BAB 25

Romance Completed 27652

‘Kau suka makan dessert tak?’

‘Suka sangat!Lebih-lebih lagi masa mengandung ni..Kenapa tanya?’

‘Jom join venture dengan aku.Aku baru bukak kafe’

‘Kau tipu kan?Kau mana pandai bakar kek tu semua’,kata Yasmin lalu ketawa.

“Kau lupa ke nyah yang kek muffin kau hadiahkan kat Azlan masa sekolah tu siapa yang buat?’

Yasmin terus terdiam.Dia pandang sahaja lelaki yang memakai baju bercorak bunga itu tanpa kelip.

“Come in’

Amirah melangkah masuk ke dalam bilik rawatan itu.Takkala memandang lelaki yang sedang menulis itu,terus dia tersenyum.

“Khusyuknya doktor seorang ni..’,kata Amirah yang memakai kasut tinggi berwarna merah itu.

Azlan memandang ke arah gadis itu lalu tersenyum sebelum menyiapkan kerjanya semula.

“Lan..I bukan nak kacau you tau.But since I baru transfer ke Malaysia ni,you boleh tolong ajar-ajar I tak?I really need your help’

“Sure’

‘Okay then..By the way,dah lama I tak jumpa uncle dengan aunty.Diorang ok?’

‘Ok.Kalau you free,you datang je lah rumah’

‘Sure..I mesti datang!Lagipun dulu pun I selalu datang rumah you kan?’,kata Amirah dengan nada menggoda.

Azlan memandang gadis yang memakai baju yang menampakkan dada itu lalu sambung membuat kerja.Dia hanya tersenyum.

Ayuni,Yasmin dan Nadia ternganga takkala melihat kafe yang cantik itu.Mereka bagai tidak percaya ada kafe secantik ini diusahakan di Malaysia.

“Welcome to my Delicious Cafe,ladies!’,kata Hakim yang berdiri di luar pintu kafe itu.

Yasmin,Nadia dan Ayuni yang baru pulang dari kerja itu pun melangkah masuk ke dalam kafe itu.Mereka bagai tidak percaya yang rakan sekolah mereka itu yang mengusahakan perniagaan ini.

“Bila bukak ni,Kim?’,kata Ayuni yang seakan mahu gila takkala melihat variasi jenis pencuci mulut yang dijual di situ.

“Hujung minggu ni aku buat grand opening.Korang jangan lupa datang tau!’,kata Hakim dengan teruja.

“Insya Allah aku pun mesti datang!Aku bawak suami aku dengan keluarga mertua aku sekali ya!’,kata Yasmin yang sedang merasai satu per satu makanan yang dijual di situ.

“Bagus!Thanks girls support I.Hehehe’,kata Hakim yang bagai tidak percaya yang persahabatan dia dengan tiga sahabat itu masih berkekalan sehingga sekarang.

“Mestilah support.Kita kan kawan’,kata Nadia sambil tersenyum.

“Hehehe sebab ni lah aku sayang korang.Peluk sikit’,kata Hakim lalu melapangkan tangannya.

Ayuni dan Nadia memeluk lelaki itu.Mereka bagai tidak percaya yang lelaki itu masih sama seperti dahulu.

Hakim pelik.Dia memandang Yasmin yang duduk di kerusi sambil menikmati buatan tangannya itu.

“Kalau nak melantak pun,nantilah nyah.Peluk la dulu dengan iolss ni.Nyampah tau dia ni!’,kata Hakim dengan geram.

Yasmin hanya senyum sahaja.

“Kau jangan paksa Yasmin la,Kim.Dia dah lain sikit sekarang ni’,bisik Ayuni di telinga Hakim.

“Betul tu.Laki dia tu macam ustaz sikit.Dia tak suka sangat Yasmin macam dulu’,bisik Nadia pula.

“Ohh ya ke.Hehehe’,kata Hakim lalu ketawa perlahan-lahan.

“Ala asyik Abang Lan je menang!It’s not fair!’,kata Arfan dengan geram.

Azlan hanya senyum sahaja.Sebab itulah dia tidak suka main permainan video ini.Pasti kemenangan itu sentiasa miliknya.

“Abang Lan…Ajarlah Fan main..Kenapa asyik abang menang je?’,kata Arfan sambil merayu-rayu.

“Adalah..Fan pergilah tidur.Dah malam ni’,kata Azlan yang memakai baju jersi bola dan kain pelekat itu.Kain pelekat sentiasa menjadi kegemarannya walaupun dia melanjutkan pelajaran di luar negara dulu.Bagi Azlan,dia sangat selesa memakai kain itu.

“Ok Abang Lan’,kata Arfan dengan monyok lalu menyalam tangan lelaki itu.Dia rasa menyesal sekali mengajak lelaki itu bermain.Puas dia main bersungguh-sungguh tadi.Kemenangan tetap tidak menjadi miliknya.Dia terus berlalu keluar dari bilik itu.

Takkala keluar dari bilik itu,makin geram hatinya takkala melihat gadis yang memakai baju tidur ada gambar Barbie itu.Dia menjeling ke arah gadis itu lalu pergi.

Yasmin menggaru kepalanya yang dipakai tudung sarung itu.Makin pelik dia rasa dengan Arfan itu.

Dia pun masuk ke dalam bilik istirehat itu.Bilik ini ialah bilik khas untuk penghuni rumah itu berehat.Semua kelengkapan ada di dalam bilik itu termasuklah mesin urut.Sebab itulah tetamu tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik itu.

“Kenapa Fan marah you?’,tanya Yasmin lalu meletakkan secawan milo panas di atas meja.

“Macam biasa’,kata Azlan lalu sambung bermain permainan video itu.Walaupun sudah dewasa,permainan video masih bertakhta di hatinya.

“Oh kesiannya dia kalah dengan you..You bagi je lah dia menang,sayang.Tak baik tau’

‘Game tak kira tu adik ke apa’

‘Apa-apalah sayang..Malas I nak gaduh dengan you..Sayang free tak hujung minggu ni?’

‘Kenapa?’

‘Hakim ada bukak kafe…Jap you ingat Hakim kan?Ala budak sekolah kita yang…’,belum sempat Yasmin menghabiskan ayatnya,Azlan terus memotongnya.

‘Hakim si pondan’

‘Hahaha ya sayang..Ingat lagi you dengan dia…Dia ajak kitaorang semua pergi hujung minggu ni..Tadi I dah tanya mama dengan papa..Diorang ok je’,kata Yasmin lalu duduk di sebelah lelaki itu di atas sofa yang diimport khas dari luar negara itu.

“Tengok la nanti.Tak nampak ke I busy ni’,kata Azlan yang masih fokus bermain itu dengan nada serius.

Yasmin mencebik.Dia menyandarkan badannya ke belakang.Dia pandang sahaja lelaki itu.Lelaki itu lansung tidak menghiraukannya yang sedang sarat ini.

Tiba-tiba dia mendapat satu idea.

“You..Tolong I..Perut I sakit sangat ni..I rasa macam nak beranak ni.,Fuhhh’,kata Yasmin sambil memegang perutnya.Dia mengerang kesakitan.

‘Lame la alasan ni’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience