Tidak pernah sesaat otaknya tidak berfikir. tidak ada lagi ruang dihatinya yang masih elok.dicarik dirobek hatinya hingga berkecai. setiap hela nafasnya terasa sesak.hari ini dia tidak bekerja. dia hanya terperuk dirumah.rehat semahunya.
"cantik tepon, pinjam"tangan tikah ditekan ke meja
"jangan sentuh barang aku kalau kau nak hidup lama."amarannya. tikah berlalu pergi dengan hati yang kecewa.izzati membelek majalahnya.satu persatu di beleknya.telefonnya dipegang.hatinya berteka teki mahu menelefon siapa untuk menemaninya bersiar siar dan semestinya orang itu bukan daud dan khairi.kerena kecewa dihatinya masih belum sembuh.dia bersiap,abil menantinya di mall.
"kau nak kemana, bukan kau cuti ke"soal puan zila
"nak keluar dengan kawan"snickers putih itu disarungnya.
"kau tak boleh duduk rumah ke,banyak benda yang boleh kau buat,masak pun tak lagi, aku lapar ni"tengking puan zila
"zati,aku dah siap aku nak ikut"tikah bersuara
"ah kau sibuk,takde maknanya aku nak bawa kau, semak.. makcik lapar makcik masak lah apasal puka zati nak kena masak"ujarnya.
"tunggu aku kejap"tikah terkocoh kocoh mengejar
"kau ikut aku aku tumbuk muka kau"raut wajahnya tegang
"kalau aku duduk kat rumah aku nak makan apa,takde apa pun yang aku boleh makan"ujar tikah
"itu korang punya pasal,aku tak campur, korang nak makan pasir ke nak makan batu ke bukan masalah aku"balasnya
"kau nak ke mana yang tak bagi tikah ikut, nak menjalang,nak masak apa duit pun ayah kau tak bagi, orang tua tu pun buat apa kat luar balik haram seposen pun tak bagi, gampang betul"marah puan zila
"kalau zati nak menjalang sekali pun apa masalah makcik,dah nak pegi menjalang takkan nak bawa teman kot... lagi satu gampang gampang cik halim tu, dia tu laki makcik yang makcik gila gilakan sangat sampai jadi perosak rumah tangga orang"balasnya.sedikit lega.
"biadap kau ya"puan zila bingkas bangun mahu menerpa izzati tetapi lebih pantas melarikan diri
"zati, aku nak ikut"tempik tikah.teriakan itu tidak diendahkannya.
Abil yang sudah berada di mall melambaikan tangan apabila dia melihat kelibat izzati.
"lama dah kau sampai? "soa izzati.
"baru je,nak ke mana kita"soal abil
"entah,aku tak tahu,ni first time aku keluar macam ni"jujur izzati. dia seolah katak di bawah tempurung
"abis kau keluar dengan abang khairi? "
"kemana je kami, beli barang, pegi makan then balik..kami kan off tak sama"ujar izzati
"abis dengan daud"soal abil lagi
"kalau skolah hari tu slalu lepak kat pantai je tak pun lepak kat padang tengok orang main bola, kalau sekarang kami jarang keluar sekali, itu pun takat pegi makan"dia sedikit kecewa. terasa hubungan mereka semakin menjauh dek kerana kerja.
"owh... kalu macam tu, biar aku yang atur.. kita pegi tengok wayang jom"cadang abil. izzati hanya mengikut.movie aksi yang ditontonnya sungguh memukau jiwanya.dia benar benar di dunia baru.mereka menjelajah keseluruh mall. baru dia sedar sebenarnya kehidupan ini indah dan besar. kehidupan ini berputar bagai roda.dari satu tempat hingga satu tempat mereka menapak.
"ini tempat pebret aku, cc"ujar abil
"cc tu apa"soal izzati
"cyber cafe, kita boleh serve internet dekat sini, caj dia rm5 untuk satu jam,kau nak main game ke, nak log in media social ke, nak tengok movie ke terpulang.. makan minum pun boleh order"jelas abil. izzati hanya menggangguk. mereka mengambil dua komputer berdekatan. abil yang sedang asyik bermain game hanya diperhatikan izzati.
"kau buat la apa kau nak,jangan tengok kau je rugi tau bayar"
"aku tak tahu guna"izzati benar benar naif
"ok aku bagi kau tengok movie ya, cite apa kau nak tengok,hollywood,bollywood,korea,jepun,thai,melayu"tanya abil
"cite lawan lawan"ujar izzati.
"cite ni best,memang gempak"cadang abil.izzati hanya mengangguk.abil kembali menyambung bermain game. satu persatu rokok di nyalakan nya.pada awalnya izzati agak janggal dengan bau dan asap rokok tapi sekarang dia sudah hampir sebati.mereka leka dengan dunia cyber hingga tidak sedar matahari sudah melabuh kan tirainya. dia memeriksa telefonnya. tiga puluh miss called dari khairi dan lapan belas dari daud dia lupa mahu mengaktifkan nada selepas keluar dari panggung sebentar tadi.miss called itu dibiarkan tanpa berbalas.mereka menapak lagi mencari tempat makan.perut mereka mula berkeroncong.mereka berbual sambil menunggu makanan tiba.
"kau nak balik naik apa ni"soal abil
"bas tau teksi"balas izzati
"kenapa tak call abang khairi, dia dah balik kan"soal abil
"tak nak la aku kacau dia,biar dia berehat"helah izzati. dia menjarakkan dirinya dari bertemu khairi dan daud kerana sakit ditipu masih berbekas.walaupun niat daud baik tidak mahu merosakkan hubungan dia dan khairi tapi baginya daud harus berterus terang supaya tiada mata melihatnya seakan orang bodoh.
"bahaya kau balik sesorang malam malam ni"risau abil.
"nak takut apa, Allah kan ada"jawapan yang mudah untuk kekal berani dan kuat
"kau...balik dengan apa"kali ini dia pula menyoal abil
"aku ada program larut malam"balas abil sambil tertawa
"apa tu"izzati tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan abil
"clubbing la, lepas tu aku balik dengan kawan aku, esok aku keje petang sempat bangun"tawa abil.izzati hanya menggangguk. selesai makan abil menemani izzati menunggu teksi.hampir sejam mereka menunggu tapi kelibat teksi masih belum kelihatan.
"hah tu teksi"ujar abil
"ada penumpang kalau macam tu sebab lampu atas tak menyala"ujar izzati. teksi itu membelok dan lalu di jalan belakang bus stop yang di singgahnya.
"ayah"kelihatan encik halim dan seorang wanita disebelahnya.diperhatikan teksi itu.akhirnya teksi itu berhenti di sebuah rumah tumpangan yang tidak jauh darinya
"abil jom ikut aku"pintanya.abil yang terkejut dengan permintaan izzati bangun dan terkebil kebil mengikutnya.
"kau kenapa weh.. kau nampak apa"soal abil ingin kepastian.pasangan itu kelihatan masuk ke rumah tumpangan itu.mereka mengekori secara diam hingga ke bilik yang dihuni pasangan itu. izzati menahan amarah.
"kau kenapa, sapa tu weh"soal abil. badan izzati menggigil. matanya berlinang menahan geram.dia tunggu disitu hampir lima belas minit
"jom la, nanti kau terlepas teksi lambat pula kau balik"ajak abil.
"aku ada kerja sikit, tak pe kau pergi dulu"ujarnya
"ish kau ni bahaya la, siapa tu"soal abil. izzati mengumpul kekuatan dan berjalan menuju ke bilik itu.diketuk bilik itu berkali kali. akhirnya pintu dibuka. mereka bertemu
"zati"encik halim tersentak.izzati masuk ke dalam bilik. ayahnya dan hanya berbalut tuala.
"ada apa bukti yang boleh korang bagi untuk mengesahkan korang dah bernikah."ujarnya.kali ini dia tegas. badannya sedikit menggigil menahan marah.
"maaf cik, encik.. kawan saya silap orang"ujar abil yang cuba menarik tangan izzati
"ayah buat apa ni, kenapa bertuala ni, perempuan ni isteri ayah yang sah ke"soal izzati. abil tergamam
"ayah"detik hati abil. encik halim terdiam.
"kau perempuan.. "izzati mula menyinga.dia melangkah naik ke katil dengan amarah seperti harimau yang mahu mererkam mangsa. wanita iti yang berada dia bucu katil bangun dan lari masuk kedalam bilik air dan menguncinya dari dalam. pintu bilik air itu diterajang izzati berkali kali.abil menahan izzati dari terus menendang pintu itu kerana kelihatan pintu itu hampir pecah.
"tak takut Allah ke encik halim bin ilyas"tempiknya.encik halim diam. dia terduduk.
"zati kita keluar ya,sabar zati sabar"ajak abil.
"kenapa nak cari yang lain,makcik kan ada, tak cukup lagi"tempik izzati
"jangan kata ayah tak bahagia.. ayah tak gembira.."marahnya membuak buak
"ini kebahagian ayah.. ayah gembira hidup dalam maksiat macam ni, ayah lelaki dayus"pipi izzati ditampar kuat.
"tampar la lagi, tampar, zati dah lali dah dengan semua hukuman ayah,ayah nak terajang zati, nak tumbuk zati, silakan...zati dah lali.. cuma satu je zati nak cakap zati malu ada ayah macam ni"jarinya ditunding tepat ke muka encik halim. abil menarik tangan izzati dan membawanya keluar.izzati diam. airmata geramnya dia kesat kasar.keluar dari rumah tumpangan itu ditumbuk cermin kereta ayahnya,pecah.cecair merah mula mengalir.izzati menjerit sekuat hati. abil yang melihat izzati berkelakuan seperti itu untuk pertama kalinya, terkedu.
"apa yang terbuku dalam hati kau selama ini kawan"abil mula simpati. dia sebelum ini hanya tahu sedikit tentamg izzati, dia tahu yang izzati tinggal bersama dengan ibu tiri dan dilayan dengan tidak adil dan begitu juga ibu kandungnya, tapi kejadian malam ini membuatkan abil putus kata.tidak pernah dia melihat izzati seperti itu. izzati yang dikenalinya seorang yang ceria, ada saja celotehnya yang membuatkan mereka tertawa, tapi malam ini dia bertukar seratus peratus.bahu izzati dilurutnya.
"jom"ajak izzati
"mana? "soalnya
"kau kata kau nak pegi clubbing kan, aku nak ikut, aku memang tak boleh balik rumah dalam keadaan macam ni"ujarnya.tiada lagi tempat untuk dituju,rumah nendanya kini bukan lagi miliknya.rumah ayahnya ibarat mahkamah civil dimana keputusan sentiasa tidak berpihak padanya.
"kau biar betul zati"abil ingin kan kepastian
"ye lah, aku serabut sangat ni, kalau tak boleh tak pelah,aku gerak sendiri"ujarnya
"ok ok.. tapi kau kena dengar cakap aku.. kalau aku kata jangan kau jangan amik atau minum ok"ujar abil. izzati hanya mengikut.
lampu yang berwarna warni itu ligat berpusing menyuluh mengikut rentak lagu.ramainya manusia menybabkanereka berasak asak. asap rokok berkepul kepul.diatas pentas kelihatan dj sedang memainkan lagu. dan di tengah dance floor dikuasai anak muda yang sedang leka menari.
"aku bawa kawan kerja aku, izzati nama dia, ni first time dia datang, korang jangan pedajal dia tau, dia bukan macam kita"ujar abil. izzati tersenyum. berbeza dengan pub tempat kerjanya lebih tenang dan terkawal cuma kadang kala di waktu puncak dan musim perayaan padatnya tidsk boleh dibawa bincang. tapi tempat ini agak menakutkannya.pelbagai jenis manusia ditemuinya.izzati melihat sekeliling. dia cuba berlagak tenang.
"aku order kau oren jus ya"ujar abil.apa yang dibicarakan abil bersama teman temannya tidak diketahui.muzik terlalu kuat.rata rata gadis yang hadir menghisap rokok.adakah ini trend masa kini. izzati seakan ingin mencuba.
"kau jangan buat gila"tegur abil. dia hanya diam. abil hilang ditengah tengah kerumunan manusia. dia benar benar menikmati malam. seorang lelaki meghulur tangan mengajaknya menari. dia mencari abil
"come"tempik abil kuat. izzati hanya mengikut. sedikit demi sedikit dia sudah mula selesa. dia menari mengikut irama lagu. tekanan yang diterimanya hilang.
"jom balik"khairi yang entah datang dari mana menarik izzati dan keluar dari tempat itu.
"mana tahu zati ada dekat sini"soalnya
"masuk kereta"suruh khairi tapi tidak di endahkan izzati
"izzati binti halim"tempik khairi. izzati mengikut takut kemungkinan khairi menyinga.
"kenapa pegi tempat macam tu"soal khairi
"saja, nak seronok"balas izzati acuh tak acuh
"kenapa ignore call khai"soalnya lagi. izzati sedang disiasat.
"tepon vibrate lupa nak ring kan"jawabnya sambil lewa.kereta yang dipandu laju itu berhenti mengejut.
"dah puas hidup ke"tempik izzati yang terkejut
"zati tu dah puas hidup ke yang pergi tempat macam tu, dah takde tempat lain nak pergi, dengan hari ni satu hari call tak jawab.."nadanya meninggi.
"kenapa,bagi khai jahat sangat dah zati ni sebab pergi tempat macam tu, hina sangat dah"izzati tidak mahu mengalah
"ada khai cakap macam tu ke, khai cuma nak tahu kenapa pergi situ.. tempat tu kan... "belum sempat khairi habis kan ayatnya izzati telah memotong
"tempat tu tak elok, tempat maksiat, memang sesuai la dengan zati,patutnya zati dari dulu kenal tempat macam tu"laju mulutnya
"merapu apa ni, kenapa melampau sangat cakap ni"marah khairi
"melampau..sapa yang melampau.. zati ke khai.. sejahat jahat zati sehina hina zati.. zati tak curang dengan khai.. zati tak tidur dengan jantan lain... tapi khai.. buat zati rasa betul betul bodoh"luah zati.izzati membuka pintu dan keluar dari kereta.khairi turut kalut keluar dari kereta
"sayang.. sayang"dia cuba mengejar izzati yang laju berjalan di dalam taman dihadapannya. izzati tidak mengindahkan panggilan itu. dia terus berjalan. lengannya ditarik, dia berpaling.khairi memeluknya erat.
"khai tahu khai salah, khai buat silap, khai minta maaf,khai betul betul menyesal dengan apa terjadi"ujarnya
"kenapa tak jujur dengan zati, kenapa nak zati dengar dari mulut orang"marahnya masih belum reda
"sebab khai takut, khai rasa bersalah sangat, tak tahu nak mula dari mana"jelasnya
"bersalah... tapi macam tak rasa bersalah pun"marahnya lagi
"khai cuba menolak tapi iman khai tak kuat.. khai minta maaf.. khai akui salah khai"rayunya
"wah... wahhh... statement..."izzati menepuk tangan.
"lelaki memang takde ayat lain,...iman tak kuat... tak bahagia... tak gembira.. tapi time bersama takde pula rasa macam tu.."sini izzati
"sayang nak khai buat apa untuk sayang maafkan khai"pintanya.
"khai tak buat salah dengan zati tapi khai buat salah dengan Allah"ujar izzati. dia meneruskan langkah. kejadian tadi terbayang dimata. tidak adakah rasa sekelumit dihati ayahnya akan dosa. dia menangis lagi. khairi mendapatkan tunangnya.dia cuba memujuk sebaik mungkin. dia tidak mahu hubungan mereka berakhir begitu saja.langkah izzati terasa berat.dia duduk dibangku.mukanya ditekup. dia menangis semahunya.khairi yang duduk dihadapannya mengalih tangannya lalu di hapus airmata kekasih hatinya
"sayang, khai betul betul minta maaf, khai menyesal dengan apa yang jadi, khai sayang zati..sayang sangat sangat."gadis itu dipe luknya
"zati tak minta apa apa, cukup khai jujur dengan zati, sayang zati seadanya dan terima baik buruk zati.. itu je"ujarnya
"khai sayang zati,sayang sangat sangat, khai tahu khai salah,khai yang bodoh sebab termakan godaan milia"sesalnya ketara.
"sayang,tolong lepas ni kalau ada apa apa masalah, bagitahu khai, kita bincang, jangan senyap macam ni, khai risau, khai takut hilang sayang"ubun ubun gadis itu di kucup lama.izzati masih menangis.dibenak apa yang disaksi kannya tadi dengan apa yang disaksikan kelakuan adiknya didalam bilik dia dapat bayangkan khai dan milia.hatinya sakit.
"sayang,maafkan khai"rayunya.izzati meraup mukanya. dilepas keluhan berat.diseka airmatanya. dia berdehem berkali kali.
"zati boleh maafkan khai sebab siapa zati nak hukum khai.. kita manusia semua ada silap, walaupun kesilapan khai tu terlalu sakit untuk zati terima.. zati nak kan ketenangan..dengan memaafkan khai InsyaAllah zati akan tenang.. tapi nak melupakan.. maaf zati katakan sukar zati lupakan"tegasnya
"zati maafkan khai dah cukup bagi khai, khai janji khai takkan ulang kesilapan yang sama"mereka berpelukan. izzati terasa tenang apabila mendakap jejaka itu.kereta itu dipandu tanpa tujuan.izzati tidak mahu pulang. dia tidak mahu berjumpa ayahnya ketika ini. satu satunya lelaki yang dianggap hero dalam hidupnya telah melukakan hatinya.mereka mencari hotel yang berdekatan dengan tempat kerja mereka untuk izzati bermalam.izzati melepaskan lelahnya.otaknya perlukan rehat hatinya perlu dirawat.
Share this novel