Izzati menelefon khairi berkali kali kerana mahukan penjelasan tapi talian gagal disambung.dia menerima andai mereka tidak berjodoh tapi kenapa nisya.apa yang berlaku antara khairi dan nisya sehingga diakhir cerita pernikahannya diganti nisya.pintu biliknya di ketuk.
"kau nak apa"soal izzati
"ikut aku"pinta iskandar.izzati hanya menurut. fikirannya kosong.iskandar masih lagi tuannya.dia hanya mengikut ke mana saja iskandar pergi.
"kau try ni"suruh iskandar.
"nak buat apa"tanya izzati
"abis kau ada baju nak pakai hari ni.. dari semalam kau pakai baju tu"ujar iskandar
"ish bukan style aku"ditolaknya baju yang diberikan iskandar perlahan
"kau pilih sendiri"suruh iskandar. izzati keluar dari butik tersebut.dia mencari kedai yang menjual pakaian yang sealiran dengannya. indie. di capainya beberapa helai baju dan jeans lalu di letakkan di kaunter.
"kad boleh kan"soal iskandar
"takpe, aku taknak terhutang budi lebih lebih lagi dengan kau"tegas izzati
"kau nak aku peluk cium kau dekat sini"ugut iskandar.izzati menggenggam tangannya geram. iskandar tersenyum.mereka keluar dari mall tersebut dan pulang semula ke hotel. izzati bersiap untuk ke tempat kerja.nombor khairi masih dihubunginya.talian tidak dapat disambung.
"aku pergi kerja dulu"ujarnya yang bertembung dengan iskandar dilaluan hotel.
"aku hantar kau"pelawa iskandar
"tak payah, aku nak ke tempat lain dulu"ujarnya
"aku hantar"pelawa iskandar
"tak payah aku kata.. kau faham tak"marahnya
"kau..ingat sikit.. aku tuan kau.. ke mana kau nak pergi kau nak buat aku kena tahu"marah iskandar
"abis aku nak berak pun kena bagitahu kau ke"marah izzati
"yaa"jawab iskandar slumber.izzati terus berjalan tanpa menghiraukan iskandar.kereta di pandu iskandar berhent dihadapannya
"kau nak apa"tempik izzati
"masuk"balas iskandar keras
"kau boleh tak jangan sibuk.. aku ada urusan aku sendiri"marah izzati
"kau nak aku cebek kau masuk dalam kereta ke macam mana"ugut iskandar.izzati membuka pintu kereta lalu menghempas kuat.
"kau nak bagi luruh pintu ke apa,tak boleh tutup pelan pelan."perli iskandar. izzati diam.
"aku nak ke rumah khairi."iskandar hanya mengikut.kereta itu berhenti di perkarangan rumah khairi. puan maimun dan nisya juga ada disitu.mereka sedang mencuba baju pengantin. izzati memperlahankan langkahnya.dia menyantuni semua yang ada
"kau buat apa dekat sini"soal nisya
"kau jangan buat masalah boleh, pegi balik"suruh puan maimun.izzati diam. puan rohani menghampirinya
"mummy khai dah balik,zati nak jumpa dia"pinta izzati.
"dia ada dekat atas, korang bincang baik baik ya"izzati meluru ke bilik khairi. diketuk pintu bilik itu berkali kali akhirnya dibuka.khairi duduk di meja belajarnya dan membelek laptopnya.
"kenapa"soal izzati
"kenapa apa"soal khairi.
"kenapa tiba tiba batalkan pernikahan kita"soal izzati
"sebab kita tak berjodoh mungkin"balas khairi tenang
"tapi kenapa akak"soal izzati lagi
"nisya walaupun dia macam tu, tapi dia jujur dengan khai dia bukan macam zati,tipu khai hidup hidup"ujar khairi
"apa yang zati tipu khai"tengking zati
"zati kata ayah jual zati sebab ayah nak rogol zati tapi sebenarnya nak tutup hubungan terlarang zati dengan jantan tu kan"tengking khairi.
"berat tuduhan khai"ujar izzati.. nadanya bergetar.
"tuduhan apa, ayah dah cerita semuanya..tikah kata iskandar pernah pegi rumah cari zati"ujar khairi.
"ya, memang dia cari zati, mula kami nak berbual depan rumah tapi bila makcik dah aniaya zati dia marah and bawa zati keluar, zati dah ceritakan semuanya"jelas zati
"tidur dekat hotel dengan dia,pemuas nafsu dia"tengking khairi. izzati yang berang menampar khairi.kuat
"berat sangat tuduhan kau,aku dah jelaskan awal awal lagi dekat kau, kami tidur bilik bersebelahan.dia tolong selamatkan aku dari diperkosa ayah sendiri,dia tolong aku saat aku perlukan kau.. aku tak pernah salahkan kau dengan apa yang jadi.. aku salahkan diri aku, mungkin kewujudan aku satu kesilapan tapi dengan kau sinar bahagia aku.. tapi rupanya aku silap.. kau pemusnah kepercayaan aku"tengking izzati
"ni apa"sekeping gambar di campak kepadanya. gambar dia dan iskandar yang baru keluar dari sebuah klinik pakar sakit puan
"kau buat apa, check kandungan kau"tengking khairi. izzati mengambil sekeping kertas putih didalam begnya lalu dicampakkan kepada khairi. khairi membukanya. laporan perubatan dari klinik berkenaan. izzati mengalami Acute gastritis.
"aku sakit.. dia tak tahu nak bawa ke mana, dia bawa aku kesitu sebab itu klinik pakar tentang sakit perempuan.. kau fikir terlalu jauh khairi..aku bersyukur sangat sangat sebab Allah dah tunjuk awal awal lagi siapa kau sebenarnya."izzati melangkah keluar dari bilik khairi.khairi menyesal dengan tindakannya yang terlalu mempercayai encik halim dan nisya.dia mengejar izzati tapi langkah izzati terlalu laju.
"sayang"tempik khairi di pagar. iskandar yang menanti diluar kereta kaget dengan keadaan itu. dia cuba memahami.
"kau nak apa lagi,kau dah tahu kebenaran diakan, so apa lagi kau nak"tempik izzati.
"sayang,khai minta maaf..bagi khai peluang kedua.. khai akan explain semua dekat mummy dengan mak please"rayu khairi.tangan izzati di genggamnya.
"kau ingat pernikahan ni macam main mix and match puzzle"marah izzati. tangannya direntap
"sayang.khai minta maaf.. khai tahu khai salah"rayunya lagi
"sorry, walaupun aku tak seteru dengan nisya tapi dia tetap kakak aku, dia dah teruja bila dengar kau nak kahwini dia, aku tak sampai hati nak kecewakan dia walaupun dialah punca majlis aku dibatalkan.kau buat keputusan tanpa tanya aku apa apa, jadi kau terima akibatnya sendiri, antara kau dengan aku tamat dekat sini"ujar izzati. iskandar menghampiri Mereka.khairi seperti orang hilang akal.merayu tiada henti.izzati masuk ke kereta dan iskandar memandu kereta itu dengan penuh persoalan. khairi meratapi penyesalannya.
izzati tidak bekerja hari itu. di minta cuti sakit. sakit? ya sakit hatinya kerana dikhianati keluarga sendiri.dia berkurung didalam biliknya. iskandar risau.di mintanya pelayan restoran menghantar makanan ke bilik izzati. loceng biliknya berdetak.dibuka biliknya,pelayan restoran menghantar makanan.makanan yang dipesan iskandar sebelum itu masih tidak bersentuh,datang lagi satu hidangan.. izzati menyuruh pelayan membersihkan semuanya.seleranya mati.
"semua tak berusik cik is"ujar pelayan itu. iskandar risau.
"buatkan bubur hantar ke bilik ni lagi"pintanya.pelayan itu hanya mengangguk.selang setengah jam kemudian pelayan tadi datang dengan semangkuk bubur. loceng bilik izzati di tekan.
"kau nak apa"soal izzati.iskandar masuk ke biliknya dengan membawa mangkuk berisi bubur. dia duduk di sofa,bubur itu diletakkan di atas meja di hadapannya.izzati duduk di bucu katil sambil menekan nekan remote tv.
"makan bubur ni, kau tak makan dari pagi tadi"suruhnya.izzati di membatu. iskandar membawa bubur itu dan duduk di sebelah izzati.
"aku suapkan ya"ujarnya.izzati masih diam. dirampas remote dari tangan izzati
"kau dah kenapa paksa paksa aku"marah izzati
"kau dari pagi tadi tak makan,nanti sakit perut tu susah"tengking iskandar
"yang sakit perut aku, badan aku, tubuh aku, yang nak mati aku, kau sibuk apa hal"tengking izzati tidak mahu mengalah.
"kau nak mati sangat kan, jom aku bawa kau"tangan izzati ditarik iskandar.izzati meronta mahu dilepaskan.lif ditekan ke tingkat paling tinggi. pintu besi dibuka dan di tolak kasar. di letakkan izzati ditembok. izzati memandang ke bawah.bangunan setinggi 20tingkat itu menggerunkannya.
"kau nak mati sangatkan,hah terjun la, terjun, kejap lagi aku kutip mayat kau"marahnya.izzati cuba berdiri. iskandar memerhati walaupun risau.izzati kelihatan menggigil.iskandar maju beberapa tapak. izzati duduk kembali. dia meraung semahunya. iskandar mendapatkan izzati.dipeluk gadis itu erat.bahu gadis itu di usap perlahan.
Disarungnya singlet biru dan seluar pendek paras paha berona coklat khaki dan rambutnya di bun kemas.snicker hitam disarungnya.dia mahu ke pub.dia hanya meninggalkan mesej di kaunter untuk iskandar.berbekal kan sekotak rokok dia masuk ke dalam.dia seakan sebati dengan tempat itu.gayanya mencuri tumpuan para buaya. tapi tidak diendahkannya.
"pina colada satu"pintanya.tiada lagi kola dan oren jus.gayanya semakin berubah. rokok di nyalakannya.ada beberapa buaya yang mencuba nasib tapi tidak diendahkannya.
"cik is, ada nota untuk encik is"ujar receptionist itu.iskandar menyinga. dia segera kebiliknya.suit yang dipakainya ditanggalnya.dia cepat bersiap risau akan izzati yang bersendirian di pub.keretanya dipandu laju.matanya mencari kelibat izzati.
"kau kenapa datang sini sendiri.. kenapa tak tunggu aku"ujar iskandar.izzati tidak mengendahkannya.dia asyik dengan dunianya.iskandar duduk.
"hai zati"tegur beberapa orang lelaki. izzati hanya tersenyum. iskandar tidak selesa.
"kau nak minum apa"soal izzati.iskandar menggeleng
"bacardi coke satu"pesan izzati.pelayan itu beredar.izzati menikmati malamnya dengan khayalan.
"nah untuk kau, aku belanja"ujarnya.iskandar meminum air itu perlahan lahan.izzati menyalakan sebatang lagi rokok tapi dipatahkan iskandar
"kau kalau tak suka dengan cara aku boleh keluar"ujar izzati.
"iskandar.. "tegur beberapa orang gadis. iskandar tersenyum. gadis gadis itu berdiri dimeja mereka. izzati dengan dunianya
"siapa ni"tanya gadis itu
"aku izzati, panggil zati.. kawan dia"ujar izzati.
"i liyana, ni su ni fifi"ujar gadis itu.izzati hanya mengangkat tangannya. dikunyahnya gula gula getah yang dibelinya tadi.izzati menikmati lagu rancak dimainkan.liyana menari berpelukan bersama iskandar. izzati membiarkan saja. azman dan yang lain hadir. mereka semakin hanyut.izzati tidak menghiraukan aksi mesra iskandar dengan gadis itu. iskandar geram melihat respon dari izzati.
"sayang"khairi memegang tangan izzati.
"kau buat apa dekat sini"soal izzati
"cari zati"ujarnya.iskandar tidak selesa dengan kehadiran khairi
"minum? "tanya izzati
"ah lambat, j&d untuk dia saya mai tai"khairi terkejut apabila air itu dipesan izzati.izzati menyalakan sebatang rokok. khairi kaget melihat perubahan izzati.
"zati"sapa seorang lelaki. diajak izzati menari.izzati mengikut lelaki itu ke tengah kerumunan manusia. dia melayan lagu rancak itu dengan lenggokkan yang ghairah. khairi dan iskandar geram.
"ikut aku kejap"ujar iskandar. khairi mengikutnya
"kau nampakkan dia dah berubah"soal iskandar.khairi diam
"sekelip mata dia jadi izzati yang kau dan aku tak kenal,boleh aku tahu kenapa"soal iskandar
"urusan aku dengan dia takde kena mengena dengan kau, dan bukan urusan kau, jadi kau tak perlu masuk campur"balas khairi
"kau tahukan apa kaitan dia dengan aku, she's my ten thousand"ujar iskandar.
"kurang ajar"penumbuk khairi mengenai pipi iskandar.
"kenapa kau nak marah, bro terima la hakikat yang korang dah ending"provok iskandar
"aku sesekali takkan lepaskan izzati, she's mine.. takkan ada sesiapa boleh rampas dia dari aku"ujar khairi tegas
"yakinnya kau, bro aku nak cakap satu je,kau kisah lampau dia.. aku kisah baru dia.. aku akan jaga dia lebih baik dari kau"ujar iskandar. mereka mula bergelut.
"zati khai dengan is bergaduh"ujar azman. izzati tidak mengendahkan aduan tersebut. dia dengan dunianya. azman dan yang lain keluar cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
"macam budak budak la korang ni, bergaduh sebab apa.dah pegi balik, jangan nak kecoh dekat sini"ujar izzati yang mahu pulang.mabuknya sudah tidak dapat dikawal. dia muntah di tepi jalan. iskandar mahu membantu, begitu juga khairi tapi di tolak izzati.
"aku boleh urus diri aku sendiri"ujarnya
"kau buat apa dekat sini,lagi berapa hari je kau nak nikah.. pegi balik pegi balik.. semoga bahagia sampai anak cucu ya"ujarnya.
"sayang,please...khai hantar balik ya"pelawaannya ditolak izzati. iskandar menghampiri izzati. lengan gadis itu di pegangnya
"encik iskandar... bila saya boleh bebas dari sangkar encik iskandar"soalnya.iskandar diam. izzati mendongak. dagu dan pipi iskandar disentuhnya
"encik iskandar tolong lepaskan saya, saya nak bebas macam burung burung yang berterbangan, tengok tu, kumbang bebas.. kenapa saya nak kena terkurung dalam sangkar encik iskandar."ujarnya. dua lelaki itu hanya diam. izzati mula menangis.
"aku cuma nak hidup bahagia macam orang lain, gembira macam orang lain salah ke"izzati mula meluahkan. airmatanya bercucuran.iskandar mahu memeluknya tapi ditolak izzati.dia berjalan memeluk khairi
"sayang.. "panggil khairi
"jangan panggil aku dengan nama tu lagi, kau dan aku tamat.. kau tolong bahagiakan kakak aku, pleaseee"pintanya.dia melutut pada kaki khairi
"stop kejar aku.. aku penat lari, lari tanpa tujuan"rayunya.khairi menangis.izzati mengeluarkan telefonnya.di dail nombor daud.
"daud aku rindu kau"tangisnya laju.
"balik la, aku rindu kau"jeritnya
"zati, kau kenapa, esok aku balik ya, esok aku balik aku pergi dekat kau, sekarang kau tenang dulu jangan buat kerja bodoh ya.. kau dengan siapa sekarang"soal daud. risaunya dia dengan keadaan sahabatnya
"aku dengan iskandar dengan khairi"jawabnya
"kau balik dengan dorang dulu, kau rehat, esok aku sampai aku pergi dekat kau"pujuk iskandar.izzati mematikan talian. dia bangun dan mahu melangkah tapi tubuhnya yang rebah disambut iskandar.
"aku hantar dia balik"ujar iskandar. di letakkan izzati didalam kereta. Kereta itu dipandu pulang ke hotel.izzati dibaringkan diatas katil.
"maaf kacau kau anita,baju dia dalam almari"ujar iskandar.anita setiausahanya menyalin pakaian izzati sementara iskandar menunggu diluar.
"dah siap, kau nak aku tolong pape lagi tak"soal gadis itu
"takde apa apa dah, thanks anita"ujar iskandar
"no worries.. tapi aku nak tahu kenapa kau ambil berat sangat pasal dia"soal anita
"sebab dia aku masih berdiri dekat sini"ujar iskandar
"maksud kau"soal anita ingin kepastian
"waktu aku kemalangan empat tahun lepas,dia orang yang pertama tolong aku,aku nampak dia risaukan aku dan ikhlasnya dia bantu aku.kalau dia tak tolong aku,aku mungkin dah meletup dengan kereta tu"ujarnya.anita hanya mengangguk
"aku nak balas jasa dia, aku berhutang nyawa dengan dia"jelas iskandar lagi.
"papepun kesihatan kau pun kena jaga bro,aku balik dulu.ada pape kau call aku"pesan anita. gadis itu meninggalkan iskandar yang berdiri di tepi katil izzati. di tatap wajah gadis itu.keluhan berat dilepaskan.pintu bilik izzati ditutup.dia masuk ke biliknya dan mencuci luka akibat pergaduhan tadi.
Cahaya mentari menjengah ke wajahnya. izzati terjaga. terasa berat kepalanya. dia cuba mengingati apa yang terjadi semalam tapi tidak berupaya.yang bermain diingatannya hanyalah nisya yang sedang mencuba pakaian pengantin.hatinya tiba tiba sayu dan remuk. dia menjerit sekuatnya.menangis semahunya.bahagia yang diimpinya hilang bagai debu berterbangan apabila ditiup angin.dia berkurung seharian.memandang dia mula cuti yang sepatutnya diuruskan majlisnya, tapi tiada apa yang harus dilakukannya lagi.dia baring. syiling itu direnungnya.
"kan bagus kalau aku jadi kau"ujar izzati.
Share this novel