Cahaya mentari pagi memancar wajahnya. matanya bergerak bergerak. silau. dia menggeliat. nafasnya dilepas keras.ahh selesanya. bisik hatinya. dia mengiring mengadap cahaya mentari pagi. matanya dibuka peralahan lahan. dia tergamam. dia memandang sekeliling. dunia asing baginya. dilihat pakaiannya. masih sama. tidak bertukar ataupun terusik. rumah siapa ni. daud.. daud mana daud. hatinya mula mengomel tidak keruan. dia bangun dan membuka pintu bilik. tercium bau aroma kopi yang kuat. dia melepaskan pintu perlahan lahan. langkahnya kecil dan berjingkit.
"hoh"sergah daud.izzati menjerit terkejut.tawa daud berderai
"kau kan... "geramnya.tapi dia berasa selamat apabila melihat kelibat daud.
"rumah sape ni weh"soalnya.
"rumah crush kau"seloroh daud. disua cawan yang dipenuhi kopi. cawan itu bertukar tangan.
"kau biar betul, kita buat apa kat sini, kenapa tak balik"soalnya lagi sambil berjalan melihat sekitar rumah.
"dah kau tidur, so dia offer tidur rumah dia"jawab daud senang. izzati melihat sekeliling. terpegun dengan tatarias rumah bujang itu.kemas dan teratur.
"hoi toilet mana.. aku nak syisyi"soal izzati
"sana tepi bilik kau tadi"izzati bingkas ke bilik air. dia pulas tombol dan menolak daun pintu tapi pintu di tarik dari dalam menyebabkan dia terdorong dan hampir jatuh.terasa badan nya ditarik dari belakang agar tidak terjatuh. badannya berlaga dengan sebatang tubuh yang tidak berbaju.sasa..manik manik air masih berada dibadan sasa itu. izzati tergamam. khairi yang memeluk erat izzati,melepaskan pelukannya.mata mereka bertentang.
"uish.. seksi siot"bisik hatinya. lalu dia mengundur sedikit kebelakang.tidak keruan.
"zati nak guna toilet"ujar nya
"hah.. urmmm.. hah ok ok.. "mereka berdua tak tentu arah.dahi mereka berlaga. jalan dan langkah mereka tidak selari..
"aduh"kaki khairi tersadung pintu. dia yang malu keluar dari tandas. izzati yang berada dalam tandas tersenyum sendiri.tubuh sasa khairi bermain dibenaknya.
"uishhh.. zatiiiii"di tepuk dahinya agar bayangan itu hilang.
"nak mandi ke, ni tuala, ni baju arwah adik saya, amik la guna"sehelai gaun pendek berona ungu lembut dan sehelai tuala di hulur. izzati mengambil tuala dan baju itu. usai bersiap dia ke meja makan. khairi terpana melihat izzati. cantik. gaun pendek polos itu sesuai dengannya. rambutnya yang paras bahu dilepaskan dan diselit kelip rambut berbentuk lolipop yang bertahtakan berlian kecil. terserlah ayu gadis itu.
"jom makan"pelawa aman yang juga bermalam disitu. mee goreng itu ditatapnya. daud masih mandi.khairi yang melihat izzati meraut raut me goreng itu menghulurkan pingganya kepada izzati. mee itu sudah siap dibuang sayurnya.
"daud kelaskan tadi"ujarnya.izzati hanya mengangguk.mee itu disuap kemulutnya. khairi tersenyum.
"parah"bicara aman. shahril hanya tersenyum. khairi hanya menjeling.
"bawa moto leklok, jumpa esok"tempik izzati. daud yang cuti pada hari itu pulang kerumahnya dengan membonceng moto. izzati menaiki kereta khairi yang ditemani aman menuju ke tempat kerja. izzati hanya diam. dia yang duduk di tempat duduk hadapan hanya memandang keluar.
"hari ni function kolej kan"soal aman
"ha ah.. kolej Kosmo, 86pax"ujar khairi
"dak dak fesyen kan"soal aman lagi
"ha ah"balas khairi. izzati terkejut. kak nisya. nama itu terlintas di bibirnya. dia lupa bahawa hari itu kakaknya ada menganjur pertunjukkan fesyen sempena fashion week.hatinya tidak setenang tadi. gundah. khairi perasan akan air muka izzati sedikit berubah,tapi dia mengambil langkah untuk diam. kereta masuk parkir. izzati keluar dengan terkocoh kocoh agar tidak bertembung dengan kakaknya. kelihatan peserta fashion show sudah tiba. dia cuba sebaik mungkin untuk lari
"izzati"namanya di panggil.dia berhenti melangkah. kedengaran derapan kasut tumit tinggi itu menuju kearahnya. dia berdebar
"kau dari mana..cantik baju"nisya menyoal
"nak masuk kerja"ujarnya.kakaknya berdiri dihadapannya. dia resah
"cantik baju, bila kau beli, banyak pula duit kau boleh beli baju macam ni"soal nisya lagi
"ni baju pinjam, zati tak sempat balik rumah semalam"
"what... "nisya terkejut.
"kau dah pandai tak balik rumah ya.. kau kemana semalam. menjalang? "marah nisya. suaranya yang agak kuat menarik perhatian orang yang ada disitu. khairi dan aman juga.
"zati tidur rumah kawan, sebab semalam abis keje lewat, tak sempat balik sebab hari ni masuk awal pula"jelasnya
"alasan kau bodoh sangat, bukan ke selalu si daud tu yang amik kau.. kenapa balaci kau tu tak nak jadi hamba kau dah"herdiknya
"asal cakap dia macam tu"nada izzati sedikit tinggi
"kau biadap ye.. ni baju ni.. elok nya pakaian kau.. ni kalau mak atau ayah tahu ni abis kau"baju izzati ditarik tarik.
"ish jangan la, dah la orang nak masuk kerja"izzati mahu beredar. praappp.baju nya terkoyak akibat direntap kakaknya dari belakang
"kak.. "izzati menangis. dia menutup bahunya yang sedikit nampak
"kau jangan berani pakai macam ni lagi"amaran nisya
"kenapa dengan baju ni"soal khairi sambil menyarungkan jaketnya ke badan izzati
"kau siapa yang nak menyibuk hal kami"marah nisya
"saya supervisor dia, dia anak buah saya"balas khairi
"owh jantan ni la yang kau service semalam. "ujar nisya
"kak"airmata izzati semakin laju
"maaf tuduhan awak berat ni, saya rasa baik awak minta maaf dengan adik awak"pinta khairi
"kalau aku taknak"balas nisya
"betul la kata orang cerdik pandai tak semestinya beradap dan orang yang beradap tak semestinya bodoh. "balas khairi.
"dah jom.. jangan kecoh kecoh"ujar izzati lalu menarik tangan khairi. nisya geram. dalam pada masa yang sama nisya juga akui ketampanan khairi.
izzati melakukan tugasnya seperti biasa. kakaknya dilayan seperti tidak dikenalinya.dia harus profesional dalam bekerja.tapi gementar tetap ada dihatinya. risau akan tindak tanduk kakaknya yang tidak dapat diduga.dia sudah masak akan perangai kakaknya itu.dia bukan manusia yang mudah mengalah dan berdiam diri.
"kau angkat yang ini dulu"suruh abil. izzati menurut. pinggan dibawanya ke belakang untuk dicuci.abil mengambil tugas izzati.langkah izzati dihalang. nisya.izzati cuba meneruskan langkah tapi dihalang nisya.
"tengah kerja ni"ujar izzati rimas
"kau kerek ek.."nisya bernada sinis
"nak apa.. nampak tak..berat ni"rungut izzati
"kau jangan nak macam macam..aku belum habis cakap lagi hal tadi"nisya masih belum puas
"kita sambung lain kali la, tengah kerja ni... ish tepi la"izzati mula dingin
"aku bagitahu mak"ugut nisya
"bagitahu la,akak kan spesis m16"rengus izzati.
"kurang ajar kau kan"tangan nisya dia angkat
"zati cepat"panggil shahril. tangan nisya diturun semula.izzati meneruskan langkahnya.di back sink dia melepaskan nafas panjang. geram.dihujung sudut abil dan aman sedang merokok. izzati merapati mereka.
"kelat je, sapa tadi, biadap gile dho"ujar abil.
"kakak zati"ujarnya tunduk
"biadap gile.. aku berangin je tengok dia. kenapa beza kau dengan dia"soal abil lagi
"ish kau ni, stop soal boleh, macam polis je"aman menyelah.
"nak, buat hilang stress"rokok marlboro light di sua
"kau jangan nak ajar orang merokok ya, perempuan tak elok merokok, si abil ni tak kira.. dia tak tau jantina"tawa aman
"wei.. aku kasar kasar pun gegirl tau"tawa mereka berderai.
"amboi cantik korang melepak"ara yang datang dari dewan menghampiri.diam.sunyi.aman dan abil menghabiskan sisa rokok dan kembali ke dewan. izzati dan menghampiri mereka. disatu sudut dewan kelihatan nisya sedang berbual dengan khairi,tapi khairi perasan akan kelibat izzati. matanya melirik ke arah izzati.
"nisya kita tak cukup sorang je lagi model lelaki.zack collapse tetiba"teman nisya merapati nisya. cuak
"aduh kenapa pula dah"rungut nisya
"demam"ujar gadis itu
"buat hal sungguh la, time ni la nak demam"rungutnya lagi. khairi hilang ke tengah dewan melakukan tugasnya.mals dilayan nisya yang mengadu domba tentang izzati.
"kau kenal ke mamat tu"soal gadis itu
"supervisor adik aku"nisya melangkah keluar dewan. dia ke bilik persalinan.suasana kecoh kerana mereka kekurangan model.runsing.nisya mundar mandir. acara akan bermula setengah jam lagi. mana nak cari model. bisik nisya.
"aku dapat dah model"nisya berhenti mudar mandir.
"siapa..kau jangan memain niaz"soal nisya ingin kepastian.
"ni hah.kawan satu skolah aku, khairi"khairi berdiri disebelah niaz tersenyum
"model terjun hari ni.. khairi, dulu kat sekolah hot ni, skarang model sambilan tau"bicara niaz lagi. khairi hanya tersenyum malu.
"ok cun cepat siap.. "arah nisya.pakaian rekaannya bertukar tangan.nisya lega.
Acara berlangsung.satu persatu rekaan diperagakan. izzati dan yang lain berdiri di tepi memerhati. terdengar juga mereka memuji kecantikan dan ketampanan model dan juga ada yang memuji akan rekaan busana.sesekali terdengar mereka tertawa nakal.
"eh abang khairi mana"soal izzati
"oooo... rindu...."mereka bersorak mengusik izzati
"eh tak..cuma dari tadi tak nampak dia"ujar izzati lagi
"teruk rindu ni"usik aman
"rindu rindu juga.. tapi aku pun tak nampak dia"kak Syaz bersuara
"weh weh... tu tu... "kata kata abil menapa semua berpaling ke pentas. khairi berjalan diatasnya. mereka terpana
"handsome siot... "aman mengusik
"ooooooo"mereka berteriak nakal. khairi berpaling dan tersenyum.
"elok"ujar abil. izzati memandang khairi diam.dia seolah dipukau oleh ketampanan khairi yang sebelum ini dilihat biasa biasa sahaja. tapi kali ini lain.cahaya lampu sportlight barangkali.tiga pakaian diperaga khairi,akhirnya acara tamat. khairi kembali menyalin pakaian kerjanya. pakaian yang dikenanya tadi di pulangkan semula kepada nisya
"khairi, boleh nisya minta nombor fon khai, mana tahu nanti ada catwalk lagi boleh ajak khai."ujar nisya.
"tak pa kalau nak minta buat catwalk lagi bagi tahu niaz.. nanti dia bagitahu saya"khairi terus keluar dari bilik persalinan.
"aku nak dia"bisik hati nisya.
Share this novel