BAB DUA BELAS

Drama Completed 36633

Semuanya terasa asing. apa yang disaksikannya malam itu seolah satu tamparan baginya, ayahnya curang, adiknya bersekedudukan dengan lelaki didalam bilik ayahnya, kakaknya cuba merampas satu satunya lelaki yang menerima kekurangan dirinya, emaknya dimana tempat dia patut berkongsi segalanya tidak pernah mempedulikannya apatah lagi kehadiran ibu tiri yang hanya menambah duka
"wan... zati rindu wan"rumah arwah nendanya di lihat dari jauh. rumah itu kini ada penghuni baru dan sedikit berubah rupa. semua memori dibawa pergi.
"kau jangan la sedih sedih, aku kan ada"pujuk daud.
"aku ni memang tak patut wujud ke"entah kenapa soalan itu terpacul dari mulutnya
"apa kau ni,hidup,ajal,jodoh dan rezeki semua Allah tentukan, kenapa kau tak redha dengan hidup kau"daud cuba memancing
"bukan, aku cuma terfikir, kenapa hidup aku sulit sangat, tak seindah hidup orang lain"airmatanya mula bergenang.
"dah kau jangan nak buat drama airmata dekat sini, jom nanti lambat sampai pula"ujar daud
"khairi dua tigs hari ni langsung tak call aku,wasap aku pun tak,apa salah aku pun aku tak tahu"di mula berfikiran
"dia sibuk kot, banquet banyak outdoor sekarang"daud cuba menutup helah. tidak sanggup dia membuka cerita yang akan menambah duka dihati sahabatnya. mereka menaiki motosikal menuju ke tempat kerja. sepanjng jalan mereka menyanyi..walaupun lari tempo dan salah lirik, ianya hiburan
"makan dulu nak, awal lagi ni.. ada 45 minit lagu.. punch kad punch kad dah"ajak daud
"jom aku pun lapar"mereka duduk berdua. telefonnya di periksa. mana tahu mungkin ada mesej dari tunang tersayang.
"lagi"dia berbisik
"kenapa"soal daud. mesej dari encik halim ditunjuknya
"duit lagi"sudu diletakkan.jarinya laju menaip. wang berjumlah seratus sudah dimasukkan.
"ayah, zati dah masukkan duit"panggilan segera ditamatkan. makanannya dikuis kuis
"aku ni anak derhaka ke sebab tak ikhlas bagi duit kat ayah aku"soalnya
"ni kali keberapa dah kau tanya, derhaka atau tak itu hanya Allah yang tahu"ujar daud
"aku taknak dia gunakan duit tu kepada benda yang tak sepatutnya"ujarnya lagi
"macam ni lah, tugas kau sebagai anak dah kau buat, hal peribadi dia itu antara dia dengan Allah"daud menyusun sebaik mungkin kata katanya agar perasaan sahabatnya tidak terguris.
"tapi dia ayah aku, setiap kelakuan dia terpalit juga aku, makcik tu walaupun dia ibu tiri aku, aku pun tak sampai hati tengok dia kena tipu macam tu walaupun perbuatan dia menyakitkan hati aku, tikah tu, aku taknak dia rasa apa yang aku rasa time ayah aku gaduh dengan mak aku pasal mak dia, tengok sekarang, apa yang dia fikir sampai boleh bersetubuh dengan jantan dalam bilik ayah aku"izzati perasan yang dia sudah terlepas kata
"Astaghfirullah,bila?"daud terkejut
"dua tiga hari lepas, hari yang khairi amik aku lewat sebab hujan tu"terangnya.dahi daud berkerut sedikit. dia juga teringat akan peristiwa di rumahnya.
"khairi.. kau sudah menambah duka izzati."getus hatinya
"eh jom tengok movie baru kat netflix, dan lagi ni nak layan"daud cuba mengalihkan perhatian izzati. movie humor yang ditonton mereka memecah sunyi kafetaria dimana hanya mereka sahaja disitu. tawa mereka memecah sunyi. pekerja yang lalu lalang sesekali menoleh kerana terkejut akan hilai tawa mereka. waktu kerja semakin hampir.mereka ke bilik persalinan
"tubbies, tolong aku kejap"jerit daud dari luar. izzati keluar dengan kalut apabila mendengar jeritan sahabatnya.
"apa"soalnya
"jahit butang kejap, tercabut, seksi ni"rengek daud.butang bajunya tercabut menampakkan pangkal dadanya yang bidang. izzati keluat semula denga jarum yang siap di isi benang. dijahit terus butang itu pada baju yang telah disarung daud.banyak mata menyaksikan. ada yang beranggapan mereka sedang cumbuan kerana kedudukan mereka rapat.
"siap"izzati masuk semula kedalam tiba tiba dia jatuh tersembam.rambutnya digenggam ara dan dia ditampar berkali kali.
"ara,kenapa ni"izzati tidak tahu apa salahnya sehinggakan ara bertindak sebegitu
"kau tahu aku suka kat daud kan, kau lagi nk terhegeh hegeh, tak cukup dengan abang khairi,daud pun kau nak kawal"marah ara. izzati cuba bangun
"aku dengan daud kawan jelah"dia membela
"kawan,yang kau cium dia tadi tu apa"ara semakin membara
"mana ada, aku jahit butang baju dia"izzati membersihkan pakaiannya
"kau memang pandai berlakon"izzati dikeronyok ara. dia terbaring ke lantai, pakaiannya direntap, rambutnya kusut
"abang khairi kau lembik tekak, sampai milia brake dengan dia,lepas tu daud pun kau nak kawal, betina apa kau ni, padan la kalau kau kena game balik dengan abang khairi"izzati menolak ara hingga dia tersadung ke dinding
"apa maksud kau"beberapa orang yang ada disitu cuba meleraikan tapi tidak berjaya
"kau tak tahu le abang khairi tidur dengan milia dua tiga hari lepas"ara tertawa. izzati menggenggam kolar baju ara dan matanya dijengkilkan
"kenapa kau tak percaya, kau tanyalah abang khairi"izzati melepaskan kolar baju ara,bangun dan menuju ke almarinya. benarkah apa yang dikatakan ara atau sekadar fitnah untuk sakitkan hatinya.ara yang masih belum berpuas hati menghentak kepala izzati pintu almari. kepala izzati berdarah terhantuk pada tombol almari. matanya berpinar. izzati pengsan. daud yang mendengar namanya dipanggil bergegas ke dalam tanpa menghiraukan yang lain.yang penting sahabatnya.izzati berlumuran darah
"zati,zati"panggilnya.izzati diam kaku. dia mengusung izzati dan dibawa ke bilik rawatan.izzati dibawa ke hospital menaiki ambulans.hatinya risau bukan kepalang.Izzati dibenarkan pulang selepas habis saline drip.lukanya tidak dalam, cuma tubuhnya terlalu letih, stress.
"macam mana boleh jadi"soal daud apabila izzati membuka matanya
"aku pening, tiba terhantuk dekat tombol"dalihnya
"kau jangan tipu aku la, ni muka merah sapa punya cap ni"soal daud lagi
"ishhh tak payah panjang cerita la,aku ok dah pun,baru aku tahu apa rasanya berkawan dengan orang femes"dia bercanda.daud mengalirkan airmata.
"benda ni bukan main main tau, kalau jadi pape dekat kau, aku tak tahu la hidup aku macam mana"tangisnya.izzati memeluk sahabatnya.terasa ikhlas dan sayang sahabatnya itu tulus
"eh tadi aku dengar ara kata khairi tidur dengan milia,betul ke"soal izzati. daud cuak
"aku tanya ni"daud tidak sanggup memandang wajah sahabatnya
"gossip je tu,bilik khairi sapa boleh masuk"jawabnya gugup
"yang kau cuak kenapa dan aku tak de pun kata dorang tidur dalam bilik khairi"daud tergamam.dia tersangkut dipertengahan.
"kau tanya lah dia sendiri, aku taknak jadi punca korang gaduh"ujar daud
"so betullah"izzati sudah mula mendatar.
"sayang, sayang ok"khairi yang berlari mendapatkan izzati yang terbaring dengan wayar ditangan serta kepala berbalut.izzati hanya memerhati khairi.
"ikhlaskah dia, jujur kah dia, risaunya benar tulus? benar ke cerita tu atau sekadar fitnah"hatinya bersoal bicara. fikirannya tersekat. dia hanya memerhati khairi.pelukakn khairi tidak dibalas. selesai saline drip izzati melangkah keluar hospital dengan fikiran buntu.tangan yang selalu memimpinnya ketika berjalan tidak di gapainya. begitu juga daud. tidak diendahnya.padanya saat ini dia tertipu dan ditipu. pandangannya di alih keluar.
"dapat mc kan,khai hantar balik ya"ujar khairi
"zati nak kerja"tolaknya.andai dia pulang makin berserabut. biar dia bekerja agar tidak terlalu memikir.
"zati kan tak sihat"ujar khairi
"entah, kau rehat je lah,kesihatan tu penting"ujar daud
"aku ok, kenapa kau dah jemu jaga orang macam aku"coretan hatinya diluahkan
"apa kau ni, kenapa cakap macam tu, aku risau kau"daud sedikit bernada tinggi. izzati diam.sesampainya mereka, izzati terus ke pub.dia tidak mahu banyak bicara.dia bertembung dengan ara tapi tidak di endahnya
"kau pehal buat zati sampai macam tu sekali"suara daud memecah sunyi. izzati menoleh. dilihatnya ara bersandar ke dinding dan lehernya dicekak daud. izzati berlari mendapatkan daud yang membara
"kau jangan melampau ya, ini amaran dari aku,lagi sekali kau buat macam ni dekat izzati nahas kau"daud melangkah kerana ditarik izzati
"aku suka kau"tempik ara
"apa, suka aku"daud menoleh dan berjalan kearah ara dengan marah. izzati memeluk daud dari belakang bagi menenangkannya agar tidak bertindak agresif.
"kau ingat dengan apa kau buat ni aku akan suka kau, sorry, kau lah orang pertama dalam senarai manusia yang patut aku hindari.aku takde dan tak akan ada hati dekat kau ingat tu.kau jangan expect apa apa pun dekat aku.ini amaran dari aku, lagi sekali kau kacau bff aku ni siap kau"amaran daud.izzati menarik daud dan mereka menuju ke pub.disuruhnya daud duduk. izzati berdiri dihadapan daud sambil memeluk tubuh.aman,wan dan ruhil hanya memerhati dari jauh. pancaran lampu yang tepat kearah mereka seolah soal siasat polis sedang berjalan
"kenapa kau buat macam tu"soal izzati
"sebab dia dah melampau"jawab daud
"dia melampau dekat aku bukan kau, yang sakit aku bukan kau"balas izzati
"sakit kau sakit juga aku"daud tidak mahu mengalah
"tapi dia perempuan"ujar izzati lagi
"perempuan ke apa ke, kalau dah over the limit caras tetap caras"daud cuba berjenaka
"kau buat perempuan,kalau kata perempuan tu aku.. macam mana"soalnya
"kau bff aku takkan aku nak cepuk"jenakanya lagi
"abis si ara tu pondan"soal izzati
"dia lain, takde kena mengena dengan aku"balas daud acuh tak acuh
"abis aku siapa pada kau"umpan izzati
"kau one and only sahabat aku yang paling aku sayang"balas daud dan dibuat muka comel
"kalau aku one and only bff aku, kenapa kau tak cerita pasal khairi dan milia"dia cuba pancing
"bukan aku taknak cerita, aku pun terkejut, dia buka pintu bilik aku tengok dia dengan milia dalam bilik tak berbaju"ceritanya tak dihabiskan. dia tahu dia sudah terperangkap. aman, wan dan ruhil mengeluh resah. aman meraup mukanya kerana dia tahu bahawa dia akan menjadi target untuk disoal siasat.
"jadi betul la dorang tidur bersama malam tu"soal izzati. nadanya bergetar.
"tanya aman, aku nak cakap pun tak tahu"aman cuba lari
"aman, story cepat"pinta izzati. aman gugup.
"aku tak tahu sangat, apa yang aku tahu aku balik aku dengar daud denga khai bergaduh. aku jenguk milia ada atas katil khair, baju milia ada atas lantai"ujar aman.
"kenapa korang tak bagitahu aku"soal izzati lagi
"aku minta maaf aku bukan tak nak bagitahu kau atau nak bersubahat, tapi aku nak biar dia sendiri yang bagitahu kau.biar kau dengar sendiri dari mulut dia"ujar daud. airmata izzati mengalir. daud lemah akan airmata izzati. baginya airmata itu terlalu mahal untuk dibazir ada yang tidak menghargai.
"kau kata kau sayang aku, tapi aku dengar dari orang lain, lagi sakit hati aku, mana ditambah fitnah pula"ujar izzati tersekat sekat kata katanya.
"aku minta maaf, aku tak berniat nak rahsiakan, dengan keadaan kau yang banyak nak kau fikir,kau tanggung, aku tak rasa ini waktu yang sesuai untuk kau tahu, dan aku tahu khairi menyesal dengan apa yang berlaku"daud cuba menenangkan izzati.
"menyesal ke tidak itu cerita lain,persoalannya sekarang kenapa dan macam mana boleh jadi, dah hilang kewarasan ke"tangis izzati memanjang. daud memeluk erat sahabatnya. dipinjamkan bahunya untuk dilepaskan duka.khairi masuk sejurus itu. dia mendapatkan tunangnya
"sayang kenapa ni"airmata izzati dikesatnya. izzati memeluk erat tunangnya. dia cuba untuk menganggap perkara itu tidak pernah berlaku.
"takde apa,zati rindu khai"dia menafikan.
"khai pun rindu zati"tunangnya itu dipeluk erat. izzati memulakan tugas seperti biasa, seolah olah tiada apa yang berlaku.dia cuba menutup duka.dia mahu khairi berterus terang. dia tahu pasti ada yang tidak kena.andai sememangnya khairi sudah tidak menyayanginya lagi dia pasrah.dengan kekalutan keluarganya,siapa pun tidak mahu mendekatinya.daud,aman,ruhil dan wan simpati pada izzati, kuat benar hatinya berpura seolah tiada apa tapi didalam hatinya siapa tahu.khairi setia menanti tanpa mengetahui kebenarannya.

Pelanggan semakin ramai. izzati melayan tetamu sebaik mungkin.dia mahu melupakan semua kisah.
"tubbies,meh makan"panggil daud.
"kejap lagi"izzati sibuk dengan mengambil pesanan.adakalanya dia kurang selesa apabila ada pelanggan yang cuba mengambil kesempatan.khairi agak geram.selesai tugasnya dia mencuri masa untuk rehat. lapar
"wah.. laparnya"spaghetti yang diambil dari kitchen dijamahnya.
"siapa staff kitchen"soalnya
"abang det"ujar aman.izzati berlari anak keluar ke dapur
"abang dettttttt"tempiknya
"zati, lama tak nampak, busy ke"soal lelaki itu
"emmm"dia mengangguk.
"apa yang special hari ni, ada untuk zati tak"matanya dikerdip berkali kali.
"ish laa, abang kalah dengan mata tu,nanti abang masak siap abang call ok"ujar lelaki itu
"ok, zati masuk dulu ya,buat tau, lapar"perutnya diusap.dia berlari semula kedalam.
"buat apa cari abang det"soal khairi
"minta makan la"ujarnya.spaghetti itu dijamah laju.dia kembali semula ke tengah pub untuk melakukan tugasnya.kelakuannya agak aneh
"kenapa dengan dia hari ni"soal khairi
"kau tanya lah dia, mana aku tahu"balas daud acuh tak acuh
"kau ada buat salah dengan dia kau selesaikan cepat sebelum jadi barah"ujar aman yang sedang membuat minuman yang dipesan.kelihatan beberapa lelaki berbual mesra dengan izzati. khairi kurang senang.
"zati, zati ok ke, kalau tak ok, rehat la biar aku buat"ruhil juga risau dengan tingkah izzati.tidal seperti selalunya.
"zati ok, eh makanan zati dah siap"izzati berlari anak menuju le dapur.
"chicken basket"tempik izzati.
"ya, special untuk zati"ujar lelaki itu
"tenkiu abang det"izzati seperti anak anak kecil yang mendapat gula gula.
"zati, abang nak tanya boleh."langkahnya terhenti. ditarik kerusi dibelakangnya lalu dia duduk.ayang yang dipegangnya dinikmati sepuas puasnya
"apa"izzati bersuara
"zati ada masalah ke, sebab zati yang abang kenal tak macam ni, ada apa apa yang abang boleh bantu"soal lelaki itu. ayam yang disuap kemulutnya diletakkan kedalam bekas semula.dia menunduk. manik manik jernih mula berderai.
"zati, abang minta maaf, abang tak bermaksud nak buat zati menangis"lelaki itu kalut apabila melihat gadis itu menangis.
"takpa, zati ni terlalu emosi"balasnya
"abang ada satu tempat untuk zati lepaskan geram.. nak ikut tak"pelawa lelaki itu
"kat mana"izzati seolah teruja
"jom"lelaki itu membawa izzati ke hujung dapur. pintu chiller dibuka
"masuk,abang tutup pintu nanti zati nak keluar zati tekan ni pintu ni akan terbuka"terang lelaki itu
"tapi jangan lama sangat taku beku"usik lelaki itu. izzati mengangguk tanda faham. usai pintu dibuka izzati menjerit sehabis mungkin. kuat suaranya sehingga ruang yang bebas bunyi itu dapat kedengaran suara teriakannya walaupun sayup sayup
"apa yang terbuku dihati kau dik, semoga Allah permudahkan segalanya"terusik hati lelaki itu.izzati menjerit dan menangis semahunya.dia meraung sekuatnya. dilepaskan segala beban dibalik bilik itu. khairi dan daud mula risau izzati masih belum masuk ke stesen lagi. khairi cuba mencarinya. dicarinya di dapur tapi tidak kelihatan kelibat gadis itu.
"abang det nampak zati tak"soalnya.
"dalam chiller,biar lah dia lepaskan beban dulu, serabut sangat abang tengok dia"ujar lelaki itu. khairi menghampiri chiller itu. dia cuba mencuri curi dengar. sayup sayup kedengaran suara tunangnya meraung.
"wan... zati rindu wan, zati tak kuat"raungnya.sesal di hati khairi mula menapak. rasa bersalah juga mula bersarang.dia menanti diluar sehingga tunangnya berasa lega.akhirnya pintu chiller dibuka. izzati keluar.
"sayang"khairi memanggilnya. mata izzati bengkak.rasa bersalah makin menebal.
"la buat apa kat sini, jom masuk"tangan khairi ditarik.
"tenkiu abang det,memang berbaloi"ujarnya.lelaki itu hanya tersenyum.izzati masuk ke stesennya dan mulakan pekerjaannya.daud dan khairi hanya memerhati risau.

"letihnya"izzati mengeluh.dia cuba melelapkan mata untuk mengelakkan dari berbicara dengan khairi.kepalanya disandarkan ke pintu.kereta itu dipandu lelaki itu perlahan agar tidak mengganggu tidurnya.telefonnya berdetik beberapa kali. tidak dihiraunya.kali ini telefonnya berdering.
"hello, ya saya.. baik encik, terima kasih"talian dimatikan.
"kita ke balai polis"ujarnya.
"kenapa"soal khairi.
"ayah"dia tidak dapat menerangkan lebih lanjut.dia segera mencari kelibat ayahnya.akhirnya ke temu.
"maaf tuan, saya izzati anak encik ni dan ini tunang saya, kenapa dengan ayah saya ya"soalnya.debaran dikawal.
"ayah cik izzati kami bawa ke balai bagi membantu siasatan bagi kes pemerdangan manusia"ujar polis itu.izzati terkedu. khairi menggengam tangan izzati, dia tahu tunangnya itu gugup.
"tapi ayah saya hanya bawa teksi encik"izzati cuba membela
"ya saya tahu, kami cuma mahu mengambil keterangan sahaja dan kehadiran cik sebagai pengesahan sahaja"ujar polis itu. setelah semua selesai khairi menghantar encik halim dan izzati pulang.
"dah takde tempat dah nak amik pelanggan, dah takde tempat nak tunggu."izzati mulakan leterannya.
"kita sembang nanti ya, bagi ayah tenang dulu"khairi cuba untuk tidak menambahkan kekalutan di benak tunangnya.mereka diam.sampai di rumah encik halim turun tanpa bicara.izzati masih berdiam dalam kereta.
"biar ayah tenang dulu,baru cakap dengan dia ya, kalau cakap sekarang mesti bergaduh punya. kepala tu berbalut lagi nanti ditambah pula balutan"khairi cuba bercanda tapi tidak di pedulikan izzati.tangan izzati di genggam erat. izzati hanya terdiam menunduk.khairi hanya membiarkan. jari izzati dilurut lembut.izzati menoleh. dia mengukir senyuman semanis mungkin.khairi sedikit lega.
"khai ada nak berkongsi apa apa cerita, kenapa tak call or wasap zati dalam seminggu ni"soalnya tenang. khairi menelan airliurnya berat.
"sibuk sikit, outdoor kan, sayang tahu kan macam mana"ujarnya
"ook.. lagi, ada apa apa yang patut zati tahu tapi khai tak bagitahu lagi"dia cuba memancing
"ermmm.... takde"dia berbasi basi
"about milia, betul ke apa yang zati dengar. dia cuba memberanikan diri untuk bertanya.
"about what"khairi masih berhati hati
"about you slept with her"soalnya.tangannya bergetar.
"sayang,i'm so sorry"khairi mula serba salah.
"betul la"soal izzati tenang.
"ya... maaf kan khai..khai tak berniat pun"khairi cuba mencari alasan
"tak berniat tapi dah tidur bersama, ok lah zati masuk dulu ya"dia cuba membuka pintu tapi pantas dikunci khairi.
"zati nak masuk, letih sangat hari ni huru hara,busy pula tu"izzati tertawa.perubahan sikapnya yang ketara membuatkan khairi lebih risau.
"bagi khai jelaskan"ujar khairi
"takpe tak payah jelaskan apa apa, dah jelas khai tidur dengan dia, khai tak mabuk dan dia juga. korang nak sama nak"ujar izzati tenang tanpa setitis airmata.
"khai tahu khai salah tapi tak bermaksud khai nak benda tu berlaku"khairi cuba membela diri
"takpa zati tak marah,zati faham. zati yang patut minta maaf sebab jadi penghalang hubungan korang"nadanya mula bergetar.
"tak...khai memang takde hati dekat dia... "khairi cuba menjelaskan
"tutup cerita boleh, zati penat zati nak tidur"rayu izzati.
"khai minta maaf, khai tahu khai salah"pintu kereta dibuka. izzati keluar dan berlalu tanpa menoleh.kusut kepalanya. bantal arwah nendanya tempat dia melepaskan duka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience