BAB 16

Romance Completed 27652

Mak Ton yang sedang kerisauan terus melipat pakaian Azlan lalu dimasukkan ke dalam bagasi Azlan.Tiba-tiba dia rasa diperhatikan seseorang.Dia pun menoleh ke arah pintu bilik itu.Ternyata tekannya tepat.

“Lan..Mak Ton pergi dulu ya..Mak Ton nak masak untuk makan malam’,kata wanita yang memakai baju kurung Kedah dan kain batik.

Azlan mengeluh.Terpaksa dia mengemas semua itu sendiri.Tiba-tiba dia terdengar pintu biliknya itu tertutup rapat.Dia pun menoleh ke belakang.

“Awak nak pergi mana?’

Azlan malas mahu menghiraukan gadis itu.Dia terus sambung mengemas pakaiannya.Sedang dia mengemas,tiba-tiba dia dipeluk gadis itu dari belakang.Azlan memandang gadis itu dari cermin yang terletak di hadapannya itu.

“Sampai hati you nak tinggalkan I kan…Sorry ok fasal semalam…I tahu,I salah..I lupa yang bukan I seorang je yang perlukan you..Ramai lagi nak you untuk tolong diorang..Maafkan I,pleaseeeeeeeeeeee’,kata Yasmin degan tangisan.Dia rasa bersalah yang amat sekali dengan lelaki itu sekarang.

Azlan meletakkan baju yang sedang dilipatnya itu lalu menoleh ke belakang iaitu ke arah Yasmin.

Yasmin yang kuat menangis itu menangis sepuas-puasnya.Dia tidak sanggup mengangkat mukanya.Dia hanya tunduk dan melayan perasaannya memandangkan dia rasa berdosa sekali dengan lelaki itu.Tiba-tiba dia teringat akan balasan-balasan yang akan menimpa isteri yang jahat kepada suami.

Tiba-tiba ada tangan mengelap air mata yang membasahi di pipinya.Yasmin terus mendongakkan mukanya untuk memandang lelaki yang tinggi daripadanya itu.

“You maafkan I?’

Azlan hanya mengangguk.

Yasmin terus memeluk lelaki itu sekuat-kuatnya.Dia rasa gembira sekali sekarang ini.Rasa terbalas semua rindu yang dia tanggung malam tadi kerana harus tidur berseorangan tanpa lelaki itu.

“But,I have to go’,kata Azlan lalu melepaskan diri daripada pelukan Yasmin itu lalu sambung mengemas pakaiannya untuk dibawa.

‘Pergi mana?You nak tinggalkan I???’

Azlan mengeluh lemah.

“I pergi sekejap.Tak lama pun’,kata Azlan sambil sambung mengemas pakaiannya.

“Tapi nanti I akan rindu you…I tak bolehlah berpisah dengan you…’,kata Yasmin dengan sedu-sedan.Dia memeluk lelaki itu dari belakang.

Azlan menoleh ke belakang.Dia terus membelai rambut gadis yang ikal mayang itu.Dia merapatkan mukanya ke arah gadis yang rendah itu sambil tersenyum.

Yasmin rasa teruja sekali.Dia cepat-cepat menutup matanya dan membiarkan lelaki itu menciumnya.Sudah lama dia tunggu saat-saat romantis seperti dalam cerita Korea ini…

Yasmin membuka matanya semula takkala mendengar suara lelaki itu ketawa.Dia mula geram.Penat-penat sahaja dia bayangkan yang indah-indah.

“Kenapa you ketawa?’

‘Ada orang nampak’,kata Azlan lalu sambung tergelak.

‘Siapa????????’,kata Yasmin dengan terkejut.

‘Tu’,kata Azlan lalu memandang ke pintu.

Yasmin terkejut yang amat.Dia cepat-cepat menoleh ke arah pintu biliknya.Mukanya terus pucat takkala melihat ibu bapa mertua dan adik iparnya nampak apa yang sedang berlaku tadi.

Takkala sedar diperhatikan,mereka bertiga terus berlari daripada penyembunyian itu.Mereka tidak sangka yang mata Azlan nampak sahaja mereka di belakang pintu itu.Tak fasal-fasal Arfan pun terlibat sama…

Yasmin mengeluh lemah.Dia memandang suaminya yang sedang sambung mengemas barang itu.Dia pun berjalan ke arah pintu bilik itu memandangkan lelaki itu sedang sibuk.Lagipun semua pakaian sudah siap dikemas oleh lelaki yang cekap itu.

Baru sahaja dia mahu membuka pintu bilik itu,ada tangan memeluknya erat dari belakang.

Ayuni dan Nadia yang sedang sarat mengandung itu pandang sahaja Yasmin.Mereka bagai tidak percaya dengan apa yang sedang dilakukan kawan baik mereka di kedai jamu itu.

“Min..Kau yakin ke makan ubat tu boleh cepat mengandung?’,tanya Ayuni yang mula risau.

“Betullah Min..Kau jangan makan sebarang ubat tau..Nanti ada kesan sampingan..Kau tak nak tanya suami kau dulu ke?’,kata Nadia pula.

“Shhh aku tahu lah apa aku buat..Lagipun aku dah google dah tentang ubat ni..Ubat ni baguskan?’,kata Yasmin sambil memandang semula ke arah penjual ubat warga Indonesia itu.

“Iya ibu..Ubat ini bagus benar untuk ibu…Lagipun,banyak pelanggan saya sudah mencubanya’,kata penjual ubat itu sambil tersenyum.

Datin Mariana mula pelik melihat pembantu rumahnya yang seakan sedang gembira membasuh pinggan itu.Dia pun mendekati wanita itu.

“Gembira semacam je Kak Ton hari ni..’

Mak Ton berhenti membasuh pinggan.Dia mengelap tangannya lalu senyum ke arah majikannya itu.

“Tahniah puan…’,kata Mak Ton sambil menghulurkan tangannya yang sudah berkedut kepada majikannya.

“Tahniah apanya ni?Peliklah saya dengan Kak Ton ni…’

‘Yasmin,puan…’

‘Kenapa dengan dia?’

‘Dia mengandung puan!Tadi saya nampak dia muntah-muntah!!!’

‘Alhamdulillah!!!!!!!!Seronoknya saya!!!!!Nak jadi nenek dah saya ni!!!’,kata Datin Mariana dengan teruja.Hilang semua masalah di pejabatnya takkala mendengar berita baik ini.Akhirnya,Allah makbulkan juga doanya…

Datuk Iskandar menoleh ke arah isterinya yang sedang membaca buku di sebelahnya itu.Dia mula pelik.Biasanya,dia yang suka membaca.Tetapi,malam ini isterinya itu pula turut membaca.

“Awak baca apa tu,Mar?’

‘Buku nama-nama bayi dalam Islam’,kata Datin Mariana lalu sambung membaca buku yang baru dibelinya itu.

“Nama bayi?Awak mengandung ke,Mar?Biar betul?’,kata Datuk Iskandar dengan panik.

“Ish abang ni…Ke situ pulak abang ya…Saya dah nak monopause tau ,bang..Tak de maknanya nak mengandung-mengandung ni..Buat malu je nanti kawan-kawan datin saya ketawakan’

‘Habis tu,siapa yang mengandung?’

Datin Mariana menutup buku itu.Dia memandang suaminya dengan perasaan teruja.

“Yasmin!Menantu kita yang mengandung!!!’,kata Datin Mariana dengan penuh bersemangat.

“Alhamdulillah..Azlan dah tahu belum?’

‘Entahlah bang..Dah tahu agaknya…Mesti Yasmin dah telefon Azlan tu dulu..Ya lah anak abang tu kan tengah kursus dekat UKM sekarang..’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience