BAB 17

Romance Completed 27652

‘Eh anak saya pula…Anak awak sekalikan?’

‘Memanglah..Tapi..Kalau dia sibuk dengan kerja je,dia jadi anak abang..Kalau dia jaga menantu saya tu dengan baik,barulah dia jadi anak saya…’

‘Ish ish ish awak ni…Daripada saya layan awak,lebih baik saya tidur’

‘Tidurlah…Saya nak sambung membaca ni..’,kata Datin Mariana lalu mengambil buku itu semula lalu membuka helaian yang tadinya terhenti.

Arfan meletakkan penselnya di meja belajarnya itu.Dari tadi konsenterasinya terganggu dengan suara-suara itu sampai tidak boleh dia menyiapkan kerja rumahnya itu.Dia pun mengambil keputusan untuk keluar seketika.

Dia pun mencari punca datangnya bunyi-bunyi bising itu.Takkala tiba di bilik itu,dia terdiam.Matanya memandang sekeliling bilik itu tanpa kelip.

“Bising sangat ya,Fan..Sorry ya sayang…’,kata Datin Mariana kepada anak bongsunya itu.

“Apa semua ni,ma?’

‘Ini bilik anak sedara Arfan nanti..You gonna be an uncle!’,kata Datuk Iskandar pula dengan teruja.

Arfan terdiam.Hatinya membuak-buak kemarahan.Dia memandang Yasmin yang turut ada dalam bilik yang sudah tersedia didekorasi untuk bayi dalam kandungannya itu.

Tanpa membuang masa,Arfan terus berlari keluar dari bilik itu.

“Kenapa tu,Mar?’,tanya Datuk Iskandar yang pelik dengan perangai anak bongsunya itu.

“Tak payah layan bang..Macam-macam sangatlah perangai dia tu sekarang..Lebih baik,kita fokus dengan cucu kita ni..’,kata Datin Mariana sambil mengusap-usap perut Yasmin.

Azlan mencapai telefon bimbitnya.Mukanya seakan marah.Dari tadi telefonnya itu tidak berhenti berbunyi.Sakit betul hatinya sekarang ini.Dia terus mematikannya.

“Kenapa tak angkat,Lan?Tu kan bini kau…’,kata Hazzim.

“Entah Lan…Dia rindu kau agaknya…’,usik Naqib pula.

“Malaslah’,kata Azlan sambil menyalin nota yang diberikan penceramah itu.

“Peliklah kau ni Lan…Aku masa awal-awal kahwin..Nak keluar rumah pun aku tak nak tau..’,kata Hazzim.

“Aku pun sama…Kalau boleh bawak bini aku tu kemana-mana,aku bawak je dia’,kata Naqib pula.

“Tu korang..Aku lain..’,kata Azlan lalu sambung fokus dengan apa yang disampaikan penceramah perubatan itu.

Yasmin keluar dari tandas guru di sekolahnya itu.Masuk kali ini,sudah lima kali dia muntah.Sampai rasa lemah Yasmin dibuatnya.

“Tak apa sayang..Ibu faham..Ibu tak marah sayang pun..’,kata Yasmin sambil memegang perutnya.Dia harus cekalkan hatinya demi anak yang sedang dikandungnya.Walaupun kandungannya masih baru,dia sudah pun menyayangi anaknya itu.Kini,walaupun Azlan tiada di sampingnya,dia sudah tidak rasa sunyi lagi kerana dia sudah ada bayinya itu…

Yasmin pun berjalan menuruni tangga sekolahnya yang tiga tingkat itu.Entah macam mana,kepalanya terasa berat sekali ketika itu.Tekaknya pula kembali loya.

“Ish tak boleh jadi ni..Habis murid-murid aku nanti’,bisik hati Yasmin.

Dia cuba untuk menguatkan badannya memandangkan dia sudah lambat masuk ke kelas untuk mengajar.Dia tidak mahu fasalnya,anak-anak muridnya tidak berjaya.Dia harus menggagahkan dirinya.

Tiba-tiba dia rasa bagai ditolak seseorang dari arah belakang.Yasmin yang pening ketika itu tidak mampu memaut apa-apa.Dunianya terus menjadi gelap.

Arfan memandang ibu bapanya.Sudah naik bosan Arfan rasa duduk di luar bilik kecemasan itu.Sampai sekarang,belum lagi ada perkhabaran mengenai kakak iparnya itu.

“Sabar lah sayang…Insya Allah semuanya selamat..’,kata Datuk Iskandar sambil menenangkan isterinya yang masih tidak henti-henti menangis itu.

“Macam mana dia boleh jatuh….’,kata Datin Mariana dalam tangisan.

Arfan hanya diam sahaja.

‘Ma…’

Mereka bertiga memandang ke arah suara itu datang.Datin Mariana terus bangun lalu mendapatkan anak lelakinya itu.Dia terus memeluk Azlan sepenuh hatinya.

“Yasmin,Lan…’,kata Datin Mariana dalam dakapan anaknya itu.

Azlan mengeluh lemah.

“Ma,Lan pergi dulu’

“Lan nak pergi mana?Lan ni cubalah ada perasaan sikit…Yasmin tengah ada kat dalam kan?’,kata Datin Mariana dengan geram.

Azlan hanya diam sahaja.Dia melepaskan mamanya lalu berlalu pergi dari tempat itu.

“Azlan ni memang tak sayang Yasmin..Tapi kenapa dia kahwin kalau dia tak suka…’,bisik hati Datin Mariana kegeraman.

Yasmin membuka matanya perlahan-lahan.Kepalanya terasa berat sekali.Dia memegang kepalanya.

“Min…Kamu dah sedar dah?Alhamdulillah..’,kata Datin Mariana sambil tersenyum.

Yasmin hanya diam sahaja.Dia memandang sekeliling bilik itu.Kelihatan bapa mertuanya di situ.Selepas itu,dia terus memegang perutnya.Mukanya kelihatan panik sekali.

“Mama…Anak Min ok tak?’,tanya Yasmin dengan panik.

Datin Mariana memandang Datuk Iskandar.Dia rasa tidak sampai hati mahu memberitahu menantunya itu.Datuk Iskandar hanya diam sahaja.

“Bila masa kau mengandung?’

Yasmin yang sedang menangis itu terus terdiam.Dia terus memandang hadapannya.

“Apa kamu cakap ni,Lan?Waktu-waktu macam ni pun kamu nak usik Yasmin?’,kata Datin Mariana dengan geram.

Azlan berjalan dengan memasukkan tangan kirinya ke dalam kocek suaminya seperti biasa.Dia pandang sahaja Yasmin yang sedang berbaring di atas katil itu.

‘Kau tak confirm dekat klinik pun kan?’

Datin Mariana terus memandang menantunya itu.Mukanya kelihatan terkejut sekali.Dia betul-betul tidak sangka yang menantunya begitu terdesak sampai begitu sekali.

Yasmin hanya tunduk.Dia terus menelan air liur.Badannya mula menggeletar.

Datin Mariana terus mencapai tas tangannya.Takkala nampak isterinya pergi,Datuk Iskandar pun mengikuti daripada belakang.Dia bukannya apa.Dia sudah tidak sabar mahu pulang.Rasa penat sangat dia perlu ulang-alik hospital dan rumahnya.

Azlan hanya diam sahaja.Dia pun mengambil keputusan untuk pergi juga seperti ibu bapanya.Dia pun berjalan ke arah pintu wad hospital itu.

“Sayang…Jangan tinggalkan I…’,rayu Yasmin.Dia betul-betul mahukan lelaki itu sekarang selepas apa yang sedang menimpa atasnya sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience