BAB 26

Romance Completed 27652

‘Serius ni sayang..I rasa macam dah nak keluar dah anak kita ni…You tak nak bawak I pergi hospital sekarang ke?’

‘Tunggu I habis main dulu’

Yasmin terdiam.Dia pandang sahaja lelaki itu dengan jelingan tajam.KENAPA AKU DAPAT LELAKI KAKI GAME?!

Datin Mariana dan Datuk Zulkifli menikmati pencuci mulut yang disediakan di kafe yang mempunyai hiasan seperti di luar negara itu.Ramai sekali pengunjung yang datang ke kafe itu walaupun baru hari ini hari pertama pembukaannya.

“Sedapnya Kim…Nanti kalau saya nak order untuk staff-staff saya boleh?’,tanya Datin Mariana dengan teruja.

‘Boleh je datin..Kim bagi discount khas untuk datin’,kata Hakim sambil tersenyum.

“Kim..Anak aku pun suka kek kau ni..Habislah lepas ni aku datang sini je lah nampaknya’,usik Ayuni.

Semua di situ ketawa kecuali seseorang.

“Min,Azlan mana?Dia tak datang ke?’,kata Fatin yang turut ada di pembukaan kafe itu walaupun tidak dijemput.Dia juga mahu menyibuk duduk di meja panjang itu bersama mereka semua.

Yasmin hanya diam sahaja.Dia terus sambung makan kek-kek yang dibuat sendiri oleh Hakim itu.Dia rasa geram sekali dengan suaminya itu.Mana tidaknya,lelaki itu sudah setuju untuk datang.Tetapi,sampai sekarang tidak nampak batang hidung.

Tiba-tiba pintu kafe yang digantung loceng itu berbunyi.

“Welcome!’,kata pekerja-pekerja Hakim bersama Hakim.Itu lah cara untuk meraikan tetamu yang hadir pada hari itu.

Arfan yang sedang berselera menikmati ais-krim coklat itu terus terdiam takkala ternampak lelaki yang berada di pintu kafe itu.Matanya lansung tidak berkelip.

“Lan..Bukak mulut’

“It’s okay’

‘Alah Lan…Cepatlah..I nak suap kek ni’

Azlan pun membuka mulutnya.

‘Yeayy hehehe’,kata Amirah yang mempunyai darah kacukan Eropah itu dengan seronok.

Yasmin pandang sahaja lelaki yang duduk bertentangan dengannya itu.Hatinya rasa terbakar sekarang ini.Sebab itulah dia minum air banyak hari ini.

Bukan sahaja Yasmin yang geram,mereka yang duduk bersama di meja makan itu turut terkejut dengan apa yang sedang berlaku ini.Datin Mariana terutamanya.Dia tidak sangka anak sulungnya itu akan membawa gadis itu ke sini.Keaadan yang tadinya ceria mula menjadi suram setelah kehadiran Amirah ke sini.

“Attention please!Ladies and gentleman!I present to you Girl-Girl Band!’

Mereka bersorak gembira takkala akan dihiburkan oleh persembahan.Daripada melihat adegan mesra Amirah dan Azlan,lebih baik mereka melihat persembahan yang turut disertai Hakim itu.

“Lan nak air?’,kata Amirah dengan manja.

“No thanks’,kata Azlan.

Hakim yang duduk di sebelah Yasmin itu memandang Yasmin.Dia rasa kasihan sekali dengan gadis itu.Dia pun membuat sesuatu.

“Min,jom kita wefie’

Yasmin yang sedang memandang Azlan sejak tadi itu terkejut.Dia pun memandang Hakim yang duduk di sebelahnya itu.Dia mula lupakan tentang Azlan dan Amirah itu lalu sibuk berposing bersama lelaki itu menggunakan telefon bimbit lelaki itu.Dia yang ratu selfie ini pasti tidak akan ketinggalan daripada ber selfie walaupun sedang sarat sekarang ini.Macam-macam gaya mereka lakukan.Kesedihan yang Yasmin rasakan tadi mula beransur hilang.

Datin Mariana dan Datuk Iskandar mendengar dengan khusyuk apa yang disampaikan penceramah kesayangan mereka itu,Ustaz Kazim Ilyas.Tajuk yang ustaz itu kupas juga menarik untuk ditonton memandangkan tiada rancangan menarik pada malam itu.

“Takut jugak eh bang kalau jadi isteri nusyuz ni nasib bang..Teruk betul balasannya’,kata Datin Mariana kepada suaminya yang duduk bersebelahannya di sofa itu.

‘Shh diamlah..Abang kan tengah dengar ustaz cakap ni’,kata Datuk Iskandar.

Datin Mariana mencebik.Dia memandang menantunya yang sedang menanda kertas peperiksaan di meja di ruang tamu rumahnya itu.

“Rajinnya menantu mama ni…Kenapa Min tak tidur lagi?Kan dah malam…Tak baik tau..Awak kan tengah mengandung…Mestilah banyak berehat’,kata Datin Mariana.

“Min tunggu Azlan,ma..Nanti bila Azlan dah balik,baru Min tidur ok?Mama jangan risaulah’,kata Yasmin dengan senyuman.

‘Ya la Min…Jangan tidur lewat sangat tau,sayang’

‘Baik mama’,kata Yasmin dengan manja.Hanya Datin Mariana tempat dia menumpang kasih seoarang ibu.Maklumlah,dia dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu.Mujur,ada Datin Mariana.

‘Assalamualaikum’

Yasmin tersenyum.Dia terus meletakkan pen merahnya di atas meja lalu membuka pintu untuk suaminya yang baru pulang itu.

“Waalaikumsalam’,kata Yasmin dengan nada ceria.

Azlan hanya diam sahaja.Dia terus masuk ke rumah itu tanpa menghiraukan gadis itu lalu naik ke tangga untuk naik ke bilik mereka.

“Takkan dah nak tidur,Lan?Jom lah teman mama dengan papa tengok Ustaz Kazim ni’,kata Datin Mariana sambil tersenyum.

‘Tajuk apa?’

‘Isteri nusyuz..Seronok pulak mama tengok ustaz ni..Jomlah join mama dengan papa..Dah lama tak tengok tv sama-sama..Jom Min tengok sekali..’,kata Datin Mariana dengan teruja.

Azlan memandang Yasmin yang sedang mengekorinya daripada belakang itu.

“Min suka tajuk tu.Kan Min?’,kata Azlan memandang Yasmin sebelum berjalan pergi.

‘Suka?’,tanya Datin Mariana dengan pelik.Dia tidak faham dengan ayat anak sulungnya itu.

Yasmin terdiam.Kata-kata Azlan itu sudah cukup untuk mengguriskan hati kecilnya yang selama ini bertahan dengan lelaki itu.

“Hai Lan..Jom pergi dinner’,kata Amirah lalu meletokkan kepalanya di atas bahu lelaki yang sedang menyiapkan tugasan kerja itu.

“Dinner?What time now?’

‘9 o clock,Doktor Azlan…Hahahaha kau ni kan masih tak ubah-ubah dari dulu..Fokus sangat kalau study’,kata Amirah lalu ketawa.

‘Haha.Hari ini berapa hari bulan?Aku nak tulis date dekat report aku ni’

‘9 hari bulan..Jomlah..Aku dah lapar ni..’

‘Okay let’s go’,kata Azlan lalu meletakkan pennya sebelum pergi bersama doktor yang berambut panjang dan seksi itu.

“Yeayyy tiuplah lilin,Min’,kata Datin Mariana dengan teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience