BAB 2

Romance Completed 27652

“Ayu..Mana Min ni?Aku dengan laki aku dah lapar dah ni’,kata Nadia sambil memegang perutnya.

‘Tu la..Aku cari jugak dia tadi…Kau ada telefon dia?Dia lupa ke?’,tanya Ayuni.

“Aku dah telefon..Tapi,dia tak angkat’,kata Nadia dengan kerisauan.

‘Entah-entah…’,kata Ayuni dengan muka pucat.

Muka Ayuni yang tadinya ceria terus bertukar pucat.Hati kecilnya mula berkata-kata.Pemikiran dia dan kawan baiknya itu sama.Maklumlah,mereka dibesarkan sejak kecil bersama-sama di rumah kebajikan.Ideologi mereka juga sudah menjadi sama…

Mereka terdiam.Mereka terus menoleh ke arah pintu dapur itu.Hati mereka menanti penuh debaran.Peluh mula menitis di dahi mereka.Tangan mereka mula menggeletar.

Naqib dan Hazzim memandang kawan baik mereka yang memakai baju jersi bola JDT berwarna hitam itu.Lelaki itu khusyuk sekali menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Larkin itu sehingga tidak menyedari yang perempuan-perempuan sebelah lelaki itu sedang mengambil gambarnya secara senyap-senyap.

“Lan’,kata Naqib.

‘Hm’

‘Bini kau tak marah ke kau keluar dengan kitaorang ini?Kau kan baru kahwin..Kitaorang ni lainlah..Masih bujang terang tang tang’,kata Hazzim pula lalu ketawa.

‘Apa aku kisah’

‘Fuyooooo gila la..Statement kau tu ni betul-betul maut ni..Tidur luar lah kau jawabnya malam ni’,kata mereka serentak lalu ketawa.

“Aku tak takut bini’,kata Azlan dengan selamba.

Terus terdiam Naqib dan Hazzim dibuatnya.Mana tidaknya,walaupun jawapan lelaki itu ringkas,maksudnya cukup padat dan lengkap.Dia bagai tahu sahaja yang kawan dia yang dua orang ini takut bini sebenarnya…

“Nah tisu’,kata Ayuni lalu menghulurkan sehelai tisu kepada kawan baiknya yang sedang menangis itu.

‘Thanks’,kata Yasmin lalu mengelap air mata yang membasahi pipinya itu.

Rasa puas dia rasa dapat menangis di dalam rumah kawan baiknya yang sudah dianggap seperti kembarnya juga itu.Semua perasaan sakit yang bersarang di hatinya mula terhakis sedikit demi sedikit.Apa yang dilakukan Azlan tadi betul-betul menyakitinya…

Ketika itu,Yasmin sedang bersiap-siap takkala Azlan baru selesai mandi.Dia tersenyum memandang lelaki itu.Dia tahu,lelaki itu pasti ingat dengan apa yang dicakapnya semalam.Tanpa sebarang was-was,dia terus menyolek mukanya agar kelihatan cantik malam ini.

Takkala sedang menyapu pemerah pipi,dia terus terkejut takkala memandang Azlan yang memakai baju jersi bola itu.Dia terus menoleh ke arah lelaki itu.

“Sayang..Saya kan dah siapkan baju awak…Kenapa awak tak pakai baju yang saya gosok tu?’

‘Aku tak pergi’

‘Tak pergi??Awak biar betul.Ni kan majlis Ayuni..Bukan semalam awak cakap ok ke?’

‘Tu semalam.Aku nak keluar’

‘Saya macam mana?Saya dah siap ni tau nak pergi house warming Ayuni tu..’

‘Kau pergi je majlis tu.Aku malas’

‘Awak nak pergi mana?Kita pergi sekejap lepas tu baliklah.Boleh kan?’

‘Adalah.Aku malas la’

Yasmin mencebik.Dia pandang sahaja lelaki itu.Puas dia pujuk tetapi lelaki itu masih berdegil.Kecik hati Yasmin dibuatnya.Sia-sia sahaja dia menyiapkan pakaian lelaki itu…

‘Min..Kau berangan eh?’

Yasmin tersedar daripada lamunan.Dia terus menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya.

“Kau jangan risau tau,Min…Kitaorang teman kau makan ya’,kata Nadia sambil menenangkan kawan baiknya itu.

“Betul tu Min..Aku akan teman kau…Lantaklah orang nak cakap apa..Yang penting,kau tak keseorangan..Kalau kau nak apa-apa,kau cakap je..Nanti aku ambilkan ya?’,kata Ayuni pula.

‘Thanks korang’,kata Yasmin dengan sedu-sedan.

“Memandangkan kita dah lama tak jumpa,apa kata kita karaoke nak?’,kata Ayuni dengan teruja.

“Nak!!!’,kata Nadia dan Yasmin dengan teruja.

‘Jom’,kata Ayuni lalu menarik tangan dua gadis itu ke luar rumahnya.Dia sudah tidak sabar untuk menyumbangkan suaranya bersama-sama kawan-kawannya ini kepada tetamu yang hadir.Baginya,kegembiraan Nadia dan Yasmin ialah kegembiraannya juga.

Datuk Megat Iskandar masuk perlahan-lahan ke dalam rumah itu.Dia tahu,waktu-waktu begini pasti semua sudah tidur.Dia pun tidak menyangka yang dia akan pulang lewat seperti ini.

Baru sahaja dia mahu naik ke tingkat atas,lampu rumah itu terbuka semuanya.Terkejut Datuk Megat Iskandar ketika itu.Dia terus memandang ke arah wanita yang memakai baju kelembar dan bedak sejuk buatan syarikatnya itu.

“Baru balik?’,kata Datin Mariana dengan suara menyeramkan.

“Saya sibuk tadi..Ada banyak kerja’

‘Saya kan kerja sama macam abang..Kenapa saya boleh duduk rumah?’

‘Awak tak faham..’

‘Tak faham?Memang saya tak nak faham abang ni!Abang sama macam Lan!Tak habis-habis buat saya pening kepala’,kata Datin Mariana lalu berlari naik ke atas.

Datuk Megat Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Naik pening kepala dibuatnya melayan isterinya yang sering bertukar-tukar emosi itu.Sekejap ok..Sekejap macam puting beliung….

“Sekian terima kasih!’,kata Ayuni,Nadia dan Yasmin serentak dengan teruja selepas selesai menyanyi di hadapan tetamu yang hadir malam itu.

Mereka rasa seronok sekali.Sudah lama mereka tidak menyanyi bersama-sama seperti ini.Hilang semua masalah dalam fikiran dan hati mereka.Cadangan Ayuni itu betul-betul berhasil!

Yasmin tersenyum memadang tetamu-tetamu yang duduk di hadapan mereka itu.Sungguh dia tidak sangka persembahana sepontan mereka itu berjaya menambat hati semua yang hadir malam itu.Majlis yang pada mulanya agak hambar terus menjadi meriah dan riuh selepas mereka membuat perasaan.

Tiba-tiba mata Yasmin terpandang seseorang.Dia yang tadinya sedang tersenyum terus terkejut takkala nampak lelaki yang sedang duduk di salah satu meja di halaman rumah Ayuni yang luas itu.Lelaki itu pandang sahajanya.

“Min,jom kita nyanyi lagi?Lagu sakitnya tuh di sini pulak!’,kata Ayuni dengan teruja.

“Betul tu..Siapa nak dengar penyanyi utama kita ni nyanyi!’,kata Nadia pula.

Ramai tetamu mengangkat tangan.Mereka sudah tidak sabar mahu mendengar suara Yasmin yang bagi mereka sedap dan merdu itu.Mereka siap bersorak nama Yasmin lagi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience