BAB 22

Romance Completed 27652

“Seriously?!Pisang goreng?You mimpi ke apa ni?Bukan you tak suka pisang goreng ke?Kan pisang goreng tu yang cakap minyak la apalah ’,kata Yasmin lalu sambung ketawa.

Azlan melipat lengan baju kemejanya.Dia rasa panas pula tiba-tiba di padang sekolah tempat Yasmin mengajar itu.Mukanya seakan tidak puas hati dengan gadis yang memakai pakaian sukan itu.

“Baguslah mengandung ni ketawakan suami…Kalau susah beranak nanti,baru tahu’

Yasmin yang sedang ketawa terbahak-bahak itu terus terdiam.Dia terus memegang perutnya lalu memandang suaminya yang memakai baju kemeja itu dengan muka takut.

“Sayang…Janganlah cakap macam tu…Tak baiklah doakan I bukan-bukan..I takutlah…’

‘Kalau tak nak jadi apa-apa,jom kita pergi sekarang’

‘Sekarang?Sekejap lagi boleh…Budak-budak tengah koko sekarang ini…Tak sampai hati pulak I nak biarkan dorang’

‘Okay then’,kata Azlan lalu bingkas keluar dari padang sekolah yang luas itu lalu menuju ke keretanya yang diparkir berdekatan padang itu.

Yasmin mengeluh lemah.Dia betul-betul dalam dilemma sekarang ini…

“Ini ya pisang tanduk goreng’,kata pekerja Indonesia itu lalu meletakkan makanan itu di atas meja.

“Terima kasih’,kata Yasmin sambil tersenyum kepada pekerja kedai pisang goreng Mawar itu.

Yasmin memandang semula ke arah suaminya yang duduk bertentangan dengannya itu.Dia pelik yang amat melihat gelagat lelaki itu.Azlan kelihatan berselera sekali makan makanan kegemarannya itu.

“Sayang…Are you okay?’

‘Ok.Kenapa?’

‘Tak de lah..You macam pelik sangat hari ini..Tak pernah pun you makan pisang goreng selama ni..You kan pernah cakap kat I yang makanan ni sesuai untuk orang gemuk macam I…Bukan lelaki fit macam you’,kata Yasmin lalu minum air yang dipesannya itu.

‘Entah.Tiba-tiba rasa nak makan ni’

Yasmin hanya diam sahaja.Hatinya mula berkata-kata.Fikirannya mula meracau memikirkan perkara-perkara yang tidak seharusnya dia fikir.Sampai jauh otaknya melayang.

“Adakah ni tanda-tanda dia dah nak meninggal?Ya Allah…’,bisik hati kecil Yasmin.

Datuk Iskandar memandang Datin Mariana.Datin Mariana pula memandang Yasmin.Yasmin pula memandang Arfan.Mereka berempat saling berpandangan di meja makan itu.

“Kamu ok tak ni,Lan?Teruk betul kamu muntah ni’,kata Mak Ton kepada anak majikannya itu.

Azlan hanya mengangguk lemah.Rasa mahu terkeluar semua benda yang dia makan hari ini.Pelik Azlan dibuatnya.Dia tidak pernah muntah-muntah seteruk ini.

Dia terus berjalan meninggalkan semua yang sedang memandangnya di ruang makan itu.Dia mahu berehat sekarang ini dan tidak mahu bersama dengan mereka yang sedang menikmati hidangan makan malam itu.

“Min..’

Yasmin yang sedang termenung itu tersedar dari lamunan takkala ditegur ibu mertuanya.Dia terus memandang ke arah wanita awet muda itu semula.

“Ya ma…’

‘Kenapa dengan Lan tu?Teruknya dia muntah…Dia tak sihat ke?’,tanya Datin Mariana dengan pelik.

“Dia ada salah makan ke tadi?’,tanya Datuk Iskandar pula.

“Yasmin pun tak tahu…Kalau nak kata salah makan ke apa,Yasmin pun makan pisang goreng tu..Tapi,tak ada apa-apa pula…Tak pe la..Yasmin pergi tengok dia sekejap,ya ma pa’

‘Ermm iyalah..Suruh dia makan ubat ya’,kata Datin Mariana yang memang peka dengan kesihatan anak-anaknya.

‘Ok ma..InsyaAllah’,kata Yasmin lalu berlalu pergi meninggalkan keluarga mertuanya itu.

‘Kenapa pula dengan Lan tu ya…Risau pula saya’,kata Datin Mariana sambil menguis-nguis nasi di pinggannya.

‘Tu pembawakan budak lah tu’

Datuk Iskandar dan Datin Mariana memandang pembantu rumah mereka dengan ekspresi terkejut.

“Bukan ke Yasmin yang patut muntah?Kenapa Azlan pulak?’,tanya Datuk Iskandar.

‘Tak semestinya datuk…Kalau isteri tak muntah,mesti suami yang muntah…Itu normal..Arwah suami saya pun macam tu dulu masa saya mengandung anak sulung kami’,kata Mak Ton lalu berlalu pergi masuk ke dapur semula.

Takkala Mak Ton pergi sahaja,Datuk Iskandar cepat-cepat tanya Datin Mariana.

‘Suami Kak Ton meninggal bila?’

“Masa Kak Ton bersalin anak sulung dia…Kenapa abang tanya?’

Tiba-tiba keadaan di meja makan itu terus menjadi diam.Datuk Iskandar dan Datin Mariana saling berpandangan.Mereka seakan berfikiran perkara yang sama sekarang ini.Terus hilang selera mereka untuk makan.

Arfan yang sedang berselera menikmati makan malam itu rasa gembira sekali sekarang ini.Mana tidaknya,dia boleh menghabiskan semua makanan di atas meja itu.Yeayyy!

Baru sahaja Azlan mahu menghidupkan enjin keretanya,tiba-tiba tempat duduk sebelah pemandu itu dimasuki seseorang.Terkejut Azlan dibuatnya.

‘Cepatnya sayang saya ni jalan…Jom kita pergi sama-sama’,kata Yasmin dengan teruja lalu memakai tali pinggang keledar kereta itu.

“Pergi mana?’

‘Hospital lah kan…Sayang ni macam tak tahu pulak…I mesti lah nak check baby kita ni…You kan doktor dia…’kata Yasmin sambil memegang perutnya yang sudah mula kelihatan.

‘Siapa cakap?’

Yasmin terdiam.Dia memandang ke arah suaminya yang berwajah serius tetapi masih nampak kacak di matanya itu.Yasmin seakan tidak percaya lelaki itu sanggup kata begitu.

‘You…’

‘Pergi hospital lain.I dah lambat ni’

Yasmin pandang sahaja Azlan.Dia betul-betul tidak sangka apa yang sedang berlaku sekarang.

“You tunggu apa?Cepatlah keluar’

Yasmin hanya mengangguk lemah takkala mendengar suara Azlan yang bernada tinggi itu.Dia mencapai tas tangannya lalu keluar dari kereta itu.Dia pandang sahaja Azlan dari luar kereta itu.Hati kecilnya mula terguris dengan lelaki itu.Makin terguris dia rasa takkala melihat kereta Azlan itu berlalu pergi meninggalkan dia keseorangan di hadapan rumah keluarga mertuanya itu.

“Mana Yasmin ni…Lambatnya..Aku dah lapar ni…’,kata Nadia sambil melihat sekeliling hospital kerajaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience