BAB 9

Romance Completed 27652

“Sayang search apa tuuuuuu’,kata Yasmin sambil memandang suaminya yang sedang menggodeh GPS di dalam kereta itu.

Azlan hanya diam sahaja.Setelah berjaya menjumpai jalan untuk ke situ,baru lega hatinya.Dia pun meneruskan pemanduannya.

“Your route to Bandar Hilir,Malacca start now’,kata GPS itu.

Yasmin yang sedang menambah alat solek di mukanya itu terus ketawa terbahak-bahak takkala mendengar bunyi robot itu.Dia rasa lucu sekali dengan suaminya itu.

‘Sayang ni dah kenapa?Sayang tak pernah pergi Bandar Hilir ke?’,kata Yasmin sambil memandang Azlan yang sedang fokus memandu berpandukan GPS itu.

“Tak biasa jalan-jalan dekat Malaysia ni.Boring’

“Iyalah anak orang kaya kan….Untunglah….Untunglah..Untunglah..Hashtag saya anak datuk..Lulz’,usik Yasmin lalu ketawa terbahak-bahak.

“Whatever’,kata Azlan dengan nada serius.Dia malas mahu melayan Yasmin.

‘Alololo janganlah marah sayang…Nanti dah tak handsome…Senyum sikit please…’

Azlan hanya diam.

“Eleh malu latewwww…Hehehe..Senyum je la sayang…Tak hilang pun ego you tu’,usik Yasmin lagi.Yasmin pun sambung menambah alat solek di mukanya.Maklumlah,tadi dia harus pura-pura sakit perut.Kini,lepas semuanya selesai,barulah dia boleh bertatarias.Lebih-lebih lagi apabila berjalan dengan suaminya yang kacak ini.Barulah nampak sepadan…

Takkala melihat Yasmin yang sedang bersolek itu,Azlan memandang ke sebelah tingkapnya sebentar lalu tersenyum.Entah mengapa,dia rasa terhibur sekali dengan usikan isterinya itu.

“Sayang you pandang apa tu?’,tanya Yasmin dengan pelik.

‘Mana ada apa-apa’,kata Azlan dengan serius.

“Abang..’

‘Ya’,kata Datuk Iskandar lalu sambung menghirup teh panas sambil menikmati pemandangan Eiffel Tower yang terletak berdekatan dengan hotel mereka menginap itu.

“Saya rasa bosan pula bang bercuti dengan abang dua orang macam ni…Rasa rindu pulak dengan anak-anak…Especially Yasmin..Senang cakap,saya rindu semua,bang…’,kata Datin Mariana dengan nada lemah.Dia pandang sahaja Ipadnya yang memuatkan gambar mereka sekeluarga sewaktu hari persandingan Azlan dan Yasmin.Sayu sekali dia melihat gambar itu…

‘Untunglah diorang dapat rindu daripada awak’

Datin Mariana tergelak.Dia memandang suaminya yang sudah beruban dan boroi itu kerana faktor usia.

“Are you jealous?’

‘No I’m not’

‘Ya ke ni…’,kata Datin Mariana yang berambut ikal mayang itu.Dia sengaja melentokkan kepalanya di atas dada suaminya itu.

“Okay fine..I’m jealous’,kata Datuk Iskandar dengan nada perlahan.

Datin Mariana yang manja itu pun tergelak besar.Dia tidak sangka suaminya itu masih bersikap kebudak-budakan walaupun mereka sudah berumur sekarang ini.

“Mar..’

‘Yes..’

‘I love you’

“Kenapa you tak pernah cakap macam ni masa dekat Malaysia ya?Depan anak-anak?You dekat Malaysia serius sangat tau.Takut I kadang-kadang…’

‘I malu…’

Datin Mariana tersenyum.Dia memandang suaminya yang berjambang itu.Mata mereka berpandangan.Masing-masing mula melemparkan senyuman antara satu sama lain.

“Cikgu Mas..’

Mastura yang sedang menikmati makanan tengah hari itu pun menoleh ke arah sebelahnya.Dia mula pelik takkala anak muridnya itu datang berjumpanya.

“Kenapa Irfan?’

“Ni ubat untuk Cikgu Min..Ada orang suruh saya sampaikan…Nanti petang Cikgu Mas bagi dekat Cikgu Min ya…’,kata Irfan lalu berlalu pergi.

Mastura terdiam.Dia pandang sahaja panadol yang baru dibeli anak muridnya di farmasi berdekatan.Selepas itu,dia pandang semula ke arah tempat murid-muridnya makan.Dia cuba untuk mencari siapalah gerangan budak yang menyuruh Irfan tadi menyampaikan kepadanya.Yang peliknya,murid itu tidak mahu berikannya sendiri.Kenapa perlu guna orang lain?

“Pengantin baru ya?’,kata pemandu beca itu.

“Ha’ah pak cik!’,kata Yasmin dengan teruja.Dia siap menunjukkan jari jemarinya yang masih ada sisa inai itu.

Azlan hanya menggeleng sahaja.Dia sendiri tidak faham apa yang hendak dibanggakan gadis itu dengan gelaran ‘pengantin baru’.Dia rileks sahaja.Gadis itu sahaja yang lebih-lebih…

Yasmin memandang Azlan yang memakai cermin mata hitam itu.Dia rasa gembira sekali sekarang ini.Hilang semua kedukaannya selama ini.Dia bagai tidak sangka yang dia akan ada kesempatan untuk naik beca yang didekorasi indah ini pusing-pusing di bandar Melaka.Rasa macam mimpi!

“Sayang..Jom kita selfie?’,kata Yasmin lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangannya.

Azlan mengeluh lemah.Sudahlah matahari sedang panas terik,boleh pula gadis itu mahu bergambar.Terus tidak ada semangat Azlan rasa.

“Sayang senyum!1..2..3..’,kata Yasmin sambil senyum ke arah kamera telefon bimbitnya itu.

Setelah selesai mengambil gambar beberapa kali,dia melihat semula gambar itu.Yasmin terus monyok.

“Kenapa I nampak buruk..Muka you nampak perfect sangat walaupun tak senyum…Bencinya macam ni…’,kata Yasmin dengan nada sedih.Dia terus memasukkan semula telefon bimbitnya dalam tas tangannya.

Dia rasa keyakinan tentang kecantikannya terus luput takkala berkahwin dengan lelaki orang sekacak Azlan.Mana tidaknya,sudahlah dia perempuan.Suaminya itu pula yang lebih bergaya daripadanya.Walaupun sudah menggunakan aplikasi untuk menjadikan gambarnya cantik seperti aplikasi Camera360,gambarnya tetap nampak buruk.Nampak sangat dia memang hodoh…

Azlan hanya tergelak melihat Yasmin yang sedang memandang ke tempat lain itu.Yasmin yang tadinya teruja menaiki beca terus muram kembali.Kelakar sungguh Azlan rasa…

“Sampai hati you ketawakan I…’,kata Yasmin dengan geram sambil memandang Azlan itu.

“Hahaha..Kelakar kot..Fasal nampak buruk dalam gambar,terus sedih?’,kata Azlan lalu sambung ketawa.

“Fine..Isteri you ni memang hodoh..Dah lah gelap macam dayang senandung…Apa lagi you nak kutuk..Cakaplah…’,kata Yasmin dengan sepenuh hati.

“Berat macam anak panda!’

Makin geram Yasmin rasa.Dia terus menjeling ke arah pemandu beca itu dengan jelingan tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience