BAB 31

Romance Completed 27652

Yasmin cepat-cepat memandang Azlan yang sedang memandangnya itu tanpa kelip.

“Kenapa you tengok I macam tu?Ada apa-apa yang tak kena ke dengan baju I?’

‘Kenapa gemuk sangat?’

‘Sayang!Sampai hati you cakap I macam tu’

‘I’m serious.You really have to work for it’,kata Azlan lalu turut keluar dari bilik anaknya itu untuk mengiringi pemergian Amirah.

Yasmin cepat-cepat berlari ke hadapan cermin besar di dalam bilik anaknya itu.Dia pandang sahaja badannya di dalam cermin itu.

“Normal lah kan orang baru beranak…’,kata Yasmin sambil memegang badannya yang kelihatan besar itu.Dia sendiri tidak tahu bila masa dia jadi sebesar ini…

Nadia dan Ayuni berasa teruja sekali sekarang ini.Mereka sudah tidak sabar mahu melihat anak kawan mereka itu.Mereka pun mengetuk dahulu pintu bilik anak Yasmin itu kerana takut mereka mengganggu.

Pintu bilik itu pun terbuka.Terkejut seketika Nadia dan Sarah.

“Ya aku tahu aku dah gemuk.Masuk cepat’,kata Yasmin dengan geram.

Nadia dan Ayuni saling berpandangan.Mereka bagai tidak percaya yang kawan sejak kecil mereka itu yang dahulunya bertubuh kecil molek kini boleh menjadi sebesar itu.

‘Nak masuk ke tak ni?’

Nadia dan Ayuni terketawa.Mereka cepat-cepat masuk ke dalam bilik yang berwarna biru cair itu memandangkan anak Yasmin itu lelaki.

Datin Mariana memandang permainan bayi yang berada di hadapannya sekarang itu.Dia sudah rambang mata sekarang ini.Dia tidak tahu mahu belikan untuk cucunya yang mana satu.Dia sudah tidak kisah kalau harus membayar mahal sekali pun.

“Ma,Fan nak Nerf ni boleh tak?’,kata Arfan kepada mamanya yang berada di ruang bayi itu.

Datin Mariana hanya diam.Matanya masih memandang barang-barang permainan itu.

‘Mama…Fan tanya ni…’

Datin Mariana masih diam.

“Ma..’

Seperti tadi,Datin Mariana masih diam.

Arfan mengeluh lemah.Dia terus meninggalkan mamanya di bahagian bayi itu.Dia rasa geram sekali sekarang ini.Dia pandang sahaja permainan video yang sedang dipegangnya itu dengan penuh rasa geram.

“Aku benci kau,budak kecik!’,bisik hati Arfan kegeraman.

Azlan menikmati makanan barat itu dengan berselera.Dia suka sekali makanan yang dijual di situ.Walaupun mahal,tetapi rasa berbaloi sekali.

Amirah pandang sahaja lelaki yang duduk di hadapannya itu.Entah mengapa,jantungnya berdegup kencang setiap kali bersama dengan lelaki itu.Bagi Amirah,selepas Azlan menjadi ayah,makin bertambah kacak lelaki itu.

‘Excuse me.You Azlan and this one must be Amirah right?’

Terkejut dua orang doktor itu.Mereka pun memandang ke arah wanita berbangsa Eropah itu.Mereka bagai tidak percaya dengan apa yang mereka lihat itu.

“Prof.Rose!It had been a long time I never met you’,kata Amirah dengan teruja.

‘Yes,Doctor Mirah..Wow..Both of you stil together?So sweet…It already five years right that both of you were together?’,kata wanita tua itu yang turut sama menurut serta makan malam itu.

Amirah memandang Azlan.Azlan hanya diam sahaja.

“Err yes’,kata Amirah untuk menyelamatkan keadaan.

“So when will both of you get married?I’m counting days for that..Two smart student of mine!I’m really really excited to see both of you to tie the knob!’,kata pensyarah perubatan mereka itu dengan teruja.

Azlan hanya diam sahaja.Dia memandang ke tempat lain seperti dia tidak dengar apa yang dikatakan pensyarah yang mengajarnya dahulu itu.

‘I’ll invite you okay when the time has come’

Azlan terdiam.Dia memandang Amirah yang sedang senyum-senyum memandangnya itu.Dia bagai tidak percaya dengan apa yang dikatakan gadis itu.

Mak Ton memandang gadis yang sedang diurutnya itu.Dia pelik sekali dengan gadis itu.Mana tidaknya,selalu gadis itu ceria.Tetapi,hari ini tidak.

‘Min…Kenapa ni?’

“Mak Ton tahu tak ubat apa yang boleh buat Min kurus?’

‘Tahulah jugak..Kenapa Min?’

‘Mak Ton belikan Min boleh?Nanti Min kasi duit..Min nak kurus laaaa’

Tergelak wanita yang berusia lewat 60-an itu.Sakit perutnya menahan ketawa.Pelik Yasmin yang sedang menyandar di atas katil itu.

“Kenapa Mak Ton ketawa?’

‘Tak adalah…Normal lah ni badan gemuk lepas beranak..Lama-lama kurus lah tu…’

‘Tapi Min nak kurus cepat-cepat..Malu la ada badan besar macam ni’

‘Mak Ton tak beranilah nak bagi ubat macam-macam..Min lupa ke yang Min pernah makan ubat-ubat tu semata-mata nak mengandung..Lepas tu,apa jadi?Min sakit kan?Mak Ton yakin,insyaAllah lama-lama nanti Yasmin mesti kurus’

Yasmin hanya diam sahaja.Dia memegang perutnya yang masih kelihatan walaupun memakai korset itu.Dia rasa tidak suka sekali dengan perubahan yang ada pada badannya sekarang ini.

Arfan masuk ke dalam bilik itu sembunyi-sembunyi malam itu.Dia sudah tidak boleh menahan geram dengan bayi lelaki itu.Bagi Arfan,bayi itu benar-benar perampas.Semua yang dia ada,semua bayi lelaki itu dapat.

‘Banyaknya hadiah kau dapat.Tak padan dengan kecik’,kata Arfan dengan geram takkala melihat sekeliling bilik itu.Dia rasa cemburu yang amat.Maklumlah,sebelum ini dia yang sering dimanjakan.Tetapi,kini tidak lagi.Bayi itu pula mengambil tempatnya…

Arfan menggenggam erat bantal yang dipegangnya itu.Kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi.Dia terus menghampiri katil bayi itu dengan marah.

Dia menyelak kain kelambu itu.Hatinya yang sedang kemarahan itu bertambah marah takkala melihat bayi lelaki itu sedang senyum takkala memandangnya.

‘Apa senyum-senyum?Aku benci kau tahu tak’,kata Arfan dengan nada perlahan kerana takut ada orang mendengar suaranya.

Takkala mendengar apa yang dikatakan Arfan itu,makin ketawa bayi lelaki itu.Dia bagai faham sahaja apa yang sedang pak ciknya itu katakan.

“Diamlah budak.I hate you so much.Damn much okay!’,kata Arfan dengan sepenuh hatinya.

Sekali lagi,bayi itu ketawa.Dia rasa bapa saudaranya itu seakan mengagahnya walaupun hakikatnya tidak…

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka seseorang.Terkejut Arfan dibuatnya.Cepat-cepat dia menyorok di belakang langsir di dalam bilik itu kerana takut dilihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience