Lampu study menerangi meja izzati. lewat. jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. dia masih menyelak helaian buku. telinganya dipakaian earphone. Lagu tanpa kekasih dendangan agnes monica meniti dibibirnya.
"Dimana letak surga itu
Biar ku gantikan
Tempatmu denganku
Adakah tangga surga itu
Biar ku temukan untuk bersamamu"
Dia melepaskan keluhan berat. bait bait itu seperti menngenai dirinya.semenjak ibu bapanya berpisah ketika dia diusia 6 tahun, kehidupannya tidak seindah dulu.ibunya berkahwin dengan suami baru begitu juga ayahnya. hasil perkahwinan baru mereka izzati mendapat adik baru dimana sebelum ini dia adalah yang paling bongsu dari dua beradik. kakaknya anak emas keluarga namun begitu dia masih lagi bertahta didalam keluarga.. tetapi segalanya berubah 360 darjah apabila keluarga mereka menjadi kucar kacir. dia disisihkan. ditidakkn haknya. dia memendam duka sendiri.
"dah pukul berapa ni tak reti nak tido lagi ni"marah puan zila. puan zila ibu tiri kepada izzati menjengah ke biliknya.
"hoi.. pekak ke... dah pukul 2.orang semua dah tido.. kau dok buka lampu.. "earphonenya di buka. bukunya ditutup. lampu study dipadam.
"Ya Allah lambat"jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. izzati bergegas mandi dan bersiap untuk kesekolah.
"ibu minta tolong ayah hantarkan zati, bs payah dapat time macam ni"rayunya
"ah ayah kau balik menarik pukul berapa semalam.. biar dia tidur"ujar puan zila. ayahnya seorang pemandu teksi.pendapatan bergantung pada ramainya penumpang.pulangnya pulang tidak menentu.dia jarang bertemu dengan ayahnya melainkan hari sabtu dan ahad.. itu pun hanya sebentar.
"duit belanja"pinta izzati
"tu atas peti ais"ijar puan zila.izzati meraba peti aisnya. duit syiling bernilai enam puluh sen di ambil.
"ibu zati ada kelas tambahan hari ni.. lepastu zati lajak pegi latihan hoki."ceritanya
"dah tu"soal puan zila
"zati nak minta lebih sikit boleh"pintanya
"ayah kau semal bukan ada penumpang.. takde takde itu je yang ada."izzati mengambil wang itu dan keluar dengan duka. enam puluh sen hanya cukup untuk tambang bas pergi dan balik.tidak adil baginya kerana adik tirinya sudahlah dibawakan bekal.. belanjanya saja pun dua ringgit.tambang...bayar bulanan. tapi dia enam puluh sen itu lah makan dan tambangnya. sedih hatinya.
"mana bas ni"izzati merungut. lambat ditunggu basnya. ditahan beca yang melalui jalan itu
"baru nak pergi sekolah.. lambatnya"soal pemandu beca itu
"bangun lewat pak jali"balasnya
"ayah kau kan ada.. kenapa dia tak hantar"soal pak jali
"ayah baru balik pagi tadi, malas nak kacau"tipunya
"macam la aku baru kenal keluarga kau dua tiga hari... zati orang lain ko boleh la nak tipu... tapi aku... tak payah la"ujarnya.izzati terdiam. kisah mereka sekeluarga menjadi buah mulut taman itu.dia terkocoh kocoh berlari masuk ke kawasan sekolah. dibaiki tudungnya yang senget.
"awak lagi... lambat je keje awak.. "marah cikgu disiplin.
"maaf cikgu"dia berlari ke kelas selepas tapak tangannya dirotan.dia dalam kelas mulutnya asyik menguap.mengantuk.masa rehat dihabiskan dengan tidur. nak makan tinggal hanya duit tambang untuk balik. seharian di langgahnya air masak.tamat persekolahannya hari ini.dia tidak dapat menahan lapar lagi. dibelinya keropok lekor 3 batang untuk mengisi perutnya.dia berjalan pulang.jarak perjalanan dari rumahnya ke sekolah sejauh 9.5 kilometer. sejauh itu juga dia berjalan.izzati tiba lewat dirumah. dia mandi dan bersolat maghrib. dia mengambil pinggan untuk makan. diceduk nasi. dibuka tudung saji.. hanya sisa yang tinggal. ikan goreng tinggal tulang.. sayur tinggal beberapa urat. dia bangun untuk menceduk kari didalam periuk
"lauk tu aku tinggalkan untuk ayah kau"niatnya terbatal. dihabiskan sisa lauk diatas meja. dikemasnya dapur. dibasuh semua pinggan mangkuk.izzati masuk kebilik untuk sambung belajar.Lagu Bunga dendangan exist menemani malam izzati
Hingga lelah jiwaku dikecewa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun ku yakinkan nanti
Tuhan pasti beri gantinya
Izzati merenung keluar. Gelap malam tanpa cahaya bulan. begitu juga duka dihatinya. tangis hatinya diperlakukan setidak adilnya tiada siapa yang tahu. ayahnya yang dikenali dulu bukan seorang ayah yang sula menaikkan tangan kepada anak anaknya.tapi kini.. silap sikit rotan hinggap ditubuhnya. ada saja yang tidak kena. boleh dikatakan hari hari dia dirotan kadang hanya perkara kecil tapi dibesar besarkan malah terkadang ditokok tambah. kakaknya sudah lari meninggalkan rumah ayahnya dan hidup bersama ibunya. dia tidak sanggup meninggalkan ayahnya kerana andai sakit ayahnya, dialah orang yang akan menjaganya. tapi akhirnya dia diperlakukan seperti tiada hak di dalam rumah itu.
"ayah, zati nak pergi rumah wan esok.. boleh"pintanya
"esokkan jumaat"soal ayahnya
"petang.. esok takde latihan"ujarnya lagi
"kau asal sabtu ahad nak lari.. asal sabtu ahad nak lari... cuba duduk rumah..banyak kerja nak kena buat"sampuk puan zila
"zati nak tolong wan kacau dodol. boleh dapat upah.. boleh la nak beli beg dengan kasut sekolah.. dah tiga tahun pakai.. koyak jahit koyak jahit"ujar izzati
"ibu ada benda nak suruh zati buat tu.. minggu depan la pergi rumah wan"ujar encik Halim
"tapi wan buat dodol minggu ni, minggu depan tak buat dah"dia mencuba lagi
"kau tak faham ke apa yang ayah kau cakap.. dasar anak gampang"maki puan zila
"tapi.. "
"takde tapi tapi.. keputusan ayah muktamad, minggu ni duduk rumah"encik halim bangun dari tempat duduknya.dan mahu beredar
"padan muka kau... kau ingat ayah kau nak sayang kau lebih dari aku ke.. kau silap la"diikuti tawa kecil. izzati diam.
"padan muka zati.. hahahaha"gelak ika adik tiri izzati.izzati yang bengang meluku kepala adiknya dengan jari. aku.tapi malang nasib izzati apabila kepala adiknya terhantuk terkena bucu almari dan menyebabkan kepala adiknya luka. ayahnya yang mendengar tempikan adik dan ibu tirinya.. bergegas masuk. seperti biasa dan dihadamnja,
PIAPPPP... rotan melekat di punggungnya. adik adik tiri serta ibu izzati menyaksikan pengajaran yang diberikan sambil tertawa kecil.
Share this novel