sekarang..Banyak dah turun’,kata Yasmin sambil memegang pinggangnya yang mula ramping itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience