BAB 20

Romance Completed 27652

“Memandangkan Azlan dan Yasmin dah selamat sampai,kita pergi makan nak?’,kata Datin Mariana dengan teruja.

“Betul juga tu..Kamu berdua mesti laparkan?’,kata Datuk Iskandar sambil memandang Azlan dan Yasmin.

“Kami boleh ikut tak,datin?Anak dalam perut ni pun nak makan jugak’,kata Ayuni dengan selamba.

‘Betul tu datin..Lagipun suami saya dah lah tengah fly sekarang ni..Tak ada siapa nak bawak saya makan’,kata Nadia pula.

Yasmin terus mencubit lengan dua wanita yang sedang sarat mengandung itu.Mukanya malu sekali dengan ibu bapa mentuanya.Terus merah muka Yasmin dibuatnya.

“Sakitlah Min….’,kata Ayuni dan Nadia serentak.

Datin Mariana dan Datuk Iskandar ketawa melihat gelagat tiga orang sahabat itu.Azlan pula terus memandang ke tempat lain seperti tiada perasaan.

‘Macam budak-budak’,bisik hati Azlan.

“Jomlah…Apa salahnya..Betul tak,bang?’,tanya Datin Mariana sambil tersenyum ke arah suaminya yang berdiri bersebelahan dengan anak sulungnya.

“Betul….Jom kita pergi..Abang pun dah lapar ni’,kata Datuk Iskandar lalu ketawa.

Datuk Iskandar dan Datin Mariana pun berjalan menuju ke arah kereta mereka yang diletakkan di luar lapangan terbang itu.Azlan pula cepat-cepat ikut ibu bapanya itu pergi ke kereta sambil menolak troli berisi beg-beg berat itu.Dia malas mahu melayan tiga orang sahabat yang sudah seperti kembar itu.

Yasmin memimpin tangan kawan-kawannya dengan gembira.Dia rasa bnersyukur sangat dapat diberi peluang untuk berjumpa dengan Ayuni dan Nadia.Maklumlah,mereka dibesarkan bersama-sama sejak kecil lagi.Sebab itu rapat…

Tiba-tiba langkah Ayuni terhenti.Dia memandang ke bawah.

‘Kenapa ni,Ayuni?’,tanya Yasmin.

‘Air ketuban aku pecah…Macam mana ni?’,tanya Ayuni yang memakai skaf reben di rambutnya itu.

Yasmin terus panik.Ada cecair keluar dari baju kembang yang dipakai kawan baiknya itu.Baru sahaja dia mahu menenangkan bakal ibu itu,lengannya dicengkam seseorang dengan kuat.Terkejut Yasmin dibuatnya.

“Min…Aku rasa macam ada kepala dah nak keluar lah..’,kata Nadia yang juga panik.

Terus mahu pengsan Yasmin dibuatnya.Dia betul-betul buntu sekarang ini.Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang sudah jauh di hadapannya.Dia terus menjerit memanggil nama lelaki itu sekuat hatinya agar lelaki itu dengar.

Wan Arshad dan Ikhwan duduk di luar bilik itu.Muka mereka kelihatan rasa bersalah sekali.Sedang mereka menunggu di luar bilik itu,orang yang mereka tungggu-tungggu datang jua akhirnya.

“Lan,tunggu!’,kata Wan Irshad kepada lelaki yang baru mahu buka pintu wad itu.

Azlan menoleh ke belakang ke arah dua orang juruterbang itu.Dia mula pelik tiba-tiba sahaja lelaki –lelaki itu mahu berjumpanya.

“Thanks bro’,kata Ikhwan yang memakai baju uniform juruterbang itu lalu menyalam Azlan.

“Aku pun nak ucapkan terima kasih dekat kau.Kalau kau tak ada tadi,mesti anak aku tak ada siapa boleh sambut’,kata Wan Arshad pula.

“Okay’

‘Kitaorang pun nak minta maaf sebab sebelum ni pernah ketawakan kau…Ya lah..Kitaorang pilot.Kau pula doktor sakit perempuan..Macam tak setaraf lah kan nak kawan dengan kitaorang walaupun bini-bini kita kawan baik dan rapat’

‘Betul tu bro..Tapi kau jangan risau..Kitaorang sedar salah kitaorang…Maafkan kitaorang ya’,kata Ikhwan pula dengan rasa bersalah yang menebal.

“Nasib baik ada Azlan…Kalau tak de tadi,entah apalah jadi dengan baby kitaorang’,kata Ayuni sambil tersenyum memandang lelaki yang sedang berdiri di dalam bilik bersalin itu.

‘Betul tu…Thanks Azlan’,kata Nadia pula sambil menepuk-nepuk bayinya yang telah selamat dilahirkan itu.

Datin Mariana yang turut ada di situ terus tersenyum memandang anak lelakinya.Dia bangga sekali dengan anak lelakinya itu kerana telah berjaya menyelamatkan dua bayi itu.

Dia terus teringat beberapa tahun lepas yang mana dia tidak setuju yang anak lelakinya itu mahu menjadi seorang doktor sakit perempuan.Puas dia pujuk anak sulungnya itu mengambil jurusan perniagaan.Tetapi,Azlan tetap degil dan mahu terus dengan cita-citanya.

Apabila kejadian seperti hari ini berlaku,Datin Mariana menyesal sekali dengan perbuatannya.Dia lupa yang kerjaya sebagai doktor sakit perempuan ini mulia sebenarnya.Seperti apa yang berlaku hari ini.Dapat anak lelakinya itu menyelamatkan dua nyawa yang tidak berdosa.Sudah bertambah umat Nabi Muhammad di dunia…

Yasmin tersenyum memandang bayi-bayi yang baru dilahirkan itu.Dia sungguh tidak sangka yang kawan-kawannya sekarang ini sudah menjadi seorang ibu.Cepat benar masa berlalu…

“Jom kita balik..Lagipun Ayuni dan Nadia nak berehat ni..Azlan dengan Yasmin pun mesti nak balikkan?Jom’,kata Datin Mariana yang sentiasa bertutur lembut dan sopan itu.

Azlan mengangguk lemah.Inilah saat yang dia tunggu-tunggu sejak tadi.Maklumlah,dia rasa penat sekali sekarang ini.Rasa tidak larat.

Yasmin mencium bayi-bayi itu buat kali terakhir sebelum pergi.Selepas itu,dia mencapai tas tangannya dan menuju ke pintu bilik itu selepas bersalaman dengan kawan-kawannya.

Entah mengapa,dia rasa pening sekali ketika itu.Dia yang memakai baju jubah hitam itu terus memegang kepalanya dan mendapati tiba-tiba dunianya mejadi gelap.Yasmin tiba-tiba rebah di hadapan pintu wad itu.

“Yasmin!!!’,jerit Datin Mariana yang terkejut.

Arfan yang baru pulang dari sekolah cepat-cepat naik ke atas takkala mendapati abang kesayangannya sudah pulang daripada mengerjakan umrah.Dia rasa tidak sabar sekali mahu berjumpa dengan abang yang sangat dirinduinya itu.

Sedang dia mencari Azlan dengan teruja,tiba-tiba langkahnya terhenti takkala mendapati perbualan ayahnya dan abangnya.Dia cepat-cepat memasang telinga di sebalik dinding itu.

“Alhamdullillah..You did a great job,son..Tak sangka papa yang anak papa ni dewasa..’,kata Datuk Iskandar sambil menepuk-nepuk Azlan dengan bangga.

Azlan hanya diam sahaja.Hanya senyuman yang terukir di bibirnya.

“I realy impressed woth you,son..Papa ingat anak papa ni nerd…Baca buku dari pagi sampai malam..Rupa-rupanya…Pandai ya Azlan bahagikan masa antara kerja dengan Yasmin..I like!’,usik Datuk Iskandar lalu ketawa.

‘I wish to be like you,pa’

‘I know…But I hope,you wil not be like me..’

“Huh?’

‘Don’t be like me…But,better than me!’,kata Datuk Iskandar lalu ketawa terbahak-bahak takkala berjaya mengenakan anak lelakinya itu.

“Ok lah pa..Azlan masuk dulu..Nak tengok Yasmin’

‘Okay,my son..Papa pun nak turun ni..Oh ya..Nanti cakap dengan mama jangan lama-lama sangat ya dengan Yasmin..I know,you want privacy right?I used to be like you too,son!Man will always be man…’,kata Datuk Iskandar perlahan-lahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience