BAB 18

Romance Completed 27652

Sarah berjalan ke arah emaknya yang sedang bermain-main dengan anaknya itu di ruang tamu rumahnya.Dia mula pelik melihat emaknya itu.

“Mak tak pergi rumah mak long ke?Selalunya mak yang beriya nak pergi kalau mak long tu buat kenduri’

‘Nak buat apa?’

‘Mak long buat kenduri…Abang Azlan nak pergi umrah kan dengan Kak Min?Dia tak jemput mak ke?’

‘Malas lah aku..Lagipun aku tahu Azlan tu pergi dengan bini dia pun mesti sebab nak anak…Faham sangat…Tu lah siapa suruh kahwin dengan budak yang tak ada mak bapak tu..Kan dah tak ada anak’,kata Hajah Marziah dengan geram.

“Mak..Tak habis-habis lagi ke dendam mak dengan Abang Azlan?Dah-dahlah mak..Sarah dah kahwin dan ada anak dah pun ..’,kata Sarah lalu mencium anaknya itu.

“Dendam mak tak akan hilang tau!Kau tak ingat ke dulu..Kamu putus tunang dengan Azlan tu pun sebab perempuan tu kan?Cepatnya kau lupa,Sarah!’

Sarah hanya diam sahaja.Kata-kata emaknya itu benar belaka.Kenangan lalu mula terimbau kembali oleh ingatannya.

Pagi itu indah seperti biasa.Tetapi bagi Sarah,hari itulah hari yang bermakna untuknya.Sudah lama dia nanti-nantikan untuk hidup bersama dengan lelaki yang dicintai sejak kecil.

“Mak…Mana keluarga mak long ni….Sarah dah tak sabar nak kahwin ni…’,kata Sarah dengan teruja.

“Ish kamu ni..Mak tahulah kamu suka dia sejak kecil..Sabar ya,nak..Nanti Abang Lan kamu tu sampai lah ya’,kata Hajah Marziah lalu meninggalkan anaknya di dalam bilik pengantin yang sudah didekorasi indah.

Orang ramai mula memenuhi rumah dua tingkat Hajah Marziah.Mereka tidak sabar-sabar mahu melihat pernikahan anak tunggal Hajah Marziah yang dibuat secara besar-besaran itu.Seronok sekali Hajah Marziah rasa ketika itu.

Tiba-tiba dia ternampak kakak sulungnya.Dia terus mendapatkan wanita yang sudah keluar dari kempompong kemiskinan itu sekarang.

‘Long..Mana Lan?Majlis nikah dah nak mula ni..’,kata Hajah Marziah dengan teruja.

Dia mula pelik takkala kakaknya itu memegang tangannya lalu memeluknya.Dia betul-betul tidak faham apa yang sedang berlaku sekarang ini.

“Azlan dah ada pilihan hati..Dia tak nak kahwin dengan anak Ngah’,kata Datin Mariana yang berusaha untuk menebalkan muka dengan keluarga adik kandungnya itu.

Terus terduduk Hajah Marziah di ruang tamu rumahnya itu.Dia bagai tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.Muka anak tunggalnya mula bermain-main dalam kotak fikirannya.

“Apa Sarah tak jadi kahwin?!’,jerit Sarah terkejut.

‘Kau ni dah kenapa,Sarah?Mabuk ke apa?Apa yang tak jadi kahwin?’

Terus tersedar Sarah dari lamunan takkala mendengar suara emaknya.Dia terus menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Kenangan lalu itu cepat-cepat dia simpan semula dalam kotak rahsia hatinya.

Mastura memasuki bilik darjah itu.Dia mula pelik.Kebiasaannya,kelas itu pasti akan riuh.Tetapi,ketika dia masuk itu,dia rasa bagai berada di kawasan kubur.

“Bangun semua…’,kata Irfan dengan tidak bermaya.

“Assalamualaikum cikgu..’

‘Waalaikumsalam…Semua boleh duduk’,kata Mastura sambil memerhatikan seorang demi seorang pelajar dalam kelas itu.

Semua kelihatan bagai tidak bermaya.Rasa lemah dan tidak bersemangat lansung.

“Kamu semua rindu,Cikgu Min ya?’

Semua mengangguk lemah kecuali seseorang.

“Arfan..Abang dengan kakak kamu kan dekat tanah suci sekarang ni..Takkan tak rindu?’,tanya Mastura kepada pelaajar lelaki yang duduk di sebelah tingkap itu.

Arfan hanya diam sahaja.Dia memalingkan mukanya ke luar tingkap bilik darjah itu.

“SubhanaAllah…Indah sungguh pemandangan depan Kaabah ni kan?’,kata Hajah Rafeah memuji-muji kebesaran Allah.Dia bagai tidak percaya dalam usia seperti ini baru dia dijemput datang ke sini.

“Betul tu hajah…Saya rasa bersyukur sangat urusan sepanjang kita buat umrah ni berjalan lancar…Saya rasa,Allah utuskan Min untuk bantu kita semua..Ya lah..Kita semua kan dah tua..Ada orang muda macam Min ni..Dapatlah tolong-tolong kita sikit’,puji Hajah Esah kepada gadis yang duduk di sebelahnya itu.

Yasmin hanya senyum sahaja.Dia pandang sahaja Kaabah yang betul-betul berada di hadapannya.Rasa tenang sekali dia rasa sewaktu berada di rumah Allah ini.Ketenangan itu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata dan Yasmin rasa tiada tempat yang setenang tanah suci ini.

Tiba-tiba pandangan Yasmin menjadi gelap.Dia terus rebah di atas peha Hajah Maimunah yang sedang berzikir kepada Allah itu.

“Yasmin!Kenapa kamu,cu?’,tanya Hajah Rafeah yang mula panik takkala gadis sebaya cucunya itu tiba-tiba rebah.

Keadaan di situ mula kelam-kabut.Mereka bertiga seakan panik.Jemaah wanita yang berada di sekitar mereka dari semua pelosok dunia turut datang untuk membantu mereka.

Air mata mula berjurai-jurai di pipi Hajah Rafeah,Hajah Esah dan Hajah Maimunah.Mana tidaknya,mereka bagai tidak percaya yang teman sebilik mereka itu akan menerima ajal semuda ini.Kenangan mereka sepanjang berada di tanah suci bersama gadis yang banyak membantu mereka itu sukar dilupakan.

“Mak cik?’

Mereka bertiga terus terdiam.Mereka terus menoleh ke belakang lalu memandang lelaki yang sedang dalam pakaian ihram itu.

“Lan…Yasmin….’,kata Hajah Rafeah lalu sambung menangis.Dia tidak boleh mengawal perasaannya.Tiba-tiba dia teringat kata-kata Yasmin yang selalu berharap agar meninggal di sini.

Tanpa membuang masa,Azlan terus mengangkat Yasmin yang masih dalam telekung itu.Dia yang baru selesai mengerjakan umrah berseorangan terus mendapatkan Yasmin yang berada di tempat solat wanita.Jantungnya mula berdegup kencang.

Yasmin membuka matanya perlahan-lahan.Terasa berat sekali kepalanya ketika itu.Dia memandang sekeliling bilik itu.Dia mula panik.

Yasmin menjerit sekuat hati takkala mendapati dia bukan berada dalam bilik hotel yang mana dia tidur bersama mak cik-mak cik tua seperti hari-hari sebelumnya.

Takkala melihat Azlan yang baru keluar dari tandas itu,baru lega hatinya.Dia pandang sahaja lelaki yang sudah bersiap dengan kain ihram itu.

“Awak nak pergi mana?’,tanya Yasmin lalu duduk.Dia rasa letih sekali kerana sudah lama berbaring.

“Buat umrah’

‘Nak ikut ’,tanya Yasmin dengan lemah.

“Rehat lah dulu’,kata Azlan sambil membetulkan pakaian ihramnya di dalam bilik hotel itu.

“Tapi…Umrah untuk arwah ibu bapa saya belum buat…’,kata Yasmin dengan nada sebak.

Azlan terdiam.Dia pandang Yasmin melalui cermin meja solek di dalam biliknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience