BAB DUA PULUH

Drama Completed 36633

Persiapan majlis mereka semakin rancak.keluarga khairi turut membantu memandangkan majlis berbaki tidak sampai sebulan. Tapi tidak bagi keluarga izzati.semuanya sendiri. hanya mak su dan pak tehnya sahaja yang membantu.rumah puan maimun masih sunyi seperti tiada apa apa yang akan diraikan.
"esok mummy nak pergi rumah mak zati, nak bagi duit belanja untuk catering"ujar puan rohani.
"balik kejap lagi zati bagitahu mak"balas izzati. hantaran yang digubah sepupu khairi di perhatinya.hantarannya masih didalam kotak. belum di usik.hatinya mula sebak.
"sayang jom, nanti lambat pergi kerja"ajak khairi.izzati bangun dan mengikut langkah khairi.
"kenapa ni"soal khairi.
"tengok rumah khai, meriah.. barang banyak dah settle tapi zati..satu apa pun tak buat"sayunya.
"takpe settle rumah khai, khai minta team khai tolong zati"pujuk khairi.izzati diam. dia juga mahu seperti yang lain.buat persiapan bersama keluarga.
"sayang.. "izzati menoleh
"senyum sikit, nak masuk kerja macam mana kalau macam ni, nanti orang ingat khai buli zati"pujuknya.tapi dihatinya dia bersimpati dengan tunangnya itu. izzati tersenyum walaupun hatinya berduka.
"tak sabar nak makan nasi minyak ni"usik ruhil. izzati hanya membalas dengan senyuman.
"daud balik kenduri kau"wan bertanya
" balik sebab cuti time tu"balasnya.
"mana bakal pengantin..."tempik abil. izzati melambai
"weh lagi tiga minggu kau dah jadi bini orang... dah tak boleh menggila dengan kau"abil memeluk izzati.
"jadi bini orang pun laki aku supervisor kau.. takde bezanya.. tetap gila juga"tawa mereka berderai.

Puan rohani tiba dengan beberapa ahli keluarga khairi yang lain. izzati sibuk didapur menyiapkan juadah untuk mereka.
"maaf la kehadiran saya mengejut"puan rohani mula berbicara.
"eh takpa.. saya yang patut segan, sebab rumah saya tak se gah mana"ujar puan maimun. izzati membawa dulang yang berisi teh o dan kuih lapis yang dibuatnya tadi. setelah itu dia kembali ke dapur menemani khairi yang berada di dapur sedang makan kuih lapis.
"sedap.. "puji khairi
"tengok la sapa buat"izzati bangga. nisya dudk disebelah puan maimun tidak senang hati.
"tujuan saya ke mari ni nak bagi duit belanja catering"sampul coklat di letakkan diatas meja
"sepuluh ribu, cukup tak, kalau tak cukup bagitahu saya tambah lagi"ujar puan rohani
"insyaAllah cukup.. sebab pihak kami tak jemput ramai. keluarga kami kecil."puan maimun berbasi basi.
"lepas akad nikah khairi balik rumah dulu.. majlis esok tu baru dia datang sini,malam tu dorang tidur hotel saya dah tempah"ujar puan rohani
"la kenapa tak tidur sini je"soal puan maimun
"tak pelah,bagi dorang can"tawa mereka berderai. izzati yang berada di dapur kepanasan. wajahnya merah.
"habis la... "usik khairi.selesai perbincangan merek beransur pulang.izzati mengemas.khairi membantunya.
"khai.. "panggil nisya. khairi tidak mengendahkannya. tangan khairi ditarik nisya. khairi merentap kasar
"kau nak apa"soal khairi
"nisya ada benda nak bincang dengan khai.. kita ke depan yuk"ajak nisya.
"pegi la,ada la tu dia nak cakap pape"pujuk izzati. khairi hanya menurut. lama mereka berbual. khairi kelihatan terangguk angguk. izzati membiarkan saja.malas dia masuk campur urusan mereka kerana tidak mahu dikata cemburu tidak bertempat.
"esok aku pergi syarikat catering"ujar puan maimun.
"mak nak zati ikut"soalnya
"tak payah,aku pergi dengan akak kau"izzati mengangguk. khairi menghampirinya.
"khai esok kerja pukul berapa"soal puan maimun
"pagi"jawab khairi
"balik? "soal puan maimun lagi
"tiga, kenapa mak"khairi menyoal kembali
"mak nak ajak pergi syarikat katering"ujar puan maimun.
"boleh.. esok khai minta balik awal sikit.. takut nanti tak sempat pula zati nak masuk kerja"balas khairi
"eh tak pe.. izzati tak payah ikut pun tak pe.. kita pegi bertiga.. tapi kalau khai nak minta balik awal pun ok juga sebab mak banyak benda nak cari.. baju mak dengan nisya pun tak beli lagi... barang apa pun tak beli lagi"ujar puan maimun
"tapi..."kata khairi dipintas
"kau ok kan kalau tak pergi"soal nisya
"khai pergi dengan mak ya.."jawabnya. nisya tersenyum.kereta encik halim berhenti dihadapan rumah puan maimun.izzati membuka pagar. lelaki itu masuk.
"ada apa abang datang rumah mun"soal puan maimun.
"saja datang nak tengok persiapan kenduri."balas encik halim. izzati menghidangkan nescafe panas kegemaran ayahnya dan beberapa potong kuih lapis.
"tak buat apa lagi, esok baru nak pegi beli barang, nk pegi bayar duit katering"ujar puan maimun. encik halim mengangguk. nescafe panas itu dihirupnya. izzati tidak senang duduk. renungan encik halim terhadapnya ada beribu maksud. khairi diam.
"kad dah siap.. aku nak bagi dekat sedara mara sebelah aku"pinta encik halim.
"siap dah, lusa baru kami nak pegi amik"jawab izzati gugup
"tak pelah kalau macam tu"balas encik halim
"mun, berapa belanja kau minta"soal encik halim
"tadi dorang datang bagi sepuluh ribu"balas puan maimun
"bagi aku dua ribu"pinta encik halim
"pasal pula mun nak kena bagi abang.. ni duit nak bayar catering..nak beli barang lagi.. "marah puan maimun
"abis aku tak dapat apa, aku bapa dia.. ada hak juga atas belanja dia"jawab encik halim
"kenapa pula, majlis buat dekat sini bukan rumah sana"tengking puan maimun
"tapi aku bapa dia, aku wali dia"marah encik halim. suasana kecoh dan tegang. izzati malu dengan khairi yang melihat keadaan keluarganya yang peduli tentang wang dan kepentingan mereka berbanding dirinya yang patut diraikan.
"zati dah transfer tiga ribu kat ayah"ujar izzati. encik halim senyum dan pulang.
"mak, dalam kad ni ada lapan ribu, mak amik guna untuk beli apa yang patut" kad bank itu bertukar tangan
"lapan ribu nak beli apa"perli puan maimun
"esok zati pegi bank,zati keluarkan sikit duit yang arwah wan bagi dekat zati tu untuk tambah"balasnya
"kau dapat berapa duit arwah"soal puan maimun
"dua puluh lima"jawabnya
"bagi aku lagi sepuluh,kau kena ingat aku usung kau dalam perut sembilan bulan, bagi kau makan sebelum aku cerai dengan ayah kau.. semua tu nak kena kira"ujar puan maimun
"ya mak, esok zati bagi"jarinya digenggam kemas menahan sebak.khairi tidak mampu berkata apa apa.

sampul kertas berisi duit sepuluh ribu bertukar tangan.senyum puan maimun meleret.izzati mencapai tuala lalu masuk kebilik air. mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. dia mahu keluar awal kerana tidak mahu bertembung dengan khairi.dia bersiap siap. slack tona khaki dan tshrit dye rona bob marley disarungnya.rambutnya yang panjang paras pinggang dilepaskan. di capai beg galasnya lalu menyarung sandal dan keluar ke pondok bas.tiada ucapan terima kasih atau apa saja yang sedap didengar dari mulut puan maimun.yang ada hanyalah apa barang yang hendak dibeli dengan wang yang diberinya. dia mengesat airmatanya yang mengalir.di dalam bas, dia mengambil tempat duduk paling belakang.headfon dipasang. di lelapkan matanya yang tidak mengantuk.dia sudah sampai di perhentian utama bas. dia mahu kemana. berbaki lima jam. kemana tujuannya. fikirannya kosong. daud masih didalam kelas, dia tidak mahu menggangu.
"abil shif pagi"bisik hatinya. keluhan berat dilemparnya.
"iskandar.. nombor pula takde"lagi sekali dia mengeluh. dia berjalan sekitar pekan sebelum mengambil teksi untuk ke tempat kerjanya.dalam dia menapak menghilangkan kebosanan, dia tertangkap seseorang yang dikenalinya.
"tikah"dia mengekori gadis itu dari belakang.gadis itu bertemu dengan seorang lelaki. lelaki itu dipeluk dan diciumnya.izzati hanya memerhati.mereka naik ke sebuah hotel murah.izzati mengekori mereka.izzati mundar mandir didepan bilik yang di inap mereka.
"apa aku nak buat.. aku nak call sape.. nak bagitahu sapa"pintu bilik itu diketuk namun tidak dibuka. izzati menunggu sehingga pasangan itu keluar.tikah terkejut melihat izzati dihadapan pintu bilik mereka.
"kau buat apa dekat sini,kau ponteng?kau menyedap dekat sini?"soal izzati
"lek la..kau ni kecoh betul"balas tikah. lelaki itu menyarung seluar. tikah memakai kain sekolahnya.stokinnya disarung.
"lek hotak kau"izzati menyinga. didorong badan gadis itu ke katil lalu di tampar berkali kali.kolar baju gadis itu di jerut
"ayah dan makcik tatang kau tapi ini yang kau balas kat dorang ye.. kau nak jadi apa hah.. bohsia"tempik izzati. lelaki yang bersama tikah memanggil sekuriti untuk meleraikan mereka.izzati seakan hilang kewarasan. teruk tikah dikeronyoknya begitu juga lelaki itu.
"korang jangan masuk campur.. ini urusan aku dengan adik aku"tikah ditariknya seperti lembu liar.di bawa tikah pulang ke rumah encik halim.ayahnya itu juga ditelefonnya agar pulang ke rumah.tikah tidak berani melawan. izzati seolah dirasuk syaitan.wajahnya gerun seperti harimau lapar.tibanya mereka ke rumah encik halim,didorong badan gadis itu kuat
"kau dah kenapa"marah puan zila
"kenapa muka ni"soal puan zila. tikah diam. dada izzati berombak menahan marah.
"kau dah kenapa zati buat tikah macam ni"marah puan zila lagi
"ayah tanya dia, dia kemana dengan baju sekolah time time macam ni"ujar izzati.encik halim terkejut melihat izzati menyinga begitu
"kau kemana tikah"soal encik halim.tikah diam
"ayah tanya jawab la, tadi sikit punya sedap kau menjawab"tengking izzati.
"tikah ponteng,tikah keluar dengan kawan"balas tikah.
"ponteng tu biasa la, kau pun pegi ponteng pasal pe.. taknak sekolah dok rumah bukan pegi merayap"tegur puan zila
"kau ponteng pegi ke bandar buat apa"soal encik halim tenang.tikah diam
"kenapa diam, ayah tanya.. jawab la.. kau buat apa dekat bandar tadi"tengking izzati lagi.
"dah bisu, mulut kau dah tak boleh cakap, dah bisu"pipi tikah di tampar beberapa kali.
"kau ni"puan zila menepis tangan izzati.
"zati, kau cakap elok elok tak boleh tak payah la sampai pukul adik tu"tegur encik halim
"cakap elok elok... ayah tahu zati jumpa dia dekat mana.. "ujar zati
"kat mana"soal encik halim
"dekat hotel budget dengan jantan.
ayah nak tahu dia buat apa.. dia jadi penyedap jantan.bagi free je ayah"dipulangkan buah itu semula kepada ayahnya.penampar puan zila melekat dipipinya.
"kau ingat tikah macam kau ke"bela puan zila
"kenapa makcik tak percaya... terkejut... ini bukan kali pertama zati jumpa.. dalam rumah ni pun dia pernah buat kerja.. dalam bilik ayah lagi.. jantan yang lain.."luah izzati
"betul kan apa yang aku cakap ni tikah.. ke kau nak bohong lagi"perli izzati.tikah diam.
"betul ke tikah"soal encik halim. tikah diam
"abang,zati fitnah tikah ni.. tikah takkan buat macam ni"puan zila mula meraung. tikah diam.
"ayah tanya ni, betul ke apa yang kakak kau cakap"tengking encik halim.
"tak ayah.zati tipu"tipu tikah
"barua... "dikeronyok lagi tikah semahunya.
"berani kau tipu lagi ye.. sedap sedap kau henjut dah kantoi kau tipu.. kau tunggu.. "beg tikah diselongkarnya. di keluarkan beberapa paket kondom.
"ni kejadah apa ni"kondom itu dicampak ke muka tikah.
"kau cakap dengan ayah, apa kau buat dekat pekan tu"encik halim tahu izzati bercakap benar kerana izzati tidak akan melenting kalau dia belum pasti akan sesuatu. itu sikap izzati yang ditahu.
"betul ke apa yang kakak kau bagi tahu"tengking encik halim. izzati membiarkan saja.
"betul"jawab tikah gugup. puan zila meraung semahunya.encik halim mula naik hantu.di bantainya tikah semahunya.izzati yang tidak sanggup melihat ayahnya amuk sebegitu rupa. dia meleraikan pertelingkahan tersebut.
"ayah tuduh zati jual diri, sekarang ayah tengok anak yang ayah tatang,yang ayah sayang buat macam mana ayah kata... zati bukan mengungkit tapi zati meluahkan apa yang terbuku dalam hati zati"luahnya.airmatanya berderai. encik halim terduduk. izzati keluar dari rumah itu.airmatanya diseka

"zati,ada polis cari kau"ujar ruhil.dua anggota polis menghampirinya.
"cik izzati, saya minta kerjasama dari cik izzati untuk ikut kami ke balai atas tuduhan melakukan kekerasan sehingga mendatangkan kecederaan"ujar polis itu. izzati hanya mengikut. iskandar yang baru tiba terkejut melihat izzati dibawa oleh polis.
"nak tanya, izzati tu kenapa"dia bertanya pada ruhil
"bergaduh katanya"jelas ruhil.iskandar keluar semula.dia risau.izzati disoal siasat mengenai pergaduhan tengahari tadi. puan zila dan teman lelaki anaknya membuat laporan.izzati mengiyakan saja perbuatannya.kelihatan encik halim juga ada disitu. hati izzati hancur. tergamak ayahnya melaporkannya sedangkan ayahnya tahu bahawa dia tidak bersalah.iskandar tiba dibalai.dicari izzati tidak berjumpa. kelibat encik halim dilihatnya
"apa yang kau tak puas hati lagi, aku dah kata jangan ganggu izzati lagi"marah iskandar. encik halim diam.
"aku nak kau tarik balik laporan atau aku tunjuk surat ni kau jual anak kau dekat aku.. kita dua dua masuk penjara.. kau nak"ugut iskandar. encik halim cuak.encik halim berbincang dengan isterinya lalu mendapat kata putus untuk menarik semula tuduhan. izzati keluar dari pintu balai.iskandar menghampirinya.
"kau buat apa dekat sini"soal izzati
"tunggu kau la"balas iskandar. pintu kereta dibukanya.
"eh takpe aku call khai suruh dia amik aku"izzati menolak pelawaan iskandar. pintu kereta ditutup semula. izzati mendail nombor khairi berkali kali tapi tidak berjawab.dia menoleh kearah iskandar yang sedang menunggu didalam kereta. dia berbelah bagi sama ada dia mahu pulang bersama iskandar atau berjalan mencari teksi.kereta menghampirinya.
"masuk.. aku hantar kau"pelawanya
"takpe aku boleh balik naik teksi"tolaknya.diberjalan keluar perkarangan balai.iskandar mengekorinya dari belakang. izzati terus berjalan. telefonnya berdering
"khai amik zati dekat depan balai"talian dimatikan. dia menunggu khairi menjemputnya. iskandar hanya memerhati dari dalam kereta. khairi tiba. izzati lega.
"kenapa.. apa jadi sampai ke balai"soal khairi sejurus izzati masuk ke keretanya. iskandar memandu keretanya pergi.izzati menceritakan apa yang terjadi. khairi terkejut.
"macam mana makcik boleh tarik kes"soal khairi
"entah,zati pun tak tahu"ujarnya.dia juga tertanya tanya kenapa tiba tiba puan zila menarik semula laporan.izzati pulang ke rumah. puan maimun sibuk dengan barang yang baru dibelinya tadi.kepulangam izzati tidak diendahnya apatah lagi mahu bertanya tentang peristiwa itu.izzati benar benar kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience