BAB 11

Romance Completed 27652

Mereka berdua terus terdiam.Tidak lama kemudian,mereka berdua ketawa.

“Heheheh mestilah..Suami you paling handsome kot kalau nak dibandingkan dengan suami kitaorang..’,kata Ayuni kepada Yasmin yang memakai tudung itu.Antara mereka bertiga,Yasmin seorang sahaja yang menutup aurat.Ayuni dan Nadia belum sampai seru agaknya…

“That’s true…Sorry tau Min…’,kata Nadia yang berambut perang itu pula.

“It’s okay..By the way,kenapa korang nak jumpa ni?Macam pelik je..Ya la..Selalunya kan waktu-waktu macam ni korang sibuk pergi salon or whatsoever..Tu yang asyik sibuk memanjang je tu..’

“Ok.Nad lah cakap dulu..Tadi kau kata kau ada benda nak cakap kan?’,kata Ayuni sambil tersenyum-senyum.

“Apa pulak aku…Kau lah..Lagipun kau yang beriya-iya ajak kitaorang keluar ni kan’,kata Nadia dengan geram.

‘Apa pulak aku?Kaulah’,kata Ayuni yang mula geram juga.

Yasmin tersangap.Sudahlah dia sedang mengantuk.Boleh pula kawan-kawan baiknya ini bertengkar.Mujur,Azlan ada kerja pada hari hujung minggu seperti hari ini.Kalau tidak,jangan harap dia mahu datang ke sini…

“Ehem..Nak cakap ke nak gaduh ni?’

Nadia dan Ayuni mengalah.Mereka terus minum air yang baru diletakkan pelayan itu.Setelah reda daripada kemarahan,baru masing-masing bersedia mahu memberitahu perkara sebenar.

‘I’m preagnant!’,kata Ayuni dan Nadia serentak.

Takkala sedar mereka berkata benda yang sama,Nadia dan Ayuni terus ketawa.Tidak sangka rupa-rupanya mereka berdua mempunyai perkhabaran yang sama.

‘Kau dah berapa minggu?’,tanya Ayuni dengan teruja.

“Kau dulu cakap…’,kata Nadia yang juga rasa gembira.

“Dua minggu..Kau?’

‘Sama!!!!!!!’

Mereka berdua terus bersorak gembira.Mereka sudah tidak kisah kalau ada pelanggan lain di kafe itu sedang memandang mereka yang seakan tidak betul itu.Sedang mereka bersorak,tiba-tiba mereka teringat sesuatu.Cepat-cepat mereka menoleh ke hadapan.

“Mana pulak Min pergi ni?’,tanya Ayuni dengan pelik.

“Excuse me..Do you see my friend who sit here before?’,tanya Nadia kepada pelayan lelaki tadi.

“She already left..Anything else,miss?’,kata pelayan lelaki yang kelihatan sedang sibuk melayan pelanggan lain itu.

Nadia dan Ayuni saling berpandangan.Masing-masing mula dihimpit rasa bersalah.

“Come in..’,kata Azlan yang sedang menulis rekod kesihatan pesakitnya itu takkla biliknya diketuk.

Dia pun meletak semula pennya lalu memandang di tempat duduk pesakit.Dia terkejut takkala melihat pesakit yang baru masuk di dalam biliknya itu.

“Apa ni?’,kata Azlan dengan nada tegas.

“Tolong periksa I please…I nak check ada baby ke tak dalam perut I ni..’,kata Yasmin sambil memegang perutnya itu.

“Nonsense’

‘Alaaaa check kan lah..Sekejap je..Pleaseeeee’

‘I busy’

‘Sayang…’,kata Yasmin lalu memegang tangan Azlan.

“Nurse!’

Yasmin mengeluh lemah.Dia pandang sahaja suaminya yang memakai jubah putih kedoktoran itu dengan rasa sedih.Dia betul-betul tidak sangka yang suaminya itu tergamak buat sampai begitu sekali…

“Sedapnya makan masakan Malaysia…’,kata Datin Mariana dengan teruja takkala melihat yang dihidangkan orang gajinya itu.

“Dekat Paris tu tak ada makanan Malaysia ke,datin?’,tanya Mak Ton kehairanan.

“Ada..Tapi tak sesedap Kak Ton masak…’,kata Datuk Iskandar pula.

“Ada-ada sahajalah datuk ni nak usik Kak Ton…’,kata Mak Ton tersipu-sipu malu.

Datuk Iskandar tersenyum.Dia pandang sahaja orang gajinya itu.Rasa cantik pula dia rasa pembantu rumahnya hari ini…

Datin Mariana sudah tidak senang duduk.Dia perhatikan sahaja gelagat suaminya dan pembantu rumahnya itu.Makin dibiarkan,makin menjadi-jadi.Menyesal pula dia rasa takkala mengenalkan produk kecantikannya itu kepada orang gajinya itu..

“Kak Ton..Pergi panggilkan diorang tu semua..Saya dah lapar ni…’,kata Datin Mariana dengan nada tinggi.

“Baik datin’

Mak Ton terus cepat-cepat bergegas naik ke atas.Dia mula takut takkala mendengar suara majikannya yang sudah naik suara itu.

“Kemain abang ya..Ingat..Kak Ton tu sebaya dengan kakak abang tau..Dah meninggal dah pun kakak abang tu’,kata Datin Mariana dengan geram.

“Hehehe cantik pula Kak Ton tu sekarang…Awak testimoni produk kita dekat dia ke?Patutlah makin cantik..’

Datin Mariana mula geram yang amat.Dia terus memanggil nama anak-anaknya dengan kuat.Sakit betul hatinya sekarang ini.Lagi sakit takkala tiada sesiapa pun turun ke meja makan itu.

“Dah puan’,kata Mak Ton sambil tersenyum sebelum masuk ke dapur semula.

Datin Mariana terus tersenyum takkala melihat Arfan dan Yasmin.Terus hilang kegeramannya takkala melihat insan-insan yang dia sayangi ini.

“Min..Fan mana?Kenapa dia tak turun makan sekali?’,kata Datin Mariana kepada Yasmin yang tetap bertudung walaupun berada di dalam rumah itu.

“Dia belum balik,ma’,jawab Yasmin perlahan.

“Pelik sungguh..Sebelum ini,dia jarang balik lambat kan?’,kata Datuk Iskandar pula.

“Dia ada kerja agaknya,pa’,kata Yasmin yang cuba menyedapkan hatinya.Dia malas mahu berprasangka buruk.

‘Entah-entah dia ada keluar dengan perempuan lain agaknya’

Yasmin yang baru sahaja mahu menikmati hidangan makan malam itu terus terbantut seleranya takkala mendengar apa yang dikatakan adik iparnya itu.Dia pandang sahaja adik iparnya.Arfan betul-betul macam abangnya.Tiada perasaan!

“Ish budak ni!Geram betul mama tengok Fan ni lah..Abang marah sikit budak ni..Makin menjadi-jadi tau dia ni sekarang’,kata Datin Mariana sambil mencubit lengan Arfan dengan sepenuh hati.

“Arfan…’,kata Datuk Iskandar lalu sambung makan.Dia malas mahu marah-marah.Daripada dia marah,lebih baik dia menikmati masakan orang gajinya yang sungguh menyelerakan itu….

Azlan membuka butang bajunya sehingga menampakkan 6-pax nya di hadapan cermin di dalam kamar mereka itu.Dia rasa gembira sekali kerana bentuk badannya masih ideal.Tidak sia-sia dia menjaga pemakanan dan senamannya..

“Awak dari mana?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience