BAB 27

Romance Completed 27652

Akhirnya,apa yang dirancangkan Datin Mariana dan rakan-rakan Yasmin akhirnya menjadi juga.Susah benar mereka rasa mahu buat kejutan hari lahir Yasmin ini.Mana tidaknya,mereka takut gadis itu dapat menghidu semua rancangan mereka.

Yasmin meniup lilin di atas kek coklat itu.Sungguh dia tidak sangka yang akan ada orang menyambut hari lahirnya seperti ini.Siap dengan kejutan lagi!

Pada mulanya,dia pelik mengapa Hakim tiba-tiba mengajaknya keluar tadi.Pada mulanya,dia enggan kerana hari sudah malam dan tidak elok untuknya keluar dengan lelaki tanpa pengetahuan suaminya.Tetapi,Hakim beriya-iya mahu mengajaknya ke kafe kegemarannya itu.Siap kata ada kawan-kawan baiknya sekali di situ.Apabil mereka sampai,bukan sahaja Ayuni dan Nadia,siap ada ibu bapa mertuanya sekali!Dan juga Arfan.

“Yeayyy cepat-cepat buat permintaan’,kata Ayuni yang sedang mendukung bayinya yang sedang meragam itu.

Semua yang berada di situ memandang Yasmin yang kelihatan cantik itu dengan teruja.Mereka sudah tidak sabar mahu mendengar apa yang dihajati bakal ibu itu.Datin Mariana orang yang palinh teruja sekali.Maklumlah,inilah kali pertama dia menyambut hari lahir menantunya.Semua dekorasi majlis sambutan hari lahir itu berwarna merah jambu.Itu yang buat Datin Mariana bertambah teruja…

‘Min nak anak Min lahir nanti dengan lancar dan Min nak Azlan yang sayang Min dan anak kami.Tu je’

Terus terdiam semua yang ada di majlis hari jadi itu takkala mendengar kata-kata Yasmin itu.Rasa sayu sekali hati mereka takkala melihat empunya majlis hari lahir itu menangis semasa menyampaikan hajatnya.

“Min ok ke tak ni?Min sakit ya?’,tanya Datin Mariana dengan kerisauan.

Yasmin hanya diam.Dia tidak mampu mengawal kesedihannya pada malam itu.Dia terus mencapai tas tangannya lalu berlalu pergi meninggalkan orang-orang yang sedang meraikannya itu.

Tiba-tiba langkahnya terhenti.

Dia pandang sahaja lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu.Yang menyakitkan hatinya lagi,ada tangan sedang memimpin lelaki itu.Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang tiada perasaan.

“Azlan?’,kata semua yang ada di majlis itu dengan muka pelik yang amat.Mereka tidak sangka dengan apa yang sedang berlaku di hadapan mereka sekarang ini.

“Terima kasih’,kata Yasmin lalu berlalu pergi meninggalkan kafe kesukaannya itu.Hatinya betul-betul hancur sekarang ini dengan apa yang sedang berlaku pada malam hari jadinya.

Datuk Iskandar memasuki pejabat isterinya itu.Dia duduk di sofa berhampiran lalu memandang isterinya yang sedang menangis itu.Dia tidak tahu mahu memujuk isterinya itu bagaimana lagi.Makin dipujuk,makin kuat wanita itu menangis.

‘Azlan ikut perangai abang lah tu.Gatal.Kesian tau Yasmin..Dia tu dah lah tengah mengandung..Sampainya hati Azlan buat dia mcam tu’,kata Datin Mariana sambil teresak-esak menangis.

“Tapi kita tak tahu cerita sebenarkan?’

‘Cerita apa lagi?Dah terang lagi bersuluh,Azlan ada perempuan lain!Abang tak ingat ke apa yang dah jadi malam tadi?’,kata Datin Mariana dengan penuh perasaan.

“Tapi..’

‘Tapi apanya,bang?Inilah lelaki.Suka sangat bela satu sama lain.Walaupun saya yang mengandung dan beranakkan si Azlan tu,saya tak sokong tau apa yang dia buat sekarang ini’

‘Ok…’

‘Apa yang ok?Abang sama macam anak abang tu..Geramnya saya dengan abang!!!Abang keluar dari bilik saya sekarang!’

Datuk Iskandar bingkas bangun dari sofa dalam biliknya itu.Dia sudah tidak tahu mahu buat apa lagi sekarang ini.Hati perempuan seperti isterinya memang sukar diduga….

‘Abang nak ke mana tu?’

‘Keluarlah..Dah awak suruh saya keluarkan?’,kata Datuk Iskandar lalu berlalu keluar dari bilik pejabat isterinya itu.

‘EEEEEEIIIII GERAMNYA!!!!KENAPA SEMUA LELAKI TAK FAHAM PEREMPUAN!!’,jerit Datin Mariana sekuat hati.

Mastura memandang Yasmin yang sedang duduk di hadapan kelas memandangkan peperiksaan sedang dijalankan.Yasmin mengambil waktu terluang seperti ini dengan membacakan Yassin untuk murid-muridnya agar mereka semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan tenang.

Mastura mengetuk pintu bilik darjah itu.Dia memanggil Yasmin keluar.Mukanya seakan tergesa-gesa.

‘Kenapa ni,Kak Mas?’,tanya Yasmin sebaik sahaja keluar dari bilik darjah itu.

“Suami kamu…’

‘Hmm tak apalah..Saya dah malas nak fikir fasal dia..Saya masuk dulu la ya’,kata Yasmin lalu berjalan semula ke dalam bilik darjah itu.

“Tapi Min..Dia dalam bahaya sekarang ini!’

Langkah Yasmin terhenti.Jantungnya berdegup kencang takkala mendengar apa yang dikatakan teman sepejabatnya itu.

“Oh itu dia,Cikgu Yasmin..Silakan masuk’,kata Puan Raudhah sambil tersenyum.

“Jahatnya Kak Mas..Ingat bahaya apa..Rupa-rupanya bahaya dekat Puan Raudhah’,bisik hati kecil Yasmin.

Yasmin yang berada di luar pintu bilik guru besar itu pandang sahaja lelaki yang sedang duduk di hadapan ketuanya itu.Hatinya merengut geram takkala mendapati lelaki itu ada di situ.Dia pun memasuki bilik ketuanya itu atas tujuan hormat akan ketuanya dan bukannya kerana lelaki itu.

Puan Raudhah tersenyum memandang gadis yang duduk di hadapannya itu bersama suami.Rasa lucu pula dia rasa takkala melihat muka Yasmin yang seakan sedang menahan geram itu.

‘Begini Cikgu Yasmin.Saya panggil cikgu ke sini pun ada sebab sebenarnya.Saya nak ucapkan selamat ya kepada cikgu kerana tidak lama lagi akan melahirkan.Saya doakan semuanya berjalan lancar.Dan saya nak cikgu tahu,saya berbangga ada guru macam cikgu’

Yasmin terkejut yang amat takkala mendengar apa yang dikatakan ketuanya itu.Dia bagai tidak sangka yang ketuanya itu akan bertutur selembut itu.

‘Saya rasa,Doktor Azlan pun mesti nak jemput Cikgu Yasmin balikkan?Elok lah kita saing sekali.Sebab saya ada mesyuarat guru-guru besar ni..Jom’,kata Puan Raudhah itu sambil tersenyum.

Yasmin terus memandang lelaki yang duduk di sebelahnya itu.Dia tahu,ini pasti kerja lelaki itu!

Arfan mengeliatkan badannya setelah mengulangkaji pelajaran.Dia rasa,otaknya sedang tepu sekarang ini.Lebih baik,dia mengambil rehat sebenatar.

Dia pun mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar biliknya.Selepas itu,dia keluar ke balkoni biliknya yang menghadap kolam renang itu.Dia rasa nyaman sekali menghirup udara segar malam itu.Tiba-tiba matanya ternampak sesuatu.Cepat-cepat Arfan mengambil teropong yang dibelikan ayahnya lalu dihalakan ke pondok mini berhampiran kolam renang itu.

Datin Mariana yang kehausan itu cepat-cepat ke dapur.Dia rasa letih sekali sejak kebelakangan ini.Dia sudah malas mahu membantu suaminya mengendalikan perniagaan keluarga mereka itu.Dia rasa seperti mahu bersara…

Hidung Datin Mariana mula menangkap sesuatu bau sedap.Makin laju dia percepatkan langkahnya.Dia mula pelik dengan pembantu rumahnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience