"jaga diri kau baik baik"pesan izzati.
"kau tu.. jaga diri kau.. apa apa bagitahu aku.. jangan dia je"tangannya menyeka airmata sahabatnya.izzati dipeluknya erat.walaupun berat untuk dia melepaskan sahabatnya itu tapi dia terpaksa akur. dia punya cita cita yang harus di kejar.
"ni untuk kau"patung sotong kurita yang dibelinya semalam diberikan kepada izzati.
"rindu aku peluk dia tau"ujar daud. iskandar yang memerhati dari jauh berjalan mendapatkan izzati memandang sudah tiba masanya untuk daud melaporkan diri.
"aku harap kau dapat jaga dia bagi pihak aku.. jaga dia macam kau jaga nyawa kau"pesan daud.
"ye.. kau papehal rojer aku.. "mereka berpelukan untuk kali terakhir.izzati masih dengan esakan.
"ok la last last"dia memeluk izzati erat.ubun ubun gadis itu dikucup berkali kali.akhirnya pelukan itu dilepaskn dengan hati yang berat.daud tenggelam didalam kerumunan manusia yang juga berdaftar pada hari itu.izzati teresak esak. iskandar hanya membiarkan izzati dengan tangisan. perpisahan yang berat bagi gadis itu.
"nak berhenti dekat mana mana ke"soal iskandar. izzati menggeleng. iskandar meneruskan perjalanan.izzati ke tiduran dalam esakan.
"aku juga mahu jadi dari sebahagian dari hidup kau."bisik hatinya.dia berhenti rehat di satu taman reakrasi bagi melepaskan penat memandu. izzati masih tidur.tempat duduk izzati di turunkan sedikit agar izzati selesa. pintu kereta di sebelahnya dibuka. dia membelek telefonnya. membaca berita dan mengikuti perkembangan semasa.
"kita dekat mana ni"izzati bangun. matanya dikerdip beberapa kali.
"dekat taman. aku rehat kejap.kau lapar"soal iskandar.
"lapar juga.. jom makan"ajaknya
"kau nak makan apa"soal iskandar
"makan je la pape.. janji kenyang"ujar izzati.wajahnya dibersihkan menggunakan tisu lembap.iskandar hanya memerhati.hatinya bergetar. cepat cepat dia menghidupkan enjin kereta.mereka mencari kedai makan dan akhirnya bertemu dengan pasar malam.izzati membeli makanan yang dia mahukan.dalam hiruk pikuk pasar malam dia menerima panggilan dari khairi. dia menjawab panggilan itu. iskandar hanya mengekorinya dari belakang.
"mummy dah amik design kad.. nanti khai hantar dekat zati.. zati pilih then forward balik dekat khai.. mummy nak malam ni juga sebab nak tempah."ujar khairi
"ok"balasnya.setelah lama berbual talian itu dimatikan.iskandar merapati izzati apabila melihat gadis itu meletakkan teleponnya kedalam poket bajunya.
"kau nak beli apa apa lagi"soal iskandar.
"takde dah.. jom gerak lah"iskandar hanya menuruti.iskandar memandu dengan hati hati. mereka terpaksa pulang juga malam itu kerana iskandar ada urusan diluar bandar. sepanjang perjalanan mereka banyak diam. tiada apa yang mahu di bicarakan.
"aku nak hantar kau kat mana, ke kau nak balik hotel"soal iskandar
"hantar aku balik rumah"pinta izzati
"kau nak balik lagi rumah ayah kau?"soal iskandar
"bukan, rumah mak aku"jelasnya.dia menunjukkan jalan.bmw itu berhenti dihadapan rumah teres dua tingkat. izzati turun.
"thanks tau sebab hantar aku, teman aku hantar daud and thanks sebab tolong aku"ujarnya.
"welcome"iskandar hanya tersenyum. izzati memerhati kereta itu meluncur laju.
"assalamualaikum..mak"dipanggilnya.senyap.tiada jawapan.nombor puan maimun di dailnya.tapi tidak berjawab. dia menunggu diluar rumah sehingga puan maimun pulang. hampir dua jam dia diluar akhirnya pintu rumah itu dibuka dari dalam. nisya.
"la akak ada dalam rumah ke, ingat takde orang tadi"izzati bangun. kematu pinggulnya akibat terlalu lama duduk di lantai. izzati masuk kedalam rumah. dia duduk disofa.
"ahhh.. lega"tulang tulangnya dibaiki.
"aku ada dekat atas tadi.mak kat atas juga tapi dah tak sihat dia suruh aku buka pintu tapi aku malas, aku tengah buat kerja aku.. "mudahnya penjelasan nisya.
"mak tak sihat"izzati risau
"demam,tu ada dekat atas"ujar Nisya. izzati bingkas menaiki anak tangga dan mengetuk pintu bilik puan maimun
"mak.. mak tak sihat.. mak nak zati tolong apa apa tak"soalnya
"amik kan aku air aku dahaga"pinta puan maimun.izzati bingkas turun ke dapur mengambil air yang di pinta. nisya di dapur.
"kau tak kerja ke"soal nisya.
"tak cuti sampai esok,lusa baru kerja balik"jawab izzati.nisya hanya mengangguk.
"kau tolong masak kejap lagi boleh.. mak tak sihat takde siapa nak tolong masak untuk aku"arah nisya
"ya kak"balas izzati. dia membawa air itu naik keatas.
"ni airnya mak"gelas berisi air itu di hulurkan kepada puan maimun.
"amik air pun lambat"herdik puan maimun.air yang diambil izzati dicampak ke mukanya. izzati terdiam dengan tindakan ibunya.dia menyapu air di mukanya
"maaf mak tadi sembang dengan akak kejap dekat bawah"jelasnya
"sembang lagi penting dari aku yang sakit ni."kaki nya menendang izzati berkali kali hingga izzati tersadung ke lantai.
"pegi amik air lain"suruh puan maimun. izzati akur. dia turun lagi.
"mak marah kau ke.. mak memang kalau sakit macam macam la soalnya"izzati tidak memgendahkan nisya. dia tidak mahu dimarahi lagi.
"mak air mak.. "gelas itu di hulur lagi.puan maimun menghirup air suam itu hingga habis.
"mak..nisya minta tolong zati masakkan untuk nisya dia tak nak mak.. nisya lapar ni.. assigment banyak nak kena buat"tipu nisya. izzati hanya diam. piring yang dipegangnya digenggam kemas.
"kau dah tak boleh tolong aku ke.. aku sakit ni.. tolong masak aje bukannya susah pun.. masak je la papepun.. kakak kau bukannya memilih pun."marah puan maimun
"ya mak"balasnya pendek
"mak tahu tak dia menyebal la tu sebab buka pintu lambat. mana nak tahu dia ada dekat bawah.waktu mak panggil nisya tu nisya tengah online dengan grup. nisya nak minum baru nampak dia dekat luar tu yang nisya buka pintu. bukan sengaja nak buka lambat."drama nisya.gelas yang dipegang puan maimun tepat mengenai dahinya. cecair merah mengalir. pedih. izzati membiarkannya.dikutip kaca yang bertaburan lalu turun. nisya tertawa sinis.dia naik lagi apabila suara puan maimun menyuruhnya menyapu lantai takut akan tertinggal serpihan kaca.izzati naik dengan membawa penyapu dan penyodok.
"kau ni memang tak boleh minta tolong apapun"penyapu ditangannya diragut puan maimun lalu di ketuk ketuk kepala dan dan badannya. penyodok juga di hanyun kepalanya..perit.. izzati tidak melawan.habis puan maimun melepaskan geram izzati menyapu lantai dan turun dengan deraian airmata. di kalut memasak takut akan di fitnah nisya.
"akak,dah siap"tempik izzati. dia mengemas dapur.
"ini yang kau masak"suara puan maimun di meja makan izzati bergegas ke ruang makan.
"maaf mak zati tak sempat nak beli barang. zati masak je apa yang ada dalam peti."jawabnya
"kau memang berkirakan,kalau dekat rumah ni bukan main kedekut kau kan"ujar puan maimun lagi. izzati hanya diam.
"siapa nak akan ni.. lembu kambing pun belum tentu nak makan"lauk yang di masaknya dihentak hentak puan maimun
"mak, akak nak makan apa, zati order delivery, zati belanja"pujuknya.
"aku nak pizza jawab nisya"izzati mula mencari di ruangan delivery.
"mak, mak nak makan apa"soalnya
"aku takde selera nak makan"tolak puan maimun
"bubur nak"cadang izzati
"kau ingat aku ni sakit nak mati dah ke"perli puan maimun
"maaf mak.. zati takut mak takde selera"ujarnya
"orderkan aku tomyam sudah aku nak makan dengan nasi"pesanan puan maimum ditekannya. izzati ke dapur bersama lauk lauk yang di masaknya.
"mak petang kejap lagi zati nak keluar. dalam pukul 9 zati balik. mak letak kunci dekat bawah pasu ya"ujarnya.
"kau nak ke mana pula"soal puan maimun.
"khai ajak beli barang hantaran. kami beli sikit sikit.. sempat la siap kot.. lagi 4 bulan je tinggal"jelasnya
"4bulan, panjang lagi masa.. jangan nak duk kalut"tegas puan maimun.izzati terdiam.
"lagi 4 bulan mak... kita apa pun tak de lagi.. baju pun tak nampak kain lagi"nisya bersuara perlaham tetapi tetap dapat didengari izzati yang berada di dapur.tidak seperti orang lain, lagi 4 bulan nak kawin, hari ni rumah dah penuh dengan barang majlis.tapi tidak bagi izzati. dia terkontang kanting seorang diri.
Izzati bersiap untuk keluar.
"kau nak ke mana? "soal nisya
"kami nak ke butik pengantin nak tempah baju pastu nak pusing cari barang hantaran dengan door gift"jelas izzati
"aku nak ikut.. baju kau biar aku tolong tengokkan.. kau bukan pandai sangat pilih"ujar nisya
"eh takpe.. sebab kami nak pegi butik sepupu mummy khai, dia designer pakaian pengantin"dalih izzati
"apa salahnya kalau kakak kau ikut, boleh juga di tolong pilihkan untuk kau"sampuk puan maimun.izzati diam.
"tunggu aku nak mandi kejap"nisya mencapai tuala lalu berlari anak menuju ke bilik air.kereta khairi berada di luar pagar rumahnya. izzati mendapatkan khairi
"tunggu akak kejap boleh"pinta izzati
"kenapa pula"soal khairi
"akak nak ikut, nak tolong zati pilih baju"balasnya.
"tak nak lah.. kita berdua sudah la.. mummy pun ada dekat butik"khairi menolak permintaan izzati. izzati serba salah. dia keluar dari kereta untuk mengambil begnya di ruang tamu.
"mak maaf khairi tak bagi akak ikut."izzati mencapai begnya lalu berlari anak menujuk ke kereta.kereta itu bergerak meninggalkan rumah puan maimun.nisya yang baru keluar dari bilik air menjerit geram kerana ditinggalkan.mereka ke butik pengantin dan juga ke mall untuk mencari door gift.
"khai.. "tegur milia.langkah mereka terhenti.
"banyak shopping"milia melihat beg kertas yang dibimbit khairi.
"beli barang kawin"jawab khairi acuh tak acuh.
"what.. "milia terkejut
"nanti kad kami dah siap zati bagi milia ya.. wakil untuk f.O"sampuk izzati
"but.. i macam mana khai"soal milia
"kenapa dengan kau" soal khairi kembali
"antara kau dengan aku dah lama full stop.. apa yang berlaku malam tu aku minta maaf.. itu khilaf aku.. aku memang akan kawin tapi dengan izzati bukan kau"mereka berlalu pergu tanpa mempedulikan milia yang memanggil khairi berkali kali. izzati hanya diam.
"sayang sorry.."jari izzati digenggam kemas. izzati hanya membalas dengan senyuman.
"cantik zati pakai cap.. tapi khai lebih suka zati lepas rambut.. "khairi mencabut topi yang disarung izzati.
"kenapa dahi ni"tampalan di dahi izzati di beleknya
"jatuh tangga"dalih izzati.
"cakap betul betul nisya...mak? soal khairi
"tak pe sikit je"pujuk izzati
"patut la dari tadi tak cabut cap rupanya... "khairi melepaskan keluhan berat. dipeluk gadis itu
"sabar ya tak lama dah.. khai akan jaga zati sebaik mungkin."ujar khairi. izzati terasa tenang. khairi menghantar izzati pula ke rumah puan maimun.
"esok kerja kan.. khai datang amik ya"ujar khairi.
"ok"kereta itu meluru laju.pintu rumah di ketuk berkali kali tapi tidak dibuka.
"mak zati balik"panggilnya namun diam. akhirnya dia terlena di luar.
"woi"panggil nisya. izzati megesat matanya.diangkat semua barang yang dibeli dan masuk ke dalam rumah
"banyak kau beli"beg kertas itu du belek belek nisya.
"mak zati beli ni untuk bagi dekat tetamu. mak rasa yang mana elok yang ini ke yang ini. "ujarnya
"kau yang nak kawin, kau la yang pilih kenapa pula aku"balas puan zila
"ni barang hantaran zati baru beli 2 barang.. mak rasa nak buat macam mana, nak guna dulang ke atau macam sekarang orang guna box"soalnya lagi
"mana la aku tahu.. ikut kau la.. kau yang nak kawin, dah la aku dah lambat nak pergi keje"ujar puam maimun. izzati diam. cenderamata yang dipegangnya disimpan semula ke dalam beg. nisya dan puan maimun hilang dengam haluan masing masing.izzati menangis semahunya.kenapa sukar baginya mengejar kasih sayang insan yang bergelar emak dan ayah.rumah yang ditinggalkan berselerak dikemasnya.selesai kerja rumah, dia bersiap untuk ke tempat kerja. barang yang di belinya di letakkan di bawah tangga.
"hello, wei kau sihat"soalnya
"aku alhamdulillah..kau dah prepare belum barang majlis"soal daud didalam talian
"dah.. tapi.. "ayatnya tidak dapat dihabiskan
"kenapa,ada masalah ke"soal daud
"mak aku macam tak seronok,dia seolah olah tak nak terlibat langsung"airmatanya mula mengalir
"Allahurabbi.. "daud tersentak dengan kata kata izzati. dia berharap agar izzati gembira dengan majlis mereka tapi apa yang terjadi sebaliknya
"khai tahu"soal daud
"tak"balas zati
"kau kena bagitahu dia takde lah kau buat sengsorang nanti.. kalau aku ada..."daud tidak dapat menghabiskan kata katanya
"eh nanti aku call kau balik, khai dah datang..aku nak pegi keje"ujar izzati. talian dimatikan. airmatanya di lap dengan tisu.dia mengukir senyuman semanisnya bagi menghapus duka.
"sayang"sapa khairi. izzati membuka pintu kereta. bekal yang dibawa dari rumah diletakkan diribanya
"zati masak asam pedas tenggiri, nanti khai makan ya"khairi hanya tersenyum. suasana di pub berbeza. tiada lagi sahabatnya.suram.
"rindunya aku dekat kau"gambar daud yang ditampal di papan notis ditatapnya.
"sunyi pula dia takde"aman mencelah.
"tu la.. takde mood nak keje"kain pengelap meja dihempuk ke kaunter. aman tergelak.izzati juga tertawa.izzati sibuk mengambil dan menghantar pesanan sampai tidak perasan akan kehadiran iskandar.lelaki itu hanya memerhati.
"sayang"panggil. khairi. izzati tersenyum. khairi memeluknya dari belakang. rambut gadis itu dikucup lembut.
"tak balik lagi ke"izzati menyoal.jam hampir 12 malam, khairi masih dengan uniformnya.
"belum, supper tak abis lagi"ujar khairi.izzati mengangguk.pub semakin meriah. esok cuti umum dan juga hari ini dua kapal persiaran berlabuh serentak.izzati tidak menang tangan mengambil pesanan.
"izzati"azman memanggil.iskandar gelabah. dia tidak menyangka bahawa azman akan memanggil izzati sedangkan meja mereka telah penuh dengan minuman. izzati menghampiri mereka. iskandar diam
"man nak apa..takkan air kot meja dah penuh"soal izzati
"tak saja nak sembang dengan zati"balas azman
"sorry zati sibuk.. kalau free jap jap lagi zati datang"ujarnya.
"ok"balas azman. izzati kekaunter menghantar pesanan. iskandar hanya memerhati.
"betul tak nak pegi makan ni"soal khairi
"betul, zati letih sangat, esok ya"ujar izzati.kereta itu meninggalkan perkarangan rumah puan maimun.sebaik pagar dibuka, sebuah kereta berhenti.izzati menoleh.
"kau buat apa dekat sini"izzati terkejut dengan kehadiran iskandar
"masuk"suruh iskandar. izzati masuk ke dalam kereta.
"aku letih ni, kau nak apa"soal izzati. mata iskandar tertangkap plaster yang bertampal di dahinya.
"kenapa dengan dahi kau"soal iskandar
"terjatuh"alasannya
"jatuh? "iskandar merasakan jawapan itu tidak benar. dibelek kepala dan badan izzati.
"ni lengan kau ni, kepala kau ni...ni ni belakang telinga kau ada kesan tergarut ni kenapa, takkan jatuh.. kau jatuh kat bangunan berapa tingkat sampai macam ni"iskandar mula menyinga
"jatuh tangga rumah mak aku la.."izzati menunduk.
"kau tengok sini"dagu izzati di dongaknya.
"kau cakap betul betul dekat aku kenapa dengan kepala kau"soal iskandar lagi
"aku jatuh"tipu izzati lagi. iskandar merapatkan wajahnya ke wajah izzati.
"kau cakap betul betul tidak aku cium kau"ugut iskandar
"betul, aku jatuh"iskandar makin rapat.hidung mereka bertemu
"mak...mak aku pukul"tempik izzati. iskandar bersandar di tempat duduknya.dia melepaskan geram.sakit hatinya melihat badan izzati bercalar dan lebam lebam begitu
"kenapa mak kau pukul kau"soal iskandar
"mak tak sihat aku lambat bagi air.. "izzati terdiam
""lepas tu dia hempuk kau"marah iskandar. izzati mengangguk. kepala izzati diperiksa lagi.
"macam mana kau boleh hidup dalam keadaan macam ni"iskandar meraup wajahnya.geram.
"abis tunang kau kata apa"soal iskandar
"dia tak tahu"ujar izzati
"ish.. bodo punya jantan"iskandar mengamuk
"kau jangan mengamuk boleh tak.. aku ok aku takde pape"tempik izzati
"takde pape hotak kau.. ni apa"marah iskandar membuak
"sikit je pun..kau nak mengamuk macam orang gila dah kenapa.. badan aku...aku tahu la"balas izzati lagi
"tapi aku tuan kau.. aku dah beli kau.. takkan aku nak tengok barang macam jual kat pasar karat"tempik iskandar. izzati terdiam. dia lupa akan statusnya.iskandar tuannya dan berhak ke atas dirinya. izzati mengalihkan pandangannya ke luar
"sorry sorry aku tak bermaksud macam tu"iskandar ralat.dia sedar kata katanya terlalu kasar
"encik iskandar ada apa apa lagi nak cakap..kalau takde saya nak masuk.. letih"izzati membuka pintu kereta dan keluar. pintu kereta dihempasnya kuat. iskandar terdiam. sesalnya bertandang. pintu ruang tamu dinyalakan. barang yang dibelinya semalam berselerak. dikemasnya semula.
"mana pegi beg aku"di cari tas tangan yang dibelinya semalam tiada didalam kotak. puas dia mencari.
"akak"bisik hatinya. dia naik ke bilik nisya.diketuk bilik gadis itu berkali kali.
"kau nak apa"soal nisya mamai. lampu bilik nisya dinyalakan. dia menyelongkar bilik nisya tanpa mempedulikan soalan gadis itu.
"hand beg aku mana"soa izzati
"hand beg apa"soal nisya
"hand beg untuk hantaran aku la,mana"tempik izzati
"oh hand beg tu.. aku nak guna esok.. sebab esok aku ada seminar..baju aku nak pakai tak match dengan beg tu.. sorry tak minta izin kau"balas nisya
"itu beg untuk hantaran aku.. bagi balik bagi balik beg aku"tempik izzati. pipinya terasa kebas. puan maimun yang bangun dari tidurnya menampar pipi izzati.
"kau buang tebiat apa terjerit jerit memalam buta ni"marah puan maimun
"mak akak amik beg zati mak.. beg untuk hantaran tu"izzati mengadu
"akak kau pinjam je, esok dia bagi la balik.. bukan nak rosak pun kalau akak kau pakai"balas puan maimun.jantung izzati seakan mahu luruh mendengar kata kata puan maimun.
"tapi mak"
"dah lah.. dah malam ni, pegi tidur aku esok kerja"badan izzati di dorong keluar. izzati menuruni anak tangga dengan linangan airmata
Share this novel