BAB 36

Romance Completed 27652

Datuk Harun dan Datuk Rashid ketawa.Mereka bagai tidak sangka yang lelaki lebih muda daripada mereka itu sudah mengeikut jejak mereka yang rindukan cucu.

“Hai Datuk Iskandar’

“Hai sayang’

Datuk Harun dan Datuk Rashid memandang ke arah perempuan-perempuan seksi itu lalu memandang ke arah lelaki itu semula.Mereka bagai tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

“Dah perempuan tu yang minat…Saya nak buat macam mana’,kata Datuk Iskandar selamba lalu sambung melihat gambar cucunya yang mewarisi genetic kulit putih sepertinya itu.

Datuk Rashid dan Datuk Harun ternganga.DAH ADA BINI LAWA PUN NAK CARI YANG LAIN KE?!

“Tahulah ada anak comel…Tak payah lah nak tengok lama-lama’,usik Mastura.

Yasmin tersedar dari lamunan takkala ditegur kakak angkatnya itu.Cepat-cepat dia menutup telefon bimbitnya lalu sambung makan di tempat makan guru itu.

“Kak Mas…’

‘Ya Min..Kenapa ni?’

‘Tak adalah…Min nak tanya..Kalau baru-baru ada anak ni,memang cepat rindu ke kita dengan anak kita tu?’,tanya Yasmin dengan sayu.

Mastura yang sedang makan Nasi Campur itu ketawa.Rasa geli sekali hatinya takkala mendengar soalan yang diberikan ibu muda itu.

“Mestilah Min..Min kan cuti lama sebab nak jaga si Baz tu..Sebab tulah rindu semacam’

Yasmin mengeluh lemah.Dia rasa tidak ada selera sekali sekarang ini.Fikirannya asyik terbayang anaknya yang makin hari makin bijak itu.Bukan anaknya sahaja yang dirindui,ayah anaknya juga…

Sedang dia cuba untuk makan makanan yang dimasak tukang masak kantin yang bekerja di sekolahnya itu,mereka berdua dihampiri dua orang murid.Terkejut Yasmin dan Mastura dibuatnya.

“Kenapa ni Irfan?Aiman?’,tanya Mastura.

“Arfan…’,kata Aiman dengan muka takut-takut.

“Kenapa dengan Fan?’,tanya Yasmin kerisauan.Takkala dengar sahaja nama adik iparnya itu,jantungnya terus berdegup kencang.Dia takut sekali ada apa-apa yang terjadi dengan adik iparnya itu.Mana tidaknya,dia sudah sayang akan pelajarnya itu seperti adik kandungnya sendiri.Cuma Arfan sahaja yang tidak mengerti itu semua…

Azlan terus berlari ke wad kecemasan takkala mendengar berita adiknya kemalangan.Mukanya kerisauan sekali.Dia rasa jantungnya bagai terhenti seketika tadi takkala dikhabarkan berita tersebut.Dia sayang Arfan melebihi segalanya.

“Azlan’,kata Datin Mariana takkala nampak anaknya yang merupakan doktor pakar di hospital itu berjalan ke arah mereka.Hatinya seakan lega takkala melihat anaknya yang memakai kot putih perubatan itu.

“Any news about Arfan,ma?’

‘Tak ada,Azlan…Dia kat dalam lagi’,kata Datin Mariana lalu memeluk anak lelakinya itu lalu menangis.Dia betul-betul tidak dapat menahan emosinya sekarang ini.

Azlan memandang ke arah Yasmin yang sedang duduk di situ.Hatinya membuak-buak kemarahan.

“Kau hantar Arfan naik kereta tadi??”

Yasmin mengangguk lemah.

“Kau ni dah kenapa?Telefonlah ambulans.Nama je cikgu.Tapi tak ada otak!’

Yasmin terdiam.Dia yang masih kepenatan kerana memandu laju untuk dibawa Arfan ke hospital itu tidak mampu berkata apa-apa takkala dimarah suaminya di khayalak ramai.Banyak mata sedang memandangnya sekarang ini seolah-olah dia membuat suatu kesilapan yang besar.

Yasmin yang sedang menanggung malu dan sedih itu terus mencapai tas tangannya.Dia sudah tidak mahu memandang lelaki itu lagi.Rasa pengorbanannya selama ini bagai tidak membuahkan hasil.

Baru sahaja dia mahu pergi,

“Aku harap,Baz ikut aku.Pandai.Bukan bodoh macam kau’

Makin pedih hati Yasmin takkala mendengar kata-kata lelaki itu.Air matanya mengalir bagai air sungai yang deras.Kata-kata lelaki itu sudah cukup untuk menyiatkan lagi hatinya yang sudah terluka itu.

Arfan membuka matanya perlahan-lahan setelah lama tidak menyedarkan diri.Kepalanya masih terasa sakit kerana terjatuh tangga dari tingkat dua itu.Tetapi,dia gagahkan diri juga untuk membuka matanya.

“Slowly,Fan’

Arfan memandang ke sebelahnya.Dia tersenyum takkala memandang abangnya itu ada di sampingnya sekarang ini.Dia tahu,abangnya itu pasti menyanginya.Sebab itu abangnya sanggup menunggunya sehingga dia sedar…

“Abang Lan..’,kata Arfan sambil memandang lelaki yang memakai baju hitam lengan panjang serta seluar panjang itu.Dia tahu,lelaki itu pasti pulang dahulu tadi kemudian datang ke sini untuk menjaganya malam ini.

‘Yes’

‘Kak Yasmin mana?Dia dekat rumah kita jaga anak Abang Lan ke?’

“Entah.Malas nak ambil tahu’,kata Azlan lalu menyandarkan badannya di kerusi malas di sebelah katil adiknya itu.Matanya sambung menonton televisyen kecil yang disediakan pihak hospital itu.

Arfan yang kepalanya berbalut itu cuba untuk duduk.Dia sudah penat baring kerana tidak sedar tadi.Rasa lega sedikit takkala dia duduk.

“Abang Lan..Can I ask you a couple of question?’

‘Sure’

‘If you are in my shoes,will you accept stupid’s girl love?’

‘Absolutely no’

‘Even you drive her crazy when she looked at you?’

‘Yup’

‘So why you marry my teacher?’

‘I don’t know.It just happened’

Arfan mengeluh lemah.Makin kepalanya sekarang ini takkala memikirkan perangai abangnya itu.Dia pandang sahaja abangnya yang sedang khusyuk menonton filem Bahasa Inggeris itu.Timbul banyak persoalan dalam mindanya sekarang.

“Rabbiyasirwalatuassir’,bisik hati kecil Mak Ton.

Mak Ton pun berjalan ke ruang tamu sambil membawa minuman untuk majikannya.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya hatinya sekarang.

“Minum datin..Datuk..’,kata Mak Ton selepas menuangkan air sejuk itu kepada majikannya.

“Terima kasih’,kata Datin Mariana perlahan.

“Datin..Datuk…Saya ingat,saya nak cuti boleh?’,tanya Mak Ton dengan sekali nafas kerana terlalu gemuruh.

Datin Mariana dan Datuk Iskandar saling berpandangan.Makin kusut kepalanya sekarang.Satu per satu masalah menimpa mereka sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience