BAB DUA PULUH EMPAT

Drama Completed 36633

Izzati pergi ke sea bar untuk menikmati suasana malam.dipesannya soda. dia tidak mahu mabuk malam ini.. itu niatnya
"zati, awal malam ni"soal zaiful yang kebetulan berjalan disitu
"ha ah,lewat kejap lagi takde tempat pula,malam ni ada match kan"ujar izzati
"ha ah, MU dengan liverpool,awak minat ke bola"tanya zaiful
"minat la"balas izzati
"team mana"soal zaiful
"MU, saya minat wayne rooney, comel je dia tapi dia dengan beckham gandingan mantap"cerita izzati
"abis kerja pukul berapa,datang la join, saya reserved seat"ujar izzati
"takpe takpe,malam ni saya ada keje sikit.. sorry tak boleh join"ceritanya.izzati hanya mengangguk
"oii"sapa daud.izzati melapangkan lengannya minta mahu dipeluk.daud menghampirinya lalu dipeluk erat pinggang lelaki itu.
"coke satu"pesan daud.
"daud"daud berjabat tangan dengan zaiful
"zaiful"dia berbahasa
"kau kerja sini ke"soal daud
"ha ah, maintenance"terang zaiful
"oowh.. come join us"pelawa daud
"eh takpe saya tengah kerja, lagipun lepas kerja saya ada urusan"tolak zaiful dan dia berlalu pergi meninggalkan dua sahabat itu.sementara menunggu perlawanan bermula mereka berbual bual kosong. diperhatikan manusia yang lalu lalang.
"kau bila balik sana"soal izzati
"lusa, esok kena balik rumah dah, nak kemas barang"ujar daud
"alaaaaa"rengek izzati
"kau lama lagi ke kat sini"soal daud
"sampai habis cuti"tawanya
"biar betul kau ni"daud terkejut
"gila kau nak stay lama lama kat sini,pokai la aku.. mungkin lagi 3 hari kot sebab cuti aku ada lagi 5 hari.. so aku balik sana nak urus kuaters tak pun nak cari bilik sewa"jelas izzati.daud hanya mengangguk
"macam mana mangkuk tu boleh datang sini"soal izzati
"siapa"daud ingin kepastian
"khairi la"ujar izzati
"waktu iskandar call tanya kau dekat mana, dia dengar,kami pun jumpa dia atas dekat pengkalan dah. "cerita daud
"aku ingat korang datang sekali"balas izzati
"kalau datang sekali kenapa"uji daud
"kau memang tak sayang aku lah,dia datang sini jumpa aku,ntah apa yang kakak dengan mak aku fikir nanti, masalah lagi"straw didalam gelas itu digigitnya.keluhan berat dilepaskan.daud memeluk sahabatnya erat.iskandar dan khairi yang datang dari mana menyertai mereka. khairi cepat cepat mengambil tempat duduk di sebelah izzati. iskandar beralah dia duduk disebelah daud.
"skang ni aku nak chill chill layan bola, aku tak nak semak kepala.. kalau korang nak gaduh sila ke tepi"pesan izzati. dia mahu menikmati perlawanan sepenuhnya. sepanjang perlawanan izzati lah orang paling bersemangat.riuh hanya suaranya.keletahnya juga mencuri perhatian pengunjung di situ.daud yang menjadi mangsa pukulan izzati andai gol gagal di jaringkan.
"yeay menang... "sorak izzati gembira.dia bangun dari tempat duduknya untuk menyertai mereka yang sedang bersuka ria meraikan kemenangan pasukan pilihan mereka tapi khairi lebih cepat menarik tangannya
"khai ada benda nak bincang dengan zati"ujar khairi lembut.izzati duduk kembali
"bro jack daniels 2"pesannya.dalam niatnya tidak mahu mabuk tapi dia terpaksa kerana apa yang bakal dikatakan khairi akan mengguris hatinya
"one shot... kalau fail kita end dekat sini"ujar izzati. daud dan iskandar cuba menghalang tapi tidak dihiraukan izzati. dari satu gelas ke satu gelas. izzati sudah mula pening.
"can we stop,we need to talk"ujar khairi. tangan izzati ditarik ke pantai. izzati hanya mengikut.tubuh khairi yang disimbahi cahaya bulan menampakkan sisi kacaknya yang berbeza. rindu didakap tubuh itu.rindu untuk bersandar pada tubuh itu.khairi membawa izzati ke gigi pantai.buih buih kecil dilautan yang terhapus diperhati izzati yang mencangkung.dia mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan insan yang pernah dia sayang sepenuh hati, namun sekarang sukar untuk menatap wajah itu lagi.
"sayang"panggil khairi. izzati diam
"sayang"izzati memberanikan diri mendongak. tidak semena khairi membongkokkan badannya lalu mencium bibirnya.izzati kaget dengan aksi spontan itu.izzati bangun.kalut hingga dia hampir terjatuh kebelakang tapi disambut khairi. dia kini dalam dakapan khiri.
"lepaskan aku, orang semua tengok la"pintanya.lagi kuat dia meronta lagi kemas pelukan khairi akhirnya dia beralah.
"khai rindu zati"luahnya.wajah gadis itu ditatap semahunya. diusap perlahan rambut gadis itu yang berterbangan ditiup angin. izzati diam. dia hanya membiarkan dirinya dibelai.
"jom, aku belanja kau makan ku lapar"ajak daud. dia perasan akan perubahan raut wajah iskandar tapi mereka juga harus menyelesaikan permasalahan ini. iskandar beriringan dengan daud balik ke bilik.izzati memerhati lelaki itu beredar.
"marah ke dia dekat aku,agak agak dia mengamuk tak,kenapa dia tak cakap sepatah pun"hatinya hanya mempersoalkan kenapa dengan iskandar.
"sayang dengar tak ni"khairi memanggil izzati
"hah.. apa dia tadi"perlahan pelukan khairi dilepaskannya.
"khai minta maaf khai tahu khai silap,khai nak tebus balik salah khai"rayunya
"sorry, aku tak boleh, lagipun kau dah gantikan tempat aku dengan kak nisya."jelasnya
"dia tak pernah gantikan zati, khai sayang zati, hanya zati dalam hati khai"rayunya lagi
"sorry khai, mungkin jodoh kita sampai sini dan mungkin ditakdirkan kita hanya untuk berkawan"izzati cuba mengatur ayat sebaik mungkin agar tiada hati yang tersakiti.
"tapi khai sayang zati sangat sangat.. "rayu khairi
"aku pun sayang kau, aku rindu kau tapi sorry ada insan yang lebih berhak atas diri kau"ujarnya
"kami belum nikah lagi,dia tak berhak apa pun pada diri khai"nada khairi meninggi
"sayang dengar sini,kak nisya terlalu sayangkan kau,aku jamin yang dia akan jadi isteri yang terbaik untuk kau,kau akan bahagia dengan dia"pujuknya.jari jemari lelaki itu dipegang erat
"khai tak sayang dia, khai sayang zati, khai nak zati"tempik khairi.izzati mengucup bibir khairi agar lelaki itu berhenti memberontak. mereka bercumbuan.
"janji dengan aku, kalau kau sayang aku, lupakan aku, nikahi nisya.kalau tak aku takkan hidup tenang.. please sayang,just for me"rayu izzati.
airmata khairi berlinangan.ada benarnya kata izzati, nisya terlalu obses akan dirinya. izzati akan jadi taruhan untuk kehendak nisya yang kadang menggila.izzati akan sentiasa menjadi mangsa.hendak atau tidak khairi terpaksa akur.izzati menghapus airmata lelaki itu.
"esok khai balik bincang dengan mak and mummy proceed wedding korang, kesian mummy malu orang jaja cerita nanti"pujuk izzati
"perkara ni bukan melibatkan kita berdua je, tapi melibatkan mummy dan daddy.. kesian dorang, aku tahu kau dah cukup matang untuk fikir secara rasional"pujuk izzati lagi.tubuh lelaki itu dipeluk erat.dadanya juga sebak tapi ditahan,dia tidak mahu menampakkan sisi lemah dirinya. walaupun berat hatinya namun untuk kebaikan semua,walaupun hidupnya menjadi percaturan dia terima seadanya.khairi memeluk erat gadis kesayangannya. dia terpaksa melepaskan walaupun berat.mereka bercumbu untuk terakhir kali.

khairi terlalu mabuk. izzati menelefon nisya agar datang menjemput khairi disitu.bukan ucapan terima kasih yang diterima tapi cacian dan hinaan yang terpancul dari mulut dua beranak itu.izzati menghantar khairi ke bilik dengan bantuan pekerja disitu.ditinggalkan lelaki itu sendirian didalam bilik.
"ikut aku"kolar bajunya ditarik dari belakang. izzati tersentak.iskandar melepaskan kolar bajunya kasar.izzati hampir tersadung.iskandar memeluk tubuh.matanya merenung izzati tajam
"kau dah kenapa,sakit tau tak, kalau aku terjerut tadi macam mana"marah izzati
"terjerut iya udah.. aku gantung kau kat pokok biar jadi layang layang"balasnya
"kau nak aku mati ke hah"izzati mengusap lehernya yang sakit.iskandar cuak tapi tidak mahu berlembut kali ini. dia benar benar marah dengan tindakan izzati
"sakit tau tak"rengek izzati.jantung berdegup laju melihat riak manja gadis itu. wajahnya dipalingkan.dia tidak mahu tergoda.tangannya dimasukkan kedalam poket jaketnya. digenggam erat jari jemarinya. dia mengumpul kekuatan semula agar tidak tersasar dari matlamatnya.
"sakit... hati aku lagi sakit tau risaukan kau yang hilang tanpa khabar berita"marahnya
"tapi kau jumpa aku juga kan"balas izzati
"jumpalah sebab kau on fon kau"marahnya
"kalau aku tahu kau nak meroyan macam ni aku tak on fon takpe,datang buat tambah serabut aku lagi ada lah"perli izzati
"apa kau cakap"wajah izzati direnung tajam
"betul apa, aku datang nakkan ketenangan tapi datang korang tambah masalah, daud dikecualikan la"izzati tertawa kecil
"kau ingat kelakar ke bila kau buat keputusan hilang macam ni"marah iskandar lagi
"habis tu kau ingat kelakar ke hidup aku sekarang ni,lawak ke dengan apa yang aku tanggung sekarang ni,hidup macam bola, kau rasa seronok ke"balas izzati tidak mahu mengalah
"aku tak kata pun segala apa yang jadi ni perkara lawak, tapi kau buat aku risau sampai nak putus nya.. kau buat perhatian aku ni bahan jenaka kau, kau nak hilang kau hilang kau nak balik kau balik"marahnya
"dah diri aku, badan aku, aku punya suka la, kalau kau rasa aku ni menyusahkan kau, forget it je la, kau pergi balik,lagipun aku tak suruh pun kau risau kan aku, aku tahu jaga diri aku sendiri"geram izzati
"kau faham tak yang aku care dekat kau"marah iskandar lagi
"tak perlu nak care,nanti kang hilang nyawa kau aku dipertangung jawabkan pula"perli izzati
"kau kan...kalau kau tak menjawab tak boleh.. kau kena ingat kau tu aku punya ten thousand"tempik iskandar. izzati terdiam. dia malu apabila ramai mata yang tertumpu padanya dek kerana perkataan ten thousand itu.izzati melangkah menuju ke biliknya.iskandar kaget lalu dia mengikuti izzati dari belakang.izzati menghempas pintu biliknya kuat.
"aduh.. "tempik iskandar.izzati membuka pintu kerana mendengar iskandar menjerit.
"nak tutup pintu pun agak agak la, tangan aku terkepit"dipegang jarinya yang berdarah kerana terkepit pintu.izzati mengambil tisu lalu di tekap pada luka iskandar.
"sorry aku tak perasan"ujar izzati
"memang kau takkan perasan sebab kau hanya fikir diri kau je, tak fikirkan orang lain."marahnya
"buat la sendiri.. aku dah tolong lapkan pun dah kira bagus dah"tisu itu di berikan kepada iskandar.izzati masuk semula kebiliknya tapi kali ini iskandar lebih pantas menyelinap masuk kebilik izzati.
"kau keluar.. "suruh izzati.
"habis ni sapa nak ubatkan"disua jarinya yang luka. izzati mengambil ubat yang dibawanya didalam beg lalu disapu ke jari lelaki itu.iskandar yang duduk disofa hanya memerhati.rambut izzati terkena pada wajahnya. dicium rambut gadis itu.
"aku rindu kau"bisik iskandar.izzati terdiam.
"aku rindu kau sangat sangat"gadis itu dipeluknya erat. izzati terpana, dia seolah merelakan pelukan itu.
"kau jangan buat macam ni lagi, aku merayu dekat kau jangan hilang macam ni lagi"rayu iskandar. izzati menatap mata lelaki iti. bergetar anak matanya menahan airmata.izzati bingkas bangun. dibaiki dirinya yang agak kebas kakinya.iskandar bangun dan menuju keluar.
"kenapa"soal izzati. iskandar menoleh. dahinya berkerut.
"kenapa kau risaukan aku.. kenapa kau amik berat pasal aku."soal izzati.
"because you are my ten thousand..you owe me that"ujar iskandar tegas.izzati menarik tangan iskandar.mata mereka bertatapan.
"apa yang harus aku lakukan untuk aku bebas dari cengkaman kau"mata izzati penuh amarah. dia seolah rasa terhina dengan kata kata lelaki itu.
"kenapa kau nak seksa hidup aku.."tempik izzati. iskandar mendorong badan izzati ke dalam lalu dikunci pintu bilik itu. izzati derdebar. iskandar menghampirinya perlahan lahan. izzati terjatuh ke atas katilnya.
"kau tanya aku apa yang kau boleh buat untuk aku lepaskan kau,kau rasa apa yang kau boleh bagi yang setimpal dengan sepuluh ribu aku"rambut izzati dilurut lembut. jarinya turun ke pipi kemudian tangam izzati dilurut lembut. tangan itu merayap lagi ke paha izzati.gugup izzati jelas. iskandar tersenyum sinis.
"aku cuma nak bebas.. aku tak nak hidup dalam genggaman siapa siapa."nadanya bergetar. iskandar merapatkan wajahnya ke leher izzati. dikucup lembut leher gadis itu. izzati menginjak ke belakang.
"selama ni aku kongkong kau ke, aku beri kau kebebasan, cuma jangan lari dari aku itu saja"ujar iskandar. pinggang izzati dirangkul dan diletakkan diribanya. izzati tersentak. badannya menggigil.
"aku minta tolong, lepaskan aku, aku nak ada hidup aku sendiri, kau cakap je apa kau nak aku buat asalkan kau kembalikan hidup aku semula"rayu izzati.
"layan aku malam ni sampai aku puas"ujar iskandar. izzati menggigil ketakutan. dia bangun dari ribaan iskandar tapi tangannya direntap.mata mereka bertatapan.
"aku tuan kau sekarang.. "ujar iskandar. didukung izzati lalu dibaringkan ke katil. izzati cuba lari tapi tubuhnya didakap kemas lelaki itu. iskandar mencabut pakaiannya. izzati menelan keras airliurnya.tubuh sasa iskandar kini diatas badannya.makin kuat izzati menggigil.
"is, please jangan"rayu izzati.. leher izzati dikucup iskandar.rakus.izzati merayu semahunya.airmata izzati mengalir. iskandar bangun lalu dipeluk izzati erat
"sorry, aku tak bermaksud nak noda kau"disapu airmata izzati.
"aku tak pernah terfikir untuk buat benda benda tak elok dekat kau, kau pun tolong henti minta aku lepaskan kau.pasal sepuluh ribu tu..itu urusan aku dengan ayah kau. bukan dengan kau"jelas iskandar.
"habis tadi"soal izzati teresak esak
"tadi tu saja je aku nak tengok kau.."iskandar bangun dari katil dan dia duduk di sofa. dinyalakan sebatang rokok.
"aku tak kisah apa kau nak buat tapi jangan hilang tanpa pengetahuan aku"ujarnya.izzati masih teresak esak diatas katil.
"aku tak pernah anggap kau perempuan murahan atau apapun,aku harap ku faham..aku cuma minta kau jangan jauh kan diri kau dari aku"ujar iskandar
"tapi kenapa, kenapa aku"soal izzati. iskandar mematikan rokok tersebut dan menghampiri izzati. dipegang kedua pipi gadis itu
"sebab aku sayang kau, aku sayang kau lebih dari apa yang aku ada dalam dunia ni,aku nak halalkan kau, tapi dalam masa yang sama aku nak kau sendiri yang pinta aku jadi imam kau, aku taknak paksa kau atau sukar kan kau untuk buat pilihan untuk kau bahagia.sebab kau berhak bahagia."ujar iskandar. mata iskandar ditenung dalam dalam. ikhlaskah dia.
"kenapa kau bagitahu yang kau sayang aku, tapi kau layan aku macam musuh"soal izzati
"sebab aku nak kau buat piliham sendiri, kau tengok baik buruk aku sehingga kau yakin aku akan jadi imam kau"ujarnya
"kalau kata imam aku bukan kau"uji izzati
"aku terima aku redha sebab aku ikhlas"ujar iskandar.rambut gadis itu diusap lembut. diseka airmata gadis itu.
"aku nak minta satu benda dengan kau boleh"pinta izzati.
"apa dia"soal iskandar. bibir lelaki itu dioles lembut.leher lelaki itu dirangkul lembut.iskandar yang terkejut dengan kucupan itu membalas kucupan itu. diangkat izzati keribanya. mereka asyik bercumbu mesra.dari bibir turun ke leher. nafas mereka mendesah
"maaf aku tak boleh teruskan,kau harus aku halalkan dahulu"ujar iskandar.
"jadi tolong halalkan aku"pinta izzati
"aku taknak terima aku kerana terpaksa atau dipaksa, aku nak kau terima aku seadanya aku, baik buruk aku, ikhlas yang kau mahu terima aku"ujar iskandar
"bukan dengan cara terpaksa"dipeluk gadis itu erat.izzati menangis lagi. dia terasa akan keikhlasan lelaki itu. dia seakan tidak setanding lelaki itu.pelukan lelaki itu dibalas erat.iskandar mencapai bajunya mahu disarung tetapi dihalang gadis itu.
"kau tidur sini malam ni"iskandar terkejut dengan permintaan izzati
"kau gila,tak berani aku"iskandar cuak
"kalau kau memang ikhlas nak halalkan aku kau mesti boleh kawal nafsu kau kan"uji izzati.iskandar risau.izzati menepuk bantal disebelahnya.kali ini iskandar menelan airliurnya keras.ditarik tangan iskandar. iskandar baring.badannya keras seperti patung cendana.izzati mengucup leher iskandar.
"tenang iskandar tenang"iskandar menguatkan dirinya.
"ok done"izzati ketawa
"kau buat apa"risau iskandar. ditunjuk leher iskandar.
"wei... kau buat bite"kalut iskandar mahu memadamnya. izzati ketawa besar. berjaya diusiknya lelaki itu.iskandar memeluk izzati lalu dilakukan perkara yang sama.tawa mereka berderai.
"dah tido esok nak bangun awal"suruh izzati.
"nak bangun awal nak pergi mana"soal iskandar
"snorkeling la"ujar izzati.
"nak ikut"rengek iskandar
"nak ikut tidur la"izzati menghempaskan badannya ke tilam lampu disisinya dimatikan.tiba tangan iskandar menjalar ke pinggangnya.dia menoleh iskandar benar benar dibelakanganya
"tidur"tegur iskandar
"kau janji jangan buat apa apa dekat aku"soalnya
"ye.. aku janji, dah tidur lewat dah ni"rungut iskandar
"tutup la lampu sebelah kau, aku nak tidur macam mana terang"rungut izzati. iskandar memadamkan lampu dan mereka lena didalam dakapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience