BAB 21

Romance Completed 27652

Azlan ketawa.Ayahnya itu betul-betul memahaminya.Dia tidak sangka yang bapanya sebenarnya seorang ayah yang penyayang dan tidak kejam.Mana tidaknya,siapa yang tak marah kan kalau dari kecil asyik dimarah dan disuruh belajarkan?

Datuk Iskandar pun pergi dari bilik anak lelakinya itu.Sudah lama dia tidak bergembira seperti ini.Berita baik itu berjaya menghilangkan semua tekanan yang ada di dalam mindanya hilang seketika.

“Papa!’

Datuk Iskandar tersenyum takkala melihat anak bongsunya yang baru pulang dari sekolah itu.Dia menggosok-gosok kepala anaknya itu.Tidak sangka pada usianya seperti ini,dia masih lagi ada anak yang masih sekolah…

“Apa dia,Fan?’

‘Kenapa dengan Abang Lan?Kenapa abang dengan papa gembira semacam?’,tanya Arfan dengan pelik.

Datuk Iskandar melutut di hadapan anaknya.Dia tersenyum memandang anak lelakinya itu.

‘You gonna be an uncle!Uncle Arfan!’,kata Datuk Iskandar lalu ketawa sebelum pergi.

Arfan terkejut.Jantungnya berdegup kencang.Hatinya mula bergelora.Anasir-anasir jahat mula meracuni fikirannya.Dia mula geram.

Yasmin gembira membalas-balas ucapan tahniah yang diberikan kepadanya melalui laman sosial,Instagram.Dia betul-betul tidak sangka yang gambar imbasan kandungannya itu mendapat like yang banyak daripada pengikut-pengikutnya di laman sosialnya itu.

“Ini baru dua minggu..Kalau dah bersalin nanti,mesti lagi popular aku dekat Instagram’,kata Yasmin yang sedang baring di atas katil itu kegirangan.

“Cakap sorang-sorang?’

Yasmin tersenyum.Dia memandang suaminya yang sedang baring di sebelahnya sambil mebaca buku perubatan itu.Mukanya kelihatan gembira sekali.

“Mestilah..Cuba you tengok ni…Ramai kan orang like gambar baby kita?’,kata Yasmin sambil menunjukkan telefon bimbitnya kepada lelaki itu.

Yasmin tersenyum takkala melihat lelaki itu membaca satu per satu komen di situ.Dia tidak sangka yang suaminya itu begitu berminat ingin tahu memandangkan lelaki itu seorang yang anti-sosial.Tiada satu pun laman sosial lelaki itu ada…

Keterujaan Yasmin berakhir takkala melihat suaminya itu dengan tanpa rasa bersalah memadam gambar yang dimuat naik Yasmin itu.

“Kenapa you delete????Sampai hati you!’,kata Yasmin dengan geram.

‘Bagus lah perangai tu.Baru dua minggu dah heboh kat orang.Kalau tak jadi macam mana?’,kata Azlan dengan nada tinggi.Mukanya kelihatan serius sekali ketika itu.

‘Tapi I…’,belum sempat Yasmin berkata apa-apa,lelaki yang memakai baju t-shirt dan kain pelekat itu sudah menyampuk.

“From today onward,jangan masukkan gambar anak kita dalam Instagram.That’s it’

‘Kalau…’,belum sempat Yasmin menyambung ayatnya,lelaki itu sudah memandangnya dengan jelingan tajam.Terus kecut perut Yasmin dibuatnya.

‘Ok lah..I janji,I tak masukkan lagi’,kata Yasmin dengan lemah.

‘Good’,kata Azlan lalu tidur di sebelah gadis itu.Dia rasa geram sekali dengan Yasmin.Semua benda dia nak kongsikan dalam laman sosial itu.Sampai naik muak Azlan dibuatnya.

Yasmin mengeluh lemah.Dia pandang sahaja suaminya yang sudah berselimut untuk tidur itu.

“APTB betullah dia niiiii…’,bisik hati kecil Yasmin.

“Kak Ton..’

‘Ya datin’,kata Mak Ton yang sedang menyiang ikan untuk dijadikan juadah makan malam itu.

“Kak Ton rasa,cucu saya tu perempuan ke lelaki….’,kata Datin Mariana yang sedang duduk di meja makan sambil memandang orang gajinya yang memakai kain batik itu.

“Entahlah datin..Lagipun masih kecil kan..Tak nampak sangat..Datin macam tak sabar je nak timang cucu ni?’,usik Mak Ton.

‘Mestilah Kak Ton…Saya dah tak sabar ni nak jadi nenek…Kalau dah keluar nanti,saya nak suruh dia panggil saya Tok Ma…Haih..Lambatnya nak tunggu lagi 8 bulan…’,kata Datin Mariana lalu mengeluh lemah.

Mak Ton ketawa melihat gelagat majikannya itu.

“Apa lah datin ni…Susah-susah sangat kalau datin dah tak sabar nak ada cucu,apa kata datin sendiri yang mengandung..Lagipun datin bukannya tua lagi pun’,usik Mak Ton.

Datin Mariana tergelak besar takkala terdengar usikan pembantu rumahnya itu.Rasa terhibur dia rasa waktu-waktu tengah hari seperti ini.Tidak sia-sia dia tidak ke pejabat hari ini..

Sedang Mak Ton sambung menyiang ikan,tiba-tiba dia dihampiri seseorang.

“Kak Ton..Tahu tak herba yang boleh saya minum untuk saya mengandung..’

Terkejut besar Mak Ton takkala mendegar kata-kata yang bernada perlahan itu.Dia pandang sahaja wanita itu dengan muka yang pelik.

“Datin nak mengandung?Biar betul?’,bisik Mak Ton.

‘Betullah..Lagipun Kak Ton kan kata saya masih muda lagi…’,bisik Datin Mariana pula.

‘Tapi datin..’,belum sempat Mak Ton menghabiskan ayatnya,mereka berdua dihampiri seseorang.

“Apa yang mama dengan Mak Ton bisik?’

Terus terkejut Datin Mariana dibuatnya takkala melihat anak bongsunya itu.Dia terus cuba untuk mengalihkan topik.

‘Tak ada apa-apa la,Fan…Mama tengah tanya Mak Ton fasal resipi…Kenapa Fan cari mama ni?’

‘Mama lupa ke yang Fan ada koko hari ini?’

‘Ha’ah lah…Jom kita pergi…Fan tunggu mama dalam kereta ya,sayang’

‘Ok’,kata Arfan lalu pergi.

Datin Mariana dan Mak Ton saling berpandangan.Mereka terus ketawa.

Yasmin tersenyum melihat anak-anak muridnya yang sedang bermain bola sepak itu.Petang-petang seperti ini bukanlah penghalang untuk anak-anak muridnya daripada aktif dalam bidang kokurikulum.Yasmin rasa bangga sekali melihat anak-anak muridnya itu bermain.Penuh dengan semangat!

Sedang dia bersorak untuk anak muridnya untuk terus cergas,tiba-tiba tempat duduk sebelahnya yang kosong itu diduduki seseorang.Terkejut Yasmin dibuatnya.

“Awak buat apa dekat sini?Tak kerja ke???”,tanya Yasmin dengan pelik.

‘Shhh’,kata Azlan lalu menarik muka Yasmin ke hadapan semula.

Yasmin mencebik.Dia pun fokus kembali melihat anak-anak muridnya yang sedang bermain di padang hadapannya itu.

“Teman I makan pisang goreng dekat Mawar,jom’

Terus terketawa Yasmin dibuatnya takkala mendengar bisikan ellaki itu.Anak-anak muridnya yang duduk di bangku berdekatannya terkejut melihat gelegat guru mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience