"nenda nak is ceraikan dia, nak simpan dia buat apa lagi, your child are gone.. "suruh puan tengku
"i won't..is sayang dia.. "balas iskandar
"sayang.. sayang tu lama lama boleh mati...is perlu hidup baru..hidup dengan syarina.. she also can give you child"ujar puan tengku.
"no..is takkan ceraikan dia walau apa pun terjadi"iskandar mencapai kunci keretanya lalu keluar dari rumah agam itu. dia ke rumah izzati namun rumah itu sudah sebulan tidak berpenghuni.dia cuba bertanya pada linda dan daud namun mereka juga tidak mengetahui keberadaan izzati.
"sayang..sayang dekat mana"keluh iskandar.iskandar memandu keretanya tanpa arah.semua tempat yang pernah dilawati bersama izzati diperginya namun hampa.
"wan.. maaf zati lama tak datang jenguk wan.. wan.. zati hantar cicit wan untuk teman wan dekat sana. wan tolong jagakan dia untuk zati ya.. ayah pun dah ada dekat sana.. wan berbaiklah dengan ayah ya.. minta dengan Allah agar ayah tinggal dengan wan dekat sana"diseka airmatanya. bahunya ditepuk. izzati mendongak
"jom dah lewat ni..kita nak ke kubur uwais dengan ayah pula"ujar khairi.izzati mengangguk.
"wan zati balik dulu ya.. nanti zati datang lagi."pusara itu diperhati dari kejauhan.rindu teramat pada wanita tua itu.
"kalau tak sempat tak pe lah kita pergi lain kali"ujar izzati.
"sempat.. khai pun takde urusan apa apa"ujar khairi.
"thanks..sebab ada dengan zati waktu sukar dan duka zati"ujar izzati
"takde hal lah.. khai cuma nak zati kuat macam dulu..lagipun khai nak tebus salah khai dengan zati"ujar khairi. izzati tersenyum. mereka tiba dipusara encik halim,uwais dan malaika,anak kecil yang belum sempat ditatapnya tapi diketahui anak itu adalah perempuan.
"assalamualaikum..ayah zati datang.
ayah tengah buat apa.. main dengan cucu ke.. "pusara uwais dan malaika di tatap izzati.
"ayah tolong jagakan uwais dan malaika untuk zati ya..zati tahu ayah gembira dekat sana dapat main dengan cucu.. ayah tunggi ya nanti zati menyusul"tangisnya kembali. khairi hanya membiarkan gadis itu berbicara. dirapikan pusara ayah dan anak anaknya.usai itu mereka berangkat pulang.izzati pulang ke apartment khairi.dia lega kerana tiada siapa yang tahu dia disitu.
"kak zati, customer ni nak tukar colour baju ni.. tapi tarikh belian dah lebih tiga hari, tagging masih ada and masih dalam plastik..condition dia pun masih ok"ujar laila pekerja dibawah seliaannya.
"ermmm boleh la..but depends pada stok ya"ujarnya lalu menatap semula komputernya.dia yang bekerja di mercy setelah beberapa kali dilamar pemilik butik itu agar dia bekerja disitu setelah berita akan nasib yang menimpanya sampai ke telinga dato itu. ini semua kerana bantuan khairi. izzati keluar melawat keadaan butiknya dan juga melepaskan beberapa orang pekerja untuk rehat.
"handsomenya.. tinggi siot"bisik pekerjanya
"tu tatu... mafia apa"izzati menghampiri mereka
"apa yang korang sembang ni laila, anis"izzati menjengah jengah kepalanya mencari kelibat yang dimaksudkan
"tu mamat tu kak zati.. uishh elok.. agak agak dia mafia ke apa.. tengok tatu tu.. seremm"ujar anis.
"mana"soal izzati
"tu yang dekat rak tu"tunjuk laila.
"yang tu.. entah la.. kadang tatu je lebih tapi bila kenal tikus rupanya gaya macam naga je lebih"ujar izzati sambil tertawa.dua gadis itu turut tertawa
"akak nak ke toilet kejap...nak terkucir"izzati melajukan langkahnya.stiletto yang dipakainya berdetak detak membuatkan pengunjung tadi menoleh.tapi mereka tidak bersua muka.
"ah comelnya..awak sapa.. zati.. oh patut comel"dia berbual dengan wajahnya dicermin lalu tertawa sendiri.dia melihat sekitar paradigm mall. pengunjung agak ramai.. mungkin kerana hari itu hari minggu. dalam izzati mencuri tulang matanya tertangkap satu pasangan. agak janggal kelihatan tetapi wanita itu tidak henti henti cuba raih perhatian sang jejaka.iskandar dan syarina. izzati mula gelabah.dia seakan hilang arah.izzati melajukan langkahnya masuk ke dalam butik.langkahnya gelong kerana stiletto.dia terlanggar bahu seseorang.
"maaf maaf"dia menunduk meminta maaf tanpa menoleh dan kalut pergi.
"miss.. miss sorry miss"panggil lelaki itu.
"kak zati customer tu panggil"ujar laila
"ish... nak apa pula mamat ni"getusnya.dia risau akan bertembung dengan iskandar yang akan melalui depan butiknya.
"yes.. what can i do for.... "belum sempat kata katanya dihabiskan
"haiden"tempik izzati. haiden tersenyum. izzati berlari mendapatkan haiden tapi tubuh genit itu didukung haiden.mereka berpelukan gembira.
"eeiiii rindunya"izzati memeluk erat leher lelaki itu.dua gadis tadi tergamam.
"me too"lalu diturunkan tubuh gadis itu.
"bila sampai"soal izzati
"last week.. "wajah gadis itu ditatapnya.banyak perubahan pada gadis itu.ok kah dia.. soal hati kecil lelaki itu.
"owh.. wah makin kacak kau sekarang.. sado.. huhu"dipicit otot lengan lelaki itu. haiden hanya tersenyum.iskandar dan syarina melintas dihadapan butiknya namun mata iskandar lagi cepat menangkap wajahnya.iskandar berpatah semula dan masuk ke butik izzati.
"sayang"panggil iskandar. izzati tergamam.syarina juga.
"hello bro.. "haiden menghulur salam.
"hei haiden.. bila balik"sapa iskandar.
"last week"ujar haiden
"sayang.. sayang pergi mana"soal iskandar
"er.. haiden..nombor aku still sama kau boleh call nanti ok.. i've got to go"izzati tergesa gesa. dia mahu mengelak dari bersua dengan iskandar.
"zati, your phone"telefon izzati yang terjatuh tadi berada ditangannya. izzati meragut telefon itu lalu kalut masuk ke pejabatnya.iskandar mengekorinya dari belakang.
"laila please.. jangan bagi dia masuk"suruh izzati
"maaf encik.. encik tak boleh masuk"ujar laila. langkah iskandar mati disitu. syarina menghampiri iskandar.
"sayang jom.. kita dah lewat nak le rumah daddy"ajak syarina.dihatinya geram tidak terkata. iskandar hanya mengikut.
"woiii"sergah khairi dari belakang. izzati terperanjat.
"ish khai ni.. kalau zati ada heart attack mati dah agaknya"marahnya..khairi tertawa.
"zati kenapa macam tikus mondok takut kucing ni"ujar khairi
"tak..tadi bertembung dengan iskandar"ujarnya
"hah.. lepas tu"khairi cuak
"lepas tu apa.. kantoi la zati kerja dekat mercy"ujarnya.khairi melepaskan keluhan panjang.dia risau akan keselamatan izzati.
"eh haiden dah balik malaysia"nadanya ceria kembali
"oh yaka.. bila dia balik"soal khairi
"minggu lepas katanya"izzati menutup pintu kereta.khairi memandu keretanya
"cepat siap majlis pukul 8.30 nanti lambat pula"pesan khairi. izzati membuat isyarat ok. izzati yang mengenakan gaun satin paras lutut berona kelabu hitam tampak elegant.stiletto biru gelap seakan senada dengan pakaian itu.khairi terpana. pertama kali dia melihat izzati berpakaian begitu.terserlah kecantikan gadis itu.
"hah yang khai ni dah kenapa...kata dah lewat"sapa izzati
"hah.. ok ok.. "khairi memandu keluar kereta itu ke tempat yang ingin dituju.izzati tergamam.rumah agam itu membuatkan izzati berasa sedikit gentar.
"ni bukan calang calang majlis ni"bisik hatinya.dia memperbaiki pakaiannya dan dirinya.
"dah cun dah"usik khairi.
"jom masuk mummy dah tunggu dekat dalam"ajak khairi.kelibat puan rohani kelihatan.
"mummy daddy mana"soal khairi.
"dah majlis kawan dia sahih la dengan kawan dia.. "ujar wanita itu.
"masyaAllah cantiknya anak mummy"puji puan rohani
"mana ada.. biasa biasa je,majlis siapa ni mummy"soal izzati
"oh majlis kawan daddy, tengku mustafa"izzati hanya mengangguk.ramai tetamu yang hadir. cara pakaian dan pergaulan mereka penuh tertib dan agak formal.izzati janggal.
"terima kasih kerana sudi hadir pada malam ni,majlis ini diadakan bertujuan mengumumkan dua perkara.. iaitu yang pertama saya mahu memberitahu bahawa kerjasama mahawangsa dan armada untuk tender projek di australia telah ditemetarai. projek akan bermula pada bulan hadapan."ujar lelaki separuh abad itu.
"armada... iskandar"ingat izzati.
"dan satu lagi berita baik ialah anak saya tengku syarina telah mengandungkan cucu sulung kami dan usia kandungan dua minggu"izzati kaget. kakinya lemah dan hampir rebah.khairi yang perasan akan perubahan izzati sempat menyambut bahu gadis itu dari rebah.
"zati. maaf khai tak tahu"khairi serba salah
"kenapa zati.. tak sihat ke"soal puan rohani.izzati menggeleng
"syarina tu madu zati mummy"ujar izzati. puan rohani melongo.terkejut akan berita itu.
"maaf mummy tak tahu"puan rohani pula rasa bersalah
"tak pe mummy"izzati cuba tidak merosakkan keadaan.di dalam hatinya dia berharap agar tidak bertembung dengan khairi.sedang mereka menikmati hidangan, mata izzati melilau memerhati sekeliling agar tidak bertemu dengan pasangan itu. seleranya mati. tiada satu pun yang dijamahnya.
"makan la sikit.. nanti perut masuk angin"pujuk khairi.izzati menggeleng.
"zati nak ke toilet kejap"pintanya
"nak khai temankan"soal khairi
"tak pe zati pergi sendiri"ujarnya dan berlalu pergi.dia mencari tandas di setiap pelosok rumah agam itu.
"zati"panggil linda
"awak.. saya nak terkucir... tandas dekat mana"soal izzati
"mari saya bawakan"izzati mengekori linda dah belakang.
"thanks... eh awak tunggu sekejap saya ada benda nak tanya"pinta izzati. linda mengiyakan saja.selesai itu izzati membuka pintu alangkah terkejutnya dia iskandar dihadapan pintu bukannya linda. iskandar masuk dan mengunci pintu tandas itu.dipeluk erat gadis itu.di kucup pipi dan dahi gadis itu berkali kali. dia cuba mencium bibir gadis itu tapi di elak izzati.
"sayang..hubby rindu sayang"ujar iskandar. dipeluk erat tubuh itu.namun ditolak kasar izzati
"sayang...kenapa ni.. hubby rindu sayang.. hubby cari sayang merata tapi tak jumpa"tangan gadis itu digenggam erat.direntap tangannya kuat
"sayang... "iskandar terkejut dengan perubahan izzati
"ceraikan aku"itu yang terpacul dari mulutnya.
"but why"soal iskandar.
"kau dah ada dunia kau dan aku ada dunia aku"ujar izzati tegas
"sayang kenapa cakap macam ni dekat hubby"iskandar merayu
"antara kau dan aku dah tamat...bagi aku kau dah mati...tiada lagi dalam kamus hidup aku nama kau"ujar izzati.
"sayang hubby minta maaf atas apa yang jadi tapi hubby dah berusaha untuk pulihkan keadaan.. "ujarnya
"tak perlu.. aku dah tak nak hidup dengan kau yang bagi aku seperti penjara yang dihakimi oleh pangkat dan harta.. cukup bagi aku..aku dah tak nak sengsara lagi"kata kata itu laju keluar dari mulut izzati.iskandar seolah hilang kawalan apabila mendengar kata kata izzati mencium bibir gadis itu kasar hingga dia terdorong ke dinding.makin izzati melawan iskandar makin kasar dan agresif.tangan iskandar menjalar ke seluruh tubuh izzati. izzati menampar iskandar kuat. iskandar seakan tersedar perbuatannya.dia berhenti.izzati membuka pintu tandas dan keluar dalam keadaan marah.bibirnya pedih akibat digigit iskandar.dia bertembung dengan syarina dan puan tengku.islandar keluar dari tandas itu dengan terkocoh kocoh kaget.banyak mata memandang
"what are you doing here"soal syarina. izzati diam
"what are both of you doing in there"soal syarina lagi. izzati tiada kata.dia membaiki bajunya yang compang camping.
"iskandar answer me"tempik syarina. puan tengku hanya memandang sinis. izzati mahu melangkah tapi dihalang syarina
"aku minta maaf.. "ujar izzati.
"maaf..wahhh so easy"marah syarina
"i'm sorry.. let me go please"pinta izzati
"senangnya kau.. dalam majlis aku kau goda suami aku"marah syarina. izzati memandang syarina tajam.
"syarina stop it"tempik iskandar
"sayang, sebab perempuan ni you tengking i, i'm your wife and now i mengandungkan anak kita you masih lagi nak berpihak pada perempuan ni"syarina meraih simpati. izzati diam. dia mahu melangkah tapi rambutnya ditarik syarina lalu di dorong gadis itu ke kolam. izzati terkapai kapai kerana tidal pandai berenang. khairi yang menyaksikan kejadian itu berlari ke kolam dan cuba menyelamatkan izzati tapi iskandar lebih pantas terjun ke kolam dan menyelamatkan izzati. syarina menjerit melepaskan amarah. puan rohani mendapatkan izzati yang berada di tepi kolam.
"perempuan tak tahu malu... berani kau goda suami aku dalam majlis aku dirumah aku.. dasar perempuan takde maruah"tempik syarina. izzati yang berada ditepi kolam hanya diam dan menggigil kesejukkan.
"kau yang patut malu... dia juga ada hak pada iskandar.. dia masih isteri iskandar yang sah.. dia isteri pertama iskandar.. kalian yang menidakkan hak dia"izzati memaut kaki khairi agar lelaki itu berhenti. puan rohani memeluk tubuh gadis itu.
"pergi jahanam semua.. siaaaalll"tempik syarina. iskandar mahu membantu izzati bangun tapi dihalang khairi
"kalau kau tak boleh jaga dia dengan baik.. kau lepas kan dia.. ramai lagi lelaki yang boleh jaga dia lebih baik dari kau"ujar khairi diam
"yang kau cakap tu wife aku.. isteri aku yang sah.. kau siapa yang nak paksa kau ceraikan dia"marah iskandar
"aku lelaki yang pernah dan selamanya menyayangi izzati.. ya aku pernah buat silap tapi aku takkan buat kesilapan yang sama untuk kedua kalinya.. bukan macam kau dayus"ujar khairi geram.kolar baju khairi dicekak iskandar. mata mereka bertentang.ada amarah dalam mata mereka. izzati menarik tangan khairi.
"is you tengok.. macam ni you nak kata dia isteri you.. datang dengan jantan lain...goda orang lain"provok syarina. ada senyum sinis di bibir puan tengku.
"kau jangam biadap"ujar khairi.
"dah la khai, jom balik.. zati nak balik"izzati menarik tangan khairi
"kau didik isteri kau tu baik baik"ujar khairi.tangan izzati ditarik iskandar. izzati berada didalam pelukan iskandar.iskandar mencium bibir izzati kasar. izzati menolak tubuh lelaki itu. banyak mata menyaksikan mereka. sekali lagi izzati menampar iskandar. pelukkan itu dilepaskan
"aku bukan perempuan murahan yang senang kau nak injak injak"marah izzati.izzati berlalu pergi
"kau jangan lupa aku beli kau dari ayah kau dengan nilai sepuluh ribu"tempik iskandar. langkah izzati terhenti.puan tengku tersenyum puas.syarina juga.mereka puas izzati dimalukan dikhalayak ramai.izzati menoleh.dadanya membara. tidak semena khairi melepaskan tumbukan mengenai pipi iskandar.
"ini untuk sepuluh ribu kau dan ini untuk izzati yang maruah dia kau dah canang"sebiji lagi tumbukan mengenai pipi iskandar. iskandar mahu melawan tetapi tubuh khairi dipeluk izzati.
"ceraikan aku itu yang terbaik buat kita"ujar izzati tegas
"kau jangan harap aku akan ceraikan kau.. sampai mati pun aku takkan ceraikan kau"marah iskandar
"kau tengok syarina suami kau yang tak nak ceraikan aku.. bukan aku yang terhegeh hegeh.
so selamat bermadu ya.. oh ya tahniah atas kandungan.. jaga elok elok anak suami aku"izzati menarik khairi pergi.
"bitch...fuck off slut... damn.. bullshit"tempik syarina.
Share this novel