BAB 15

Romance Completed 27652

Yasmin terpaksa menipu ibu bapa mertuanya pada pagi itu.Dia betul-betul ketandusan idea sekarang ini.Dia sendiri tidak tahu ke mana lelaki itu pergi selepas kejadian malam tadi.Puas dia telefon tetapi masih tidak diangkat.

‘Takkan aku nak cakap dia keluar dengan perempuan dengan Sarah pulakkan..Mesti sakit jantung orang tua ni nanti’,bisik hati kecil Yasmin.

Setelah selesai makan Nasi Goreng yang dimasak Mak Ton itu,Yasmin pun menyalam ibu bapa mertuanya sebelum meminta izin untuk pergi memandangkan dia takut terlambat untuk ke sekolah.

Baru sahaja dia mahu membuka pintu rumah yang diperbuat daripada kaca dan diimport khas dari luar negara itu,ada seorang lelaki muncul di hadapannya.Terus terdiam Yasmin dibuatnya.

“Eh Azlan?Bukan Yasmin kata kamu dekat atas ke?’,kata Datin Mariana yang turut mahu keluar pada pagi itu.

Yasmin hanya diam sahaja.Dia terus tunduk lalu bergegas keluar dari rumah itu.Sudahlah hatinya sakit dengan apa yang dilakukan lelaki itu.Makin sakit hatinya takkala melihat ada bekas ciuman di baju t-shirt Azlan.

“Kamu baru balik ke,Lan?Pergi mana semalam?’,tanya Datuk Iskandar pula.

“Azlan naik atas dulu’,kata Azlan lalu naik ke atas biliknya.

Datin Mariana dan Datuk Iskandar memandang antara satu sama lain.Banyak persoalan bermain di dalam minda mereka sekarang.Mereka lansung tidak faham apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Mastura memandang meja rakan sekerjanya itu.Pelik dia dibuatnya.Dia pandang sahaja gambar yang ditampal di meja itu lama-lama.

“Tak payah nak tengok Kak Mas…Memang saya tutup muka laki saya tu dengan sticker tengkorak tu’

Mastura menoleh ke belakang.Dia pandang sahaja Yasmin yang sedang membawa buku latihan murid-muridnya itu.Hatinya bertambah risau takkala melihat gadis itu tidak seceria selalu.

‘Kenapa ni Min?Kamu gaduh ke dengan Azlan?’

‘Malas lah nak layan fasal dia kak..Buat sakit hati je’,kata Yasmin dengan geram.

“Haih,kamu ni…Tak baik tau gaduh dengan suami..Akak ada kelas ni..Assalamualaikum’,kata Mastura lalu berlalu pergi.

“Waalaikumsalam’,kata Yasmin lalu mengeluarkan pen merah dari bekas penselnya untuk menanda buku pelajar-pelajarnya itu.

Sedang dia menanda,dia terasa bosan pula.Dia pun cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuka laju.

Fikirannya mula melupakan apa yang terjadi pagi tadi.Sedang dia mula ceria menanda buku-buku itu,boleh pula ada lagu Madu Tiga nyanyian Allahyarham P.Ramlee.Terus membakar hatinya ketika itu!

“Waalaikumsalam..Masuk Mar..’,kata sata suara dari dalam dalam wad itu.

Datin Mariana pun memasuki wad itu dengan senyuman.Rambutnya yang bersiput itu masih kelihatan kemas walaupun sudah tengah hari.

Yasmin menyalam semua yang ada di situ.Dia tidak tahu pun siapa gerangan orang-orang di situ kerana semasa dia bernikah dengan Azlan,dia tidak nampak pun orang-orang ini.

Takkala tiba di hadapan seorang mak cik yang bertudung labuh,Yasmin mula pelik.Dia menghulurkan tangan untuk menyalam wanita itu tetapi wanita itu hanya membalas dengan jelingan tajam kepadanya.Terkejut Yasmin…

“Alahai comelnyaaaaa anak Sarah ni…’,kata Datin Mariana sambil tersenyum takkala melihat bayi yang baru dilahirkan itu.Dia terus mendukung bayi yang masih berbedung itu.

“Sarah?’,bisik hati kecil Yasmin.

“Haaa sampai pun Azlan!’,kata mak cik yang bertudung labuh itu dengan senyuman.

Yasmin malas mahu memandang Azlan yang berdiri di belakangnya itu.Hatinya masih sakit angkara lelaki itu.Lebih baik,dia memandang ke arah bayi yang baru dilahirkan tanpa dosa itu.

Datin Mariana mencium-cium bayi yang baru dilahirkan itu.Rasa gembira sekali dia rasa takkala mendukung bayi yang sedang nyenyak tidur itu.Kenangan semasa dia baru selesai melahirkan anak-anaknya mula jelas bermain di kotak fikirannya.Indah sekali saat-saat seperti ini…

“Dah ada nama dah,Sarah?’

‘Belum mak long..Tapi,Sarah rancang nak letak nama dia Azlan..Sama macam nama anak mak long tu’,kata Sarah sambil tersenyum-senyum memandang sepupunya itu.

Datin Mariana terdiam.Dia pandang ke arah Azlan lalu memandang ke arah Yasmin.Muka Yasmin terus menjadi geram takkala mendengar apa yang dikatakan gadis itu.

“Ada-ada sahajalah kamu ni,Sarah..Carilah nama lain…’,kata Datin Mariana untuk menyelamatkan keadaan yang mula tegang.

“Sedap apa nama Azlan..Aku pun suka nama cucu aku Azlan..Biar dia pandai dan kacak macam anak buah aku tu’,kata Hajah Marziah sambil senyum ke arah Azlan lagi.

“Dengan aku,mak cik ni garang..Bila part Azlan je,senyum sampai ke telinga..Dia tak tahu anak sedara dia yang dia puji-puji tu dah buat benda tak senonoh dengan anak dia malam tadi’,bisik Yasmin di dalam hati kegeraman.

Hajah Marizah bangun dari tempat duduknya.Dia terus mengambil bayi yang sedang didukung Datin Mariana lalu diberikan kepada Azlan.

“Ngah..Along tengah pegang cucu kamu kan…’,kata Datin Mariana yang terkejut.

‘Bagilah cucu aku tu dekat Azlan pulak…Lagipun Azlan yang sambut bayi Sarah ni malam tadi..Kalau tak ada Azlan,entah apalah jadi dengan Sarah malam tadi…’

Yasmin terus memandang ke arah lelaki yang berdiri di belakangnya itu.Dia mula dihimpit kekesalan kerana berprasangka buruk akan suaminya itu.Dia tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu kerana terasa berdosa sekali.

“Memandangkan suami si Sarah ni belum sampai…Apa kata kamu sahaja yang azan dan iqamahkan dia..Nak tunggu suami si Sarah tu lambat lagi rasanya..Boleh kan,Lan?’,kata Hajah Marziah yang bertudung labuh itu lagi.

Azlan hanya mengangguk.Dia mengucup pipi bayi itu lalu dilakukan apa yang ibu saudaranya itu suruh.

Takkala mendengar laungan suci itu,terus menggeletar kaki Yasmin dibuatnya.Dia terus memeluk tubuhnya.Jantungnya berdegup kencang dan hebat ketika itu.Bilik yang sejuk itu bertambah sejuk Yasmin rasa.Dia rasa lemah sekali takkala melihat apa yang sedang berlaku sekarang ini.

‘Ya Allah..Bagi aku kesabaran,ya Allah’,bisik hati kecil Yasmin berkata-kata.

Sedang dia mencekalkan hatinya,tiba-tiba ada tangan lembut menenangkannya.Yasmin cepat-cepat menoleh ke sebelahnya.Datin Mariana yang membuat rambutnya siput itu menggengam tangan Yasmin lalu senyum ke arah gadis itu.

Mak Ton melipat pakaian-pakaian lelaki itu.Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku dengan anak majikannya itu.Tiba-tiba sahaja dia dia disuruh melipat pakaian lelaki itu.

“Lan tak nak cakap dengan Mak Ton ke Lan nak pergi mana?’,tanya Mak Ton kerisauan.

Azlan yang sedang mengemas barang-barangnya itu hanya diam sahaja.Dia sudah bertekad untuk pergi sekarang.Dia tidak mahu ada sesiapa yang menghalangnya.

“Lan gaduh dengan Min ke?’

Azlan terdiam.Tangannya terhenti seketika.Matanya terpandang ke arah gambar kahwin dia dengan gadis itu yang tergantung di bilik tidur mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience