BAB 23

Romance Completed 27652

“Aku pun..Nasib baik,anak-anak kita ni dah tidur’,kata Ayuni lalu mencium anaknya yang sedang nyenyak tidur dalam kereta sorong itu.

Sedang mereka menunggu,tiba-tiba mereka didatangi seseorang.

‘Jom..’

Ayuni dan Nadia pun memandang ke arah gadis itu.Hati mereka mula tersentuh takkala melihat gadis itu sedang menahan untuk menangis.Mereka kenal benar dengan Yasmin.Suka sangat menyembunyikan kesedihan…

Beberapa orang wanita yang sedang menyusukan anak itu pandang sahaja ke arah mereka bertiga.Mana tidaknya,bilik penyusuan itu bagai menjadi satu kafe untuk mereka bertiga itu berbual.

‘Min…Sabarlah ya..Janganlah nangis…Aku yang dengar ni pun nak nangis tau’,kata Ayuni yang sedang menyusukan anaknya di sebuah bilik yang dikhaskan di pusat beli-belah itu.

‘Aku pun…Sedihnya dengar cerita kau..Nasib baik si Ikhwan tu tak pernah lupa hantar aku pergi klinik setiap bulan’,kata Nadia yang juga sedang menyusukan anaknya seperti Ayuni.

Yasmin mengelap air matanya yang membasahi pipinya.Dia rasa lega sekali dapat meluahkan perasaannya dengan kawan-kawannya yang sudah seperti adik-beradiknya itu.Ayuni dan Nadia masih sama seperti yang dia kenal dahulu.Hubungan persahabatan mereka tetap utuh sehingga sekarang.Cuma ada satu sahaja yang berubah.

Mereka sudah jarang berada di kafe untuk bercerita seperti dahulu.Kalau datang ke pusat beli-belah ini pun,tempat penyusan bayilah tempat mereka untuk bergosip.Maklumlah,anak-anak Nadia dan Ayuni masih kecil.Kalau dah besar nanti,baru mereka akan faham yang mama-mama mereka itu kaki gosip…

“Ok datin..Itu sahaja jadual datin..Datin akan ada satu hari yang datin tiada apa-apa pertemuan dengan mana-mana pembekal syarikat kecantikan kita’,kata Iffah,pembantu peribadi Datin Mariana.

Datin Mariana yang sedang keletihan menguruskan perniagaan dia dan suaminya itu terus bersemangat sekali ketika tahu ada satu hari yang dia akan tidak sibuk itu.Mana tidaknya,sepanjang minggu ini,jadualnya mengalahkan PM!

“Bila tarikh tu?’,tanya Datin Mariana.

“9 haribulan ni,datin.Kenapa datin?’

Datin Mariana memejam matanya serapat-rapatnya.Dia cukup yakin bahawa hari itu ada seseorang punya tarikh lahir.Tetapi,dia lupa siapa.

“Datin…Itu hari jadi menantu kesayangan datin lah..Yasmin…Mesti datin lupakan?’,usik Iffah lalu ketawa.

‘Pandai awak!!!Hehehehe..Saya lupa dah menantu saya tu punya hari jadi..Nanti boleh tak awak tolong saya?’

‘Tolong apa datin?’

Datin Mariana memandang gambar keluar besarnya yang digantung di dalam biliknya.Dia tersenyum takkala melihat gambar Yasmin yang berdiri bersebelahan Azlan itu.

Yasmin tersenyum memandang anak-anak muridnya yang sedang keletihan menyalin nota yang diberikannya itu.Waktu-waktu tengah hari seperti ini sudah tentu anak-anak ini keletihan.Ditambah lagi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa ini.Itu yang sampai ada yang tertidur…

“Penat betul ya semua…Cikgu yang tengah mengandung ni pun tak mengantuk macam kamu’,usik Yasmin.

“Cikgu…Tak laratlah…Bila nak bunyi loceng ni……..’,kata Ilham lalu tersangap.

‘Sabarlah Ilham..Lagi beberapa minit je nak balik ni…Oh ya..Cikgu ada berita baik untuk kamu semua ni.Nak tahu tak?’

‘Nak!!!!!!!!!!!!’,kata mereka dengan teruja.

“9 hari bulan ni cikgu tak buat kelas tambahan tau’

‘Yeayyyy’,kata mereka bersorak.Baru Yasmin nampak mereka bertenaga kerana gembira dengan berita yang diberikan Yasmin itu.

‘Tapi kenapa cikgu?’,tanya Fatihah lalu menggaru kepalanya yang bertoncet dua itu.

“Sebab..Itu hari jadi cikgu…Hehehehe’,kata Yasmin lalu tersenyum.Tiba-tiba dia rasa malu pula mahu menyambut hari kelahirannya itu.

“Wahhhhh seronoknya!!!!’,kata pelajar-pelajar dalam kelas itu.

‘Apa yang seronok pun aku tak tahu’,bisik hati Arfan.Dia malas mahu melayan rakan-rakan sekelasnya yang bersikap kebudak-budakan dan tidak matang itu.

Azlan masuk ke dalam bilik mereka.Seperti malam-malam sebelum ini,waktu ini baru dia pulang.Azlan tidak fikir apa-apa sekarang ini.Yang dia tahu,dia mahu tidur sekarang ini!Nasib baik sudah solat Isyak terlebih dahulu tadi…

Yasmin yang sedang bermain melayari Internet itu terus tersenyum takkala melihat Azlan yang sedang terbaring di atas katil itu.Lelaki itu seakan faham-faham sahaja yang dia sedang merindui…

“Sayang…’

‘Erm’,jawab Azlan.Dia malas mahu membuka matanya.

“Sayang dah solat?’

‘Straight to the point,please’,kata Azlan yang kenal benar dengan perangai isterinya itu.Pasti ada sesuatu yang isterinya itu mahu.

‘9 hari bulan ni you free tak?’

‘Asal?’

‘Tak adalah…I ingat nak ajak you makan kat luar..Dah lama kan kita tak makan kat luar…’

Keterujaan Yasmin hilang takkala melihat lelaki itu sudah nyenyak tidur dengan pakaian kerja.Yasmin terus mengeluh lemah.

“Kesiannya dia….Mesti dia penat kerja ni…’,bisik hati kecil Yasmin.

Datin Mariana tersenyum memandang dua orang wanita yang sedang menidurkan anak mereka itu.Rasa teruja sekali Datin Mariana sekarang ini.

“Saya setuju…’,kata Nadia sambil tersenyum.

‘Saya pun!’,kata Ayuni.

‘Alhamdullillah..Saya dah agak dah kamu berdua mesti setuju dengan rancangan saya ini..Sebab tu saya sayang dengan kamu berdua’,kata Datin Mariana lalu tersenyum.

‘Kami pun sayang datin juga!’,kata mereka berdua lalu ketawa.

Tiba-tiba telefon Ayuni berdering.Terkejut mereka bertiga dibuatnya.Takkala melihat nombor telefon yang terpampang di skrin telefon bimbit,makin terkejut Ayuni dibuatnya.

‘Siapa telefon tu?Yasmin?’,tanya Datin Mariana.

Ayuni mengangguk dengan takut-takut.

“Angkat lah..Tapi jangan cakap kamu dengan saya tau’

‘Baik datin’,kata Ayuni lalu mengangkat panggilan itu.

Nadia dan Datin Mariana pandang sahaja Ayuni.Mereka juga sedang berdebar kerana takut rahsia mereka itu akan terbongkar.

“Hello Min!’,kata Ayuni yang mahu sedapkan hatinya.

“Kau kat mana?’

‘Ermm kat rumah..Kenapa Min?’,tipu Ayuni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience