"korang, anak nak sekolah apa salahnya, rezeki dia..tak salah kalau korang sokong"marah wanita separuh abad itu. hajah halimah bengang akan keputusan anak dan bekas menantunya itu
"korang buat macam ni.. kesian si zati tu.. banyak sangat pendam perasaan"ujar hajah halimah lagi. izzati diam. ayah dan emaknya juga diam. hanya nendanya tempah dia bergantung harap. insan yang selalu menyebelahinya.
"kalau korang tak nak keluarkan duit biar aku yang bagi, cuma korang sign surat kebenaran untuk dia pergi"tegas hajah halimah.
"mak manjakan sangat izzati tu.."ukar encik halim
"dah dia cucu aku.. lantak la.. korang pun bukan amik tahu sangat pasal dia"marah hajah halimah
"mak, maimun kalau nak bagi duit ringgit memang maimun takde.. sekolah tu mahal belanjanya"ujar puan maimun
"korang sain je surat aku bagi duit untuk dia belajar"ujar hajah halimah.mereka muram. debar dihati izzati hanya Tuhan yang tahu.dia sudah dapat meneka apa yang akan terjadi selepas itu.segala cacian dan herdikan diterimanya. ditambah pula fitnah dari puan zila, badan izzati dirotan melata.malamnya dia meratapi nasib. tempat yang sepatutnya dia mengadu nasib.. menjadi tempat linangan airmata. sedikit demi sedikit dia mula berdendam dengan takdir.
"kau nak buat partime tak.. "soal daud
"nak la.. kat mana, jauh tak"izzati sedikit teruja. memandangkan tahun hadapan dia akan menghadapi peperiksaan spm, dia memerlukan wang untuk persekolahannya.
"hotel.. waitress dorang nak pakai orang.. aku minta housekeeping.. aku try minta untuk kau tapi dah penuh. "ujar daud
"tak pe.. janji ada kerja.. ada kenderaan tak.. ada shif malam tak"soal izzati ingin tahu
"ada.. kalau kau keje pagi boleh pegi dengan aku.. tapi kalau petang kau kena naik transport la"cerita daud. izzati teruja. memandangkan gaji yang ditawarkan juga cukup tinggi.
suasana baru bagi izzati. rata pekerja wanita disitu cantik dan bergaya.
"ini uniform awak.. mari saya tunjukkan staff locker"dia mengikut pekerja wanita itu.dia dan beberapa orang staf lagi di bawa jelajah sekitar hotel..
"ni department awak, kejap saya kenalkan penyelia awak"ujar wanita itu. izzati diam.seorang lelaki berpakaian sama sepertinya menghampiri mereka.
"khairi, ini staf partime, izzati.. izzati ini penyelia awak.. khairi..kalau tak de pape saya pergi dulu.. oh ya khai, jangan lupa bagi saya jadual partimer staf ya"wanita itu berlalu pergi.
"pernah kerja banquet"soal khairi. izzati menggeleng.
"meh sini, kita kenal staf dulu lepastu saya beritahu kerja apa yang banquet buat"izzati mengikuti lelaki itu. majoriti staff department itu lelaki.. hanya beberapa orang sahaja perempuan tapi lasak sepertinya.
"kita kat sini under f&b..setup untuk function dan meeting..hi tea pun kita setup.. if restaurant sibuk kita kena back up itu pun kalau kita tak sibuk la."izzati di bawa ke dewan.. dari dewan kecil hingga dewan utama yang boleh memuatkan beratus orang dalam satu masa. diajar izzati peralatan dan kegunaan serta penjagaan.izzati semakin teruja. satu persatu dicatat dalam notanya.
"oii korang taknak pegi makan ke.. "tempik eddie dari bilik stor.
"jom, makan"ajak khairi.izzati diam dan membuntuti lelaki itu. semua staf departmentnya keluar makan bersama di kafetaria.
"zati"panggil daud
"wei.."izzati menepuk meja agar daud duduk disebelahnya
"wahh comel kawan aku"usik daud.
"shhh.... diam.. kau ni.. cepat duduk"bisik izzati. daud merebahkan punggungnya disebelah izzati. dalam diam ada sepasang mata memerhati gelagat mereka.mereka saling bertukar makanan. dunia ibarat hanya wujud mereka berdua. aksi daud mengelap bibir izzati mendapat perhatian ramai.sepasang mata itu masih memerhati. sinis senyuman yang diukir.
"kau busy ke hari ni, serabai aku tengok"izzati membetulkan baju dan rambut daud"daud menyalakan sebatang rokok lalu di hembus.
"busy weh.. tapi hilang letih lepas tengok kau."usik daud
"kepala hotak kau"tawa mereka berderai. daud mengikat semula rambut izzati yang agak berceramuk. aksi sweet mereka dapat perhatian pekerja lain. ada yang bersorak ada juga yang merintih mahu dilayan seperti itu. tapi mereka tidak mengendahkan mereka. bagi mereka hubungan persahabatan mereka bukan setakat sahabat bahkan seperti adik beradik. seperti rumor yang heboh disekolah mereka ibarat kembar.. bersama berdua. tidak dapat dipisahkan.sayang mereka sebagai adik abang sebagai sahabat sejati.
"kau balik pukul berapa"soal daud
"pukul 5..kau"jawab izzati
"aku tunggu kau kat parking.. "ujar daud. putung rokok di penyeknya. izzati mengangguk
"zati jom.. masa dah tamat"ujar khairi yang duduk semeja dengan mereka
"jom.. wei aku pergi dulu..jumpa kat parking"ujar izzati. daud memandang sahabatnya itu berlalu pergi sehingga kelibatnya hilang dari pandangan. daud bangun dari bangku dan keluar untuk meneruskan tugasnya.
"daud... kau dengan zati tu couple ke"azman staff houskeeping partime sepertinya menyoal
"tak lah.. dia bff aku"jawab daud selamba
"lama dah ke korang kawan, aku tengok lain macam je korang ni"soal azman lagi
"kami dari sekolah rendah, darjah 3 dia pindah skolah aku.. kami sekelas sampai darjah 6..form one hingga form three kami kelas lain lain tapi still kawan sebab dia ni annoying sikit.. tak ramai yang boleh masuk dengan dia.. form four baru kami sekelas sebab aliran sama. dia top student oo.. top 5 rank ooo"cerita daud bangga. dia bangga akan pencapaian sahabatnya itu. walaupun kusut kepala dek kacau bilau keluarga.. tapi dia masih dapat beri tumpuan yang baik dalam kelas.
"ooo... tapi takkan bff je"korek azman
"ye... aku bff dia..kami rapat sebab aku satu satunya orang yang boleh masuk dengan dia.. aku pun ada dia je..dia lah awek aku.. dia lah kakak aku dia lah adik aku.. kaki bebel tu"tawa daud berderai. bila dia teringat akan perangai izzati yang suka membebel tentang pelajaran membuatkan dia mengalah dan angkat bendera putih.daud yang kehilangan ibunya akibat kemalangan jalanraya 3 tahun lalu tidak terasa sedih berpanjangan kerana izzati telah mengisi duka itu. bebelannya tak ubah seperti arwah ibunya.
"kenapa kau tanya pasal zati.. kau jangan macam macam"amaran daud.mereka kembali menyelesaikan tugas mereka.
"nah helmet"helmet yang disua daud diambil izzati.motor yang ditunggang daud keluar dari kawasan hotel itu.
"kita makan dulu nak.. pekena mee sup.. dorang kata dekat sini best"pinta daud
"ok.. aku pun lapo ni.. "walaupun dia bersetuju.. tapi dalam hatinya masih berkira... dia perlu berjimat. mee sup yang di pesan mereka tiba.izzati menghirup mee itu perlahan.
"kau makan la.. aku belanja"ujar daud. dia tahu apa yang bermain di fikiran izzati.
"tq fren"izzati berseloroh.. mulutnya penuh mee.selesai makan mereka bergerak pulang.
"amboi dah pandai balik naik moto dengan jantan pula"perli puan zila
"esok kau kerja pukul berapa"soal daud..
"sembilan.. kau"soal izzati semula tanpa menghiraukan leteran puan zila.
"aku amik kau esok"ujar daud. izzati hanya mengangguk.izzati melangkah masuk kedalam rumah tanpa menghiraukan puan zila yang seperti kerasukkan.di capai tuala lalu masuk ke bilik mandi.puan zila mula menyinga dengan reaksi izzati.
"abang.. zati dah pandai balik dengan jantan."izzati yang berada di luar rumah hanya diam. dia menikmati keindahan malam. bebelan puan zila lama. luahan bercampur fitnah itu tidak di endahkan
"zati.. "tempik encik halim.izzati masuk. dia sudah bersedia
"kau dah pandai nak conteng arang dekat muka aku ya.. "penampar dari encik halim hinggap dipipinya. dia diam.
"zati benci ayah"tangis hatinya. tiada sebab untuk dia membela diri kerana tiap ptah kata dari mulutnya hanyalah satu penipuan bagi ayahnya. dengan siapa harus dia mengadu. pipinya terasa perit tapi lagi perit hatinya yang terluka dek tanggapan ayahnya.malamnya berlalu dengan tangisan dihati.
"abang khairi"panggil izzati. lelaki itu menoleh. izzati menghulurkan beberapa keping kertas yang di beri oleh pengurus departmentnya untuk diberikan kepada khairi.
"boss bagi"ujarnya.
"tq tq.. abang lupa nak amik tadi"balas khairi
"abang goblet saya dah wipe.. nak bawak kemana dulu.. multipurpose hall dulu atau kenari hall"soalnya.
"kenari sebab meeting kat sana jalan dulu"ujar pemuda itu
"ok"izzati beredar.dia mengangkat rak goblet dan letakkan diatas troli. dia terkial kial
"macam kuat... kenapa tak panggil abang.. tepi biar abang angkat"kata pemuda itu. izzati ketepi sedikit tapi malangnya kakinya tergelincoh. badannya melayang kedepan. dia terjatuh beralaskan badan khairi. bibir mereka bertemu. mereka kaku. izzati cepat cepat bangun dan membetulkan pakaiannya.
"ehem.. ehem"khairi membetulkan tie nya yang senget. mereka gelabah. izzati mengibas tangannya. panas.
"maaf kan saya. saya tak sengaja"pinta izzati
"eh tak pa takpa.. abang hantar goblet dulu.. kertas tu pin dekat board nanti kita meeting"khairi cepat cepat menolak troli. dia hilang dari pandangan.izzati memegang bibirnya. pipinya panas.
"huii... apa ni.. zati.. "bisiknya malu.izzati meneruskan tugasnya.
Dia mengelamun. memikirkan peristiwa pagi tadi. ayahnya menyelongkar beg sekolahnya kerana dituduh membeli gadjet.sedangkan gedjet itu adalah projek eletronik sekolah dia siapkan proses akhir dirumah. malangnya gadjet itu rosak akibat terjatuh. dia sapu airmataya yang menitis ke pipi.tudungnya di tarik dari belakang. dia tersentak
"kau pehal"soal daud.izzati memusingkan badannya mengadap daud. di tunjuknya gadjet ciptaannya yang relai. daud tergamam
"macam mana gadjet kau boleh rosak"
"semalam..."nadanya berat
"ika nak main, aku tak bagi, sebab tak siap lagi lock appliance dia.. tiba dia mengadu kat makcik aku.. aku bangun nak pegi sekolah, ayah aku baru balik, makcil aku cerita dekat ayah alu, ayah aku mengamuk jatuh benda ni time ayah aku selongkar beg.. "airmatanya ditahan semahunya tapi gagal.manik manik jernih itu bertaburan membasahi pipinya. daud gumam. digengam tangan sahabatnya itu
"sabar ya. nanti kita jumpa cikgu minta tempoh baru untuk kau siapkan projek ni"pujuknya.dihapus airmata dipipi izzati. izzati hanya diam. daud turut bersedih. dia tahu betapa tumpunya izzati pada projek itu. semuanya diusahanya sendiri. dari material sehingga ke kemasan akhir.. semuanya diusahakn sendiri tanpa bantuan sesiapa.
"hari tu aku dah minta tempoh sebab budget tak cukup nak beli barang.. kali ni takkan cikgu nak bagi lagi"soal izzati
"abis tu takkan kau nak biarkan je usaha kau jahanam,takkan kau nak gagal"daud cuba menaikkan semangat sahabatnya itu. tapi tiada balasan. izzati menekup mukanya ke meja. tangan daud mengusap kepalanya lembut
"nanti aku teman kau jumpa cikgu ya, aku rayu untuk kau"pujuknya.izzati diam. daud turut berduka
Share this novel