BAB 33

Romance Completed 27652

‘Memanglah..Sebab kau BF anak kau..Bukan pasal gym aku ni..Takkan baru pergi dua kali dah turun macam ni..Jijik sangat’,kata Hakim lalu membuat gaya-gaya pondan itu.

“Ohh ya ke..Hahahaha aku ingatkan sebab aku bersenam dengan kau..Dah la..Kalau macam tu aku tak nak pergi lagi gym kau.Lebih baik aku susukan anak aku je..Save sikit duit aku’,kata Yasmin dengan teruja.

“Ya la Min..Suka hati kaulah’

‘Kau marah aku ke,Kim?Janganlah sentap sangat..Aku main-main je lah’,kata Yasmin yang mula rasa bersalah.

“Ok.Kau belanja aku dulu baru aku maafkan kau’

‘Ok bos!’

Mereka berdua ketawa.Rasa seronok sekali mereka berdua rasa takkala berjenaka seperti ini.Teringat masa zaman persekolahan dahulu.Balik-balik,pasti guru akan memarahi mereka berdua kerena bising di dalam kelas!

“Kenapa cucu Tok Ma macam dah susut sikit ni badan…Sayang tak cukup makan ke?’,kata Datin Mariana lalu mencium cucu tunggalnya itu.

“Nak tumbuh gigi kot’,sampuk Datuk Iskandar yang turut sama ingin bermanja dengan cucunya itu.

“Alaaaaa janganlah besar,Baz…Tok Ma tak nak Baz besar..Baz tembam-tembam lah lagi..Nanti makin comel dan gebu’,kata Datin Mariana dengan teruja takkala melihat cucu lelakinya yang tidak tumpah seperti anak sulungnya masa kecil itu.

“Saya lah pulak…Asyik awak je’,kata Datuk Iskandar dengan geram.

‘Abang..Abang pergilah tengok tv tu..Saya rindu sangat dengan cucu saya ni..Tak boleh buat kerja tau saya dekat pejabat’,kata Datin Mariana lalu mengagah Bazil.

“Habis awak ingat,awak je yang rindu?Saya pun…Muka Baz ni terbayang-bayang je tau dalam otak saya ni’,kata Datuk Iskandar pula.

Arfan yang sedang menonton televisyen itu hanya diam sahaja.Dia malas mahu melayan pertengkaran ibu bapanya yang sudah tua tetapi masih mahu bergaduh itu.Ini semua disebabkan anak abangnya itu.Kalau budak itu tiada,sudah tentu tidak jadi begini….

“Cukup ke Min?’,tanya Mak Ton.

“Cukup sangat tu Mak Ton..Buang sikit je lagi’,kata Yasmin sambil tersenyum.

“Kemain diet eh Min sekarang..Patutlah makin kurus dan cantik….’,kata Mak Ton yang sedang menyendukkan nasi kepada anak majikannya itu pula sambil tersenyum.

Yasmin tersipu-sipu malu.Dia memandang lelaki yang duduk di hadapannya itu.Dia pelik lelaki itu sahaja yang tidak pernah memujinya dengan perubahan badannya yang dipuji ramai itu.Bukan sahaja memuji.Asyik marah sahaja adalah isteri dia ni..

“Ok lah..Mak Ton nak solat Isyak dulu ni..Kamu berdua makan lah dulu ya..Tadi semua dah makan tinggal kamu berdua sahaja belum makan’,kata Mak Ton lalu berlalu pergi meninggalkan ruang makan yang didekorasi indah dengan perabot-perabot dari luar negara itu.

“Awak nak lauk apa?Saya ambilkan ya’,kata Yasmin yang memakai tudung sarung itu.

“Tak payah’,kata Azlan dengan nada tinggi lalu menarik pinggannya yang dipegang Yasmin itu dengan marah.

Yasmin terdiam.Dia mengangguk lemah.Dia tidak tahu apa lagi yang tidak berkenan di hati suaminya itu sekarang ini.Dia mula pelik.Dia terus makan tanpa menghiraukan lelaki itu.

“Dietlah lagi.Biar Baz tu mati’

Yasmin yang sedang makan nasi serta ulam-ulaman itu terus tersedak takkala mendengar ayat suaminya itu.Cepat-cepat dia minum air masak yang dituang pembantu rumahnya.

“Apa maksud awak?Saya tak fahamlah…Kenapa ni,sayang?Apa yang tak kena lagi ni?Saya ada buat salah apa lagi…’,kata Yasmin sambil memandang suaminya yang memakai t-shirt JDT berwarna Hitam dan kain pelekat itu.

“Teruskanlah dengan corak pemakanan kau ni.Kalau anak aku tu sakit sebab tak cukup makan,aku kerjakan kau dulu’,kata Azlan lalu berlalu meninggalkan Yasmin keseorangan di dalam ruang makan itu.Hatinya geram betul dengan gadis itu sekarang ini.

Yasmin terdiam.Dia pandang sahaja pinggannya yang hanya diisi nasi dan ulam itu.Selepas itu,dia pandang lauk-lauk yang dihidangkan di atas meja itu.

“Nak kurus pun kena marah..Baik tak payah kurus macam ni’,kata Yasmin dengan geram lalu mencedok lauk-lauk itu ke atas pinggannya.Tidak fasal-fasal hari ini dia membatalkan hasratnya untuk sambung berdiet…

Usai bersarapan,Datuk Iskandar cepat-cepat naik ke atas.Dia yang mempunyai misai dan janggut berwarna putih itu sudah tidak sabar mahu bermanja-manja dengan cucunya yang kini berusia 5 bulan itu.Dia sentiasa nantikan waktu hujung minggu seperti ini.Waktu inilah yang dia gunakan untuk menghilangkan tekanan kerja dengan bermain bersama cucunya,Bazil.

“Bazil!Tok Pa datang ni’,kata Datuk Iskandar dengan teruja takkala masuk ke dalam bilik cucunya itu.Dia sudah tidak sabar sekali sekarang ini.

Takkala melihat ke dalam tempat tidur cucunya yang dihiasi dengan patung-patung dan disertakan sekali Yassin,mukanya terus muram kembali.

Dia terus keluar dari bilik itu dengan hampa.Terus hilang keseronokan dalam hatinya.Dia terus mencari isterinya itu kerana dia tahu wanita itu sering mengambil cucunya itu terlebih dahulu berbandingnya.

“Mana Baz?Awak sembunyikan dia dekat mana?’,kata Datuk Iskandar dengan geram.

‘Ish orang tua ni..Terkejut saya tau,bang..Mana lah saya tahu..Dia ada dekat Azlan dan Yasmin lah tu’,kata Datin Mariana yang sedang menghidupkan enjin keretanya itu untuk keluar.

“Ohh..Anak saya yang lagi seorang tu mana pulak?’

‘Dia ikut Azlan pergi taman…Kenapa abang cari semua orang ni?Saya dah lambat tau ni..Nanti mesti datin-datin saya tu marah’,kata Datin Mariana yang memakai baju kebaya ketat siap bersanggul itu.

“Iyalah..Awak je yang sibuk..Saya pun sibuk jugak.Lebih baik saya main golf dengan kawan-kawan saya’,kata Datuk Iskandar lalu masuk semula ke dalam rumahnya untuk menukar pakaian.Dia rasa sunyi sekali kerana cucu kesayangannya itu tiada sekarang ini.

Datin Mariana perhatikan sahaja suaminya yang rendah daripadanya itu.Dia pun memakai cermin mata hitam sebelum menarik brek tangan keretanya.

‘Buang tabiat agaknya orang tua ni’,bisik hati Datin Mariana.

Arfan geram sahaja melihat Irfan dan Aiman yang sedang mengagah-agah anak abangnya itu.Dia rasa tidak suka sekali kalau ada guru dan bayi itu.Dia pasti akan rasa nak marah.

“Fan,jomlah main dengan Baz ni..Comel gila lah dia’,kata Irfan sambil memegang pipi anak gurunya itu yang tembam.

“Betul tu..Comel sangat la..Geram aku tengok’,kata Aiman pula sambil senyum melihat bayi yang dikendong guru kesayangannya itu.

Arfan memandang tempat lain.Hatinya bagai membakar-bakar sekarang ini.Disebabkan bayi itu,Irfan dan Aiman turut berubah.Mana tidaknya,dahulu kawan-kawannya itu sepertinya.Tidak suka budak kecil…

“Here’s your bicycle,boys’

Arfan terus tersenyum takkala melihat basikal-basikal dia dan kawan-kawannya itu sudah diturunkan oleh abangnya dari kereta itu.Dia sudah tidak sabar mahu berlumba dengan kawan-kawannya.

“Terima kasih Abang Azlan!’,kata Irfan dan Aiman serentak.Mereka juga seakan teruja.Mana tidaknya,selama ini,mereka tidak pernah keluar pagi hujung minggu seperti ini kerana kesibukan ibu bapanya.Apabila kereta lelaki itu muncul di hadapan rumah mereka tadi untuk menjemput mereka,rasa macam mimpi pula!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience