"Izzati"tempik gurunya.izzati termangu.
"kamu tidur ya.. "marah wanita itu
"maaf cikgu.. "ujarnya
"berdiri sampai habis kelas"ujar wanita itu. izzati patuh. dia berdiri hingga waktu sejarah itu habis. pandangannya dilempar keluar.dia teringat akan kata kata ayahnya malam tadi.
"kau nak jadi apa ni..bentak bentak macam ni"tengking encik halim
"zati tak sengaja"balasnya
"tak sengaja apa.. kau memang dengki dekat ika.. apa sikit cepat nak naik tangan"tambah puan zila. ika merengek kuat bagi menampakkan keadaan lebih teruk.
"zati tak sengaja... "balasnya
"kau nak jadi biadap macam mak kau.. nak jadi perempuan sial macam mak kau"marah ayahnya lagi. izzati hanya menunduk.
"mak gampang anak pun gampang"herdik puan zila. izzati menggenggam jarinya geram. tapi tiada apa yang dapat dilakukan. dia tidak mahu dilabel sebagai anak derhaka. kalau di ikutkan hati mahu saja dia pergi meninggalkan rumahnya. tapi ayah... dia tahu ketika ini puan zila tatang ayahnya.. andai jatuh sakit ayahnya nanti.. dibiarkan ayahnya sendirian.ayah...benci sangatkah ayah pada zati.. rintih hatinya. dia mengesat airmatanya yang menitis.
"wei... jangan la sedih sedih... "daud sahabat baiknya.. selalu ada disaat dukanya.
"aku tak tahu nak buat macam mana daud... ayah aku dah anggap aku macam tak wujud"luahku
"sabar ya..aku faham perasaan kau, tapi lari dari rumah bukan jalannya."ujarnya
"ya tapi sampai bila aku nak terima layanan macam ni.. aku baru 16 tahun... semua aku kena cari sendiri. usia aku tak sama dengan budak usia 16 yang lain. "roti yang diberi daus mula mengembang dek titis airmata.
"dah.. aku kan ada... kitakan best friend forever"ujarnya.izzati tergelak dengar ajukannya.
"macam ni lah kawan aku,apa pun jadi dalam hidup kau.. jangan sesekali amik tindakan yang bodoh.ingat Allah ada.. aku sentiasa dengan kau"senyumnya.izzati membalas senyuman itu. roti itu bertukar. diambil roti dari izzati diganti dengan rotinya. roti yang dipegang izzati itu di bungkus semula lalu dibuang. daud bersimpati dengan nasib sahabatnya. banyak perkara yang dipendamnya. izzati juga tidak seceria dulu. terlalu banyak memendam. pernah sekali izzati hadir ke sekolah dengan lebam lebam di lengan dan pipinya akibat dipukul dengan batang paip pvc akibat fitnah dan adu domba puan zila.daud la tempat izzati mengadu. walaupun begitu mereka masih jadi bualan sekolah. belangkas. ke mana mereka pergi mesti berdua.
"daud..aku balik dulu.. aku kerja petang ni.."izzati berkemas kemas. tudungnya ditarik dari belakang
"kau kerja petang ni... kata nak study kat pantai."daud yang duduk di meja belakang izzati kecewa izzati mengingkar janji
"sorry.. aku lupa.. aku terjanji dengan pak abu nak timbang beras dengan garam.."ujar izzati
"alaa.... "rajuk daud
"esok esok kita pergi ya.. aku nak kumpul nak beli kasut"kaki nya diangkat dan diletakkan diatas meja daud. kasutnya yang sudah 3 tahun berjahit kini tidak dapat bertahan lagi
"ok la.. kalau aku sempat aku pergi kedai pak abu"ujarnya.
"ok.. "izzati bergegas keluar ikut pintu belakang. daud hanya memerhati kelibat izzati menghilang.
"asyik ponteng je awek kau"ujar saiful. ketua kelas mereka.
"dia ada hal.. "daud membelek buku di atas mejanya
"aku bukan apa risau nanti cikgu amik tindakan"prihatin saiful
"nanti aku cakap dengan dia"ujar daud.
"banyak mana dah kau pack"daud menemui izzati di pintu belakang kedai dimana izzati sedang membungkus garam dan beras
"beras dah siap dua guni.. garam baru masuk seguni.. ada lagi seguni.. "ujar izzati.
"nah"sebatang ice pop dihulurkan. izzati mengambil lalu disedut ais itu. garam di bungkus oleh daud.sebungkus demi sebungkus dui timbang mereka. akhirnya siap dua guni garam. sambil berceloteh waktu tidak terasa.dua keping not sepuluh ringgit dihulurkan pak abu.itu sudah memadai bagi izzati. dia bersyukur hasil keringatnya dapat dikumpul untuk beli kasut sekolah yang baru.
"jom makan.. aku belanja"ajak daud
"tapi dekat dekar sini je la.. sebab hari dah nak lewat ni"ujarnya
"ok.. kita makan kat pokok ceri.. bihun sos keropok"mereka teruja. menu kegemaran mereka. daud menuntun basikalnya agar dapat berjalan bersama.
"ais kacang dua, bihun dua keropok seringgit"pinta daud.
"eh aku air kosong je.. tak nak makan aku kenyang"alasan izzati.
"kau tak payang nak menipu sangat.."balas daud
"ye... aku kenyang. "balas izzati
"aku belanja.. kau jangan risau. aku ada duit la.. "pujuk daud. dia tahu izzati segan. memang izzati sukar menerima pelawaan orang. apatah lagi untuk makan. bagi izzati.. dia tidak mahu menyusahkan orang.. apatah lagi untuk belanjanya makan, kerana dia tahu sukarnya mencari rezeki untuk sesuap nasi.walaupun daud anak ketua kampung tapi bagi izzati dia tidak mahu dilabel sebagai mengambil kesempatan..pesanan mereka tiba. izzati makan dengan laju. lapar benar dia.
"kau balik tadi,ibu kau tak masak ke"soal daud. izzati menggeleng
"dia masak ngam ngam untuk adik adik aku.. ayah aku tak bagi duit katanya."balas izzati
"abis balik tadi kau makan apa"soal izwan
"kerak nasi kuah air garam.. sedap ooo"seloroh izzati. daud memandang sahabatnya dengan penuh sayu. kau gadis yang hebat izzati. bisik hatinya. daud menghantar izzati pulang hingga depan pintu.
"ni nota kelas tambahan tadi... kau salin.. esok bagi kau balik... nak kena hantar"ujar daud.. nota itu bertukar tangan. izzati melambai daud.. pintu pagarnya dibuka.
"aku balik dulu"basikal itu ditunggangnya. izzati melangkah masuk ke dalam rumah.
"amboi dah pandai jantan hantar balik"herdik puan zila
"tu daud, ibu kenalkan.. anak tok empat"terangnya
"tak kira lah siapapun.. jantan juga.. kau nak jadi jalang macam mak kau ke"ujar puan zila.izzati tidak mengendahkan.dia masuk ke biliknya.du capai tuala dan mandi. badannya berlengas kerana garam.kedengaran teksi ayahnya pulang. izzati mandi cepat cepat.. dia perlu persiapkan diri untuk di denda.
"ayah tahu tak kak zati balik dengan jantan tadi"ujar ika
"siapa"soal ayahnya
"anak tok empat"ujar puan zila
"oh budak kelas dia"izzati berasa sedikit lega.
"memang la budka kelas dia.. tapi kalau dibiarkan melampau jadinya. ntah dari mana maghrib baru balik. keluar pukul 2 tadi. "tambah puan zila
"izzati"tempik encik halim. izzati keluar dari biliknya
"ada apa ayah"jawabnya lembut
"kau ke mana hari ni"soal encik halim
"kerja"ujarnya
"kerja apa yang kau buat..sampai kerja rumah langsung kau tak heran"balas puan zila
"kupas bawang dekat gerai cik som lepas tu timbang beras dengan garam kat kedai pak abu"jawabnya
"abis tu kerja rumah kau tak buat.. ibu kau ni bukan sihat sangat semua benda dia nak buat"ujar encik halim
"tadi elok je tengok ibu menyembang kat pelantar tadi, mengumpat orang lagi"balasnya geram
"tengok tu.. "puan zila mulakan lakonan
"biadap kau ya.. kenapa kau kerja..tak cukup ke aku bagi makan "marah encik halim. izzati diam
"nak menggatal"tambah puan zila
"izzati kumpul duit nak beli kasut.. salah ke.. "nadanya sedikit tinggi
"kasut kau kan elok lagi"ujar encik halim
"elok.. "izzati keluar untuk mengambil kasutnya.
"ni elok macam ni.. dah tiga tahun. tapak kasut pon dah lompomg"dicabut kotak yang ditampal untuk tampumg tapak yang berlubang. keadaan kasutnya amat daif
"kenapa tak minta duit dengan ibu beli baru"suara ayahnya sedikit perlahan
"tak pe zati boleh usahakan sendiri. "tolaknya. walhal dia teramat kecil hati dengan tindakn ibu tirinya. bukan tidak dipinta tapi 1001 alasan diterimanya.
"sebab semang kau nak menggatal"perli puan ni
"bukan macam tu"ujarnya cuba mempertahankan diri
"abang tahu tak...leha cerita baru ni nampak dia dengan jantan mana ntah kat pantai.. dah pandai dating bagai"tambahnya
"itu daud la kami study kat pantai"balasnya
"kau kalau satu hari aku tak dengar perkara yang tak memalukan aku boleh.. kau nak ikut jejak mak kau ke"rotan dicapai. berbirat birat di belakangnya. airmatanya menitis. apakah salah dia sehingga harus dihukum setiap hari.jam sudah pukul 3pagi. matanya masih terjaga. perutnya lapar. dia ke dapur.mencari apa yang boleh dimakan.kabinet penyimpanan makanan dikunci.peti ais tiada apa yang boleh di makan. hanya bahan mentah. dia membancuh tepung dan membuat cucur kodok.
"tak tido lagi zati"encik halim keluar dari biliknya
"zati lapar... "balasnya. encik halim membuka peti ais dan mengambil segelas air sejuk. diperhati tingkah anaknya
"kau buat cekodok apa"soalnya
"bilis.. ayah nak"soalnya
"boleh juga.. bancuh kopi sama. ayah, nk tengok bola.. "ukar pakcik halim
"ok..kejap ya"siap cekodok dan kopi di bawanya ke ruang tamu. mereka menikmati malam bersama. sorak menyorak dek kemenangan bergema di seluruh rumah.
"mak..zati nak makan lemak cili padi perut dengan rebung boleh mak tolong buatkan"pintanya..teringin sekali dia makan masakan ibunya.
"tengok lah kalau mak sempat buat".izzati diam.rumah ibunya membuatkan dia canggung.. pergerakannya terbatas. risau kalau kalau terusik barang barang didalam rumah. segalanya dihadkan. itu tidak boleh disentuh ini tidak boleh diusik kerana semunya sudah ada pemiliknya. dia hanya datang sekadar melepasjn rindu pada seorang yang bergelar emak.
"zati..jap lagi kau basuh pinggan ya, aku nak buat kerja sekolah"ujar nisya kakaknya. dia hanya memurut. malas bergaduh kerana dia tahu apa pun dan siapapun bersalah tetap dia yang akan dipersalahkan. hatinya cukup terguris.dapur dikemas.begitu juga ruang tamu. sebelum dia naik tidur.
"wei ko tido kat bawah la... barang aku bersepah. aku nak siapkan assigment cepat."ujar nisya
izzati tanpa banyak bicara mengambil bantal serta selimut dan turun semula kebawah. beralaskan simen dia tidur. malam dingin sejuknya menusuk hingga ke tulang.
"kenapa kau tak tido diatas semalam.. nasib ayah tak balik semalam kalau dia balik satu hal pula nak kejut kau"ujar puan maimun.. suaminya encik kassim jarang pulang kerana bekerja di kelantan, lagipula puan maimun merupakan isteri ke 2..mereka jarang bertemu.jadi bila sesekali encik kassim pulang puan maimun selalu berilan layanan yang terbaik. kadang kalanya tindakab puan maimun mengguris hati izzati. tapi bagi izzati, dia sebagai anak tidak harus berkecil hati pada ibu yang melahirkan.izzati memendam rasa.
"ntoh..kakak suruh dia tidur kat atas tapi dia tak nak.."bohong nisya. izzati diam. itu biasa baginya. dia mengalah saja.
"nah duit belanja. tapi jangan balik lewat."not rm50 bertukar tangan. puan maimun bersiap untuk ke tempat kerja
"awak nak keluar ke kak"soal izzati
"ha ah kenapa"soal nisya
"nak ikut"soal izzati
"ah tak payah la kau.. "tempelak nisya
"mak suruh aku ikut"balas izzati
"ah tak yah la.. dah la pakaian kau buruk.. selekeh.. malu aku jalan dengan kau"izzati diam. benar kata kakaknya.mereka umpama langit dan bumi. ketika mereka masih bersekolah bersama, kakaknya selalu mengelak darinya.begitu juga rehat. izzati kerap menjauhkan diri kerana tidak mahu dimalukan. kadang kala dia menangis sendiri menahan lapar. mahu dipinta pada kakaknya..dia tidak mahu kerana kakaknya akan memalukannya dahulu sebelum memberi dan dia takut akan dimarahi puan maimun jika tahu dia meminta meminta. bagi puan maimun, kakaknya tanggungjawabnya.. manakala dia tanggungjawab ayahnya. perbezaan itu membuatkan izzati jauh hati.
"maaf cikgu saya tak dapat ikut kem"
"tapi ini program untuk awak.. bukan ramai yang dapat peluang"ujar guru kelasnya
"saya tahu.. tapi saya terpaksa menolak"ujar izzati lagi
"sebab apa ya.. boleh saya tahu"soal gurunya lagi
"saya tak mampu nak bayar yuran dia"jawabnya.
"itu nanti saya bincang cikgu HeM.apapun saya harap awak dapat pergi."ujar gurunya. izzati diam. gusar hatinya.peluang untuk ke kem pemilihan hoki peringkat kebangsaan amat mengujakan.. tapi kos perbelanjaannya itu tidak mampu di tanggungnya. mahu di minta pada ayahnya.. sudh tentu ibu tirinya yang menghalang.. mahu dipinta pada emaknya sudah tentu tidak dpersetujui emaknya.
"nah duit untuk kau belanja kat sana nanti"ujar wanita separuh abad itu
"tapi wan.. ni duit wan. kerja keras wan"wang itu ditolak baik
"ah.. aku bukan mak guna sangat.. lagipun acik dengan cu kau kirim tiap tiap bulan.. cukup lah untuk aku"ujar wanita itu
"aku nak kau seronok dekat sana, buat betul betul"motivasi dari nendanya sedikit sebanyak menaikkan semangatnya. dia mengharapkan kata kata itu keluar dari mulut ibu dan ayahnya tapi hampa. sepanjang tempoh pemilihan. izzati melakukan sebaik mungkin. dia juga seronok dapat bertemu sahabat baru.
"wei kau macam mana.. dapat tak"soal daus setelah kelibat izzati di temunya
"alhamdulillah dapat"terpancar kegembiraan diwajah izzati
"alhamdulillah..bila kau pindah"soal daud
"bulan 12 ni.. abis tahun la"ujar izzati
"lagi 3 bulan la.. so kau spm"soal daus
"kat sekolah sana"mereka diam. berat rasa mereka hendak berpisah.namun apakan daya mereka terpaksa akur.daud terpaksa melepaskan sahabatnya pergi. mungkin ini jalan terbaik untuk nya. borang permohonan telah diterimanya. hanya menunggu mendapatkan kebenaran dari ayahnya.
"tak payah. banyak pakai duit. kalau mak kau nak bagi tak palah.. kalau tak tak payah nak mengada"ujar encik halim. izzati sudah dapat mengagak.
"mak mana nak ada duit. kakak kau belajar pun mak yang bagi nak harap ayah kau.. ermmm pakat tak masuk u la.. ni adik kau lagi sekolah. mana nak ada duit"jawaan dari emaknya juga menyedihkan. izzati terpaksa membatalkan niatnya. dipendamkan saja angan angannya.
Share this novel