BAB 34

Romance Completed 27652

“Jangan main jauh-jauh tau!’,kata Yasmin yang sedang mendukung anaknya itu sambil tersenyum.Rasa seronok dia rasa takkala melihat anak-anak muridnya yang ketandusan kasih sayang itu gembira.Lebih seronok dia rasa takkala melihat senyuman adik iparnya yang sudah jarang kelihatan itu…

“Jom joging’

Yasmin memandang ke arah suaminya yang memakai satu set pakaian sukan itu.Dia terus tergelak.

“Sayang,agak-agaklah..Bazil kan ada..Macam mana I nak jog?’,kata Yasmin lalu ketawa.

“Siapa kata tak boleh?’

‘Maksud you apa?I tak faham.Serius’

Azlan mengeluarkan sesuatu dari but keretanya itu.Terus ternganga Yasmin dibuatnya.Dia bagai tidak percaya yang suaminya itu membeli barang itu.

“Ermm tak pe.Biar I yang pegang Baz.You jog ok?’,kata Yasmin dengan nada takut-takut.

“No way.Baz dengan I.You kena jog sekali hari ini’,kata Azlan lalu memulakan larian setelah membuat regangan tadi.

Yasmin terdiam.Dia rasa menyesal sekali kerana makan banyak malam tadi.Kalau dia tahu hari ini akan jadi seperti ini,lebih baik dia makan sedikit semalam.Tidaklah dia rasa berat semasa berlari nanti.Dia pandang sahaja Azlan yang sudah berjoging bersama anaknya yang diletakkan di dalam tempat bayi itu.

Datin Mariana mengeluh lemah.Dia pandang sahaja teman-temannya di restoran milik salah seorang ahli kumpulan isteri golongan elit itu.

“Kenapa ni,datin?You monyok je..You tak happy ke makan dengan kitaorang ni’,kata Datin Ruby yang peka akan sahabatnya yang merupakan presiden kelab mereka itu.

“I happy…Kalau I tahu semua bawa cucu,I pun nak bawa cucu I…’,kata Datin Mariana dengan lemah.Dia rasa tidak bermaya sekarang ini.Nama Bazil meniti di bibirnya.

Semua ahli kumpulan yang diberi nama KUNTUM itu ketawa.Mereka tidak sangka yang presiden mereka itu juga seperti mereka yang tidak dapat berpisah dengan cucu.

“Sabarlah datin..Lagipun kitaorang bawak ni pun bersebab..Sebab anak-anak kitaorang kerja hari ni..Sebab tu kami semua kena bawa cucu.Betul tak semua?’,kata Datin Faridah pula yang sedang menyuapkan cucunya yang berbadan bulat itu makan.

“Betul!!’,kata mereka semua.

“Yasmin dengan Azlan cuti hari ni..Sebab tu I dengan datuk boring…Tak sangka pulak semua bawak cucu ni..Jeolousnyaaa I…’,kata Datin Mariana lalu mengeluh lemah.

‘Apa kata,datin cerita dekat kami semua tentang cucu datin yang comel macam anak mat salleh tu..Lagipun,kami nak tahu jugak cucu datin tu dah pandai apa..’,kata Datin Rohana pula dengan senyuman.

“Betul tu datin’,kata yang lain pula.

Datin Mariana terus bersemangat untuk bercerita.Terus berselera dia mahu menikmati makanan yang disediakan di hotel itu.Dia sudah tidak sabar mahu bercerita tentang cucu tunggalnya yang cerdik dan bijak itu.

‘Takkan dah rindu kot’,kata Azlan yang sedang membuat naik tubi di sebelah Yasmin yang sedang bermanja dengan anak mereka di kawasan lapang itu.

‘Gila tak rindu anak I yang comel ni?!Baru berpisah sekejap,I terus rasa nak nangis tau..Asyik ingat je bau dia yang wangi ni’,kata Yasmin sambil menggomol pipi anaknya yang putih dan comel itu.

Azlan hanya menggeleng.Dia terus sambung bersenam di sebelah isteri dan anaknya itu.Rasa bersemangat sekali Azlan rasa bersenam hari ini.Mana tidaknya,dua kekuatannya menemaninya hari ini.

Yasmin memandang sekelilingnya.Rasa nyaman sekali dia rasa berada di taman bunga itu pagi hujung minggu ini.Ramai pengunjung datang mengunjungi taman yang cantik itu bersenam.Ternyata ramai rakyat Malaysia menyahut cabaran untuk gaya hidup sihat.Termasuklah suaminya yang berusaha keras untuk mengekalkan 6-pax itu…

“Sayang…’

‘Apa?’,kata Azlan yang sudah berpeluh-peluh itu.

“Oh sayang…Engkaulah lelaki idaman…’,nyanyi Yasmin yang duduk bersila di atas rumput di kawasan lapang itu dengan hati yang riang.Dia rasa gembira sekali dapat mengusik suaminya yang sedang kepenatan itu.

Azlan menggeleng.Dia tahu,gadis itu pasti sedang mengenakannya.

“Pegangkan kaki’

‘Baz macam mana?Perlu ke nak pegang kaki you tu?’

‘Letak Baz kat perut I.Cepatlah’

Yasmin mengangguk lalu membuat apa yang disuruh suaminya itu.Dia pun duduk di hadapan lelaki itu lalu memegang kaki lelaki itu yang panjang seperti atlet sukan itu.

Azlan pun melakukan naik turun tubi itu.Dia yang tadinya rasa tidak bermaya terus bersemangat kembali takkala melakukan senaman itu.

“Comelnya Baz.Ni yang ayah makin sayang ni’,kata Azlan sambil melakukan senaman yang akan menguatkan quadriceps dan bicepnya itu.

“Baz je ke?Ibu Baz tak comel ke?Merajuk ah macam ni’,kata Yasmin lalu membuat muncungnya yang boleh dijadikan ampaian pakaian itu.

“Ibu Baz nak buat apa’,kata Azlan lalu tergelak.Dia sambung membuat senyuman itu sambil mengagah-agah anaknya yang sedang meniarap di perutnya itu.

Yasmin hanya diam sahaja.Dia memegang kaki lelaki itu lalu memandang ke tempat lain.Seorang demi seorang pengunjung di taman bunga itu diperhatikannya.Tiba-tiba dia rasa bagai ada angin meniup mukanya.Cepat-cepat dia menoleh ke arah lelaki itu.

Mata mereka bertentang.Jantung Yasmin berdegup kencang takkala memandang muka lelaki itu.Muka mereka rapat sekali sekarang ini.Terdengar helaan nafas satu sama lain.Masing-masing tersenyum.

“Love you’,bisik Azlan perlahan sambil membuat senyumannnya yang membuatkan ramai gadis tidak keruan takkala melihatnya itu.

‘Love you too,sayang!’,kata Yasmin dengan malu-malu.Sepanjang dia bersama dengan lelaki itu,inilah pertama kali dia mendengar kata keramat itu.

Yasmin menutup matanya serapat-rapatnya takkala mendapati muka lelaki yang tiada satu jerawat sekalipun itu mendekati mukanya.Dia sudah bersedia dengan bibirnya.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi anaknya menangis.

“Panas ya Baz.Okay let’s go’

Yasmin membuka matanya.Dia pandang sahaja Azlan yang sedang mendukung anaknya ke tempat lain itu memandangkan anak mereka itu sudah menangis.Yasmin mengetap bibirnya yang tebal itu dengan geram.

“Baz ni…Bagi la chance ibu nak romantik dengan ayah…’,bisik hati kecil Yasmin.

“Tengok gambar siapa tu,datuk?Tak nak kenalkan perempuan baru datuk dengan kami ke?’,kata Datuk Harun kepada rakan kongsinya yang merupakan ushawan berjaya itu.

“Betul tu…Saya pun nak tahu juga siapa simpanan datuk tu…’,kata Datuk Rashid pula lalu sambung mengelap kayu golf kesukaannya itu.

‘Mana ada perempuan..Saya tengah tengok gambar cucu saya,Baz..Rindu pula saya rasa’,kata Datuk Iskandar sambil melihat gambar-gambar cucunya itu di dalam telefon bimbitnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience