BAB 5

Romance Completed 27652

Yasmin mengeluh lemah.Dia terus memandang ke arah gambar yang ditampal di mejanya itu.Dia pandang sahaja gambar dia dan Azlan sewaktu mereka bersanding dahulu.Hatinya mula merintih pilu.

Azlan masuk ke dalam bilik itu sewaktu Yasmin sedang menyisir rambutnya yang ikal mayang itu.Dia terus baring di atas katil yang empuk itu.Dia rasa penat sekali hari ini.

Dia terus mencapai buku yang tebal itu lalu dibacanya.Itulah rutinnya setiap hari.Sebelum tidur,pasti akan membaca.Mungkin sudah terdidik sejak kecil sebab itu sudah menjadi kebiasaan.

“Cakap je la’

Yasmin menelan air liur.Dia bagai tidak percaya lelaki yang mempunyai kacukan darah British itu nampak segala-galanya.Jantungnya berdegup kencang.

“Hujung minggu ni awak cuti tak?’,kata Yasmin yang sudah pakai tidur bergambar Doraemon itu.Walaupun sudah besar,baju tidur bercorak kartun sentiasa menjadi kegemarannya.

‘Tak’

Yasmin mengeluh lemah.Dia betul-betul buntu sekarang ini.Dia cuba untuk mengambil kekuatan dalamannya.Walaupun sudah solat hajat tadi,dia masih belum berani mahu memberitahu suaminya itu.

Akhirnya,setelah berfikir sejenak,dia sudah dapat kekuatan itu.Dengan lafaz basmallah,dia menoleh semula ke arah suaminya yang berada di atas katil itu.

Dia terus terdiam takkala melihat lelaki itu sudah terlena dibuai mimpi.Mulutnya seakan kunci.Kekuatan yang tadinya muncul mula lenyap kembali.

Dia mengeluh lemah.Dia pandang sahaja lelaki itu.Hatinya rasa keberatan mahu pergi.

“Okay so now where we’re heading to,Abang Lan?’,kata Arfan yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu itu.

‘Fan nak pergi mana?’,kata Azlan sambil memandu keluar dari Lapangan Terbang Senai itu selepas menghantar ibu bapanya pergi.

“Nak pergi JPO!Hehehehe’,kata Arfan dengan teruja.

“Okay’,kata Azlan yang memakai cermin mata hitam itu sambil terus memandu.

Yasmin yang duduk di tempat duduk belakang kereta itu mengeluh lemah.Dia memegang perutnya.Sudah berbunyi Zapin dah perutnya sekarang.

“Macam tak wujud je aku ni…Apalah nasib aku ni….’,bisik hati kecil Yasmin.Dia rasa bagai tidak dipedulikan sekali oleh suaminya itu.Bukannya nak tanya dia mahu ke mana pun…Macam tak wujud sahaja Yasmin dalam kereta itu…

“Abang Lan jom kita pergi Adidas!Nak beli kasut baru!’,kata Arfan dengan teruja.

“You go up first and find what you want.Later,I’ll come.Deal bro?’

‘Deal!’,kata Arfan dengan teruja.Dia rasa seronok sekali setiap kali keluar dengan abangnya itu.Semua yang dia nak,pasti abangnya itu akan membelikan untuknya.Maklumlah,dia seorang sahaja adik yang abang dia ada.Dia pun cepat-cepat ke tingkat atas untuk mencari kasut sukan kegemarannya itu.

Azlan memandang Yasmin yang rendah daripadanya itu.Dari tadi,gadis yang bermulut seperti punggung ayam itu diam.Pelik pula dia rasa.

“Dalam mulut ada emas ke?’

Yasmin memandang lelaki itu dengan jelingan tajam.Sudahlah dia sedang kelaparan.Boleh pula lelaki itu mahu mengusiknya.Kecik besar-kecik besar sahaja dia melihat lelaki yang pandai bergaya itu…

Azlan tergelak kecik takkala melihat muka Yasmin yang seperti mahu menelannya itu.Dia terus berlalu jalan meninggalkan gadis itu di situ.

Makin sakit hati Yasmin dengan lelaki itu.Dia terus mengekori lelaki itu daripada belakang.Ikutkan hati,mahu sahaja dia meninggalkan lelaki itu berjalan seorang diri.Tetapi,dia bimbang.Suami dia ini sudahlah kacak.Kalau ada perempuan mahu mendekatinya macam mana….

“Welcome’,kata pekerja butik Coach itu.

Yasmin dan Azlan pun memasuki butik mewah itu.

Takkala memasuki sahaja butik itu,terus hilang rasa lapar dalam perut Yasmin itu.Matanya mula menjadi rambang kerana semua yang ada di situ cantik-cantik belaka.Terus teruja Yasmin dibuatnya.

Yasmin membelek satu per satu tas tangan yang diletakkan di situ.Mahu terkeluar biji matanya takkala melihat harga setiap beg di itu.Dia rasa tidak mampu sekali…

“Is there any discount?’

‘No miss’,kata pekerja butik itu.

Yasmin mengeluh lemah.Dia terus memandang Azlan yang sedang duduk di butik itu untuk menantinya.Dia terus membuat isyarat untuk keluar dari butik itu.

“Tak ada yang berminat?’

Yasmin hanya menggeleng lemah.Dia pun meneruskan langkahnya di sekitar pusat beli-belah itu.Sedang dia leka berjalan sambil teringatkan tas tangannya yang tidak mampu dia beli itu tadi,dia mula tersedar sesuatu.Dia cepat-cepat menoleh ke belakang.

“Sampai hati dia tinggalkan aku…’,bisik hati kecil Yasmin.

“Thanks Abang Azlan for the buying me all these!’,kata Arfan dengan teruja.

“Welcome bro..Do you want to eat anything?’

‘No..I’m full already..Bye abang’,kata Arfan lalu Arfan lalu cepat-cepat turun dari kereta mewah itu menuju ke rumah.Dia sudah tidak sabar mahu memperagakan pakaian-pakaian dan kasut-kasut mahal yang baru dibeli abang kandungnya itu.

Yasmin hanya diam sahaja.Dia mencapai tas tangannya lalu turun dari tempat duduk belakang itu memandangkan mereka sudah sampai ke rumah keluarga mertuanya itu.

Baru sahaja dia mahu berjalan ke arah pagar rumah banglo mewah itu,dia terdengar bunyi hon.Dia mula pelik.Dia pun menoleh ke belakang.

“Apa?’,kata Yasmin dengan lemah.

“Naik cepat’

‘Nak pergi mana?’

‘Cepatlah naik..Banyak songel lah dia ni’

Yasmin mengeluh lemah.Dia yang kaki melecet kerana memakai kasut tinggi itu pun menaiki kereta itu semula.Dia tidak percaya yang adik iparnya itu berbelanja sampai macam itu sekali.Habis satu JPO itu budak 9 tahun itu terokai…

“Bos ke?’

‘Eh ha’ah lah..Hehehe’,kata Yasmin lalu turun dari tempat duduk belakang lalu duduk di sebelah suaminya itu.Akhirnya,dapat juga dia merasa duduk di bahagian depan kereta mewah itu.

“Enjoy your meal’,kata pelayan restoran itu selepas meletakkan makanan yang dipesan itu di atas meja makan itu.

Yasmin tersenyum.Dia cepat-cepat membaca doa lalu menikmati makanan tengah hari yang nampak sungguh menyelerakan itu.

“Dah baca bismillah ke tak tu’,kata Azlan selamba.

“Hehehe mestilah dah..Dalam hati….Thanks awak sebab faham saya tengah lapar’,kata Yasmin sambil tersenyum sebelum sambung menikmati hidangan tengah hari di restoran itu.

Azlan hanya diam.Dia terus meletakkan sehelai kertas di atas meja makan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience