BAB TIGA PULUH

Drama Completed 36633

Izzati menyinga.mahu saja dikeronyok adiknya.
"apa yang kau dah buat sampai uwais jadi mangsa"tengkingnya.daud cuba menenangkan izzati.encik halim dan puan zila terdiam.tikah juga.
"kalau takat talasemia aku tak kisah tapi ini HiV. berapa ramai jantan kau tidur.. benih siapa yang membiak dalam rahim kau"tengkingnya lagi
"kau kena buat ujian HiV tikah,"suruh daud.penumbuk dilepaskan izzati ke dinding.
"aku tak kisah pasal kisah silam kau.. tapi yang aku bengang budak tu baru sebulan melihat dunia.. banyak yang harus dia hadap nanti, ada kau fikir tak"ujar izzati
"benda dah nak jadi,semua ni Allah yang tentukan bukan kita, anggap ini semua ujian dari Allah"puan zila bermukadimah
"cakap senang la,makcik pun cucu sendiri pun tak nak pegang,kalau dah anggap ini ujian dari Tuhan... kenapa tak dijaga cucu tu"izzati melawan.puan zila terdiam.suasana kecoh menyebabkan uwais menangis.
"benda dah lepas tak payah ungkit lagi.. "akhirnya encik halim bersuara.
"zati bukan nak ungkit, semua manusia buat kesilapan tapi jangan sampai menidakkan hak insan yang tak berdosa,dah lah macam takde rasa bersalah pula"ujar izzati
"dia dah menyesal tu"bela encik halim
"menyesal macam ni, sampai tak pedulikan uwais"geramnya
"kalau dah dia sorang nak bertanggungjawab sapa tak marah"sampuk puan zila
"yang kita tu sama gedik...padan la kalau akibat tu kita tanggung sendiri"tingkah izzati
"jangan sebab kau dapat jaga uwais kau nak tunjuk besar kepala"marah puan zila
"bukan nak besar kepala,tapi betul apa yang zati cakap.. kalau tikah jaga maruah dia, benda ni takkan jadi"jelasnya
"yang jantan tu pun sama.. ikut nak bedal je"marah encik halim
"eh ayah macam kata dekat diri sendiri je... ayah pun spesis main bedal juga zati tengok.. "perlinya
"kau jangan biadap zati"marah encik halim
"betul apa.. ayah kawin dengan makcik then cerai kan mak.. sekarang skandal dengan perempuan tu... entah siapa dia pun tak tahu.. ayah dah kawin ke dengan dia.. ke ayah macam bapa uwais nak sedap je.. dah jadi macam tikah tinggalkan"lancar mulutnya berkata kata
"apa maksud kau zati"puan zila terkesima
"makcik tak tahu ke..realitinya makcik dah bermady walaupun madu yang tak sah"puas izzati. encik halim menampar izzati.
"kau jangan nak biadap ya zati"marah encik halim
"biadap... zati.. belajar biadap dari siapa"provok izzati.
"abang apa maksud zati... abang tolong jelaskan pada saya"puan zila hampir menangis
"jom balik la... sial semua ni.. rumah sial"tempik encik halim lalu beredar
uwais di letakkan dihamparan. ditatap mata anak kecil itu..
"sayang, apapun terjadi ibu tetap sayang uwais.. "tangisnya bercucuran. daud menepuk bahu izzati dari belakang
"aku tahu kau kuat... kau boleh hadap semua ni insyaAllah."pujuk daud.

tikah berkemas mahu pulang ke rumah puan zila.izzati menghantarnya.
"zati, lama tak nampak..eh dah dapat baby dah"tegur jiran sebelah rumah encik halim
"sibuk sekarang ni,tu yang jarang balik"alasannya
"haah sibuk menyundal.. tiba mengandung tu hah anak hasil tu la tu"fitnah puan zila
"eh bukan kawin ke hari tu"soal wanita itu lagi
"kawin apanya, tunang dia pun reject dia kawin dengan nisya.. sebab perangai tu.. tak cukup jantan"makin menjadi fitnah itu.
"eh macam salah je cerita tu"perli izzati
"zati masuk"tempik encik halim. izzati akur.
"kau jangan nak memandai buka cerita si tikah ni ya.. malu aku kalau semua orang tahu.. "ujar encik halim
"habis kalau dorang percaya kata ini anak zati.. ayah tak malu"ujar zati
"kau semua orang dah tahu kau macam mana.. ikut jantan tak habis"ujar encik halim.hatinya remuk akan kata kata itu. dia diam.
"kau tikah, minggu depan masuk sekolah balik, ayah dah uruskan persekolahan kau"ujar encik halim
"ah malas la.. nak kerja"bantah tikah. izzati hanya diam. malas dia mencampuri urusan mereka.
"umur kau belum cukup untuk orang ambil kau bekerja"ujar encik halim
"buat la partime dekat mana mana"bantah tikah lagi.dua beranak itu bertegang urat.
"yang dua beranak ni kenapa"soal puan zila.
"anak awak ni tak nak sekolah"marah encik halim
"tikah, kenapa tak nak sekolah, mak dah uruskan dah persekolahan kau"ujar puan zila
"mak nak kawan kawan ejek tikah, kena repeat tingkatan balik"alasan tikah. mereka terdiam.
"zati nak minta makcik jagakan uwais semasa zati kerja,zati bayar bulan dekat makcik"ujar zati
"takde masa aku nak jaga anak haram tu"izzati tersentak
"jaga mulut tu makcik, ini cucu makcik.. "marah izzati
"kau nak jaga kau urus la sendiri kenapa aku"puan zila berdalih
"kau la jaga tikah,ini anak kau dah kau taknak sekolah,kau jaga anak tu"suruh encik halim
"taknak tikah"bantahnya
"ini arahan aku"marah encik halim
"zati setuju, kau kerja nant ntah apa apa pula tang jadi, lagi pun kau tak buat ujian hiV lagikan.. kalau kau positif kau rasa ada orang nak amik kau kerja ke.. kau boleh bahayakan orang lain juga"balas izzati
"kalau kau jaga dia sekurang kurang nya takde sapa tahu penyakit uwais hanya kita kalau aku bagi orang jaga kau rasa aib kau dan keluarga ni tak tersebar ke... aku nak hantar dekat pusat jagaan khas untuk dia dah tentu dia nakkan surat beranak, nama ibu dalam tu bukan nama aku nama kau, dekat pusat tu ada anak jiran kita kerja situ kau rasa tak sampai ke cerita pasal kau dekat kampung ni"ujar izzati
"betul kata kakak kau,ayah setuju.. ku jaga lah anak tu"suruh encik halim lagi
"mak pun setuju"kali ini pendapatnya diterima pakai. tikah membatu.

"tahu tahu dah last day kau kat sini, nanti rindu la aku dekat kau"ruhil meluahkan kesedihannya
"ala boleh contact kan tapi tak tahu la kalau kau delete nombor aku"usik izzati. tangis ruhil memecah. dipeluk rakan sekerjanya itu.izzati mengambil keputusan untuk berhenti kerja di situ dan mencari kerja yang punya waktu pejabat hanya kerana uwais
"kau jaga diri tau, apa apa hal bagitahu aku, insyaAllah aku akan tolong"aman bersuara. suasana pub bertukar duka kerana perpisahan itu.izzati mengemas barangnya dan berjalan keluar.
"zati"panggil khairi
"ada apa"langkahnya berhenti
"zati dah fikir masak masak nak berhenti"soa khairi
"demi uwais aku sanggup buat apa saja, lagi pun hotel iskandar tawarkan aku jawatan dan gaji yang tinggi"ujar izzati
"tak pelah kalau macam tu, tapi kalau ada apa apa yang zati nak khai bantu telefon khai ya"tawarnya.izzati mengangguk. dia meneruskan langkahnya.di ambil uwais yang berada didalam dukungan lelaki itu.anak kecik yang sudah berusia 6 bulan itu makin membesar.pipi gebu anak kecil itu dikucup berkali kali
"ibu rindu uwais"ujar izzati
"uwais je,papa uwais tak rindu"seloroh iskandar
"papa uwais dah tua,dah tak comel"balas izzati
"amboi"rajuk iskandar.izzati tertawa.uwais diletakkan didalam buaian. izzati ke laman dengan dua gelas jus oren jus.
"uwais dah tidur"soal iskandar
"ye.."izzati merenung bulan purnama penuh.
"cantik"puji izzati.iskandar turut mendongak.dibibir mereka terukir senyuman.
telefon izzati berdering. lamunan mereka terhenti.
"aku ada dekat rumah.. datang la"ujar izzati
"siapa"soal iskandar
"haiden nak datang dengan zaiful"balas izzati
"ishhh"getus iskandar.
"apa yang ishhh"soal izzati
"kacau daun betul"seloroh iskandar
"cemburu ye"usik izzati. iskandar dia membatu
"aku tetap dengan kau je.. jangan risau takde sapa boleh kebas aku dari kau"ujar izzati. iskandar masih membatu
"ala jangan la macam ni"hujung lengan baju iskandar ditarik perlahan izzati berkali kali.iskandar tidak memberi reaksi
"dorang pun kawan aku, dorang pun banyak tolong aku"balas izzati
"tapi bukan malam ni, malam ni aku nak spend time dengan kau"rajuknya.bibirnya terjuih sedikit. matanya melihat tangannya yang memintal baju izzati
"ololollo.. ingat comel lah tu"kepala iskandar luku izzati
"sakit la"jerit iskandar.. izzati kembali ke kerusinya
"padan muka.. dengan dorang pun kau nak jeles agak agak la"jus oren dihadapannya dihirup perlahan.iskandar menggosok kepalanya yang sakit diluku izzati. izzati tertawa kecil. iskandar melempar renungan tajam.
"ouch takut tite"tawa izzati berderai. iskandar makin geram.

beg kertas yang berisi pakaian bayi itu dihulurkan kepada izzati.
"pandai kau beli"puji izzati
"bukan aku, saufi yang beli, dia nak datang tengok uwais tapi tiba ada hal pula"ujar haiden.izzati hanya mengangguk.satu persatu baju itu dibelek izzati.
"awak mula kerja dekat pesona resort bila"soal zaiful
"lusa"balas izzati. beg kertas itu diletak ke tepi.
"owh... hope enjoy la dekat tempat baru... kalau saya nak makan masak lemak siput awak boleh datang sini kot"pinta zaiful
"eh boleh je.. awak bagitahu nanti saya buatkan"balas izzati. iskandar tidak senang duduk. kehadiran dua lelaki itu seolah pesaing bagi dirinya.
"aku nak tengok uwais"haiden bangun dari kerusi. izzati mengikuti haiden dari belakang.
"kau betul nak suruh makcik kau jaga"soal haiden
"ye.. aku dah takde option lain.. aku nak kena tutup aib uwais dan keluarga aku"ujar izzati
"tapi aku risau la"haiden ujarkan isi hatinya
"insyaAllah dia tak apa apa"pujuk izzati.haiden menatap uwais yang lena diulit mimpi
"daddy sayang uwais.May God ease you and protect you son"ujar haiden. izzati tersentuh dengan keperihatinan haiden.uwais walaupun tidak diterima oleh keluarga kandungnya tapi sentiasa disayangi oleh orang dikelilingnya.iskandar yang memerhati mereka dari luar tidak senang duduk. seolah cacing kepanasan.dia bangun dan berjalan masuk ke rumah.
"aku lapar"dagunya disangkut ke bahu izzati. izzati terkejut dengan kelakuan iskandar.
"kau nak makan apa, aku order delivery"ujar izzati.
"aku nak megi"rengeknya.lengan izzati dihayunnya.
"ok aku masakkan, haiden kau nak megi"soal izzati.
"boleh juga"balas haiden.
"zaiful, awak nak megi"tempik izzati.zaiful mengangguk. izzati ke dapur diikuti iskandar yang memegang hujung rambutnya yang diikat pony.
"kau kenapa"izzati hairan dengan perilaku iskandar.
"lapar"rengeknya.dagunya disangkut ke kepala izzati. dia mengekori ke mana saja izzati pergi.
"kau sihat ke"telapak tangannya diletakkan ke dahi iskandar.
"tak panas pun"ujarnya.lantas telapak tangan izzati diletakkan didadanya
"panas dekat sini, sakit dekat sini"rengeknya.
"sakit.. kesiannnn"dicubit dada lelaki itu. iskandar menjerit kesakitan.
"kau jangan macam macam"ugut izzati
"tapi cara kau pandang dia,cara dia tenung kau, aku cemburu"terang iskandar
"he's a gay babe"jelas izzati
"gay pun..dia tetap lelaki"ujar iskandar. dia bersandar ke dinding. dimain jari jemarinya tanda rajuk
"aku anggap dia kawan aku...tak lebih dari tu"balas izzati.
"habis aku"soal iskandar
"kau istimewa bagi aku"ujar izzati
"tapi kau tak pernah layan aku macam aku ni special dalam hidup kau"ujar iskandar lagi.
"mana kau tahu, selain uwais kau keutamaan aku"ujar izzati. dia membuka peti ais untuk mengambil sayur dan telur tapi badannya dirangkul dari belakang. dia dan iskandar bertatapan.
"tapi aku rasa tidak"ujar iskandar.
"apa yang tidak"soal izzati
"kau tak serius dengan aku"ujar iskandar.
"macam aku kata untuk ke tahap yang lebih serius kau perlu bersabar.. beri aku ruang dan peluang untuk diri aku dulu"ujar izzati
"sampai bila"soal iskandar. nadanya tinggi seoktaf.pintu peti ais digenggam kemas
"sehingga aku betul betul yakin dengan diri aku, tapi kalau kau tak sanggup tunggu aku tak halang untuk kau pergi"ujar izzati. mata mereka bertatapan.
"aku akan tunggu kau.. aku sayang kau"ujar iskandar. izzati tersenyum. rambut izzat dibelai lembut. bibir mereka bertemu.mereka berciuman.suhu sejuk peti ais yang terbuka tidak menghalang mereka dari meluahkan rasa cinta.

izzati ke pusara nendanya. sudah lama dia tidak ke pusara wanita yang paling disayanginya. lalang semakin meninggi.dicabut sedikit agar tidak kelihatan suram.
"wan maaf, zati dah lama tak datang jenguk wan.zati malu dengan diri zati.. zati malu nak datang dengan keadaan zati yang kotor. ujarnya.
"zati rindu wan"tangisnya menitis. pusara itu dibersihkannya.andai boleh diputarkan waktu,dia mahu berada diwaktu keberadaan nendanya. dia terlalu rindu akan sosok tubuh wanita itu.
"kau dekat mana, aku ada dekat rumah kau ni"daud ditalian
"aku dekat kubur.. ok aku balik sekarang"ujar izzati. dia berkemas untuk pulang
"bila kau sampai"soal izzati
"semalam"balas daud.izzati menunjukkan isyarat kepada daud agar perkenalkan gadis disebelahnya
"oh ni, fatiya, yang aku cerita hari tu"jelas daud
"owh... "dia bersalaman dengan gadis itu.
"cantik"puji izzati.
"anak aku mana"soal daud yang masuk ke dalam rumah izzati dengan slumbernya
"haiden bawa dia pegi fotoshoot,dia ada fotoshoot produk baby.. nak guna model"cerita izzati.fatiya kelihatan kaget apabila mendengar bicara mereka
"awak mesti hairan kan,tapi takpe nanti kami akan cerita ya.. yang penting jangan salah faham antara saya dan daud hanya kawan"jelas izzati
"ni la bff saya yang saya cerita tu"leher izzati dirangkul kasar. mereka mahi bertumbuk
"comel la korang ni"ujar fatiya. mereka tertawa.fatiya hanya memerhati gelagat dua sahabat itu.dirasakan hanya mereka dirumah itu.fatiya tidak mahu mencelah dan tidak mengganggu kemesraan dua sahabat itu.
"anak abi dah balik"daud menyambut kepulangan uwais.anak kecil itu seolah mengenali sosok tubuh itu. dia tampak gembira
"bila kau balik"soal haiden
"semalam"balas daud. haiden ke dapur untuk bertemu izzati
"ni gift dari pihak penaja untuk uwais"beg kertas itu diletakkan diatas kabinet.
"uwais meragam tak tadi"risau izzati
"he's a good boy"puji haiden. izzati lega.
"kau makan nasi dekat sini lah, aku dah masak banyak"pelawa izzati
"ok"pelawaan diterima haiden.sedang mereka menjamu selera,iskandar tiba.
"wah makan tak ajak"dahi izzati di kucup iskandar.fatiya tersedak.
"kenapa pedas ke"soal izzati sambil menghulurkan segelas air. hafiya menggeleng
"dorang ni jangan dilayan.. buat tak tahu je"ujar daud. fatiya mengangguk.
"aku lapar ni, nak suap"rengek iskandar. ditarik kerusi di sebelah izzati.izzati bangun untuk mengambil pinggan didapur tetapi iskandar lebih pantas mencapai tangan izzati
"nak ke mana"soa iskandar
"aku nak amik pinggan la, kau dah kenapa"soal izzati
"suap aku"rengek iskandar lagi. izzati menunjuk penumbuknya iskandar tertunduk takut seperti tikus bertemu kucing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience