BAB 28

Romance Completed 27652

“Kak Ton masak untuk siapa tadi?’

‘Untuk Azlan dan Yasmin.,datin…’,kata Mak Ton lalu tersenyum.

“Azlan dan Yasmin?Kak Ton biar betul?’,tanya Datin Mariana dengan pelik.

“Betul datin…Kalau datin tak percaya,cuba datin tengok dekat swimming pool…’,kata Mak Ton dengan malu-malu.

Datin Mariana terus bergegas meninggalkan dapur itu.Bagai tidak cukup tanah Datin Mariana berlari.Dia sudah tidak sabar-sabar mahu melihat apa yang sedang berlaku di kolam renang di rumah mereka itu.

“Alamak.,cermin mata tertinggal dekat atas lah pulak…Baik aku pergi dekat sikit’,bisik Datin Mariana dalam hati.

Dia pun bersembunyi di belakang tembok di rumahnya itu.Bibirnya terus terukir senyuman takkala melihat pasangan kesayangannya itu sedang berdua-duaan di pondok yang dibina suaminya itu.

“Awak buat apa tu?’

Terkejut Datin Mariana dibuatnya.Takkala mendapati yang bisik di telinganya itu suaminya,dia terus mencubit lengan suaminya itu dengan geram.

“Abang ni kacaulah…Saya tengah tengok diorang tu..So sweet..’,kata Datin Mariana sambil tersenyum-seyum.

‘Dah lah tu..Tak payah nak tengok diorang lagi..Kita lagi sweet..Jom masuk tidur’,kata Datuk Iskandar lalu menarik tangan wanita itu pergi.

Datin Mariana mengeluh lemah.Tidak dapat dia melihat adegan romantik itu….

“Awak dah kenapa?Demam eh?’kata Yasmin dengan geram.

Dia rasa geram sekali dengan lelaki itu.Mana tidaknya,sudahlah dia sudah mengantuk.Boleh pula lelaki itu membuat kejutan makan malam macam ini.Dekat rumah pula itu!Kalau dekat hotel tak apalah jugak…

“Hari ini hari apa?’

‘Hari ini?Selasalah..Kenapa?Eiii saya dah ngantuklah..’

‘Tarikh hari ini’

’19 haribulan 9..Tu je ke awak nak tanya saya?Baik saya tidur macam ni’,kata Yasmin dengan geram.Dia pun bingkas bangun dari pondok gazebo itu.

Baru sahaja dia mahu pergi,

“19 September…Just in case you want to know,that’s my birthday’

Yasmin terdiam.Langkahnya terhenti.Dia menoleh ke arah lelaki itu semula.Dengan menebalkan muka,dia duduk kembali di hadapan lelaki itu.

“Erm sorry..Saya lupa..Tapi jap.Bukan hari jadi awak selepas hari jadi saya ke??Agak-agaklah kalau nak tipu pun’

Yasmin terus terdiam takkala berkata begitu.Mukanya terus kemerahan takkala menahan malu.Dia bagai tidak percaya dengan apa yang telah dia buat selama ini.Dia terus menekup mukanya dengan tudung bawalnya.

Azlan hanya tergelak.Dia pun menuangkan air yang dibancuh pembantu rumahnya itu ke gelas isterinya itu.Muka isterinya ketika itu betul-betul mencuit hatinya.

“Janganlah ketawa…Saya tahulah,saya salah…Malunyaaaaaaaaaaa’,kata Yasmin yang rasa sudah mahu menyorokkan mukanya di bawah meja itu.

‘Tak adalah.Macam kelakar..You expect I remember yours..How about mine?’

Yasmin hanya diam sahaja.Kata-kata suaminya itu makin membuatkan dia berasa serba salah.Dia tidak berani mengangkat mukanya ketika itu.

“It’s okay if everybody else forget about my birthday…Tapi,takkanlah Cikgu Yasmin lupa hari lahir suami sendiri kan?’,kata Azlan lalu ketawa.

Yasmin hanya diam sahaja.Dia rasa serba salah sekali sekarang ini.

‘Nah’

Yasmin mengangkat mukanya perlahan-lahan.Dia pandang sahaja kotak hadiah yang berada di hadapannya itu.Dia terus memandang lelaki itu semula.

‘Bukaklah..Kenapa tengok pulak?’,kata Azlan lalu tergelak.

Yasmin cuba untuk senyum.Dengan pantas,dia membuka kotak hadiah itu.Terus terharu dia dibuatnya takkala melihat beg tangan jenama Coach itu.

“Ingat nak bagi masa birthday you.Tapi,malas.Sebab you bukannya ingat hari jadi I kan?’,kata Azlan sebelum sambung makan Spaghetti yang dimasak orang gajinya itu.

Yasmin benci sekali dengan dirinya sekarang ini.Dia rasa geram yang amat kerana bertindak melulu seperti itu.Dia pandang ke arah lelaki yang sedang makan itu semula.

‘Sayang..I’m sorry..I…’,

‘Lupa kan je la semua tu.I nak makan.I lapar’kata Azlan lalu sambung menikmati makanan itu.Dia tidak tahu mengapa sejak kebelakangan ini dia asyik lapar sahaja.Nasib baik,badannya tidak naik…

“You..’

‘Hmm’

‘Apa tanda kalau seseorang tu dah nak beranak?’

‘Air ketuban pecah or ada rasa something nak keluar.And maybe ada contraction.That’s all’

‘Ohh..’

‘Kenapa you tanya?Takkan dah nak beranak kot lepas dengar semua ni’,kata Azlan lalu ketawa.Dia rasa kelakar sekali dengan apa yang berlaku malam ini.

Setelah puas ketawa,dia pandang ke arah gadis itu semula.Dia mula pelik.

“Kenapa muka pucat?’,tanya Azlan.

‘I nak beranak’

‘HAHAHA lawak apa ni?’

‘No..I’m serious’

Azlan terus terdiam.Dia terus menjadi mati kutu secara tiba-tiba.Dia tidak tahu mahu buat apa sekarang ini.Selalunya dia menyambut kelahiran anak orang.Tetapi,kali ini isterinya pula.MANA DIA ADA PENGALAMAN!!!!!

“Dah dah lah tu…Cucu awak dah tidur tu..Nanti kita melawat lagi ’,kata Datuk Iskandar kepada Datin Mariana.

“Ish abang ni…Nanti esok Tok Ma datang lagi ya,sayang’,kata Datin Mariana lalu mencium bayi yang comel itu lalu diberikan semula kepada Yasmin yang sedang terbaring di atas katil itu kerana keletihan.

“Fan tak nak cium anak Abang Lan?Pegilah cium..That’s your niece okay..You’re his uncle’,kata Datuk Iskandar kepada anak bongsunya yang melihat dari jauh itu.

Arfan hanya diam sahaja.Dia tetap dengan keputusannya.

“Fan..Cepatlah..Kita dah nak balik ni..Tak baik tau’,kata Datin Mariana pula.

“Tak apalah ma pa..Nanti kalau Arfan dah ready,Arfan cium ok?’,kata Yasmin sambil tersenyum.

Arfan hanya diam sahaja.Dia terus keluar dari bilik yang menempatkan kakak iparnya itu.Hatinya rasa geram sekarang ini.Macam-macam perkara bermain dalam fikirannya sekarang.

“Ok lah Min..Mama pergi dulu ya…Nanti kalau mama free,mama datang lagi ok tengok cucu mama yang comel dan gebu ni’,kata Datin Mariana lalu mencium bayi yang dalam pelukan Yasmin berulang kali.

“Udah udah ler tu…Jom kita balik’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience