BAB 13

Romance Completed 27652

Azlan memarkirkan keretanya di tempat yang disediakan di dalam kawasan rumah keluarganya itu.Dia pun mencapai kasut sukannya dan tualanya sebelum keluar dari kereta.

Takkala dia sedang berjalan masuk ke dalam rumahnya,dia terdengar bagai ada suara memanggil namanya.Dia pun menoleh ke arah taman mini yang berdekatan dengan kolam renang rumahnya itu.

“Hai Abang Azlan!!’

Azlan hanya diam sahaja.Dia terus memandang ke arah gadis yang sedang duduk bersama murid-murid itu.Mukanya kelihatan marah sekali.Dia terus masuk ke dalam rumah itu.

“Cikgu Min..Betullah tu abang Arfan..Perangai sama dua beradik tu…Sombong!’,kata Hana kepada guru kesayangannya itu.

“Betul tu,cikgu..Macam manalah cikgu boleh kahwin dengan lelaki sombong macam tu’,kata Fatihah pula.

Yasmin mengeluh lemah.Kata-kata anak muridnya itu betul-betul menusuk dalam hatinya.Dia terus bangun dari tempat duduknya.

“Maaf ya semua..Suami cikgu tak sihat tu..Sebab tu bila korang panggil dia,dia macam tak layan’,kata Yasmin untuk menyelamatkan keadaan.

“Tapi..Kalau sakit,macam mana boleh pergi jogging?’,kata Ilham pula.

‘Ermmm tak pe lah..Kita abaikan je lah ya fasal suami cikgu tu..Kalau kamu semua dah siap latihan yang cikgu bagi tu,beritahu cikgu ya’

“Baik cikgu!’,kata murid-murid yang seramai 39 orang itu.Mereka pun sambung menyiapkan latihan guru mereka di kawasan taman yang cantik itu.

“Alahai comelnya tengok Yasmin tu mengajar tadi..Tak sangka saya ada menantu cikgu..Saya gembira sangat!Tu lah cita-cita saya dulu..Tapi saya tak dapat jadi cikgu..Jadi,bila dah dapat menantu cikgu ni..Rasa seronok sangat..’,kata Datin Mariana sambil curi-curi pandang ke luar ke arah Yasmin dan anak-anak muridnya.

“Saya pun gembira datin…Baru meriah rumah ni..’,kata Mak Ton yang turut gembira.

“Meriah apanya.Memekak’

Datin Mariana cepat-cepat menoleh ke belakang.Mak Ton pula malas mahu masuk campur.Lebih baik dia menyibukkan dirinya dengan membancuh air untuk murid-murid yang seramai 39 orang itu.

“Tak baiklah Lan…Lagipun mama yang suruh Min tu buat dekat sini..Mama nak tengok macam mana dia ajar…Comel sangat Lan!Lan patut tengok tau Min mengajar!’,kata Datin Mariana kepada anaknya yang baru pulang daripada bersenam pagi hujung minggu seperti ini.

Azlan menghabiskan minuman yang dibancuhnya itu lalu berlalu pergi.Dia malas mahu melayan mamanya itu.Dia tahu,mamanya itu sangat menyanyangi Yasmin.Kalau dia bertekak dengan mamanya sekalipun pun,pasti tidak guna…

Arfan menggosok-gosok matanya.Dia terus menggeliatkan badannya dari atas katil itu lalu bangun dari tidur.Dia terus ke balkoni biliknya yang boleh nampak pemandangan di kolam renang rumahnya itu.

Terus bulat matanya takkala melihat apa yang berlaku di situ.Terus dia rasa segar serta merta.Yang paling membuatkan Arfan terkejut,kawan-kawan baiknya Irfan dan Aiman juga ada di situ.

“Ish dia ni..Tak ajak aku pun!Eh iya tak ya juga..Kalau diorang belajar gila-gila pun kalau sebenarnya diri tu tak pandai,tak guna jugakkan?Lainlah aku…Aku ini memang genius..’,kata Arfan lalu sangap sebelum sambung tidur.Dia rasa sayang sekali mahu berpisah dengan katilnya yang empuk itu memandangkan hari masih pagi lagi.Lebih baik,dia tidur…

Rasa mahu terlelap Yasmin dibuatnya sementara menanti murid-muridnya menyiapkan latihan-latihan itu.Sudahlah ibu bapa mereka sudah hantar mereka awal-awal pagi lagi.Hujung minggu pula itu.Dah lah sekarang waktu tidurnya…

Dia cuba memandang ke tempat lain untuk menyegarkan matanya.Mana tidaknya,sudah bergelas-gelas air oren dia minum tetapi masih tidak boleh mengatasi mengantuknya…

Tiba-tiba dia ternampak seseorang.Secara automatik,matanya terus segar takkala melihat lelaki yang sedang mencuci kereta itu.Rasa berbunga-bunga sekali hatinya ketika itu.

“Cehh cikgu curi-curi tengok suami cikgu ya…’,usik Hana kepada guru yang duduk di hadapan mereka itu.

“Wuuuuu so sweet!’,kata mereka semua serentak.

Yasmin terus menekup mukanya dengan buku latihan itu untuk menahan malu.Tidak sangka pula ada mata yang ternampak perbuatannya itu.

Azlan hanya menggeleng.Dia terus sambung mencuci kereta mewahnya yang hanya terdapat beberapa orang sahaja dalam Malaysia ini memiliki kereta sepertinya.

“Cikgu,soalan nombor 19 macam mana?’,tanya Irfan sambil menggaru kepalanya.

“Nombor 19?Semua dapat tak soalan tu?’

‘Tak…’,jawab mereka serentak.

‘Ok.Cikgu terangkan kat depan ya’,kata Yasmin lalu mengambil Pen Markernya sebelum melakar jalan kerjanya di papan putih kecil yang baru dibelinya semata-mata untuk kelas tuisyen tidak berbayar ini.Inilah satu-satunya cara yang dia mampu lakukan demi merialisasikan janjinya dengan ketuanya itu.

Setelah beberapa minit…

“Faham tak apa yang cikgu ajar ni?’

Keterujaan Yasmin meleset takkala semua pelajar di hadapannya itu menggeleng.Masuk kali ini,sudah lima kali dia terangkan kepada pelajar-pelajarnya itu tetapi mereka masih tidak faham.

“Cikgu terangkan lah yang senang-senang…Susahlah yang cikgu ajar ni’,kata Aiman lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Yasmin mengeluh lemah.Dia betul-betul buntu sekarang ini.Tudung selendangnya sudah tidak betul dah kerana asyik ditarik Yasmin yang separuh gila kerana murid-muridnya itu masih tidak faham apa yang diajarkannya.

“Apa kata kita suruh Abang Azlan je?Siapa setuju?’,kata Fatihah dengan penuh bersemangat.

Mahu tergelak Yasmin dibuatnya.Semua yang mengangkat tangan ialah perempuan.Nampak sangat anak-anak murid perempuannya bukan mahu diajarkan lelaki itu tetapi mahu melihat suaminya yang kacak itu dengan lebih dekat.

‘Kau ni gatal lah,Fati’,kata Irfan lalu ketawa.

“Mana ada!’,kata Fatihah dengan geram.

“Ok lah..Jangan gaduh-gaduh..Fatihah pergilah panggil suami cikgu tu..Suruh dia ajar dekat sini..Cikgu pergi basuh muka sekejap ya’,kata Yasmin sambil tersenyum.

Semua pelajar di situ melopong takkala melihat jalan kerja Azlan yang ringkas itu.Bukan sahaja mudah,penerangan yang Azlan berikan sudah terus membuatkan mereka faham.

“Semua faham?’,kata Azlan selepas selesai membuat penerangan di hadapan murid-murid isterinya yang sebaya dengan adiknya itu.

“Faham!’,kata mereka serentak.

Azlan tersenyum melihat murid-murid yang sedang tekun menyiapkan latihan-latihan Matematik itu. Dia meletakkan pen dan buku di atas meja itu sebelum berlalu pergi.

Baru sahaja dia mahu naik tangga untuk naik ke tingkat atas,

“Dah selesai dah ke?Cepatnya…Awak ajar main-main eh?Entah-entah budak-budak tu tak faham pun’,usik Yasmin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience