BAB TIGA PULUH EMPAT

Drama Completed 36633

Izzati menangisi pusara kecil dihadapannya.kehilangan kedua baginya.
"uwais mikail,tunggu ibu ya sayang"ujarnya.izzati ditenangkan daud yang berada disebelahnya.
"kau kena kuat.. uwais dah seronok dah di syurga"ujar daud. dia memapah gadis itu ke kereta.kelihatan tikah,puan zila dan encik halim di luar pagar perkuburan itu.izzati tidak menoleh atau mahu bertegur sapa.dia taku akan amarahnya membuak. disebolehnya mahu menerima pemergian uwais dengan ikhlas dan redha.
"zati"panggil tikah namun tidak dihiraukan izzati.kakinya terus melangkah walaupun berat untuk meninggalkan pusara si kecil itu.
"aku hantar kau balik ya"ujar daud.
"takpe aku balik sendiri, kau bawa fatiya balik.. kesian dia tunggu dari tadi"ujarnya.izzati berjalan ke pondok bas yang berhampiran.airmatanya tidak henti henti mengalir.iskandar tidak di telefonnya.dia tidak mahu menjadi punca hubungan iskandar dan syarina berantakan. haiden sudah pulang ke denmark panggilan militari nya dipercepatkan.izzati sendiri.
Dia merebahkan badannya ke sofa. dirasakan seluruh ruang rumah itu kosong.tiada lagi suara penyeri rumah itu. buaian uwais di tatap izzati. dicapai selimut kesukaan uwais. dicium semahunya. rindu bertandang.tangisannya teresak.
"ibu rindu uwais.. maafkan ibu sebab tak jadi ibu yang baik untuk uwais"tangisannya membelah sunyi.pintu rumahnya diketuk. izzati yang terlena dalam tangisan terjaga. ketukan itu tidak diendahkan. dia tidak mahu menerima sesiapa pun disaat ini.
"kau buat apa dalam gelap."lampu dinyalakan. daud dan fatiya datang dengan sebungkus makanan ditangan. daud ke dapur dihidangkan makanan untuk sahabatnya itu.
"aku nak mandi nak solat nak tidur korang balik lah dulu"ujar izzati
"tak, aku tunggu kau habis solat, aku nak kau makan"suruh daud
"beb, please,aku nak sendirian"pinta izzati
"kau tak boleh terus hanyut dengan perasaan kau, kau kena kuat,kau dah dua hari tak makan"marah daud
"aku ok, kau letak situ nanti aku makan"balas izzati lembut.
"now"suruh daud.izzati diam
"susah susah daud belikan untuk awak"ujar fatiya seolah cemburu.izzati melangkah malas menuju ke meja makan.dia suap ke mulutnya nasi sambil berdiri.
"duduk"marah daud. izzati akur. takut dilihat renungan daud.tajam.daud menarik kerusi dan duduk disebelahnya.
"biar aku suapkan"ujar daud lembut.izzati membiarkan saja perilaku sahabatnya. airmatnya dihapuskan oleh jejaka itu.
"aku rindu uwais"tangisannya makin laju. daud memeluk erat gadis itu. fatiya yang berada situ mengetap bibirnya menahan geram.
"kau kena kuat.. aku tahu kau sedih, aku pun sedih, tapi kau kena ingat semuanya Allah pinjamkan untuk kita, sampai masa Allah ada hak untuk ambil balik"ujar sahabatnya
"kau redha dan ikhlaskan"ujar daud lagi.bahunya basah dek airmata gadis itu.diusap lembut rambut gadis itu.dikucup lembut dahi gadis itu penuh kasih.Daud membuat keputusan mahu temankan sahabatnya dan ditemani fatiya agar tidak timbul fitnah.faizul,louise dan saufi datang melawat izzati.mereka yang tidak sempat acara pengkebumian uwais agak kecewa kerana tidak dapat melihat wajah terakhir anak kecil itu.
"kau ok, nak aku bagitahu haiden"soal saufi
"tak payah lah, ganggu dia nanti"ujar izzati.daud datang bersama dulang yang berisi jus oren menyertai mereka.
"kau tidur sini ke malam ni"soal zaiful
"ha ah.. aku tidur sini, tak berani tinggal kan dia sorang sorang"ujar daud.
"owh.ok juga kau teman, risau juga aku dengan keadaan dia"zaiful meluahkan kerisaun.
"kalau kau nak balik pun tak pe, kami ada.rumah kami tu... lorong depan tu je.. kami buat khemah kat laman ni ok je"tawar saufi selepas melihat reaksi fatiya yang tidak senang
"hah korang nak tidur sini.. thanks guys.. "fatiya mengambil beg tangannya dan mencuit bahu daud
"jom balik.. mengantuk"fatiya pura pura menguap.
"awak masuk la bilik, kan kita nak tidur sini"wajah fatiya berubah.muncungnya memanjang.
"kan dorang volunteer nak tidur kat sini, kita jom la.. atuk sorang sorang kat rumah"rengek fatiya
"korang balik la, aku minta tolong abil dan kak syaz temankan aku"dalih izzati.
"bila kau call"soal daud. ditunjukkan call log telefonnya.
"betul ni"daud inginkan kepastian.izzati mengangguk.kali ini daud mengalah. dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. kereta yang dipandu daud meluncur laju.
"betul ke abil dengan syaz nak datang"soal zaiful
"tak lah, saya nak daud balik, atuk dia sorang sorang dekat rumah"jelas izzati
"owhhhh.. kkkk.... "zaiful seakan faham
"jap aku call jay suruh bawakkan khemah"ujar louise
"nak buat apa"soal izzati
"tidur dekat laman ni la,awak tak boleh duduk sendirian"ujar zaiful
"tak pe saya ok, insyaAllah"jawab izzati.
"no.. you are not"ujar zaiful
"ok macam ni"diberi seberkas kunci kepada zaiful
"ini kunci rumah saya, awak pegang.. saya nak masuk tidur dulu,awak boleh datang periksa keadaan saya ya"ujar izzati.kunci itu diambil zaiful.izzati tahu dan percaya tiada apa yang akan berlaku kerana dia amat percaya zaiful.
"ok awak masuk dulu nanti saya simpan gelas then saya kunci pintu bila kami nak balik nanti."ujar zaiful. izzati bangun dan masuk ke biliknya.dipeluk selimut kesayangan uwais. airmatanya mengalir lagi.

"kan kita dah janji nak teman izzati"marah daud
"dorang kan dah volunteer nak teman zati,kenapa awak susah hati sangat, lagipun dengarkan dia kata abil dengan kak syaz nak temankan dia"balas fatiya. nadanya juga tinggi
"saya kenal dia, saya tahu dia tipu, dia bukan spesis manusia yang suka menyusahkan orang"marah daud lagi
"hah kalau awak dah tahu kenapa nak terhegeh hegeh lagi teman dia"tengking fatiya
"sebab dia tengah bersedih sekarang ni, she's need me"tengking daud.marah
"sekarang ni saya tak tahu apa hubungan sampai saya rasa saya bukan lagi girlfriend awak"luah fatiya
"dia sahabat saya,dia satu satunya orang yang saya share semuanya suka duka dan tiada rahsia"balas daud
"habis saya"soal fatiya
"awak.. kekasih saya..saya sayang awak tapi maaf saya kata awak masih belum tahap saya oleh share segalanya.izzati saya sayang dia sebagai sahabat.. "jujur daud
"kenapa dia awak boleh share kenapa saya awak tak boleh share"soal fatiya lagi
"dia saya kenal sebelum awak, segala baik buruk saya dia dah hadap dulu dari awak, awak baru hadir dalam hidup saya,insyAllah andai kita berjodoh,awak orang pertama saya akan share semuanya"ujar daud. dia tidak mahu memanjangkan cerita. fatiya terdiam tetapi didalam hatinya masih geram.kenapa mesti izzati.

Hari pertama izzati kerja selepas tiga hari cuti kerana kematian uwais terasa tiada semangat bagi dirinya. tiada lagi rutin kelam kabut mengemas beg uwais.
"morning cik izzati"tegur sue. izzati hanya tersenyum. pintu pejabatnya dibuka.pejabatnya telah bertukar pemilik. syarina.
"morning tengku"izzati kelat
"morning,sorry atas kehilangan anak you, i turut bersimpati"ujar syarina.
"terima kasih"izzati mahu mengundurkan diri tapi dia tidak tahu kemana mahu dia pergi dan apakah posisinya.
"wait for linda, she will assist you for your new position"ujar syarina.
"baik tengku"ujar izzati. dia berdiri dipintu. tidak lama kemudian linda tiba dengan terkocoh kocoh.
"izzati,let me introduce you our new f&b executive manager, tengku syarina"ujar linda. tidak sanggup dia menatap wajah izzati yang kehairanan
"ohh.. congratulations tengku syarina"ucap izzati jujur.
"so saya"soal izzati.
"awak masih lagi f&b co-ordinator but your office not here"ujar syarina.megahnya dia
"saya bawakkan awak ke ruang awak yang baru.bilik yang dahulunya store dikemaskan pekerja lain untuknya.izzati hanya diam. dihatinya dia tidak mahu ribut.
"thanks linda"ujar izzati
"sorry zati,ini arahan puan tengku"ujar linda
"siapa puan tengku? "soal izzati
"nenek iskandar"izzati menelan airliur kelat.
"nanti saya story ya.. syarina dah panggil"linda takut takut keluar dari biliknya.bilik yang tiada bertingkap itu diperhatinya. diletakkan gambar uwais diatas meja. dia tersenyum sendiri
"saya pray for me please...missed you dear"dicium gambar itu.pintu biliknya diketuk.
"encik iskandar.. eh.. tengku iskandar.. "ujar izzati. dia berdiri dan dirapikan skirtnya.
"maaf tak dapat hadir ke majlis pengkebumian anak awak"ujar iskandar.
"what... dia takde perasaan ke apa.. siapa uwais pada dia sebenarnya"gumam hati izzati
"eh takpe tengku... lagipun semuanya dah selesai"ujar izzati. iskandar merapati meja izzati. gambar uwais dipegangnya.ditenung lama.airmatanya menitis.
"oppss sorry, I'm just feel bad for your lost"ujar iskandar.dikesat airmatanya lalu beredar. izzati termanngu.dibaiki bingkai gambar itu.

Terasa renyah hari hari yang dilaluinya.izzati cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. iskandar kadang dingin dengannya,kadang mesra.apakah dia mahu bermain tarik tali.sudah punya tunang tapi melayannya seperti yang teristimewa.saat syarina ada bersamanya dia seperti insan lain walaupun adakalanya dia menjadi iskandar yang dikenalinya tapi tidak semesra iskandar tanpa syarina. permainan apakah yang sedang diatur iskandar.izzati cuba menjarakkan dirinya dengan iskandar namun gagal kerana kelakuan dan layanan iskandar seolah mendambakannya dan dia juga begitu.sudah tiga bula pemergian uwais.duka izzati sudah terawat sedikit demi sedikit.bilik uwais dikemaskan.disimpan semua pakaian uwais lalu disedekahkan pada badan amal. begitu juga mainan uwais.
"linda"panggil izzati.
"zati, buat apa dekat sini"soal gadis itu
"donate barang arwah anak saya"ujar izzati.
"ohh.. saya nak beli barang sikit"ujar linda
"sorang je ke"soal izzati
"waiting for my fiancee, tak sampai lagi"ujar linda.izzati mengangguk
"minum dulu jom,boleh saya kenalkan awak dengan fiancee saya"pelawa linda.izzati akur.
"awak dah lama kerja dengan pesona"soal izzati
"dah lama dah..lima tahun nak masuk enam tahun"cerita gadis itu
"actually saya bukan kerja dengan pesona, saya kerja dengan iskandar.. saya PA dia dekat armada, which is one of branch dekat kl.. tapi itu interior design punya company, iskandar punya"jelas linda.
"ohhh patut la dia suka hilang macam chipsmore..kejap ada kejap takde"mereka tertawa. tagline iklan biskut disamakan dengan iskandar.
"so awak tahu banyak la pasal dia"soal izzati cuba memancing
"banyak juga.. "balas linda
"nenek iskandar tu macam mana orangnya"soal izzati
"puan tengku...perghhh... macam magician, apa yang dia nak kena buat.. tak buat siap la dia punya menyinga sampai tulang rusuk ooo"seloroh linda
"takkan kot"izzati cuak
"garang awak tahu.. saya walaupun dah lama keja dengan iskandar.. tetap kena"ujar linda
"syarina? "soal izzati lagi
"satu hotel tak suka dia.. "cerita linda
"kenapa, dia baik apa"ujar izzati
"baik.. hehhh.. kekwat,gedik dah lah tu bukan reti buat kerja.. awak ingat dia kat ofis tu buat kerja ke.. kerja dia cik bad yang settle kan.. dia sign and amik nama pastu makan gaji buta"cerita linda. izzati tertawa kecil. tidak pernah dilihat kelakuan sebegitu naif.selalu wajah itu kelihatan garang dan ketat.
"betul awak... satu hotel tak suka dia"linda cuba meyakinkan izzati.izzati hanya mengangguk
"tapi saya kesian dengan iskandar... actually dia dengan syarina sepupu, syarina tu tunang ibtisam."cerita linda. izzati terlongo. terkejut akan berita itu
"ibtisam..kembar iskandar kan"izzati cuba menebak
"ha ah.. asfan ibtisam,asfan iskandar.. iskandar abang.. ibtisam adik"cerita linda
"tapi sayang ibtisam mengidap kanser limfoma, dia meninggal empat tahun lepas"izzati mendengar dengan penuh minat
"syarina suka iskandar tapi iskandar tak.. ibtisam yang suka syarina, so puan tengku tunangksn syarina dengsn ibtisam sebab nak tunaikan permintaan akhir ibtisam."linda menarik nafas dalam untuk menyambung cerita
"sayang iskandar pada ibtisam tiada had dan batas,sehinggakan dia fly dari manchester ke malaysia semata mata untuk ibtisam.. sedangkan dia ada meeting dan mungkin akan dapat projek besar jika jadi tapi dia batalkan meeting kerana ibtisam tenat... tapi sayang dia tak dapat tengok ibtisam sebab dia kemalangan dan koma selama dua minggu"izzati ingat akan kejadian itu.
"iskandar kemurungan lama.. semua benda tak kena.. and you know what.. but this is secret.. tak ada siapa tahu hanya saya dan family saja yang tahu"bisik linda
"apa dia"izzati juga berbisik
"janji jangan bagitahu siapa siapa.. tau"pinta linda.. izzati mengangguk
"iskandar ada masalah split personaliti"izzati terkejut
"maksudnya dia boleh berubah jadi iskandar dan ibtisam"soal izzati. linda mengangguk.
"dia tak dapatkan rawatan ke"soal izzati lagi
"dia dalam treatment.. sebab tu kadang awak nampak dia lainkan.. itu dia tengah jadi ibtisam.. kalau dia gila gila that's real iskandar.. "jelas linda
"habis staff takkan tak perasan atau tersilap panggil"soal izzati
"tak, sebab dorang semua panggil encik asfan,so takkan tertukar sebab dua dua asfan cuma perwatakan je.. ibtisam serius iskandar ceria.. staff akan ingat iskandar mood swing kalau dia in karektor ibtisam"izzati cuba menghadam permasalahan ini.berat baginya untuk selami situasi itu tapi perasaannya tidak boleh ditipu
"so, ibtisam dah takde syarina masuk jarum la, dia minta ditunangkan dengan iskandar.. nama tunang tapi iskandar tak nak.. cuma in karaktor ibtisam je dia layan si syarina.. kalau tak.. jauh ditinggalkan syarina tu"nada linda meluat. izzati masih mengakses situasi
"hai babe"seorang lelaki menyapa linda
"zati,this is akmal my fiancee, akmal this is izzati my colleague"izzati hanya melemparkan senyuman
"eh ok la.. saya pergi dulu..kita jumpa esok dekat tempat kerja"izzari mohon undur diri.

matanya melihat kipas yang sedang berputar. ligat otaknya berfikir seperti kipas itu.iskandar dan ibtisam.. situasi yang benar benar mengujinya.andai benar kata linda,dia adalah gadis yang didambakan iskandar dia harus mendapatkannya.bermakna perasaannya tidak hanya disebelah pihak. dia cuba mencari informasi tentang pesakit split personaliti. telefonnya berdering
"hello"iskandar ditalian.
"hello, kau nak apa"izzati cuba tidak tersilap
"aku lapar"ujar iskandar
"so.. apa kena mengena dengan aku"soa izzati
"aku kat depan rumah kau, jom la keluar makan"ujarnya.izzati bingkas bangun dan membuka pintu rumahnya.
"takkan kau nak pakai macam ni.. pakai macam ni hanya untuk aku je"seloroh iskandar.
"bodo la kau ni.. aku nak confirm kan je kau memang dekat sini ke atau kau tipu aku"ujar izzati
"aku pernah tipu kau ke"kepala izzati di luku
"sakit la ngok... kejap aku tukar baju"ujar izzati.puas mereka pusing satu pekan tapi tiada tempat menarik untuk mereka singgah.
"kau nak makan apa.. "soal izzati
"aku nak makan entah la.. tekak aku ni entah"rungut iskandar
"entah entah... makan jela entah tu"sampuk izzati.iskandar berpaling merenung izzati tajam
"tacood titew"izzati tertawa. iskandar memandu geram.
"pelan la sikit woii.. aku tak kawin lagi.. kesian jodoh aku menanti"usik izzati. iskandar memberhentikam Kereta di tepi jalan.
"keluar"marah iskandar
"wah marah... "usik izzati
"aku kata keluar"suruh iskandar
"kau gila nak suruh aku jalan kaki dekat highway ni"marah izzati
"kau call la jodoh kau tu suruh amik kau"marahnya
"aku nak call sapa"soal izzati
"manalah aku tahu, dah jodoh kau.. kau je yang tahu sapa dia"marah iskandar
"hah kejap"izzati mendail nombor sesorang.telefon iskandar berdering. iskandar hanya merenung telefonnya.
"angkat"suruh izzati
"ah malas"balas iskandar
"angkat aku kata"telefon iskandar masih berdering
"tak nak"marah iskandar.
"aduhh"iskandar mengerang sakit akibat dahinya di luku izzati.
"hello"ujar iskandar. panggilan itu dijawab
"hah hello, encik jodoh.. lama nau saya call baru awak nak jawab.. ni encik jodoh awak ada dekat mana.. tolong pick up saya kejap.. saya ada dekat highway ni.. kena tinggal dengan pemandu sewel.. tinggal gadis comel macam saya dekat sini... cepat sikit tau encik jodoh.. saya lapar ni.. nanti kang mati pula jodoh awak ni.. tak dan kita kawin.. cepat tau ok bye"panggilan itu ditamatkan.panggilan iskandar juga.
"saya dah call jodoh saya.. kejap lagi dia sampai.. tapi kenapa dia diam ye.. bisu agaknya"ujar izzati. iskandar tersenyum.
"encik jodoh... "bisiknya
"apa senyum senyum dah kau yang suruh aku call jodoh aku.. aku call la"ujar izzati
"sampai hati kau kata aku bisu"rajuknya
"bila masa aku kata kau bisu.. aku kata encik jodoh aku yang bisu"usik izzati
"habis tu yang kau call aku tu kenapa"marahnya
"owh.. ye ke...aku call kau ke.. oo.. maksudnya kau lah jodoh aku"usik izzati. stereng kereta dilurut iskandar manja. dia tersenyum kambing dipanggil encik jodoh oleh izzati
"adoooiii,sakit la"kepalanya dilepuk izzati
"kau dah tersengeh sengeh macam kerang busuk dah kenapa.aku lapar ni.. lapar tau tak"marah izzati. iskandar memandu keretanya semula sambilt tersipu sipu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience