BAB 1

Romance Completed 27652

“Ishh awak ni dari tadi buat muka selengga, entah dengar ke tak ni, berbuih mulut saya cakap awak ni faham ke tak?’’

‘Ye saya faham’

‘Apa yang awak faham apa? Arhh dahlah, awak pun sama je...Ni lah lelaki.. Sama tak berguna macam pengetuan saya yang tak berguna tu! Useless!’,kata Yasmin dengan linangan air mata lalu mengelap air matanya menggunakan tisu yang disediakan restoran 24 jam itu.

Azlan hanya diam.Dia sambung minum air teh yang dipesannya itu lalu menonton cerita yang ditayangkan di skrin besar yang disediakan di situ.

“Kenapa awak diam?Awak malas nak layan saya lah kan?’,kata Yasmin yang mula mahu meninggikan suara.

‘Tak’

‘Habis tu?EEEIII kenapa lah hari ini macam-macam benda jadiiiiiiii’,kata Yasmin yang makin kuat menangis.Dia rasa malang sungguh nasibnya hari ini.

‘Min’

‘Apa lagi?Awak nak ketawakan saya lah kan sebab nangis macam budak kecik?Awak tak faham tau!Saya tengah emosi ni’

‘Tak’

‘Awak tak nak faham?Fine…Saya tak nak keluar dengan awak lagi..Mi goreng saya ni nanti awak bayar’,kata Yasmin lalu mencapai tas tangannya sebelum pergi.

Baru sahaja dia mahu pergi,dia terdengar ayat rakan sekelasnya sejak sekolah tadika itu.Langkahnya terus terhenti.Kepalanya terasa pening sekali apabila mendengar ayat lelaki itu.Dunianya menjadi gelap.

‘Aku cuma cakap nak kahwin dengan dia.Tu pun nak pengsan ke?’,bisik hati Azlan.

Beberapa bulan kemudian…

“Bila nak makan ni?’

“Jap la sayang..I nak check in dulu kat restoran ni…Hehehe’,kata Yasmin sambil bermain dengan telefon bimbitnya itu.

Azlan hanya menggeleng.Dia terus sambung makan makanan yang dipesannya itu memandangkan dia sedang lapar yang amat sekarang ini.Belum sempat dia mahu suapkan makanan itu ke dalam mulutnya,tangannya ditarik seseorang.Azlan terkejut yang amat.

“Sayang..Selfie first!’

Azlan mengeluh.Dia malas mahu melayan gadis yang sudah menjadi isterinya itu.Makin dilayan,makin menjadi-jadi perangainya.Naik bosan Azlan mahu melayan…

‘Ok nak masukkan dalam Instagram!Yeayy’,kata Yasmin dengan teruja.

Takkala Yasmin membuka laman sosial itu,tiba-tiba matanya terus membulat.Dia rasa sedih sahaja takkala melihat gambar-gambar di dalam laman sosial itu.

“Sayang…’

‘Hmm’

‘Bila kita nak pergi honeymoon?Tengok artis ni..Bestnya diorang pergi overseas dengan suami diaorang…..’,kata Yasmin dengan nada manja.

‘Busy’

‘Sayang sibuk sampai bila??’

‘Entah’

Yasmin mengeluh lemah.Dia pandang sahaja lelaki yang sedang berselera menikmati makanan laut itu.Dia betul-betul rasa sedih dengan lelaki itu.Oleh sebab itu,dia pun keluarkan senjata wanita.Dia nangis sepenuh hatinya dengan harapan lelaki itu akan pujuk.Dia sudah tidak kisah dah walaupun banyak mata sedang memandangnya sekarang ini.

Setelah puas menangis,Yasmin mengeluh lemah.Lelaki itu lansung tidak mempedulikan dirinya yang sedang menangis itu.Malah,lelaki itu siap tambah makanan bagai tidak ada apa yang berlaku.

“Sayang memang tak nak pujuk I ke?’

‘Perlu ke?’

‘Fine.I hate you,Megat Khairul Azlan bin Megat Iskandar!’,kata Yasmin dengan geram.

“Ok’

Yasmin menjerit kegeraman dalam hati.Lelaki itu betul-betul suka menyakitkan hatinya.Geram betul!

Datin Mariana tersenyum-senyum takkala menonton rancangan perkahwinan itu.Dia rasa seronok sekali takkala melihat majlis perkahwinan-majlis perkahwinan yang disiarkan itu.Teringat kembali kenangan manis dia dan suaminya dahulu…

Sedang tekun menonton televisyen,Datin Mariana ternampak anak dan menantunya turun ke bawah.Dia terus tersenyum takkala melihat pasangan suami isteri yang masih boleh dipanggil pengantin baru itu kerana mereka baru disatukan beberapa bulan yang lalu.

“Cantiknya menantu mama ni…Tapi kenapa muka masam ni..’,kata Datin Mariana kerisauan.

Yasmin terdiam.Dia betul-betul tidak pandai menyembunyikan perasaannya.Dia lansung tidak boleh senyum malam itu kerana hatinya sedang geram.Dia pandang sahaja suaminya yang bagai tiada rasa bersalah itu.

“Kamu nak bawa Min ke mana,Lan?Kamu pakai baju bola je ke?Tukarlah Lan..Nanti tak handsome tau keluar dengan Min..’,usik Datin Mariana lagi.

“Lan nak keluar sorang’

‘Sorang??Nak pergi mana malam-malam macam ni?Kamu mesti ikut Azlan kan,Min??’

Yasmin hanya tunduk membisu.Dia terus menyalam ibu mertuanya yang sedang tidak faham apa yang sedang berlaku sekarang ini.Hatinya yang sakit itu sudah tidak boleh ditanggung lagi.Dia terus keluar dari rumah itu dengan tergesa-gesa agar ibu mertuanya itu tidak nampak yang dia sekarang ini sedang menangis.

“Apa ni,Lan?Mama tak fahamlah.Kenapa Min nangis ni???Kenapa Lan tak ikut dia??’,tanya Datin Mariana kerisauan.

“Malas.Dia ada majlis kawan baik dia’

‘Kan dah malam ni,Lan…Pergilah teman dia.Tak kesian ke biarkan dia drive seorang?Banyak kes tau sekarang ini.Kalau Min tu jadi apa-apa,siapa yang susah?Lagipun,Lan tak tahu lagi nak pergi mana kan?’

‘Lan pergi dulu…Assalamualaikum ma’,kata Azlan lalu menyalam ibunya yang sedang membebel itu.Lebih baik dia pergi sekarang sebelum ibunya sambung membebel lagi.

Datin Mariana mengurut dadanya.Dia terus duduk di sofa di ruang tamu rumahnya itu.Dia rasa geram sekali dengan anak bujangnya itu.Nasib baik,dia pandai mengawal emosinya.Kalau tidak,ada juga dia dimasukkan ke hospital kerana darah tinggi…

‘Haihhh..Apa lah nak jadi dengan Azlan ni,ya Allah…’bisik Datin Mariana dalam hati.

Nadia berjalan dengan lemah menuju ke dapur rakan baiknya itu.Dia terus mendapatkan Ayuni yang sedang sibuk membantu pembantu rumahnya itu untuk menguruskan makanan untuk diberikan kepada tetamu yang hadir pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience