BAB EMPAT PULUH TIGA

Drama Completed 36633

Khairi mahu berangkat ke UK. entah kenapa perasaan izzati sebak.
"zati jaga diri ya"pinta khairi
"khai pun.. keep in touch please"ujar izzati.
"of course"diseka airmata gadis itu.insan pertama yang dicintainya sepenuh hati itu ditatap penuh sayu. berat hatinya untuk meninggalkan gadis.masih ada harapan dihatinya agar hati gadis itu menjadi miliknya kembali.
"khai masuk dulu ya nanti lambat pula.."pinta khairi.izzati menggangguk
"kau jaga diri dekat sana"pesan daud
"ya.. kau pun sama.. tolong jaga buah hati aku baik baik"pinta khairi
"ehemmm.. you talking with wrong guys bro"haiden mencelah. mereka berpelukan untuk kali terakhir.
"khai.. jaga diri ya..jangan lupa zati ya"airmata sebak mula mengalir.
"ya khai janji.. "ingin dipeluk gadis itu tapi dihalang haiden. khairi terkejut dengan tindakan haiden.haiden hanya tersenyum kelat. tangan izzati dipegang khairi. haiden kalut.mahu di lepaskan genggaman itu tapi kemas. daud hanya tertawa.khairi masuk balai pelepasan.kelibatnya hilang.
"zatiiii"tempik khairi dari balai pelepasan. mereka menoleh. khairi membuat bentuk hati. izzati tertawa. haiden mengangkat penumbuknya. izzati yang perasan akan tindakan haiden itu menurunkan tangan lelaki itu lalu dirangkul pinggang lelaki itu. khairi yang melihat reaksi izzati menumbuk numbuk dadanya kecewa. tawa mereka berderai.

"kau konvo bila"soal izzati.
"lambat lagi.kenapa aku tak boleh buat part time kat mercy ke"seloroh daud
"boleh la.. kalau tak aku tak hired kau.. saja tanya.. aku nak apply cuti"ujarnya.mereka menyusun pakaian yang baru tiba.
"selamat datang ke mercy"suara laila kedengaran. daud dan izzati menoleh kepada tubuh yang masuk ke dalam butiknya.izzati tergamam
"boleh saya bantu encik"soal laila
"saya nak dia asisst saya"pinta lelaki itu.izzati akur. dia mengikut lelaki itu dari belakang
"is akan menetap di australia"ujar lelaki itu.izzati diam
"zati sihat"soal lelaki itu. izzati mengangguk
"is minta maaf dengan apa yang dah jadi, is bersalah pada zati"ujar lelaki itu. tidak mampu izzati menatap wajah lelaki itu.perasaannya berkecamuk. tiada benci atau cinta tapi entah lah.
"is harap zati akan temu bahagia zati.kisah kita jadikan memori dalam hati ya"pinta lelaki itu. izzati mengangguk.iskandar melangkah. matanya menatap setiap pakaian yang ada. langkah lelaki itu sedikit cacat. kakinya sudah tidak sesempurna dulu.
"zati boleh tolong carikan baju untuk is"pinta lelaki itu. izzati tersenyum. diambil beberapa helai pakaian mengikut citarasa iskandar.
"thanks.. is suka semua yang zati pilih"pujinya
"dah ke.. ada nak apa apa lagi"ujar izzati. diukir senyuman yang manis dibibirnya.
"ini je"iskandar bangun dari sofa itu dan mengikut izzati ke kaunter.
"kau kerja sini ke"soal iskandar apabila melihat daud dikaunter
"ha ah part time je.. sementara nak grad"ujar daud. iskandar hanya mengangguk
"sakan kau shopping.. dengan hot jacket bagai"soal daud
"aku akan pindah ke australia.. melbourne"ujar iskandar. izzati diam. matanya bergenang.. hari iti khairi.. kali ini iskandar.. kenapa mereka yang harus pergi..izzati mengharapkan persahabatan yang baru itu sahaja.apa yang terjadi itu satu kenangan baginya
"stay sana terus ke"soal daud lagi
"ha ah.. dah tak de urusan apa lagi aku dekat sini"ujar khairi sebak..
"habis bini kau"soal daud lagi
"dia nak stay sini..biar la dia..aku ikut kan aja.. kami biar waktu yang tentukan hubungan kami"dicapai beg kertas itu dan melangkah pergi.
"daud tolong jagakan mrs jodoh aku ya"ujar iskandar yang menoleh memandang mereka.izzati berlari mendapatkan iskandar
"is fly bila"soal izzati
"lusa.. flight malam"ujar iskandar
"zati tunggu dekat airport ya"ujar izzati. iskandar tersenyum. hatinya berbunga. itu sudah cukup baginya.

"kau dengan khai ingat aku ni penjaga jodoh korang.suruh aku jaga dia...dia dah besar pandai pandai la dia jaga diri dia.. lagipun dah orang cop dah pun"seloroh daud. dahi khairi berkerut.
"siapa"soal iskandar
"tu... "di tuju ke arah haiden yang menghampiri mereka dengan dua botol air ditangan. iskandar tersenyum
"dia memang saingan aku dari dulu.. "ukar iskandar. izzati kaget
"ah percaya si daud ni..membongak je lebih"ditepuk bahu daud geram. daud mengerang sakit. bahunya dilurut.
"dia pernah call aku marah sebab aku takde waktu zati perlukan aku..lepas tu dia tahu dah ceraikan zati dia call aku juga marah kan aku.."cerita iskandar. daud dan izzati tergamam
"nah"air botol yang dipegangnya dihulurkan pada izzati dan daud.
"korang dah kenapa"dia menyoal kerana reaksi mereka agak pelik. dicapai air ditangan izzati kerana kelihatan gadis itu berusaha untuk membuka botol itu lalu di hulukan semula air itu.
"pandai mainan kau bro"usik iskandar.
"apa"soal haiden.
"kau... "belum sempat iskandar menghabiskan ayatnya mulutnya ditekup haiden.
"kita sembang kat sana bro"diheret iskandar ke tepi.
"kau rasa apa dorang sembang"soal izzati
"mana aku tahu.. pasal kau kot"usik daud.
"ish kau ni"dia menyiku perut daud. daud menunduk sakit. dagunya di letakkan dibahu izzati. dimain lengan baju izzati. mereka bergurau.kelakuan mereka mendapat perhatian iskandar dan haiden
"kau kena tahan dengan si kembar dia.. tengok tu.. relationship dorang terlalu kuat dan unik"ujar iskandar.
"aku tahu.. but i will"ujar daud
"kau jaga dia baik baik.. jangan kau kecewakan dia lagi macam mana aku dengan khairi kecewakan dia.. dia sudah terlalu menderita"pesan iskandar
"insyaAllah.. aku akan jaga dia baik baik"ujar haiden. mereka mendapatkan dua sahabat itu. haiden berdiri diantara daud dan izzat. daud cuba menarik baju izzati tapi dihalng haiden. ditarik izzati kebelakangnya
"ok la aku pergi dulu...is pergi dulu ya.. jaga diri..hiduplah dengan gembira dapat kan bahagia untuk zati.. zati berhak untuk itu"pesan iskandar. izzati mengangguk. manik jernih gugur satu persatu di pipinya.
"is juga.. "ujar izzati sebak. tangan izzati digenggam erat.
"terima kasih sudi hadir dalam hidup is walaupun sekejap"gengaman itu dileraikan. kelibat lelaki itu hilang di dalam balai pelepasan. haiden memeluk izzati. ditepuk bahu izzati lembut.

"tahniah bro, dah grad dah kau"ujar izzati. daud tersenyum
"hei"sapa fatiya
"hai.. tahniah"ucap izzati
"aku nak minta maaf dekat kau sebab lancang mulut aku kau derita"fatiya luah rasa bersalah.
"tak pe aku dah lama maafkan dan lupakan perkara tu"balas izzati. mereka mengambil beberapa keping foto sebagai kenangan
"mana mamat ni.. "jam ditangannya di lihat
"kejap lagi sampai la tu.. "pujuk daud
"tunggu dia sampai kejap lagi"rungut izzati.kereta haiden berhenti dihadapannya
"sorry lambat"ujar lelaki itu yang keluar dari keretanya terkocoh kocoh.
"adoi"kepala haiden dilepuk izzati
"sejam dah kami tunggu.. kau bawak kereta ke bawa siput"rungut izzati
"aku ada hal tadi"alasan haiden
"hal..hal.. hal apa"soal izzati geram
"aku sakit perut tadi.. aku berak la dulu lepas tu jalan pula jem time nak keluar dari hotel tadi"jelasnya.ditarik lengan baju izzati tanda maaf. izzati menoleh.
"hah ok ok"izzati masuk ke dalam kereta.
"aku lapar la"adu daud
"jom aku belanja makan"pelawa izzati.

izzati mengenakan loose tshirt rona peach dan seluar pendek paras lutut serta snikers. rambutnya dibiar lepas.
"auchh.. sapa ni.. zati la"tawanya sendiri dihadapan cermin. pintu biliknya di ketuk.
"kau tak siap lagi ke"soal daud
"dah.. jom"pintu biliknya di tutup.dia tergama melihat haiden yang mengenakan loose singlet dan seluar pendek serta sandal.rambutnya diikat pony tail.tatu di tubuhnya kelihatan jelas.
"kau bawa abang long kawasan mana ni"usik izzati
"abang long kau la.. dia punya kalut nak keluar makan sampai bebel kat aku tadi"
"cepat la.. tadi kata lapar"rungut haiden. dua sahabat itu hanya menurut.tatu di tangan haiden diperhati izzati.
"pasal"soal haiden
"kau buat ni tak sakit ke"soal izzati
"awal tu sakit la.. lepas tu ok je"ujarnya.lukisan di lengan haiden diperhati satu persatu..matanya tertangkap perkataan "lieve iztie" di bahu haiden.
"ni apa maksudnya"soal izzati
"oh.. berani.. "balas haiden.. disedut air milo dihadapannya.gelabah.izzati mengangguk. didada lelaki itu tertulis "mijn liefde iztie"
"ni.. apa"ditekan dada lelaki itu. haiden menelan air liur kelat. ditarik bajunya yang terselak kerana ditiup angin itu.
"ni.. takde pape.. "haiden cuak
"1..2..3.."bibirnya mengira.
"kau kira apa"soal daud
"tatu dia.. ada sebelas termasuk dada."haiden tersedak. dia tidak menyangka reaksi izzati.
"selalu kau tengok orang tatu dia ada gambar ganas ganas penuh satu tangan satu badan.. ni gambar.. alah... angel la.. tulisan lah.. heart la..ni ha...south north ni kompas dho"tawa izzati.
"nanti guna lengan dia je buat tunjuk arah"seloroh izzati lagi.haiden malu.
"yang penuh badan tu mafia ni jambu"usik daud.tawa mereka berderai.
"this is art.. aku bukannya join mana mana gang..saja suka suka.. dia mempertahankan dirinya. dua sahabat itu tertawa.makan malam mereka penuh hilai tawa.

"dekat pantai ada gigs katanya.. jom"ajak daud
"nak pergi... haiden jom"ajak izzati.
"ye lah"kereta itu dipandu ke pantai yang dikatakan daud.ramai anak muda disitu. Merek berhimpit himpit. haiden berdiri dibelakang izzati. mereka hanyut didalam alunan muzik uang di mainkan bands.
"hei"tempik izzati.
"sorry"ujar pemuda disebelahnya. izzati merenung tajam
"hei"tempik izzati lagi.
"kenapa"soal haiden. daud juga terkejut dengan jeritan izzati.
"mamat tu dia raba aku"adu izzati. haiden menarik izzati keluar dari kerumunan itu. dimencari kelibat lelaki itu. jumpa.
"kau buat apa dengan dia"dicekak leher baju lelaki itu
"lek la der.. tak sengaja terpegang nonot dia.. "ujar lelaki itu
"tak sengaja kau kata"marah haiden
"ramai orang kot... sempit..aku tak sengaja terpegang.. tapi der.. gebu oii...mantap..dapat cium pun jadi la.. apatah lagi henjut"tawa lelaki itu bersama temannya.
"kurang ajar kau"haiden menumbuk lelaki itu. daud juga melepaskan amarahnya. izzati terpana.
"sudahhhh"tempik izzati. dia menarik haiden dan daud untuk pergi.
"setakat call girl macam tu tak yah nak kedekut la.."provok lelaki itu
"barua"haiden melepaskan tumbukan sekali lagi
"dia isteri aku"marah haiden. izzati dan daud tergamam.
"kau jangan biadap sangat.. jangan bagi aku jumpa kau lagi tidak nahas kau aku kerjakan"marahnya.ditarik tangan izzati dan menuju ke kereta.daud dan izzati berdiri diluar. haiden melepaskan amarahnya didalam kereta.
"sorry beb sebab aku ajak kau benda macam ni jadi"daud serba salah
"bukan salah kau pun. minds orang kita yang tak habis habis nak pandang rendah pada orang macam aku."ujar izzati.
"marah betul dia"ujar daud
"tu la.. takut aku"izzati gerun.

"nah kau cuci luka dia.. teruk sangat luka dia"ujar daud. dihulur ubat dan perlatan untuk mencuci luka yang dibeli difarmasi berdekatan. pintu kereta diketuk izzati.haiden membuka
"mari aku cuci luka."ujar izzati. haiden mengikut arahan izzati seperti kucing manja. dicuci satu persatu luka diwajah dan tubuh lelaki itu.
"maaf"ujar izzati gugup.
"bukam salah kau.. salah sial tu.. barua"marah haiden.
"mulut tu kalau tak maki orang tak boleh"marah izzati. haiden terdiam.
"sini"marah izzait. disua mukanya untuk dicuci
"sedap tumbuk orang.. nak jadi samseng ke"soal izzati. haiden menggeleng.
"habis tu"soal izzati
"dia biadap sangat"ujar haiden lembut. matanya tidak berani menatap izzati yang sedang marah.
"kita boleh buat report kan.. kalau kata mati budak tu.. macam mana"marah izzati lagi.
"sorry"ujar haiden.
"sorry sorry.. lain kali fikir dulu.. jangan terus nak bertindak.. kan dah boleh sakit"ditekan tekan luka di pipi lelaki itu.
"aduh sakit sakit"haiden mengaduh.kasut gadis itu dilagakan dengan sandalnya berkali kali tanda maaf.
"jangan buat lagi.. tidak aku luku kepala kau"ujar izzati. diaendapatkan daud yang mencuci lukanya sendiri. haiden keluar dan berdiri dibelakang izzati yang duduk dibangku.izzati membelek kepala dan badan daud
"alah sikit je tu.. lelaki kan tak gaduh bukan lelaki la"diturunkan tangan izzati. izzati menoleh dan merenung haiden tajam
"ok.. "di zip mulutnya. daud tertawa. si singa perang berubah menjadi kucing belaan.

"ada fashion show ke kat lobi"soal izzati apa bila melihat pekerja dari department entertaiment menyiapkan tempat di lobi.
"ye kot"balas daud.
"sapa punya brand la kali ni"teka izzati
"brand tu tak tahu tapi tiba ada heidi klum ke tyra bank ke aku turun tengok"seloroh daud.
"bongok la kau ni.. tu world level kot.. ni domestic je"ujar izzati.
"eh tu bukan haiden ke"ukar daud. mereka kaget melihat haiden dan jay berpelukan dikhalayak ramai
"uishhh dasyat.. tak cover dah dho"ujar izzati
"apa tak covernya"daud hairan
"hubungan dorang la"ujar izzati
"maksud kau"daud masih tidak faham
"gay"terang izzati
"mana kau tahu dia gay"soal daud
"hari tu aku pergi party dia dah jadi party gay kot.. zaiful dengsn louise.. pastu ada la lagi couple lagi.. ishhh seram aku"ujar izzati
"tapi kau nampak ke dia dengan jay buat pape"soal daud
"tak..tapi aku nampak hubungan dorang ni weird dho"cerita izzati
"apa yang weird nya.. aku tengok biasa je.. "ujar daud
"kau jangan nak sokong perkara yang dilaknat"pesan izzati
"tak lah.. kalau macam zaiful dengan louise tu sungguh la.. aku pun pernah tengok dorang kiss tapi haiden ni tak lah"ujar daud
"kau... aku tahu kau kecewa tapi jangan sampai menidakkan hukum Allah"izzati menggelengkan kepala.dahi izzati dijentik daud.
"hotak kau.. maksud aku..haiden tu bukan gay.. dia tu normal macam aku.. jay tu bisnes partner dia and dorang pun stay sekali,dua dua merantau.. lagi pun dorang punya brotherhood tu kuat sebab saling menjaga..kau tak tahu ke jay tu dah ada awek.cina wei"ujar daud. giliran izzati melongo. dia tidak tahu akan perkara itu.

daud dan izzati curi curi menyaksikan fesyen show dari tingakat empat paradigm mall. haiden kelihatan sibuk mengambil gambar. jay juga kerana pakaian rekaannya turut di peragakan.
"cantiknya baju pengantin..bila la aku boleh sarung"ujar izzati
"insyaAllah nanti ada lah rezeki kau."ujar daud. izzati memerhati dengan penuh minat.
"akak pergi lah turun tengok.. laila tahu akak nak pergi tengokkan."ujar laila.
"tak lah.. akak kerja berlambak lagi"izzati masuk kedalam pejabatnya. dia meneruskan kerjanya.

"kak zati..akak mari sini cepat.. cepattttt"laila kalut.
"wei... sini sini"panggil daud.izzati termangu. apa yang terjadi.kedengaran namanya di panggil.
"izzati binti halim dari mercy...izzati binti halim.. "izzati menjengah. dia hairan. apa yang haiden buat dipentas itu.satu mall memerhatinya.
"jom"daud menarik izzati dan turun kebawah menggunakan lif.banyak mata memerhati. izzati segan dalam kehairanan.daud menolak izzati ketengah pentas. banner yang tergantung itu terbuka.
"will you marry me"tertulis disitu. izzati terkejut.
"izzati binti halim sudi kah awak menjadi isteri saya"ujar haiden. ditangannya sebentuk cincin. izzati terdiam.dia memandang daud. daud mengangguk. matanya bersinar berkaca. dia tumpang gembira.izzati terkedu. badannya bergetar. dia tidak menyangka lamaran dari haiden itu.
"yes or no.lama dah tangan sangat dah tangan ni pegang cincin ni.. lenguh oii"gurau haiden. seluruh mall tertumpu pada mereka
"yes"jawab izzati. seluruh mall bersorak gembira. daud juga. menangis gembira.

"dapat juga aku pakai wedding gown"ujar izzati.daud tersenyum
"kau nampak cantik beb"ujar daud. matanya berkaca.
"janganlah nangis.. hari bahagia aku kot"pujuk izzati.
"aku sedih la.. lepas ni aku tak leh dah nak berkepit dengan kau"rungut daud
"apasal lak tak leh"ujar zati
"nanti dia bawa lari kau balik denmark takkan aku nak ikut kau"ujar daud
"aku dekat sini la... kalau aku stay denmark pun kita still boleh contact kan.. lagipun kau ambil la peluang tu cari bahagia kau.. aku dah jumpa guardian aku...kau cari lah princess kau. "tangan daud dipengang lembut
"terima kasih sebab kau dah jadi guardian aku untuk tempoh masa yang panjang.. kau sahabat aku satu satunya"airmata mereka mengalir.majlis resepsi mereka yang diadakan di dewan utama hotel renaissence meriah.khairi dan iskandar tirit hadir bagi meraikan gadis yang dicintai mereka mengecap bahagia. izzati tampak anggun dengan gaun pengantin rekaan jay.

"hari tu zati tanya kan apa maksud lieve iztie"soal haiden. izzati yang berada dipangkuan haiden mengangguk. dimain jari jemari haiden.
"maksud dia love izzati"ujar haiden.izzati menoleh. haiden tersenyum.
"mijn liefde iztie tu pula apa maksud dia"soal izzati.
"izzati my love"ujar haiden. muka izzati merah malu
"ah hangat"izzati bangun dari duduknya tapi tangannya dicapai haiden.izzati jatuh diribaan haiden.
"haiden sayang zati.. dah lama haiden jatuh hati tapi haiden diam kan saja sebab waktu tu zati bertunang dengan khairi.. lepas tu date dengan iskandar.. haiden macam dah putus asa"ujarnya
"tapi sebab uwais.. haiden cuba untuk rapat dengan zati.. "ujarnya
"maksudnya haiden bukan betul betul sayang uwais la.. "uji izzati
"sayang... of course haiden sayang uwais.. dia penguat semangat haiden bila haiden down"ujarnya
"ye lah tu"usik izzati
"ye.. sumpah.. sebab tu bila zati sorok yang uwais dah takde haiden marah..haiden sayang dia sangat"raut wajahnya sugul. sedih mungkin bila teringat akan uwais.izzati memeluk suaminya.ditenangkan lelaki itu
"maaf.. zati tak nak ganggu haiden waktu tu.. zati minta maaf"ujarnya.
"past is past.. kita buka buku baru.. kisah kita"ujar haiden. izzati tersenyum.hari harinya terasa bahagia.apatah lagi dengan kehadiran orang baru.. Adam Mikail cahaya mata pertama dia dan haiden penyeri hubungan mereka. lakaran bahagia yang dilakarnya penuh corak duka akhirnya bersinar gemerlapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience